Wednesday, 11 February 2015

JIMAT LEBIH RM20 RIBU UNTUK KELAS BISNES MALAYSIA AIRLINES KE EROPAH

Entry ini saya buat khas untuk menunjukkan kira-kira bagaimana saya dan suami terbang ke Eropah secara PERCUMA. Erm.. OK.. bukanlah percuma sepenuhnya sebab kami tetap kena bayar taxes dan surcharges. Tapi kos tambahan ini tidak banyak dan masih menguntungkan. Saya akan tunjukkan bagaimana kami jimat lebih daripada RM20 ribu untuk trip ke Itali nanti.

Antara perks naik bisnes class ialah makanan yang sedap tak putus-putus served in real plates

KOS SEBENAR PENERBANGAN KE EROPAH

Saya buat carian di website MAS untuk perjalanan ulang-alik dari Kuala Lumpur (KUL) ke Paris (CDG), tapi sebenarnya lebih kurang je harga tiket untuk mana2 destinasi MAS di Eropah. Ini adalah sebagai contoh sahaja. Hasil carian saya untuk penerbangan 2 orang dewasa pergi-balik adalah seperti berikut :

  • Tiket ekonomi = RM 5,768.00
  • Tiket bisnes = RM 29,246.00

 
Tiket kelas ekonomi untuk 2 orang

 
Tiket kelas bisnes untuk 2 orang


BERAPA ENRICH MILES YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN TIKET PERCUMA?

Di website Enrich ada dinyatakan jumlah Enrich Miles yang diperlukan untuk setiap zone. Untuk mendapatkan tiket pergi-balik ke Eropah, zone yang betul ialah Zone 5. Hanya Paris, London, Istanbul dan Frankfurt yang disenaraikan sebab itu je destinasi Eropah yang MAS pergi. Yang lain tu depa fly through Oneworld dan affiliate flights yang lain (pengiraan enrich miles untuk Oneworld dan affiliate flights berlainan dengan MAS).

Jadi untuk kami berdua, tiket penerbangan pergi balik memerlukan:

  • Tiket kelas ekonomi =  60,000 x 2orang + taxes & surcharges = 120,000 enrich miles + (RM715/pax/trip  x 4) = 120,000 enrich + RM 2,860
  • Tiket kelas bisnes = 110,000 x 2 + taxes and surcharges = 220,000 enrich miles + (RM715/pax/trip x 4) = 220,000 enrich + 2,860.00

Jadual penebusan Enrich Miles untuk Zone 5


BERAPAKAH PENJIMATAN UNTUK PENERBANGAN KE EROPAH INI?

Untuk kelas ekonomi = kos tiket sebenar [tolak] kos tiket penebusan enrich = RM 5,768 - RM 2,860 = jimat RM 2,908 ataupun 50%  dari harga tiket sebenar.

Untuk kelas bisnes = RM 29,246 - RM 2,860 = jimat RM 26,386 atau 90% daripada harga tiket sebenar!


KESIMPULAN

Berbaloi kami mengumpul Enrich selama ini. Jimat lebih daripada RM 20,000 untuk menikmati kelas bisnes MAS yang terkenal dengan keselesaan dan layanan istimewa.

Nak tahu bagaimana saya dan suami mengumpul Enrich miles bgitu banyak? Salah satu cara yang ohsem ialah daripada ROCKETMILES di mana saya boleh dapat 1,000 enrich untuk setiap malam penginapan.

Selain daripada itu, kitorang collect enrich miles dengan beberapa cara lain yg saya ada stori di entri saya sebelum ini:

1. Kumpul 2x Enrich semasa booking hotel di Agoda
2. Kumpul Enrich di hotel-hotel affiliate ini
3. Cara kumpul Enrich tanpa naik kapal terbang



Tahun lepas kami ke Jerman pon guna teknik yang sama. Masa tu dapat naik kapal terbang MAS yang baru A380 kelas bisnes. Memang best! Jom baca kat sini sebagai panduan.


9 comments:

  1. jelesnyeee....tapi i thg try nak buat mcm u...thx for your info

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa bayar tiket kalau leh dapat free... kann..? huhu..

      Delete
  2. salam, sis boleh tnjuk tak mcm mna cara nak convert Maybank Treatpoints kepada Enrich Miles. sy budak baru blajar :)
    tq

    ayang2617@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis... xde hal.. budak baru belajar leh aar belajar pepandai.. huhu.. saya ada menulis tentang Enrich tu di sini : http://cutifamili.blogspot.com/search/label/Enrich harap bermanfaat.

      Mudah je nak convert. contact jer Maybank Group Customer Care at 1300 88 6688 or +603 7844 3696. Bagi dorang nombor akaun Enrich (nombor bermula dengan MH......) dan mereka akan terus tukarkan dari treatpoints ke Enrich dalam masa 14 hari.

      Kalau sis lom ada akaun Enrich, leh daftar di sini: https://www.enrich.malaysiaairlines.com/EnrichWebsite/ leh dapat 1,000 enrich miles percuma. Tapi, sebaiknya install apps MHMobile di henfon, dan register akaun Enrich di apps ini sebab leh dapat 2,000 enrich miles percuma!

      Delete
    2. enrich ada expired period tak?

      Delete
    3. masa mana rocketmiles bagi enrich miles tu? automatik masa kita book online?

      Delete
    4. Enrich ada expiry. 3 tahun kalau tak salah saya. Awak boleh check kat enrich website untuk confirmation.

      Kalau buat booking di rocketmiles, enrich points akan dimasukkan ke akaun Enrich secara automatic dalam masa 14 hari (kalau tak silap) selepas kita check-in kat hotel tu. Minimum 1,000 enrich miles per night, memang terbaik!

      Delete
  3. Saya tetanya tanya mana dapat RM2860 tu ye? Untuk economy and business class tu ye? bukan ke kita bayar guna enrich miles + taxes based on class. Cthnya: KL-CDG-KL untuk 2 org, economy (seperti gambar diats) taxes just RM 576. Bukan kita akan bayar just 576 for two person for taxes? Mohon pencerahan 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL-CDG (sehala) ekonomi untuk 2 orang ialah RM576.
      Cukai dari CDG-KL biasanya lebih mahal, tak sama dengan cukai KL-CDG. Hence, total RM2860 untuk 2 orang tu. Saya tak letak gambar untuk CDG-KL, mungkin itu yang menyebabkan kekeliruan.

      Nanti saya cuba korek2 file lama kot2 saya ade simpan lagi detailed calculation tu. Kalau ada nanti saya add pada entry ni.

      Delete