Saturday 2 June 2012

Sydney Part 3 - Sydney Aquarium, Sydney Wildlife & Madame Tussauds

Antara tempat menarik yang kitorang anak beranak enjoy sesangat masa kat Sydney ialah 3 tempat yang bersebelahan satu sama lain ini, iaitu;
1. Sydney Aquarium
2. Sydney Wildlife
3. Madame Tussauds
Once dah sampai kat Darling Harbour, terus leh nampak bangunannya.



Untuk sesi melawat kat sini, kitorang beli tiket combo secara online dari Malaysia lagi. Kalu beli kat kaunter, tiket >20% lebih mahal. Kalau beli tiket single pon mahal gak. Bila beli combo cam gini, leh save banyak. Kitorang amik yang 3 attraction combo passes, macam kat bawah ni. Details leh tengok kat mana-mana website Sydney wildlife, Sydney aquarium atau Madame Tussauds. Anyway, nih link untuk korang access terus; http://www.wildlifesydney.com.au/tickets/#combo-passes

  

SYDNEY AQUARIUM
Sydney Aquarium lebey kurang macam Aquaria KLCC. Cuma dorang punye ikan lagi besar-besar, terutama pari dan jerung. Kat situ leh gak tengok camne dorang menjaga jerung sebab kita leh gi tempat ternakan tu. 
Jerung dan pari memang besor...

Highlights of the day - Feeding time untuk ikan pari. Gambo xberapa clear sebab pakai cameraphone jer. Alangkah indahnye kalu ade kamera canggih macam mamat tuu..

Siap suapkan lagik, k... manjenye dier...

Last sebelum kuar, posing untuk potret famili sat...

SYDNEY WILDLIFE

Sydney Wildlife plak betul2 sebelah Sydney Aquarium je. Australia kan terkenal ngan memacam haiwan, kan..so rugi kalu tak pegi sini. Mini zoo ni dalam bangunan je, tapi dorang all out buat mini zoo ni mcm kat habitat sebenar haiwan2 tu. Siap ada pokok real, tanah, dan lain-lain kat dlm bangunan 3 tingkat ni. Rasa macam jungle trek betul la kan.. Sesiap yang ada masa lebey leh duk situ tunggu time bagi makan, sebab masa tu dorang kasi pengunjung sentuh haiwan tu..kalu berani laa..
Masa kitorang gi, sempat la rasa sesi beramah mesra ngan emu
Nih sebenarnye kat tingkat 2 dlm bangunan.. tapi siap ade pokok, busut sumer..nak kasi haiwan rasa 'at home',muahaha..kono tipu emu tu ek..

Posing di kolam Rex, seekor buaya yang besor (eleh, kat Malaysia pon ade ekk, muahaha..) dan juga tengok koala manjat pokok

 Anak dan abahnye ukur tinggi kat kangaroo, Kak Nab take 5 sat..

Kat pintu keluar tu, awek cun ni pelawa Ammar sentuh ulor. Berani gak anak bujang mama ni..

MADAME TUSSAUDS
Madame Tussauds was my favourite! Ape taknye, inilah masanye nak berposing ngan orang2 ternama dunia dan artis2. Madame Tussauds ni baru je dibuka di Sydney, kat tempat lain macam London atau Paris dah lama ada. Di sini patung lilin orang2 ternama ni dipamerkan, saiz sebenar dan memang nampak real.

Leo DiCaprio dan the Queen (selesanye Nina, macam nenek dia je..heheh!)

The Genius & a genius in the making..aminn...

Posing wehh... (^_^)

"Siapa ni, mama?" tanya Ammar. "Inilah Madame Tussauds, dear" jawabku.

Kalu nak diikutkan, Madame Tussauds ni tak leh kongsi entri ngan yang lain, sebab best sangat tempatnya. Tapi rasanye, cukup2lah ek. 

Signed off!