Tuesday 31 December 2013

MELAWAT PLANETARIUM NEGARA KUALA LUMPUR SEMPENA CUTI SEKOLAH

Bila En. Hubby ajak ke Kuala Lumpur untuk bercuti, saya seperti mati akal. Apalah sangat yang hendak dilihat di KL agaknya? En. Hubby mencadangkan Zoo Negara, namun dia membatalkan niat untuk membawa kami sebab sekarang cuti sekolah. Cuti sekolah, zoo dan sesak adalah tiga perkataan yang amat sinonim antara satu sama lain (er.. adakah penggunaan perkataan 'sinonim' itu tepat? hahaha... saya tak pasti..)

Memandangkan anak-anak enjoy trip ke Planetarium kat Melaka aritu (boleh baca di sini), En. Hubby mengajak kami ke Planetarium Negara pula. Maka, hepi lah Ammar mendengarnya. En. Hubby dah wat reservation kat Hotel The Zon di pesiaran KLCC. Kami bertolak pagi sabtu. Sampai je KL, terus suh Mr. Navi the navigator tunjukkan jalan.

Masa kitorang sampai, tak sesak dan tak ramai orang. Mungkin Planetarium tidak menjadi pilihan keluarga bila bercuti. Bagus juga.. senanglah sikit nak parking kereta. Heheh...

Planetarium Negara mempunyai struktur binaan yang hampir sama dengan Planetarium Melaka. Antara yang paling ketara ialah tangga yang tinggi sayup mata memandang dan kubah bulat di tengah2 bangunan. Kalu tak larat naik tangga yg ni, boleh naik tangga lain yang pendek sikit di sebelah dalam lagi. Juga ada ramp untuk yg berkerusi roda atau yang membawa stroller anak.

Kalu rajin, cuba kira ada berapa anak tangga semuanya.. huhu..

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk melihat pameran2 di dalam Planetarium Negara. Namun, bayaran dikenakan untuk menonton filem 3D. 

Harga tiket kanak-kanak : RM8
Herga tiket dewasa : RM24
Mahal ke murah tu tuan-tuan dan puan-puan?
Pintu masuk dan kaunter beli tiket tayangan 3D

Masa kami pergi tu pukul 1 lebih, tayangan seterusnya pukul 2, so sempatlah kami tengok pameran dulu sebelum tengok tayangan 3D. Seperti Planetarium Melaka, ada dewan pameran untuk kita kaut pengetahuan tentang bulan, bintang dan alam semesta. Juga ada banyak permainan interaktif dan model-model space shuttle untuk kita masuk dan rasai sendiri macamana duk dalam kapal angkasa. Yang paling diminati oleh anak-anak (dan mak bapak, huhu...) ialah Zero Gravity Room. Best woo masuk, rasa badan senget nak jatuh. Lepas tu kuar ikut lubang gelongsor.

Anak-anak memang seronok berlari ke sana-sini, sumer nak tengok dan nak cuba!

 Semua nak jadi astronauts, padahal tak cukup tinggi macam si Amir... Bad pula jadi pembantu pengambaran.. heheh..

 Pengembaraan adik-beradik dengan Kapsul Soyuz. Tetiba abah datang intefrem plak kan..

Ammar cuba melakukan eksperimen dalam balang kaca dalam salah sebuah kapal angkasa

Yang ni dalam bilik Zero Gravity. Masing2 muka seronok.. sambil cuba menstabilkan badan yang tak stabil..

Pada pukul 2pm ada tayangan bertajuk 'The Starry Tale'; berkisar tentang buruj2 di langit, bagaimana buruj2 mendapat nama dan mitos berkaitan dengan buruj2 tu. Saya jamin, budak2 yang menonton tak faham apa yang ditayangkan.. sebab terlalu sophisticated untuk dorang faham. Saya yang dah besor ni pon macam faham tak faham je. huhu.. Tayangan tu selama 27min jer.

Ni jadual tayangan sebagai panduan. Hari Jumaat takde tayangan 3D hokey.. ingat tuu!

Dari pengamatan saya, dewan tayangan di Planetarium Negara dan Planetarium Melaka tak banyak sangat beza. Skrin cembung di atas dan kedudukan kerusi menaik (macam kat panggung wayang juga). Namun kerusi di sini agak tegak, tidak seperti di Melaka yang agak baring sikit kedudukannya. Kualiti gambar memuaskan. Rasa macam berada dlm movie tu.. i.e., rasa terbang, lalu celah2 orang, dan lain2.

Suasana dalam dewan tayangan 3D

Keluar dari bangunan Planetarium, saya lihat pengunjung masih juga sama macam tadi. Tidak ramai, namun tidaklah sedikit. Masa tu, saya rasa sebak sikit. Sayangnya! Tempat yang mengandungi begitu banyak ilmu ni kurang diminati ramai. Tempat ni bagus sebenarnya, bagus untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak kita yang kita tidak bersendirian di dunia ni. Bumi ni halus macam debu je.. banyak lagi planet lain, bintang lain, galaksi lain, dan lain-lain... Dan betapa negara kita berusaha gigih untuk cuba mengejar negara-negara maju lain untuk meneroka dunia luar sana.

Lepas pergi Planetarium, kami ke hotel untuk check-in. Makan malam di KLCC, lepas tu lepak di depan kolam untuk menunggu pertujukan air+cahaya menari2 dialun irama lagu.  Best woo! Nak tahu pasal ni? OK, baca entry seterusnya...

Sunday 15 December 2013

MELAWAT PLANETARIUM MELAKA; TRIP 1 JAM JER

Sejak berbulan-bulan dulu Ammar dah bising ajak pergi Planetarium di MITC. Dia dah pernah ke sana mengikut rombongan sekolah tadika, dan semenjak itulah dia beria-ia mahu mengajak ahli keluarga yang lain merasa keseronokan menonton wayang dari skrin bulat sambil tidur. Haha.. saya dengar pon rasa teruja. Betul ke ada skrin bulat besar dan boleh baring2 semasa menontonnya?

"Nanti banyak stars jatuh2 atas kita, tapi tak jatuh pon", haa.. begitulah Ammar explain tentang tayangan tu. Kan ke best tu... huhu..

Arini bila Ammar sebut lagi pasal Planetarium, saya pon terus kata 'OK'. Lagipun hari ini takde aktiviti khusus memandangkan En. Hubby takde di rumah. Lepas Zohor, kamipon bertolak ke sana.

 

Planetarium ni terletak di tengah-tengah roundabout besar di MITC Ayer Keroh. Kalau dah sampai kat MITC tu, takkan terlepas punyelah..

Entrance ke bangunan Planetarium.. wow!

Amir wat cat-walk pulok.. huhu..
Anyway, tu tengok tangga dah ngeri beb. Selamat mendaki.

Bayaran masuk hanya dikenakan untuk yang berumur 7 tahun dan ke atas. So anak-anak saya semua free belaka.

 Kiri : Jadual bayaran masuk
Kanan : Jadual tayangan 3D

Masuk-masuk sahaja kami terus tengok2 pameran dan baca apa2 yang patut. Memang sesuai untuk kanak-kanak sebab kebanyakan info agak basic. Tapi orang dewasa macam saya pon seronok juga tengok sebab dah lupa dah pasal semua ni.. dulu kat sekolah menengah memang ada belajar. Tapi sekarang dah lupa. Dalam setengah jam baca-baca apa yang patut dan layan anak-anak berlari-lari dalam bilik pameran yang suram2 cahayanya tu, kitorang pon naik ke atas untuk 'tayangan dari skrin besar sambil tidur'.

Ammar kata dia nak jadi Astronaut.. tapi dia wat gaya Ultraman... hmm..

 Anak-anak sedang memandu spacec shuttle.. huhu..

"Mama.. tu bumi.. tu bumi!"

Tayangan dari skrin besar sambil tidur yang Ammar katakan itu adalah tayangan 3D di skrin cembung. Skrin tu yang membentuk bumbung kubah bangunan Planetarium ni. Tayangan di tingkat 2, boleh naik tangga atau naik lift. Takde pantang-larang untuk naik.. dari baby sampailah orang tua, semua boleh masuk belaka. Kerusinya pula agak horizontal sket, so kita akan memandang skrin yang berada di atas.

Keadaan dalam dewan tayangan (sebenarnya di sini zon larangan mengambil gambar.. huhu..)

Mereka menayangkan dokumentari pasal planet2 dan galaksi2.. dari mula terjadinya planet bumi hinggalah ke kejadian galaksi2 di dunia ini. Masha Allah, maha besar Allah.. bila tengok tayangan ni, saya rasa amat insaf. Kita ni umpama debu halus yang tak nampak dek pandangan bila dibandingkan dengan besarnya alam semesta ini.



Tayangan tu dalam 30min. Lepas selesai menonton, kitorang pon keluar. Tepat 1 jam kami berada di sini. Iyelah, Planetarium ni kecil je.. bukan macam yang kat KL tu.

Secara keseluruhannya, saya rekemen tempat ini pada ibu-bapa untuk bawa anak-anak ke sini sebagai pendedahan tentang keajaiban dunia yang kita huni secara sementara ini. Secara rohaniah nye boleh memberikan pengajaran agar kita sentiasa sedar yang kita ni kerdil sahaja, jadi janganlah kita berasa besar diri dan merasa kita bagus sangat..

Signed off!

Saturday 30 November 2013

Lost World of Tambun - Family Gathering 'Waghih Saleh'

Setiap tahun adik-beradik saya akan berkumpul sama-sama. Tahun 2013 ni kami memilih Lost World of Tambun. Saya dan keluarga memang tak penah pergi, so kami memang agak teruja jugalah.

Inilah keluarga besar Waghih Saleh & Hatijah..

Kami menyewa 2biji rumah homestay yang bersebelahan dari puan Bibi (Homestay R&B). Rumahnya selesa, alhamdulillah. Muatlah untuk kami semua. T-shirt merah yang cantik itu di sponsor oleh adik si Baim. Terima kasih ye bro, next year leh buat lagi... huhu..


Generasi ketiga Waghih Saleh bergambar ceria di depan Homestay

Harga tiket masuk ke Lost World of Tambun amatlah mahal. Tapi tempat ni besar dan menyeronokkan, jadi berbaloilah dengan harga yang dibayar tu.

Dewasa : RM48/pax
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) : RM41/pax
Senior citizen (55tahun dan ke atas) : RM41/pax
Kanak-kanak di bawah 90cm boleh masuk percuma.

Kitorang beli online kat sini sebab murah sket berbanding beli di kaunter. Tiket dewasa jadi RM43.20 manakala kanak-kanak jadi RM36.90. Seratus lebih juga kami jimat bila beli online sebab kami ramai. Selain daripada itu, time cuti sekolah kena beratur panjang nak beli tiket, so sebaiknya beli online untuk menjimatkan masa.

Lost World of Tambun amat besar. Tujuan utama ke sana tentulah untuk bermain air. Cakap banyak pon tak guna, jom tengok gambo.

 Wah, kehadiran disambut bagai pahlawan

Anak-anak dara berposing manja ngan kucing Firaun berlatar-belakangkan Uda yang bergaya macam artis mendukung Dahlia.

Kucing ni memang ramai peminat.. memang tempat wajib sumer orang berposing..

Anak bujangku yang chicken pox nampak muram je sebab dia telah diberi larangan mandi oleh mamanya... siannya dia..


 Bincang-bincang nak wat ape dulu.. lepas tu ape.. ape lagi.. dan lagi..

Baby Hana juga tidak ketinggalan

 Tak tunggu lama2.. terus masuk air! Pelampong nombor 8 tu kena sewa ye.

 OK posing jap kat pelampong ni.

 Dia bukan terdampar lemas...

Posing bawah mushroom...

On the pirate ship...

Dibawa air dengan perlahan selepas menuruni water slide yang tinggi dan berpusing-pusing..
Untuk naik waterslide tu, wajib pakai swimming attire, atau sekurang-kurangnya tight panths..


Wah busu.. kejayaan apakah itu yang begitu mengujakan?

Ini pula water slide versi kecik

Makanan tak boleh dibawa masuk daripada luar. Jadi semuanya kena beli di dalam premis Lost World of Tambun ni. Lunch nasi ayam kali ini adalah dibelanja oleh Andak. Mekasih andak.. sok lusa sila belanja lagi. ngee...

Busu yang kepenatan take five sat kat bawah wakaf yang disediakan

Alamak bahaya! Achik digigit hippo!


Selain mandi-manda, kat sini juga ada Petting Zoo, permainan macam kat fun-fair dan macam2 lagilah. Tapi arini tak sempat, saya akan sambung di entry no. 2 ye..

Wednesday 27 November 2013

MELAWAT ANIMAL SAFARI DI BUKIT TINGGI, BOGOR, JAKARTA

Semasa melancong ke Jakarta (boleh lihat entry sebelum ini di sini), saya dan keluarga sempat ke Animal Safari yang glamer tu di Bukit Tinggi. Kami pergi balik hari, iaitu bertolak pepagi dan balik semula ke Jakarta pada hari yang sama. Dari Hotel Aston Marina Ancol, kami menaiki Suzuki APV yang di charter dari Pak Asim dengan harga Rp1 juta untuk trip ke Safari tu. Kami bertolak pada pukul 7.00am, dengan perjalanan melalui highway dan jalan susur keluar ke Bogor yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sebelum masuk ke Safari, kami berhenti di salah sebuah Indomaret untuk membeli makanan-makanan ringan. Supir kami kata harga makanan di dalam Safari amat mahal, jadi lebih baik bawa coklat, air, roti atau apa2 yang patut dari luar. Lepas tu kami beli lobak pula dalam 3 ikat pada harga Rp20k. Lobak ini amat penting, sebab kat dalam Safari tu nanti nak bagi haiwan makan.

Penjual jajan di jalan raya adalah pemandangan biasa di sini.. kalu kena ngan selera, bolehlah beli.. yg ni dia jual tauhu goreng kalu tak silap.

Untuk masuk, kena bayar tiket masuk yang berharga Rp250k seorang untuk warga bukan Indonesia yang berumur 1tahun dan ke atas. Kereta yang dibawa masuk juga kena bayar, tapi saya lupa berapa.

Masuk2 safari tu, kehadiran kami disambut oleh kuda belang yang bersepah di sana-sini. Mereka bebas untuk bergerak ke mana-mana; tiada sangkar, tembok atau reban yang membataskan pergerakan mereka. Inilah yang menjadikan safari ni amat best. Bukan kuda belang saja yang lepas-bebas, haiwan2 lain pon begitu juga.

 "Selamat datang" mungkin itulah yang diperkatakannya

 Sesi menyuap carrot bermula!

Suap sambil posing, senyum Cik Bad. Click! Click!!

 Alala.. manjanye..!!


Haiwan-haiwan kat sini mesra pelancong. Kalu xmesra, xdapat carrot, wey! So kenalah mesra hokey!!

 Mereka mengendap dan mengekori kami sepanjang perjalanan..

 Mereka ni nak datang ke arah kereta kami sebab nak carrot gaks!

 "OKlah..oklah.. nah makan carrot" Ammar pon sorong sebiji carrot untuk salah seekor gajah tu..

Semuanya nak carrot.. hippo pon nganga nak makan carrot (baru saya tahu yang hippo pon makan carrot). follow, jangan tak follow.. ngeh2..


 Tapi brader2 tu duk relax jer.. xminat pon carrot..huhu..

Bila nak masuk ke habitat haiwan-haiwan liar plak, kami melalui double gate untuk pastikan haiwan-haiwan liar yang lepas-bebas tu tak masuk kawasan haiwan2 herbivor dan makan dorang. Kat kandang karnivor ni cermin tingkap kereta tak boleh diturunkan. Tapi kalau nak turunkan juga, jangan menyesal kalu rimau atau singa gigit tangan korang. Heheh!

Eh! Tapi nape ade herbivor kat sini? Macam nak kena jadi lauk jer..

Disebabkan cermin tingkap kena naikkan, dapat amik gambo dari dalam kete je la.. Cik rimau pon macam tak berminat je ngan kitorang. Tengah kenyang la tu.

Masa tengok2 harimau, kami pon terserempak ngan sekor rimau yang sedang bergurau senda dengan kawannya. Harimau A terhendap2 selama beberapa minit, slow-slow naik pangkin dan kacau kawannya yang sedang tidur. Lepas kacau tu dia pon blah dengan muka selamba. It was really abeautiful sight! Saya cuba nak upload video tu tapi xleh.. xtau la ape masalah blogspot ni. Tapi saya try amik babak2 yang ada dan cantum2 untuk tatapan korang..

Comel sangat2 aksi dorang ni..


Lepas selesai ronda-ronda di safari bermesra dengan haiwan liar, kami diturunkan di carnival park. Kat sini ada macam-macam permainan macam kat funfair, but with better quality dan safety. Anak-anak paling seronok sekali bila masuk sini sebab macam-macam boleh main.

Ni clown train untuk bebudak

Selain permainan, ada juga baby zoo (trekking dalam sangkar haiwan-haiwan kecil), pertunjukan haiwan seperti gajah, dolphin, harimau dan burung, pertunjukan motosikal, pertunjukan cowboy, dan macam-macam pertunjukan lagilah. Sanggup atau tak sanggup je korang menapak kat dalam kawasan yang mega luas tu.

Sesi beramah-mesra dengan penguin

Kalu lapar, kat dalam tu ada banyak tempat makan. Harga macam biasalah agak mahal sket daripada luar. Kalu nak solat pon ada ruangan solat disediakan. Toilet amat bersih dan percuma (mungkin dah termasuk dalam caj masuk safari tadi).

Secara keseluruhannya, Animal Safari di Puncak ini saya bagi 5 bintang daripada 5 bintang. Memang marvelos!

Sedikit tips daripada saya agar percutian anda dan keluarga tersayang lebih menarik dan menyeronokkan di sini :
1. Pergilah pada hari biasa, bukan hujung minggu (sabtu/ahad) atau cuti umum Indonesia. Sebab jalanraya akan macet tahap tertinggi pada hari cuti memandangkan warga Indonesia juga beramai-ramai ke tempat libur begini.
2. Pergilah dari awal pagi, masuk Safari sebaik sahaja safari di buka. Ini adalah kerana safari ini amatlah besar; anda memerlukan berjam-jam di sini. Kami masuk pagi keluar petang hokey.. tu pon ada gak yang kitorang termissed tak dapat buat/tengok.
3. Masuk awal juga adalah untuk memastikan haiwan-haiwan mesra alam kat dalam itu masih dalam keadaan lapar. Bila lapar, mereka akan manja-manja minta carrot. Kalu masuk lambat, dorang dah kenyang, dorang takmo layan korang dah... kan ke rugi gitu..
4. Bawalah makanan seadanya dari luar, seperti air mineral, biskut, coklat dan lain-lain. Sambil meronda dalam safari tu, boleh juga kunyah-kunyah apa yang patut. Perlu diingatkan bahawa makanan di dalam safari adalah agak mahal.
5. Pakailah kasut yang sesuai untuk berjalan. Jangan pakai high heels ye puan-puan, sebab anda akan menderita sakit kaki pula sekembali dari safari ni nanti.

Semoga entry ini memberi gambaran dan panduan untuk anda yang nak ke sana. Bagi yang pon ke sana, leh kasi pendapat dan tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen. Saya akan ke blog anda juga :-)