Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

MH17 DITEMBAK JATUH - APAKAH IMPAK KEPADA ENRICH MILES?

Pic from google..

Saya adalah pengumpul setia Enrich miles dari Malaysia Airlines sebab saya memang suka naik MAS bila berkesempatan untuk terbang. Tapi bila saya dikejutkan (ye, suami saya beria-ia kejutkan saya kul 1am pagi tadi) dengan berita kapal terbang MAS MH17 terhempas di Ukraine, saya jadi tak keruan.

Adeh... kenapa jadi kat MAS lagi?
Aritu MH370 hilang dan masih lom dijumpai hingga sekarang.
Now MH17 pula terhempas, dipercayai ditembak jatuh.
Lepas ni, apa pula agaknya....?

Macam-macam soalan berselirat dalam kepala saya.. Saya punya keyakinan terhadap MAS sedikit pudar dek berita terkejut tu. So pagi tadi saya bersahur dengan memikirkan perbagai kemungkinan, antaranya :
1. Adakah MAS menjadi target untuk dijatuhkan? Iyelah kan.. berita2 sebegini memang boleh mengurangkan keyakinan pengguna kepada MAS. Kalu pengguna dah kurang, boleh bankrupt kompeni ni.
2. Adakah keyakinan Oneworld dengan MAS juga akan pudar? Manalah tahu kot2 Oneworld rasa MAS ni memalukan kumpulan depa..
3. Kalau MAS tutup kedai, tak laku lagilah Enrich Miles yang beria2 saya kumpul selama ni
4. Alamak, kalau Enrich dah takleh digunakan, terpaksalah saya start over dengan airlines lain pulak nampaknya!

Semasa di ofis, kawan-kawan sekerja pon bertanyakan benda yang lebih kurang sama. Mereka berguru dengan saya pasal Enrich Miles, so sememangnya mereka mencari saya bila mendengar berita hangat begini. Mereka macam dah tawar hati dengan MAS. Tak selamat, kata mereka.

Kemudian saya teringat bicara seorang ustaz yang diinterview di radio Sinar pagi tadi. Katanya, kita boleh bersedih di atas apa yang berlaku, namun jangan berlebihan memikirkannya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Kalau kita cuba menidakkan apa yang berlaku, macam menidakkan Allah punya kerja. Betul juga katanya tu. Kalau dah ditakdirkan mati, di mana-mana pon boleh mati. Drive kereta pon leh eksiden, jalan kaki pon boleh kena langgar, makan pon boleh tercekik.. so, kita takleh fikirkan sangat tentang cara nak mati tu. Kita kena lebih memikirkan apa persediaan kita jika dimatikan pada bila2 masa... Tapi dalam masa yang sama, kita kena berhati2 juga, kan... kena usaha untuk elak eksiden, dilanggar atau tercekik tu.

So, tak perlu takut naik MAS.. naik Singapore Airlines pon leh mati juga kalu dah ditakdirkan begitu!
Ok, berbalik pada kes Enrich tadi...

Saya dah check baki Enrich miles saya cukup untuk perjalanan pergi-balik kelas ekonomi dalam Asia Tenggara for 1 pax. Suami punya cukup untuk 2 pax rasanya. Masih tidak mencukupi untuk saya ke Korea bersama keluarga. Kalau nak diikutkan kepanikan saya (yang MAS leh bankrupt), saya sepatutnya redeem Enrich miles tu segera. Tak dapat gi Korea, dapat gi Medan pon jadilah!

Tapi saya cuba rasionalkan pemikiran saya semula.

Kalau MAS nak bankrupt. ia tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini. Sebab MAS adalah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. Gomen akan cuba sedaya-upaya untuk support MAS financially untuk membolehkannya beroperasi seperti biasa. Kalau sales mereka merundum dek ketidakyakinan pengguna terhadap MAS, saya pasti mereka akan buat promosi yang best2 untuk menggalakkan pengguna naik MAS semula. Contohnya buat sale murah2 untuk destinasi terpilih, bagi extra Enrich Miles atau diskaun Enrich Redemption. Kan ke berita baik tuu!
Lagipun, dah menjadi tradisi yang Enrich membuat 50% discount on Enrich redemption pada hujung tahun, seperti tahu-tahun lepas. Sekarang dah bulan Julai.. lagi 4-5bulan lagi je. Takkan bankrupt MAS dalam masa sesingkat ini. InshaAllah. Masa promo tu harapnya akan tercapailah hasrat saya nak gi Korea dengan keluarga secara percuma!

Dan jangan ingat semua orang dah tak mau naik MAS lagi. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang setia dengan MAS, walaupun selepas dilanda pelbagai dugaan. Saya sendiri akan terus bersama MAS (bila mampu). Kalau tak mampu, naik Airasia pon ok.. huhu.. 
Apa pula pendapat korang?


P.S: Ini adalah pendapat peribadi saya dan ia bukanlah nasihat professional. Saya tidak bertanggungjawab jika pendapat saya ini tidak tepat dan merugikan mana2 pihak. Harap maklum ye...

Friday, 4 April 2014

JOM BAWA ANAK-ANAK KE KLCC SKY BRIDGE - APA ADA DI SINI?

Rata-rata orang KL yang saya kenal, bila ditanya dah pernah naik jambatan yang menghubungkan kedua-dua KLCC tower tu mengatakan 'tidak pernah'. Ada juga yang kata 'pernah' atas urusan kerja (sebab dia kerja di KLCC), namun tak pernah bawa anak-anak ke sini. Saya tak salahkan mereka. Saya juga seperti mereka yang sudah berkali-kali melalui jejambat itu namun tak pernah terfikir nak bawa ahli keluarga merasai pengalaman yang sama.


Tapi, atas kesedaran yang pendidikan juga boleh diberikan melalui pengalaman (bukan dari buku dan pembelajaran dari dalam kelas sahaja), En. Suami telah membawa kami anak-beranak dan adik-beradiknya naik ke jejambat yang glamer ni. 

Tahukah anda bahawa KLCC masih lagi mengungguli barisan bangunan berkembar tertinggi di dunia? Bangunan berkembar yang ditaja oleh Petronas ini adalah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. (Ada orang gosip2 yang bangunan ini adalah lambang chenta Tun M kepada isterinya Tun Hasmah sebab bentuknya yang seakan-akan huruf 'H'. Huhu.. romantik tak sedara/sedari? I like!!)

En. Suami sudah booking tiket untuk naik ke KLCC Bridge melalui online. Pada hemat saya, harganya mahal yang amat ye tuan/puan. Kami naik pada waktu tengahari. Masa nak masuk tu dorang akan bagi pass masuk sorang satu. Yang dewasa dapat tag, kanak-kanak diberikan sticker bulat tampal di dada. Ada colour coding ikut time kita masuk tu. Kitorangnye group kaler hijau.

Sedikit fakta yang anda perlu tahu agar anda boleh plan percutian anda dengan baik dan bagi mengelakkan sebarang kekecewaan :

  • Masa operasi : 9.00am - 8.15pm
  • Harga tiket : RM80/adult, RM30 kanak-kanak bawah 11tahun
  • Tiket adalah limited. Setiap jam hanya 80 orang boleh masuk, jadi dalam 1 hari mereka keluarkan tiket sebanyak 880 tiket sahaja (80orang x 11jam).
  • Masa masuk sudah tercatit di tiket. Sila pilih dengan betul. Jadi kalau anda termissed, mungkin tak dapat masuk. Rugi tuu... dah bayar mahal-mahal takleh masuk plak kan... Cubalah nasib untuk merayu kepada pegawai bertugas. Kekadang tu dorang bagi je join group lain.. kekadang takleh.
  • Tidak boleh lepak lama-lama di jambatan tu nanti.. lepas 20minit di situ, mereka akang panggil anda untuk keluar, contohnya.." Green Tag, your time is over. Please proceed to the exit lift".  Ini disebabkan dalam satu masa hanya 40 orang dibenarkan berada di situ. Mungkin ini adalah kapasiti yang boleh ditampung oleh jambatan dalam satu-satu masa (ini tekaan saya sahaja, anda boleh google

Masa nak masuk tu kita kena lalu pemeriksaan sekuriti sebijik macam masa nak naik flight. Amat ketat, iyelah kan.. nak masuk bangunan berprofil tinggi camgini tentulah perlu di check. Mana tau kot2 ada pengebom berani mati ke ape ke...
 
 Bag and body checking (mengapa ada cameraman di situ, saya sendiri tidak pasti...)

Melalui digital door - perggh, rasa macam masuk ke alam digital digimon plak.. haha..

Memula kita akan dibawa ke tingkat 41 di mana jambatan yang menghubungkan kedua-dua tower KLCC ini berada. Dari sini boleh lihat pemandangan indah taman KLCC dari atas sebagaimana burung-burung yang berterbangan nampak.
 Posing adalah suatu kewajipan semasa melancong... ngeee.... senyum maklong, makcik..klik!

Insulated pipe yang menjalar di ceiling jambatan ini menarik perhatian dua orang 'mat saleh' untuk berbincang 2-3 minit mengenainya. Hmm.. kita melancong sekadar melihat dan mengagumi kecantikan, tapi depa melihat dan memikirkannya dari segi teknikal...

Beginilah agaknya pemandangan indah yang burung-burung nikmati semasa terbang tinggi. Tapi yang pembinaan kat sebelah kiri tu memang spoil the picture betul lah!

Selepas 20min di sini, kami dibawa ke tingkat 86 pula. Wah, tak sangka dapat naik ke aras puncak ini. Di sini boleh melihat Kuala Lumpur dari aerial view. Dari sini juga boleh nampak puncak tower 1.. so wajib bergambar di situ ye.

 Pemandangan kota batu Kuala Lumpur dari atas.. sayup mata memandang.

Ammar macam biasa akan mencuba segala benda yang ada. Katanya nak teropong Melaka dari sini.. erk, nampak ke?

Puncak Tower 1 KLCC

Tiket masuk korang jangan dibuang ye. Di sini boleh gunakan tiket masuk tu untuk mendapatkan maklumat dan gambaran 3D di TV ni haa.... pusing-pusingkan tiket tu dan TV tu akan terus tunjukkan. Memang menakjubkan! Kanak-kanak (dan ibu-bapa kanak2) paling seronok.

Semua hulur tiket untuk berinteraksi dengan diri sendiri kat dalam TV tu sambil tengok penerangan tentang KLCC secara 3D. Best..best...!!

Anak-anak saya seronok di sini. Mereka dapat pengalaman menaiki bangunan tinggi dan merasai sendiri berada di ketinggian begini. Ianya kedengaran leceh, namun sebenarnya pengalaman melaluinya akan memberikan mereka lebih kretiviti dan pemikiran akan lebih berkembang. Sekarang mereka dah boleh gambarkan apa yang burung boleh nampak bila terbang, dan bagaimana telinga tiba-tiba rasa sebu semasa naik lift ke puncak. Sebaik turun semula ke bawah, mereka berulang-ulang kali berkata 'Saya dah naik kat atas sana!,' sambil tunding jari ke arah puncak KLCC dengan nada gembira.




Saturday, 11 January 2014

PERTUNJUKAN AIR, CAHAYA DAN BUNYI DI KLCC

Saya jarang ke KLCC, jadi bila berkesempatan untuk bermalam di hotel berhampiran KLCC, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat pertunjukan air, cahaya dan bunyi di perkarangan KLCC. Saya tak tahu apa nama glamer untuk pertunjukan ini, tapi tak kisahlah.. saya nak share jugak!


Pertujukan ini diadakan pada setiap hari pada pukul 8.00 malam. Ye.. setiap hari. So kalu anda ke sini, jangan lupa untuk tunggu sekejap ye..

Masih awal lagi, jadi jom kita makan dulu..

Sementara menunggu tu, kakak Nina dan abang Ammar seronok bermain dengan kawan baru. Budak tu main tiup belon air, ammar dan amalina kejarr bubles tu... Kawannya tu muka macam Melayu sebab mak muka Asia tapi bapak muka mat saleh. Tak tahulah  bangsa ape dan dari negara mana... Kanak2 mempunyai kebolehan untuk berinteraksi sesama mereka walaupon berbeza bahasa.
 
 Seronoknya kejar belon..


Akhirnya pertunjukan yg ditunggu pon tiba. Jom layan gambars...




Tengok tu.. excitednya kakak dan abang...


Jangan lupa ye... this is a must see show!

MELAWAT PETROSAINS SEMASA CUTI SEKOLAH

Tahun 2012 saya pernah buat entry pasal Petrosains (boleh baca di sini). Kali ni saya bawa satu keluarga ke Petrosains. Bawa anak-anak. En. Hubby kata dia leh dapat harga spesel untuk tiket masuk. Wah, kan ke best tu? 

Masa tu cuti sekolah dah dipenghujungnya. Minggu terakhir bulan Disember. Minggu depan dah nak masuk sekolah. Jadi masa tu memang KLCC penuh dengan orang... orang Malaysia, orang luar Malaysia.. sumer ade. Macam-macam kaler. Ent.. Hubby kuar hotel pepagi buta untuk pergi beli tiket sebab dia tahu barisan sure panjang kalu lambat pegi beli. Kitorang bersarapan di hotel masa dia beratur. Sian En. Hubby...

En. Hubby dapat tiket pukul 9.30am. Tapi kitorang tak sempat ke sana masa tu. Tapi walaupon lambat, dorang tetap bagi masuk. Ohya! Nak bagitahu yang dorang kasi masuk ikut masa yg dicetak atas tiket. Kalau ditiket kita tertulis pukul 2.00pm tapi masa tu pintu dibuka untuk tiket yang pukul 12.30pm, tiket yg 2.00pm tak boleh masuk. 12.30pm dan ke bawah je boleh masuk. Macam kitorang memang boleh masuklah. Petrosains dah kira siap-siap berapa orang maksimum boleh masuk dalam satu-satu masa. Kalu lambat beli tiket, memang lambatlah turn untuk masuk.

Harga tiket :
Dewasa
Kanak-kanak

Petrosains berada di Tingkat 4 bangunan KLCC

Nak beli tiket kena bertur, nak masuk pon kena beratur juga. Hmm.. dah orang ramai, nak wat camne kan.. Bagi warga tua, yang bawa baby atau yang cepat penat, boleh duduk kat kerusi yang disediakan. Kitorang teruja nak naik the Dark Ride (a.k.a. Kenderaan Sekilas Masa). Kalu tak nak naik Dark Ride pon takpe, leh terus masuk dewan pameran. Dark Ride tu sekejap je, dalam 4min je. Tapi beratur nak dekat 1 jam. But it was worth it! Sebab anak-anak hepi!!

Lepas naik Dark Ride tu, kitorang pon masuk dewan pameran. Petrosains punye konsep memang best. Bukan macam pameran sains biasa yg kita kena banyak baca dan tengok pameran yang kaku... Kat sini kita leh cuba dan rasai sendiri kehebatan sains. Jom layan gambar.. saya explain kat gambar la ye..

Turun je Dark Ride terus main ni.. sambung-sambung untuk mejatuhkan bola..


Kanak-kanak leh operate traktor macam ni.. 

Ada seksyen permainan kanak-kanak

Ni kilang proses plastik. Tu Ammar sedang mengendalikan mesin..

Yang ni di atas pelantar minyak

Dapat naik simulator kereta lumba

 Di dalam time machine.. kembali ke zaman dinasor

Itulah antara gambar2 yang saya boleh share semasa di Petrosains KLCC. Banyak yang boleh dipelajari di sini.. belajar dengan cara yang amat menarik.

Tuesday, 31 December 2013

MELAWAT PLANETARIUM NEGARA KUALA LUMPUR SEMPENA CUTI SEKOLAH

Bila En. Hubby ajak ke Kuala Lumpur untuk bercuti, saya seperti mati akal. Apalah sangat yang hendak dilihat di KL agaknya? En. Hubby mencadangkan Zoo Negara, namun dia membatalkan niat untuk membawa kami sebab sekarang cuti sekolah. Cuti sekolah, zoo dan sesak adalah tiga perkataan yang amat sinonim antara satu sama lain (er.. adakah penggunaan perkataan 'sinonim' itu tepat? hahaha... saya tak pasti..)

Memandangkan anak-anak enjoy trip ke Planetarium kat Melaka aritu (boleh baca di sini), En. Hubby mengajak kami ke Planetarium Negara pula. Maka, hepi lah Ammar mendengarnya. En. Hubby dah wat reservation kat Hotel The Zon di pesiaran KLCC. Kami bertolak pagi sabtu. Sampai je KL, terus suh Mr. Navi the navigator tunjukkan jalan.

Masa kitorang sampai, tak sesak dan tak ramai orang. Mungkin Planetarium tidak menjadi pilihan keluarga bila bercuti. Bagus juga.. senanglah sikit nak parking kereta. Heheh...

Planetarium Negara mempunyai struktur binaan yang hampir sama dengan Planetarium Melaka. Antara yang paling ketara ialah tangga yang tinggi sayup mata memandang dan kubah bulat di tengah2 bangunan. Kalu tak larat naik tangga yg ni, boleh naik tangga lain yang pendek sikit di sebelah dalam lagi. Juga ada ramp untuk yg berkerusi roda atau yang membawa stroller anak.

Kalu rajin, cuba kira ada berapa anak tangga semuanya.. huhu..

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk melihat pameran2 di dalam Planetarium Negara. Namun, bayaran dikenakan untuk menonton filem 3D. 

Harga tiket kanak-kanak : RM8
Herga tiket dewasa : RM24
Mahal ke murah tu tuan-tuan dan puan-puan?
Pintu masuk dan kaunter beli tiket tayangan 3D

Masa kami pergi tu pukul 1 lebih, tayangan seterusnya pukul 2, so sempatlah kami tengok pameran dulu sebelum tengok tayangan 3D. Seperti Planetarium Melaka, ada dewan pameran untuk kita kaut pengetahuan tentang bulan, bintang dan alam semesta. Juga ada banyak permainan interaktif dan model-model space shuttle untuk kita masuk dan rasai sendiri macamana duk dalam kapal angkasa. Yang paling diminati oleh anak-anak (dan mak bapak, huhu...) ialah Zero Gravity Room. Best woo masuk, rasa badan senget nak jatuh. Lepas tu kuar ikut lubang gelongsor.

Anak-anak memang seronok berlari ke sana-sini, sumer nak tengok dan nak cuba!

 Semua nak jadi astronauts, padahal tak cukup tinggi macam si Amir... Bad pula jadi pembantu pengambaran.. heheh..

 Pengembaraan adik-beradik dengan Kapsul Soyuz. Tetiba abah datang intefrem plak kan..

Ammar cuba melakukan eksperimen dalam balang kaca dalam salah sebuah kapal angkasa

Yang ni dalam bilik Zero Gravity. Masing2 muka seronok.. sambil cuba menstabilkan badan yang tak stabil..

Pada pukul 2pm ada tayangan bertajuk 'The Starry Tale'; berkisar tentang buruj2 di langit, bagaimana buruj2 mendapat nama dan mitos berkaitan dengan buruj2 tu. Saya jamin, budak2 yang menonton tak faham apa yang ditayangkan.. sebab terlalu sophisticated untuk dorang faham. Saya yang dah besor ni pon macam faham tak faham je. huhu.. Tayangan tu selama 27min jer.

Ni jadual tayangan sebagai panduan. Hari Jumaat takde tayangan 3D hokey.. ingat tuu!

Dari pengamatan saya, dewan tayangan di Planetarium Negara dan Planetarium Melaka tak banyak sangat beza. Skrin cembung di atas dan kedudukan kerusi menaik (macam kat panggung wayang juga). Namun kerusi di sini agak tegak, tidak seperti di Melaka yang agak baring sikit kedudukannya. Kualiti gambar memuaskan. Rasa macam berada dlm movie tu.. i.e., rasa terbang, lalu celah2 orang, dan lain2.

Suasana dalam dewan tayangan 3D

Keluar dari bangunan Planetarium, saya lihat pengunjung masih juga sama macam tadi. Tidak ramai, namun tidaklah sedikit. Masa tu, saya rasa sebak sikit. Sayangnya! Tempat yang mengandungi begitu banyak ilmu ni kurang diminati ramai. Tempat ni bagus sebenarnya, bagus untuk memberikan pendedahan kepada anak-anak kita yang kita tidak bersendirian di dunia ni. Bumi ni halus macam debu je.. banyak lagi planet lain, bintang lain, galaksi lain, dan lain-lain... Dan betapa negara kita berusaha gigih untuk cuba mengejar negara-negara maju lain untuk meneroka dunia luar sana.

Lepas pergi Planetarium, kami ke hotel untuk check-in. Makan malam di KLCC, lepas tu lepak di depan kolam untuk menunggu pertujukan air+cahaya menari2 dialun irama lagu.  Best woo! Nak tahu pasal ni? OK, baca entry seterusnya...