Tuesday, 31 March 2015

CONVERT MAYBANK TREATPOINTS UNTUK DAPAT 10% BONUS ENRICHMILES

Awal tahun 2015 ini, saya dan suami sudahpun convert hampir kesemua Maybank Treatpoints yang kitorang kumpul selama setahun kepada Enrich Miles, dan sudahpun redeem tiket kapal terbang kelas bisnes ke Italy pertengahan tahun ini. Saya ada update blog ini dengan entry pasal redemption yang dibuat itu di SINI.
 
Pagi tadi, masa sembang-sembang pasal GST di meja breakfast dengan suami, dia nampak ada email masuk dari maybank di smartphone. Dia terus tengok, dan dengan cerianya menunjukkan kepada saya yang Maybank dan Enrich membuat tawaran bonus. Dua tahun yang lepas kitorang dah pernah ambil peluang begini.. masa tu 15% bonus enrich. Kali ini 10%, but it is still worth it!
 

Sekarang ni, adalah sket2 belen berbaki dan hasil penggunaan kad kredit secara berhemah (cewahh!) 2-3 bulan yang lepas. Tak banyak, tapi demi mendapat tambahan 10% enrich, kami perlu ambil kesempatan ini. Caranya mudah, hanya call maybank customer service no. dan minta mereka tukarkan semua treatpoints yang ada kepada Enrich Miles. Nanti dalam 7 hari bekerja, Enrich Miles akan dikreditkan ke dalam akaun Enrich kita, plus 10% Enrich Miles bonus tu.
 
Katakan saya leh tukar treatpoints kepada 10,000 enrich, saya akan mendapat 10,000 + 1,000 bonus = 11,000. Hm, that is not bad! Bukan senang nak mendapat 1,000 enrich tau.
 
Promosi ini berlangsung dari hari ini 1 April 2015 sehingga 30 April 2015. So dalam masa sebulan ni, kumpullah treatpoints banyak-banyak. Dah nak hujung bulan nanti baru convert ke Enrich. Haa.. barulah banyak bonus leh dapat.
 
Perlu dinyatakan bahawa promosi ini diberikan kepada semua pemegang kad kredit Maybank 2 Cards Premier sahaja. So kalau korang belum memiliki kad ini, jangan lupa untuk memohon. Kad ini adalah kad kredit terbaik untuk Enrich Miles collector sebab ia memberikan 1.1 Enrich Miles untuk setiap RM1 perbelanjaan. Mana ada kad kredit lain boleh celen kad ini dalam conversion rate ke Enrich ini.  Bayangkan kita bayar RM100 untuk maxi, leh dapat 101 enrich miles, isi petrol sebulan dalam RM300, leh dapat 303 enrich miles. Senang citer, kalau sebulan kita berbelanja dalam RM1,000, kita leh collect 1,100 enrich miles!
 
Tips untuk collect Enrich Miles yang banyak? Senang jer... Gunakan kad kredit Maybank AMEX Reserve (1 daripada kad kredit Maybank 2 cards premier) ini di mana-mana sahaja, walaupun untuk makan sepotong kek RM10 di Secret Recipe pon saya bayar pakai kad kredit sebab saya leh dapat 11 enrich miles! Biarlah orang tengok saya macam teruk benor sket2 camtu pon pakai kad kredit. Nak kutuk ke ape ke saya tak kisah.. sebab saya  dan suami memang serious kumpul enrich miles ni. Disebabkan kesungguhan inilah saya dan suami dah bertahun-tahun berjaya terbang ke Eropah dengan kapal terbang MAS kelas bisnes! Kalau bayar sendiri tiket kelas bisnes ni, dalam RM20k sebenarnya.
 
SO guys, make good use of your credit card. Tapi make sure, lepas gunakan terus bayar! Install apps M2U kat henpon canggih korang. Anytime lepas buat bayaran di kaunter/internet pakai kad kredit, lepas tu terus transfer duit dari akaun kita ke kad kredit tu melalui M2U apps tu. Dengan cara ini kita takkan berhutang. Kita hanya jadikan kad kredit sebagai medium untuk membayar. It's a clean and easy transaction.

17 comments:

  1. Salam perkenalan sis, sy amat teruja dgn blog sis kerana sy juga minat utk melancong. Sbg langkah permulaan, sy nak mendaftar sbg ahli Enrich melalui MHMobile, tapi mcm tak jumpa bhgn utk sign up, yg ada hanya sign in. Maaf ye, sy baru nak cuba guna cara sis mendptkan tiket flight tanpa berbelanja besar (thumbs up)!

    ReplyDelete
  2. Salam sis, masalah dh settle, sy dh berjaya sign up guna MHMobile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Sis.. sory, 2-3 menjak ni xsempat nak check blog. Alhamdulillah dah setel..
      welcome to the world of free flight. starting from now on, you'll never have to pay for ur air tix again! :-)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tips yang sangat berguna bagi saya yang baru Sign UpEnrich ni..
    Yang ni kna guna Credit Card je ek.. Debit Card x leh ke.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis.. kad kredit leh dapat banyak points. debit card dapat kot points.. tapi ciput jer. Tak berbaloi.

      Delete
  5. Salam. Nak tanya brapa lama tempoh u ambil utk kumpul points enrich utk ke eropah? Selain penggunaan kad kredit, u n suami mmg bekerja yg memerlukan sentiasa outstation naik flight ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Setahun. Kami jarang outstation naik flight, tapi kami gunakan kad kredit untuk bayar kos penginapan di hotel semasa outstation, isi minyak, top-up touch n go, weekly groceries shopping, etc.

      Kalau nak laju je kumpul Enrich, buat booking di Rocketmiles (min 1,000 enrich per night) ataupon dengan mana-mana Enrich-affiliate hotels (dapat 600 enrich per stay).

      Kesimpulannya, segalanya pembelian akan dibayar menggunakan kad kredit (kecuali kalau kedai tu ambil cash sahaja). Kami pakai kad kredit Maybank Premier American Express sebab enrich conversion ialah RM1=1.1 Enrich Miles.

      Buat penukaran dari maybank treatpoints ke Enrich hanya semasa maybank/enrich buat promotion (seperti 10% additional bonus points, etc).

      Delete
    2. Terima kasih atas penerangannya..

      Delete
    3. no problemo.. terima kasih kerana membace :-)

      Delete
    4. bagaimana jika guna petronas Maybank Platinum Visa? Adakah enrich conversionnya masih Rm1=1.1 enrich miles? dan apakah semua jenis kad kredit mybank boleh convert treatpoints nya ke enrich miles? dan bagaimana nak buat conversion?

      maaf banyak tanya pula.. :)

      Delete
  6. Maybank kad debit kad bagus x untuk dapat miles ni

    ReplyDelete
  7. gaji mesti banyak utk dapat cc tu kan?

    ReplyDelete
  8. It is truly a well-researched content and excellent wording. I got so engaged in this material that I couldn’t wait reading. I am impressed with your work and skill. Thanks. dewa poker

    ReplyDelete
  9. Excellent website! I adore how it is easy on my eyes it is. I am questioning how I might be notified whenever a new post has been made. Looking for more new updates. Have a great day! sa gaming

    ReplyDelete
  10. You have outdone yourself this time. It is probably the best, most short step by step guide that I have ever seen. casino

    ReplyDelete