Monday 27 October 2014

CARA-CARA NAK MASUK KE AIRPORT LOUNGE SECARA PERCUMA

Perkara yang paling tak best pasal travelling naik kapal terbang ialah menunggu di airport. Lepas check-in tu kita kena tunggu macam orang bodo sehingga gate dibuka. Kalau international flight kena check-in 2jam sebelum kapal terbang berlepas... so hampir 2jam jugalah kita akan stuck di airport.
 
Penumpang kelas bisnes dan kelas pertama takpelah.. dorang leh masuk airport lounge untuk berehat, main internet dan makan-makan secara percuma. Tapi yang naik kelas ekonomi macam kita ni biasanya terpaksalah mengisi masa lapang dengan makan kat kedai makan yang ada, lepak-lepak dan kadang-kadang sampai tertidur-tidur di kerusi-kerusi yang disediakan kat airport tu.
 
Sebenarnya, pemegang tiket kelas ekonomi pon boleh masuk airport lounge jika sanggup bayar lebih kurang USD35/pax/entry. Saya memang tak sanggup nak bazirkan duit sebanyak itu semata-mata nak selesa untuk 1-2jam.
 
Tapi, mengapa perlu bayar bila ada cara untuk masuk airport lounge secara PERCUMA, betul tak?
 
Caranya, cuma perlu memilih dan memiliki kad kredit yang betul. Terdapat beberapa kad kredit yang free entry to airport lounge, dan ada juga kad kredit yang habuk pon takde. Sebagai traveller bijak, kita kena bijak pilih kad kredit. Sebab kad kredit terbaik boleh bagi kita macam-macam kelebihan, seperti conversion ke Enrich Miles, FREE airport lounge, FREE travel insurance,, FREE car valet service, Visa airport speed pass, FREE airport limousine transfer dan sebagainya. Senang cerita, kita leh enjoy semua yang biasanya orang berada je leh rasa dengan PERCUMA!
 
OK, berbalik kepada kad kredit yang boleh bagi free access ke airport lounge.. (lenkali saya stori pasal mende-mende FREE yang lain plak ye). Antara kad kredit yang memberikan free access ke airport lounge adalah seperti berikut, tapi sebenarnya banyak lagi kad kredit lain di Malaysia ni yang berikan free access ni.
 
Antara contoh kad yang kasi unlimited free access :
  1. Maybank Visa Signature - UNLIMITED FREE access to all Plaza Premium Lounge di Malaysia
  2. Maybank Visa Infinite - UNLIMITED FREE access to all Plaza Premium Lounge di Malaysia
  3. Maybank American Express Platinum - UNLIMITED FREE access to the Plaza Premium Lounge at KLIA, KLIA2, Senai Johor Airport, Langkawi International Airport, Penang International Airport, Kuching International Airport and Kota Kinabalu International Airport
  4. Citi Premiermiles American Express - UNLIMITED FREE access to all Plza Premium Lounge di Malaysia dan beberapa lokasi di Asia Tenggara (Singapore, Beijing, Shanghai & Hong Kong)
  5. Citibank Platinum Mastercard - UNLIMITED complimentary access to the Plaza Premium Lounge in KLIA, Langkawi International Airport and Sultan Ismail International Airport (Johor).
  6. HSBC Visa Signature - UNLIMITED access to the Plaza Premium Lounge of Kuala Lumpur International Airport only
Ada juga kad kredit yang bagi limited no. of access, seperti kad kredit AEON Gold yang bagi 6x free entry, RHB yang bagi 4x entry/year dan sebagainya.
 
Satu peringatan; kita kena pandai untuk mengkaji kad mana yang paling terbaek untuk traveller, iaitu yang boleh bagi segalanya FREE, best credit card points converison to Enrich, dan tak banyak karenah (annual fees, etc).
 
 So, pilihan di tangan kita. Kalu rasa nak lepak selesa tanpa bayar sesen pon, pilihkan kad kredit yang memberikan kita kelebihan itu. Dah alang-alang pakai kad kredit, biarlah kad kredit tu boleh berbakti kepada kita... betul tak? Kita cuma perlu rajin google, contoh taip.. 'credit card with unlimited free airport lounge' dan akan keluarlah pelbagai pilihan kad..
 
 
 

Sunday 26 October 2014

PEMERHATIAN DAN FAKTA MENARIK SEMASA DI JERMAN DAN PARIS

Sebagai simpanan kenang-kenangan, En. Suami ada menulis tentang pemerhatiannya semasa sepanjang percutian di Jerman dan Paris ni. Ini adalah sambungan dari perkongsian saya tentang percutian di Jerman dan Paris di http://cutifamili.blogspot.com/2014/05/diy-jerman-part-2-pengalaman-memandu.html.

So meh baca pemerhatian dan fakta-fakta menarik yang dikutip dari pandangan seorang lelaki pula ye..


1.       Bandar Frankfurt dan Stuttgart kelihatan tenang dan damai. Apa yang saya maksudkan ialah, kurangnya kereta dan kenderaan di jalan raya. Walaupun Frankfurt mempunya banyak bangunan pencakar langit dan Stuttgart merupakan pusat kereta (Mercedes dan Porsche), jumlah kenderaan yang melata di jalan raya adalah kurang. Keadaan ini mengingatkan saya kepada kawasan pinggir Tokyo iaitu sekitar stesen Kaihimmakuhari yang juga seperti walaupun mempunyai kawasan komersial dan kilang-kilang. Ini berbeza berbanding Munich dan Berlin yang didapati lebih sibuk dan sesak.

2.       Setiap hidangan makanan adalah besar. Maka, kami biasanya hanya perlu memesan 1 hidangan untuk 2 orang. Jika 2 hidangan, biasanya kami akan bawa balik untuk dimakan kemudian.

3.       Memandu di bandar terutamanya Munich (kami tidak memandu di Berlin) adalah tidak begitu menarik kerana seperti juga di sini, trafiknya sesak. Untuk parking, pastikan kita ada kad Parking berwarna biru dan setkan masa parking dan letak diatas dashboard.

4.       Memandu di Autobahn sudah tentu sangat menarik. Kami memandu dari Frankfurt ke Stuttgart dan kemudian ke Schwangau berhampiran Fussen sebelum berakhir di Munich (dalam 300km saja rasanya). Carila dalam google map kalau nak tau yang betul.

a.       Kami menggunakan kereta sewa VW Golf GTD (hasrat hati nak yang hebat lagi! Apakan daya, ini je yang sanggup dibelanjakan!). GPS telah "built-in" dalam kereta ini. Terdapat juga "turn-by-turn" betul-betul di dashboard pemandu (bersama skrin di dashboard tengah). Kereta ini seperti kereta hibrid yang mati enjin apabila kereta berhenti.

b.      Mulanya memangla agak kekok kerana stereng di sebelah kiri. Jadi, kami pusing-pusing di sekitar parkir untuk membiasakan diri.

c.       Apabila memandu di Autobahn, prinsipnya, jika ditanda AX (X satu nombor seperti A6), maka ia seperti PLUS. Jika lebih nombor, maka ia menghubungkan antara bandar.

d.      GPS akan menunjukkan had kelajuan JIKA ADA. Jika tiada, maka ikutla semahunya. Ada bahagian 80km/j, ada juga bahagian 120km/j. Walaupun, begitu, biasanya pemandu akan memandu sekitar 120 - 130 di bahagian tiada had. Kurang yang memandu melebihi 160km/j (pada pengamatan kami). Kami tidak nampak melebihi 200km/j sepanjang perjalan. Mungkin pada masa ini, orang Jerman lebih rilek dan santai??? Entahlah! Ada sebuah kereta Merc yang cuba lari melebihi 200km/j (agaknya) malangnya disekat kenderaan siput dihadapannya. Jadi, sebaiknya kerajaan Malaysia membenarkan kita memandu maksimum 130km/j di PLUS dan LPT. Biasanya, jika disekat, disitula orang (Malaysia!) dan langgar kan!

e.      Kami banyak melalui kawasan ladang bunga Canola yang boleh dibuat minyak sayuran.

f.        Minyak kereta berbeza harga dari satu stesen ke satu stesen, dalam beberapa puluh sen jugala. Jadi, jika rajin, survey dulu. Jika, tak belasah saja. Diesel lebih murah berbanding petrol.

g.       Apabila menghampiri selatan Jerman (selatan Bavaria/ Bayern), ia sudah dekat dengan Alps. Akhirnya, dapat melihat Alps yang dikatakan cantik sangat tu. Terbukti memang Alps cantik! Ketika dia Autobahn, kami dapat lihat Alps betul-betul dekat dan diselaputi salji. Memang cantik. Malangnya, sebab agak laju, tak sempat nak ambil gambar. Bila tiba di Schwangau yang ada Neuschwanstein, gunungnya kurang cantik. Alps yang bersalji cantik boleh dilihat tetapi jauh dan kecil!

h.      Adalah berbaloi jika kita mahu menikmati keindahan Alps sepuas-puasnya, pandulah terus ke Innsbruck, Austria yang dikelilingi Alps. Dalam 2 jam saja perjalanan daripada Fussen, Jerman. Kami tak sempat pasal ada jadual ketat! Hmm, patut kena ada fleksibiliti sikit!

5.       Orang Jerman banyak berbasikal. Bandar-bandarnya juga biasanya dilengkapi dengan laluan sikal. Jika ingin menuggu bas atau tram, pastikan jgn menghalang laluan ini. Biasanya penunggang menunggang dengan laju!

6.       Tiket bagi keretapi adalah mudah. Biasanya ada tiket pelancong yang boleh sekali beli dan naik turunlah suka hati. Cuma pastikan kita "validate" tiket dan kemudian simpan tiket. Bila-bila saja, akan ada pekerja yang akan memeriksa tiket. Jika, tiada tiket atau tiket tidak disahkan, kita akan didenda (EUR30 agaknya), mahal tu! Sistem keretapi/ tram ada terbuka di Berlin dan Munich, jadi, boleh je kalau nak naik "FREE", tapi bayar ah kalau kena saman. Rasanya, orang Jerman banyak jujur dan tahu tanggungjawab, jadi, tak perlu sekat sana-sini macam LRT kita.

7.       Bas di Berlin biasanya sama nombor seperti tram, maka, jika tram no 6, bas untuk laluan sama juga no 6. Biasanya, bas akan beroperasi sehingga malam dan ketika menggantikan tram untuk sebab-sebab tertentu.

8.       Orang Jerman yang kami jumpai (ada sorang atuk ni peramah betul sembang dengan kitaorng dalam tram di Munich) memang percayakan ramalan cuaca. Macam atuk tu dia kata keluar hari ini sebab esok dia tau nak hujan. Dan terbukti esoknya hujan. Memang ramalan cuaca di sini boleh dipercayai! Atuk ni juga pergi ke kedai yang jauh sikit sebab lebih murah berbanding kedai dekat rumahnya tapi mudah sebab ada tram. Tu dia, orang Jerman pun ada susah macam kita juga… haha

9.       Teksi biasanya adalah kereta Mercedes… haha… siap ada E class lagi!

10.   Adalah mudah untuk melihat sekitar bandar menaiki tram.

11.   Orang Jerman yang kami jumpa umumnya lebih peramah dan baik hati berbanding orang Perancis. Bandar-bandarnya juga lebih bersih.

12.   Semasa kami di Paris, minah kaunter tiket agak kurang sopan melayan kami sambil membelek kuku. Dua orang pelancong Jepun juga "dijerkah" minah kaunter kerana silap. Si Jepun ini beli tiket menggunakan kad kredit tp silap pilih. Dia minta tolong pada kami tapi tak boleh buat apa, maka, kami cadangkan jumpa minah kaunter. Alih-alih, kena jerkah! Ada la orang yang baik macam biasa ah tapi minah kaunter memburukkan pandangan pertama.

13.   Di dalam tren dari CDG ke Gare de Lyon, kami tetiba dilayan oleh artis jalanan. Selepas habis persembahan, dia mahu kami bayar. Jika dia tak puas hati, dia minta lagi sampai dapat. Jangan harap nak bagi duit sen, dia akan tolak. Ada mamat Amarika, jenuh cari duit pasal dia bagi sen dan ditolak.

14.   Kami nampak Paris juga agak kurang bersih walaupun di stesen keretapi. Ada juga bahagian yang agak seram (bukan hantu tapi seram orang jahat). Kami diceritakan oleh kawan yang kami jumpa di Frankfurt supaya jangan duduk dibahagian hujung keretapi kerana biasanya diduduki "orang jahat". Nampak macam tu la.

15.   Bangunan di Paris memang cantik. Seni gothic amat memberikan kecantikan abadi kepada Paris diserikan menara Eiffel dan banyak monumen lama bercirikan bangunan Rom. Memang terpesona melihat kecantikan bangunan di Paris ni. Paris ada bahagian modennya di La Defense tapi kami tak sempat ke sana.

16.   Sejarahnya, Jerman datang daripada Holy Roman Empire dan kemudian Prussia. Kemudian disatukan oleh Bismarck yang merupakan Canselor Prussia. Prinsipnya, dalam empayar Jerman moden, Raja Prussia adalah raja Jerman dan Canselor Prussia adalah Canselor Jerman. Bavaria/ Bayern merupakan peserta terakhir di dalam Russia tetapi merupakan negeri (Kingdom) kedua terbesar selepas Prussia. Empayar Jerman dirasmikan di "Hall of Mirrors" di Istana Versailles di Paris selepas Prussia berjaya mengalahkan empayar Perancis (Paris memang banyak kali ditawan oleh kuasa-kuasa besar lain). Selepas perang dunia pertama, Jerman didenda dengan teruk dan mengalami inflasi yang amat teruk yang menyebabkan tercetusnya dendam dan perang dunia kedua. Selepas WW2, Jerman hilang banyak wilayah bekas kerajaan Prussia berdasarkan Garisan Ode-Nesse (banyak diberi kepada Poland). Jerman juga berpecah 2 dan akhirnya bersatu kembali selepas Soviet dan tembok Berlin runtuh. Jadilah, Jerman kini sebagai negara terkuat dan terkaya di dalam EU. Itulah dia, bersatu kita TEGUH, bercerai kita ROBOH.

Semoga bermanfaat untuk anda yang hendak ke Jerman dan Paris.

Thursday 23 October 2014

MENGINAP DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Kalau korang tercari-cari idea unik dan menarik untuk bawa anak-anak bercuti di hujung tahun ini, apa kata ke Melaka Bandaraya Bersejarah? Cuba try test BUSTEL di Dataran 1 Malaysia, Klebang. Pasti tertarik-menarik-kau pasti da bom!

Kalau ke Dataran 1 Malaysia Klebang pasti akan nampak Bustel ini..




Apakah itu BUSTEL?
BUSTEL adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai dari negeri Melaka ni. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel biasa. Cuma bezanya ianya adalah bas sebenar!


Sebahagian deretan bas mini terpakai yang diubahsuai menjadi hotel penginapan

Lokasi?
Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan di negeri Melaka.

Harga sewaan?
Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau korang nak sewa sebuah bas sekaligus, darab 2 jer..

Saya diberitahu oleh Pengurus Bustel bahawa dalam 1 bilik hanya dibenarkan 2 oang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ketika saya di sana, saya tidak berkesempatan untuk menginap di Bustel sebab dah fully booked. Katanya, bustel memang selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Katanya pada hujung minggu, jumlah pengunjung boleh melebihi 10,000 orang! So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

 Reception Office - di sinilah kami bertanya itu-ini-begitu-begini dengan Pengurus Bustel

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan 'street food'. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.


Cocounut shake di sini memang yummy!

Ada banyak pilihan makanan untuk semua pengunjung

Di sini disediakan kemudahan bilik air yang juga dibuat daripada bas terpakai. Kos sekali masuk ialah 30sen/seorang. 
 Tandas yang bersih; depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan
Di Dataran 1 Malaysia Klebang ini juga ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak seperti main layang-layang. Ada banyak bus shop yang jual layang-layang pelbagai design. So anak-anak takkan boring. Ataupon main ATV yang boleh di sewa di sana.

 Lepak-lepak minum cendol sambil menikmati udara Selat Melaka yang nyaman..

So, apa kata ke Melaka bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah nanti. Memang seronok. Selain daripada Pantai Klebang ni, ada banyak lagi tempat menarik. Kebanyakan tempat-tempat lawatan di Melaka ni PERCUMA jer.. tak perlu bayar untuk masuk/tengok. Saya ada share 10 tempat menarik di Melaka yang tidak perlu keluar duit untuk tengok/masuk. KLIK DI SINI.
 

Tuesday 14 October 2014

APARTMENT SEWA HARIAN (HOMESTAY) DI KLEBANG MELAKA

Sah ada plan cuti-cuti famili pada cuti sekolah hujung tahun ini? Apa kata bawa anak-anak ke Melaka untuk mengenali sejarah negara dengan lebih dekat lagi.

Jika anda hendak ke Melaka dan mencari tempat untuk menginap, bolehlah mencuba apartment ini. Lokasi yang strategik. Murah dari menyewa hotel, terutamanya bila menginap beramai-ramai.

Jom menyewa apartment yang dilengkapi swimming pool ini. Anak-anak pasti gembira!


GOLDEN SHOWERS APARTMENT

Terletak di Klebang Kecil, Melaka.
5min pemanduan ke Pantai Klebang
Hanya 5-10min pemanduan kereta ke Banda Hilir / Mahkota Parade / Hospital Mahkota
Within walking distance to the famous Klebang Coconut Shake

3 bilik tidur ( 2katil Queen + 1 katil Single)
Fully furnished - boleh memasak
Terdapat swimming pool dan taman permainan kanak-kanak
Gated dan guarded - keselamatan anda terjamin

 Suasana menghijau yang menyejukkan mata memandang..

 Ruang makan dan ruang tamu

 Sofa di ruang tamu

 Dapur untuk memasak

 Bilik utama dan bilik kedua

Bilik ketiga

Harga sewaan :
Malam pertama : RM200/night
Malam kedua dan seterusnya : RM100/night

Deposit : Separuh daripada jumlah sewaan perlu dijelaskan jika mahu confirmed booking.

Cancellation : Pembatalan yang dibuat sekurang-kurang 1 minggu sebelum tarikh menginap akan dipulangkan deposit 100%.Deposit hangus jika pembatalan dilakukan kurang dari seminggu.

Nota :
  • Ini adalah walk-up apartment di tingkat 3 (jadi tidak sesuai untuk ibu mengandung, warga tua atau Orang Kurang Upaya)
  • Bagi menghormati privacy dan keselesaan penghuni dan anda, maksimum 10 orang sahaja dibenarkan menginap di sini.
  • Maksimum 2 keping car access card akan diberikan kepada penyewa.
Jika berminat, sila SMS/Whatsapp di 012-697 0005 (prefer whatsapp).

Selamat bercuti di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah!

Friday 3 October 2014

REDEEM ENRICH 50% LEBIH MURAH UNTUK PELBAGAI DESTINASI MAS

MAS buat promosi Enrich 50% lagi. Inilah yang saya tunggu-tunggu setiap tahun. Tahun lepas saya dan suami ke Eropah dengan promosi 50% Enrich ni. Masa tu kitorang dapat naik kelas bisnes dari Kuala Lumpur - Frankfurt dan balik melalui Paris - Kuala Lumpur. Boleh baca pengalaman kami naik kelas bisnes percuma (tukar Enrich Miles 50% sahaja!) di sini.
 
 promotion page di website MAS

Kalau korang berangan nak ke destinasi-destinasi idaman, inilah masanya! Gunakan Enrich miles yang ada tu dan tukar tiket pada separuh dari nilai points yang biasa. Cuma, harus di ingatkan yang tawaran ini hanyalah untuk penerbangan dari 1 October hingga 15 December 2014. Tiket kena redeem dari sekarang hingga 15 October ini.

Tarikh penerbangan yang dihadkan pada tahun ini adalah satu kekecewaan bagi saya. Takkan untuk tahun ni je kot.. kasi la sampai pertengahan tahun depan, barulah syiok. Saya suspen juga, kot2 inilah promo 50% terakhir yang Enrich akan buat pada tahun ini. Kalau betul la begitu, terpaksalah kitorang tunggu untuk tahun depan pula..

Anyway, bawah ni antara contoh-contoh tawaran yang ada. Perlu diberitahu juga yang tidak semua destinasi MAS ditawarkan promosi ni. Hanya destinasi-destinasi terpilih.

Antara destinasi dalam negara yang ditawarkan...

Ada juga yang hanya 40% diskaun Enrich diberikan, seperti sebahagian daripada destinasi ASEAN ni..

Walaupun hanya 40% diskaun, sudah teramat2 murah! Kalau berangan nak berhoneymoon di Phuket, inilah masanya!

Hanya Paris, Frankfurt dan Istanbul ditawarkan untuk destinasi Eropah. Yang lain-lain seperti London tidak diberikan. Dan hanya 30%. Hmm.. yang ni agak mengecewakan.. huhu...

Masih menarik, tapi tidak mengujakan...

Bagi yang memang merancang untuk menghabiskan Enrich Miles tahun ini (terutamanya yang Enrich Miles korang dah nak expired tuu..), bolehlah pilih destinasi-destinasi yang ada. Sebaiknya guna daripada membazir jer. Bagi yang belum merancang untuk ke mana-mana lagi, atau jika destinasi idaman korang takde dalam senarai, tunggu je la dulu. Kalu ada rezeki, esok lusa ade lagi promo, inshaAllah..

Saya dan suami tidak bercadang untuk menggunakan Enrich pada tahun ini. Kitorang nak simpan untuk percutian tahunan tahun depan. Sebab :- 1) masa tidak sesuai, 2) destinasi kami takde dalam senarai.

Takpelah... kitorang tunggu dulu...

Maklumat lanjut boleh dicapai di website MAS.