Friday 23 November 2012

Tiket Percuma iCity Waterworld cuti sekolah ini!

 Anda sukakan freebies, free sample, trial kits, dll?
DAPATKAN PELBAGAI SAMPLE PERCUMA DI SINI!

i-City Waterworld adalah taman tema air yang terbaru, ia terletak di bandar i-City, Shah Alam. i-City terkenal dengan kerlipan neon pelbagai warna pada waktu malam and salji buatan yang nampak real. Tarikan terbaru i-City ialah i-City Waterworld. Biasalah, tempat berlibur baru begini memang suka buat promosi..satu daripada tektik nak popularkan tempat mereka.
 pic from facebook/icity

Mulai semalam i-City Waterworld dengan kerjasama Harian Metro ada promosi untuk memberi 2 tiket percuma kepada pembaca Harian Metro. Tiket ni hanya sah laku pada 15 & 16 Desember 2012.
Iklan dalam Harian Metro mengenai 20,000 tiket percuma yang akan diberikan kepada pembaca setianya

Nak tau macamana nak dapatkan tiket masuk percuma ke taman tema baru iCity Wonderland di Shah Alam? Caranye mudah saja!

1. Kumpul 15 kepala akhbar Harian Metro antara 22Nov - 14Dis 2012. Hanya keratan yang original.

2. Bawa 15 kepala akhbar Harian Metro itu tadi ke pejabat NSTP pada tarikh, masa & alamat di bawah untuk menebus tiket :
Tarikh  : 8-14 Disember 2012
Masa    : 10.00pagi - 5.00petang
Alamat : NSTP Balai Berita, 31 Jalan Riong, Bangsar Kuala Lumpur.
Tel        : 1-300-22-6787

3. Hanya 20,000 tiket percuma ditawarkan. First comes first serves, jadi kena datang awal!

Bagi sesiapa yang belum bawa anak2 keluar bercuti pada cuti sekolah ni, apa kata rebut peluang ini. Dapat juga tambah pengetahuan semasa dengan mambaca surat khabar Harian Metro.

Signed off!
 

Sunday 18 November 2012

Pengalaman Melawat Bukit Bendera (Penang's Hill)

Dah lama teringin nak naik Bukit Bendera, nak tengok apa yang best sangat kat atas tu sampai ramai yang rekomen untuk pergi sana. Akhirnya tercapai juga hajat ke sana. Saya sekeluarga pergi pada hari Khamis, saja pilih hari bekerja sebab nak elak trafik jem dan nak elak beratur panjang beli tiket.

Kitorang ke pulau melalui jambatan jer sebab malas nak beratur naik feri. Cantik gak pemandangan kat Jambatan Pulau Pinang.

Walaupun hari Khamis, ramai gak yang melawat kat sini. Masa nak beli tiket kena beratur, masa nak naik keretapi pon kena beratur.
 Di pintu masuk kat Stesen Bawah

Harga tiket di sini agak murah untuk pemegang MyKad & MyKid. Diskaun lebih kurang 50% gak. So jangan lupa bawa IC masing2, sebab dorang memang check satu persatu, memang takleh nak tipu. Harga tu termasuk tiket masuk ke Bukit Bendera dan tiket keretapi naik & turun (return tickets). Harga istimewa untuk rakyat Malaysia seperti di bawah;

Dewasa : RM8 (non-Malaysian RM30)
Kanak-kanak 2tahun ke atas & warga emas : RM4 (Non-Malaysian RM15)
Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak) : RM18
Bayi <2tahun : free
OKU : free

Rebut peluang untuk beli tiket keluarga tu sebab jauh lebih murah dari beli satu-persatu.

Saper yang tak pernah naik keretapi yang memanjat bukit pada kejunaman 45 darjah sepanjang 2km (funicular train) , ha... inilah masanya. Suspen woo... cerun giler. Rasa macam nak jatuh jer.. Memang pengalaman yang best (padahal masa tu takut..hoho!)
 Inilah stesen bawah. Perhatikan tangga2 kat tempat nak naik/turun keretapi.. Keretapi ni memang tak lurus mcm bese.. yang ni naik menegak, tu yang ada tangga!

Keretapi ni berhenti di dua stesen, iaitu stesen tengah dan stesen atas. Kat stesen tengah tu takyah turun sebab untuk penduduk Bukit Bendera dan pekerja sahaja. Yup, kat bukit yang bercerunan amat dasyat ni, ada banyak rumah... ada tu nampak macam rumah lama dari zaman British agi. Mat Saleh suka tempat ni sebab kawasan tinggi gini kan sejuk..

Sampai je kat atas puncak Bukit Bendera tu, kitorang disambut dengan pemandangan Pulau Pinang yang amat indah. Ye, tak tipu! Udara pon nyaman jer, sepoi2 bahasa. Dari atas bukit tu, kita boleh nampak bandar Pulau Pinang, leh nampak jambatan, nampak feri lalu-lalang (tapi halus cam semut je laa...) dan macam2 lagi. Kat situ ada banyak teropong bagi sesapa yang nak zoom pemandangan tu.
 Panorama indah dari atas puncak Bukit Bendera.

Bila dah sampai atas tu, kitorang rasa lapar. So jalan sket ada Astaka, kat situ ada food court. Kitorang pekena char kuew teow penang mari dan ABC. Sodap! Kat tingkat bawah food court tu ada Muzium Burung Hantu (Owl Museum). Tiket masuk RM10 je dewasa, kanak2 setengah harga.
 Kat Astaka ni ada food Court Cliff Cafe dan Muzium Burung Hantu.

Abahnye layan anak2 main belon buih sabun kat astaka Bukit Bendera

Lepas makan kitorang pusing2 kat atas puncak Bukit Bendera tu. Disebabkan rombongan kitorang ada warga tua dan kanak2, jadi separuh naik taxivan. Agak mahal, RM30 untuk 4 orang dan RM50 untuk 6 orang. Depa pusing puncak bukit tu dalam 15-20minit.
 Berbaloi tak RM30/RM50 untuk naik mende ni?

Saya dan suami jalan jer.. exercise la kononnye! Hehe!

Hampir kul 6 petang baru kitorang turun semula menggunakan keretapi menuruni cerun bukit tu. Alhamdulillah, selamat turun walaupun seriau naik keretapi tu. Percutian ni pon memang menarik.. anak2 gembira, so kira berbaloi lah.

Beberapa tips/komen sebagai panduan mereka yang berhajat ke sana :
1. Tiada tempat khas untuk parking kereta. Kena parking nun jauh...
2. Harga makanan di pintu masuk amat mahal. Erm, kerepek yang biasanya RM3 sepaket berharga RM6.50 di sana ye. Tapi saya beli je..sebab anak nak makan. Lapor sementara tunggu abah dorang beli tiket.
3. Masa kitorang pergi tu hari biasa pon orang dah ramai, inikan pula di hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah. Sila jangkakan barisan yang panjang ketika beli tiket dan ketika nak naik keretapi.
4. Bawalah makanan ke atas bukit nun. Pada pengamatan saya, berpiknik secara free-style lebih menarik di bawah pokok sambil melihat keindahan Pulau Pinang dari puncak bukit itu daripada makan di dalam food court yang serabut dengan orang yang ramai (rasa macam makan kat shopping complex jek)

Signed Off! 

Friday 9 November 2012

Pergi Terengganu? Jangan Makan Telur Penyu!

Tentu ramai yang ke Terengganu pada cuti sekolah ini. Terengganu ada banyak tarikan, dan salah satu daripadanya ialah penyu dan telurnya. Ada yang sanggup memandu begitu jauh semata-mata untuk makan telur haiwan yang makin pupus ini.

Saya nak merayu... JANGAN MAKAN TELUR PENYU!

Penyu dah makin pupus. Kalau kita makan telur depa, saya rasa generasi akan datang takkan berkesempatan untuk tengok penyu secara live lagi. Iyelah, kan.. kalu telurnya dah dimakan, cemana penyu nak berkembang keturunannya.. betul tak? Untuk pengetahuan korang, sejak 30 tahun yang lalu, telur penyu yang menetas telah jatuh merundum sebanyak 60%. Bayangkan dalam 10 biji tu, 4 biji je selamat. Itupun belum tentu 4 biji tu akan menetas jadi penyu tau... siann...

Satu lagi, saya MERAYU.. jika korang baca post ini, sudilah kiranya korang luangkan sedikit masa untuk menyertai kempen menentang kebiasaan makan telur penyu. Caranya mudah, pergi saja ke Walt Disney Studio facebook page dan klik 'Pledge Now' yang kaler hijau tu.

WWF Malaysia dengan kerjasama Walt Disney Studio sedang mengumpulkan sokongan dari 100,000 orang untuk menyatakan pendirian ketidaksetujuaan kepada aktiviti makan telur penyu. Jadi apa lagi, tunjukkan keprihatikan korang. Tak susah pon, klik sekejap jer!

Dan ingat, kalu pegi Terengganu atau ke mana-mana tempat yang ada jual telur penyu, JANGAN BELI!

Sampaikan pesanan ini kepada kawan2 k... tunjukkan keprihatinan anda!

Signed off!

pics from google image

Thursday 8 November 2012

Promosi Hebat Sunway Lagoon di Cuti Sekolah ini


Taman tema air adalah salah satu daripada feveret anak-anak (termasuklah kita yang dah besor nih). Jadi apa kata kita ambil peluang baik ini, sempena sambutan ke 20tahun Sunway Lagoon. Taman tema air yang paling popular di Malaysia ini menawarkan harga yang amat istimewa pada hujung tahun ini iaitu dengan hanya RM20 boleh masuk semua yang ada dalam Sunway Lagoon tu (RM20 for All Parks entry).
 Sunway Lagoon (pic from http://www.sunwaylagoon.com)

Tapi ada syarat.... (mana ada mende bagus tanpa syarat, kan...), tapi syaratnya tak susah pon :
1. Harga istimewa ini hanya boleh didapati pada setiap 20 haribulan, dari bulan Oktober 2012 ke bulan Mac 2013.
2. Hanya 1000 pelanggan pertama pada hari tersebut saja layak
3. Hanya rakyat Malaysia yang layak, jadi jangan lupa bawa MyKad dan MyKid
4. Seorang boleh dapat satu tiket saja
5. Tiket ini hanya boleh dibeli di pintu utama Sunway Lagoon
6. Tiket tidak boleh ditukar milik

Harga biasa untuk All Parks tiket ialah RM90 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak. Promosi ini memberikan lebih kurang 350% diskaun. Hebat, kan?

Signed off!


Monday 5 November 2012

Murah di Port Dickson pada Cuti Sekolah ini!

Satu lagi idea menarik untuk mereka yang ingin membawa keluarga bercuti pada cuti sekolah hujung tahun ini. Semasa saya membaca surat khabar hari ini, saya ternampak iklan bertajuk 'Cuti-Cuti Sekolah di Tiara Beach Resort'. Untuk yang tidak tahu, resort ini terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

 Di Tiara Beach Resort ada taman tema air di mana terdapat pantai buatan manusia..katanya yang paling besar di Malaysia! Jadi kalau tak mahu ke pantai yang sebenar yang berair masin, boleh saja bawa anak-anak mandi di pantai buatan ini.

Promosi diberi untuk tiga jenis bilik terpilih, seperti di bawah :

1. Studio Freedom - RM228 nett untuk 2H/1M
Percuma 4 tiket masuk ke Taman Tema Air (bernilai RM192)
Percuma sarapan untuk 2 orang
Percuma 2 kupon Games Room
Percuma minuman selamat datang (welcoming drink)
Hiburan bersama badut semasa pendaftaran

2. Family Junior - RM318 nett untuk 2H/1M
Percuma 6 tiket masuk ke Taman Tema Air (bernilai RM288)
Percuma sarapan untuk 4 orang (2 dewasa  dan 2 kanak-kanak)
Percuma 2 kupon Games Room
Percuma minuman selamat datang (welcoming drink)
Hiburan bersama badut semasa pendaftaran

3. Family Suite - RM388 nett untuk 2H/1M
Percuma 6 tiket masuk ke Taman Tema Air (bernilai RM288)
Percuma sarapan untuk 4 orang (2 dewasa  dan 2 kanak-kanak)
Percuma 2 kupon Games Room
Percuma minuman selamat datang (welcoming drink)
Hiburan bersama badut semasa pendaftaran

Ini adalah promosi menarik yang tidak patut dilepaskan, terutamanya jika kita tidak mempunyai bajet besar. RM500 sudah cukup untuk membawa anak-anak berseronok, jadi ada jugalah topik untuk diceritakan bila masuk ke sekolah semula awal tahun depan. Jadi apa lagi, apa kata masukkan Port Dickson dalam senarai percutian kali ini.

Signed off!

P/S: Don’t forget to catch a new Drypers Sungguh Ceria Adventures comic every Monday, from 5 - 30 November 2012!