Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Saturday, 30 May 2015

Mahu "lenjan" Kad Kredit tanpa membayar sesen pun kepada Bank?



Ya, anda boleh menggunakan kad kredit tanpa membayar sesen pun kepada bank. Apa tidaknya, bank mudah membuat untung menggunakan wang orang lain. Dia ambil duit kita pada kadar yang murah, kemudian bank akan bagi pinjam duit kita kepada orang lain pada harga yang mahal (sehingga 18% setahun bagi kad kredit!). Adalah lebih baik kita mempergunakan bank daripada bank menggunakan kita.

Disini saya sertakan serba-sedikit tip-tip bagi mengelakkan membayar duit kepada bank ketika menggunakan kad kredit.

  1. Bayar sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran. Biasanya disebut "due date" iaitu tempoh 20 hari selepas penyata dikeluarkan. Jika takut terlepas pandang, setkan tempoh bayaran secara auto menggunakan internet (Maybank2u, CIMB clicks dll).

p/s: Kita tak perlu bayar awal sebelum masanya kerana tiada faedah yg banyak kepada kita melainkan bank. Jika dikira, wang kita boleh disimpan dimana-mana tempat seperti pasaran wang, akaun semasa berdividen, saham dan kita boleh menerima faedah atau dividen atau untung dalam masa yang sama bank tolong bayarkan segala pembelian kita. Apabila kita bayar pada masanya, tiada caj boleh dikenakan kepada kita. Nah, inilah kelebihan kad kredit!

Sebenarnya, bank caj biasanya dalam 2% kepada penjual. Jadi, secara tak langsung kita telah bayar duit kepada bank ketika pembelian TETAPI kita tidak begitu terasa kerana; biasanya bayaran tunai dan kad kredit adalah sama. Jika kita membeli susu berharga RM100, harga tunai dan kad kredit adalah sama kecuali jika penjual mengenakan caj menggunakan kad kredit kepada kita (biasanya barangan elektrik). Ini bermakna bagi tunai, 2% itu pergi kepada penjual. Bagi kad kredit, 2% pergi kepada bank. Jadi, bank tolong bayar untuk kita, kita ambil duit kita untuk melabur dan bagi orang yang pandai mengurus wang, keadaan ini ada amat baik untuk mereka.

  1. Jika tetiba ada satu bulan kita terlupa membayar pada masanya, jangan risau. Ada juga cara untuk mengelak denda. Cubalah telefon bank untuk meminta pengecualian denda. Jika rekod bayaran kita adalah baik, bank pastinya akan memberi kelonggaran. Macam mat saleh kata "you got nothing to lose. What's the worst that can happen? Request denied or rejected. Jadi, cubala saja. Jika tidak berjaya kali pertama, cubalah untuk kali kedua, mungkin kita akan bernasib baik selepas itu.

Kita boleh cuba bertanya bank bagi sebarang denda atau yuran seperti denda lewat, caj finance, cukai kerajaan dan lain-lain!

  1. Jika bank masih berdegil, gunakan kuasa anda untuk MENUKAR/ batal kad kredit anda. Mana tahu, bank mungkin takut atau berasa rugi kehilangan anda lalu meluluskan permohonan anda. Ini tidak mustahil! Boleh juga cuba dengan menukar akaun bank gaji (terutamanya jika gaji anda tinggi), tutup akaun pinjaman, semasa, simpanan dll. Tak semua saya pernah cuba ini tetapi apa salahnya cuba jika tiada gangguan kepada kita).

Jika anda rasa kad itu terlalu baik untuk ditukar, cuba terangkan kelebihan yang bank dapat dengan menjadikan anda sebagai pelanggan.

Akhirnya, tiada kad yang sempurna, jika bank masih berdegil, tukarlah sahaja. Begitu banyak kad kredit di Malaysia dan masing-masing punyai kelebihan. Tiada gunanya kita setia kepada bank yang "sombong" atau tidak hargai kita. Macam Sarimah cakap kepada Abd Wahub, "sekali disini petik, 10 yang datang, tau!"

TIP UTAMA: pastikan ada berbelanja mengikut kemampuan. Jika tidak, tiada siapa boleh menolong anda kecuali anda sendiri. Melainkan anda tetiba ada duit "terpijak" atau tetiba merupakan pewaris harta Ismet Ulam Raja, biarlah berpijak di bumi nyata.

Silalah kongsi di sini jika anda tip-tip tambahan menggunakan kad kredit.

Saya terfikir untuk mengomel mengenai pinjaman ASB jika ada yang sudi mendengar. Hingga jumpa lagi.

Keywords: Kad Kredit, tips, travel, melancong

Tuesday, 31 March 2015

CONVERT MAYBANK TREATPOINTS UNTUK DAPAT 10% BONUS ENRICHMILES

Awal tahun 2015 ini, saya dan suami sudahpun convert hampir kesemua Maybank Treatpoints yang kitorang kumpul selama setahun kepada Enrich Miles, dan sudahpun redeem tiket kapal terbang kelas bisnes ke Italy pertengahan tahun ini. Saya ada update blog ini dengan entry pasal redemption yang dibuat itu di SINI.
 
Pagi tadi, masa sembang-sembang pasal GST di meja breakfast dengan suami, dia nampak ada email masuk dari maybank di smartphone. Dia terus tengok, dan dengan cerianya menunjukkan kepada saya yang Maybank dan Enrich membuat tawaran bonus. Dua tahun yang lepas kitorang dah pernah ambil peluang begini.. masa tu 15% bonus enrich. Kali ini 10%, but it is still worth it!
 

Sekarang ni, adalah sket2 belen berbaki dan hasil penggunaan kad kredit secara berhemah (cewahh!) 2-3 bulan yang lepas. Tak banyak, tapi demi mendapat tambahan 10% enrich, kami perlu ambil kesempatan ini. Caranya mudah, hanya call maybank customer service no. dan minta mereka tukarkan semua treatpoints yang ada kepada Enrich Miles. Nanti dalam 7 hari bekerja, Enrich Miles akan dikreditkan ke dalam akaun Enrich kita, plus 10% Enrich Miles bonus tu.
 
Katakan saya leh tukar treatpoints kepada 10,000 enrich, saya akan mendapat 10,000 + 1,000 bonus = 11,000. Hm, that is not bad! Bukan senang nak mendapat 1,000 enrich tau.
 
Promosi ini berlangsung dari hari ini 1 April 2015 sehingga 30 April 2015. So dalam masa sebulan ni, kumpullah treatpoints banyak-banyak. Dah nak hujung bulan nanti baru convert ke Enrich. Haa.. barulah banyak bonus leh dapat.
 
Perlu dinyatakan bahawa promosi ini diberikan kepada semua pemegang kad kredit Maybank 2 Cards Premier sahaja. So kalau korang belum memiliki kad ini, jangan lupa untuk memohon. Kad ini adalah kad kredit terbaik untuk Enrich Miles collector sebab ia memberikan 1.1 Enrich Miles untuk setiap RM1 perbelanjaan. Mana ada kad kredit lain boleh celen kad ini dalam conversion rate ke Enrich ini.  Bayangkan kita bayar RM100 untuk maxi, leh dapat 101 enrich miles, isi petrol sebulan dalam RM300, leh dapat 303 enrich miles. Senang citer, kalau sebulan kita berbelanja dalam RM1,000, kita leh collect 1,100 enrich miles!
 
Tips untuk collect Enrich Miles yang banyak? Senang jer... Gunakan kad kredit Maybank AMEX Reserve (1 daripada kad kredit Maybank 2 cards premier) ini di mana-mana sahaja, walaupun untuk makan sepotong kek RM10 di Secret Recipe pon saya bayar pakai kad kredit sebab saya leh dapat 11 enrich miles! Biarlah orang tengok saya macam teruk benor sket2 camtu pon pakai kad kredit. Nak kutuk ke ape ke saya tak kisah.. sebab saya  dan suami memang serious kumpul enrich miles ni. Disebabkan kesungguhan inilah saya dan suami dah bertahun-tahun berjaya terbang ke Eropah dengan kapal terbang MAS kelas bisnes! Kalau bayar sendiri tiket kelas bisnes ni, dalam RM20k sebenarnya.
 
SO guys, make good use of your credit card. Tapi make sure, lepas gunakan terus bayar! Install apps M2U kat henpon canggih korang. Anytime lepas buat bayaran di kaunter/internet pakai kad kredit, lepas tu terus transfer duit dari akaun kita ke kad kredit tu melalui M2U apps tu. Dengan cara ini kita takkan berhutang. Kita hanya jadikan kad kredit sebagai medium untuk membayar. It's a clean and easy transaction.

Thursday, 19 February 2015

KAD KREDIT : BEZA PENGGUNA BIASA DAN PENGGUNA BERADA

Baru-baru ini saya dan En. Suami kerap bersembang tentang kad kredit; kebaikan dan keburukan menggunakan kad plastik itu. Secara kesimpulannya, kami sama-sama setuju yang penggunaan kad kredit banyak membawa kebaikan jika kita pandai menggunakannya secara berhemat. Bila kita banyak berhutang, jangan salahkan kad kredit, tapi salahkan diri sendiri kerana tak boleh menahan nafsu daripada menggunakannya. Kami memperolehi banyak kelebihan daripada menggunakan kad kredit, seperti points yang ditukar kepada Enrich (a.k.a. free flight tickets), masuk airport lounge percuma, dapat diskaun di restoran-restoran terpilihn sehingga 50%, tengok wayang beli 1 percuma 1, dapat elite status hotel (last year kitorang dapat jadi Hilton HHonors Gold club members yang membolehkan dapat upgraded ke executive floor dan late check-out sehingga 3pm), dan sebagainya. Senarainya panjang. 

Tahukah anda yang bank banyak mendapat keuntungan dari pengguna kad kredit yang dari kalangan orang biasa-biasa macam saya dan anda. Sebab orang macam kita suka berhutang, bayar minimum dan bayar lewat. Bank susah nak dapat untung daripada orang berada sebab dorang bayar before due date, jadi mereka tak kena apa-apa caj, walaupun penggunaan mereka lebih tinggi daripada kita. So, sekali lagi kami menyimpulan bahawa kita kena ambil ikhtibar dari cara penggunaan berhemat orang berada.

Sebagai panduan kita bersama, En. Suami ada menulis perbezaan di antara penguna biasa dan pengguna berada.  



"Apakah bezanya di antara pengguna biasa dan berada? Saya telah membaca berdasarkan kajian seorang penulis, Tom Corley, yang telah mengakaji tabiat pengunaan kad kredit orang biasa dan berada. Berikut merupkan antara hasil kajiannya.

  1. Mereka guna sedikit kredit kad (biasanya 1 sahaja). Setiap kad yang digunakan mempunyai kelebihan. Walaubagaimanapun, jika kita menggunakan banyak kad, kelebihannya akan berkurangan. Ini kerana, kelebihan setiap kad biasanya bergantung kepada jumlah penggunaan. Maka, penggunaan pelbagai kad mengurangkan pengunaan setiap kad dan seterusnya kelebihannya.
  2. Mereka bayar baki penuh setiap bulan. Sebanyak mana baki yang perlu dibayar wajib dibayar. Jika tidak, faedah akan naik secara melampau. Perlu diingat, faedah biasanya 18% setahun berdasarkan rekod bayaran kita! Rekod bayaran yang baik mengurangkan faedah yang dikenakan kepada kita (biasanya 18% -> 17% -> 15%).
  3. Mereka bayar tepat pada masanya. Ini juga berkaitan dengan faedah 18% kerana bayaran lewat akan dikenakan faedah dan penalti yang pelbagai. Jika hutang telah tinggi, bayangkan jumlah faedah dan penalti yang bakal dikenakan. Bank sudah tentu menyayangi anda jika anda sentiasa memberi untung sebegini .
  4. Mereka menggunakan kelebihan kad sebaiknya. Jika kad anda memberi 5% "cashback" pada hujung minggu, maka manfaatkannya dengan membeli-belah pada hujung minggu. Jika kad stesen minyak, Petronas contohnya, maka gunakan untuk membeli minyak Petronas dan barang runcit pada hujung minggu. Jika kad anda kad "travel", maka manfaatkannya untuk dapat mata ganjaran percutian. Kesimpulannya, seperti juga hidup kita, manfaatkan kelebihan atau kekuatan kad kita untuk kebaikan kita. Cuma, pastikan kita berbelanja secara berhemah. Jangan terlebih belanja semata-mata untuk mata ganjaran.

Golongan berada sememangnya banyak duit. Bank juga biasanya akan memberi kad premium kepada mereka yang mempunya ganjaran lumayan seperti 5x mata ganjaran, airport lounge, golf, diskaun, penukaran mata ganjaran yang rendah dan lain-lain lagi. Mereka juga bijak berbelanja untuk kepentingan mereka. Maka, mereka boleh dikatakan sentiasa mendapat kelebihan berbanding orang kebanyakan. Jadi, kita jangan cemburu tetapi berusaha untuk menjadi seperti mereka kerana  Tom Corley juga mengatakan jika kita mahu berjaya dan gembira, amalkan tabiat orang kaya (seperti di atas, bukan tabiat berbelanja mewah!)"

Semoga membantu kita menjadi pengguna kredit kad yang hebat!