Saturday, 11 August 2012

Sydney Part 7 - Pengalaman secara keseluruhan

Secara keseluruhannya, trip ke Sydney dengan keluarga amat seronok. Sebelum ni beranggapan bawa anak kecik leceh sebab dorang banyak ragam, tapi hakikatnye memang banyak ragam cuma ragam itulah yang menyeronokkan dan menceriakan percutian.

Cuaca
Masa kitorang pergi bulan May 2012, musim luruh dah start, so cuaca agak sejuk, tapi tak sejuk sangat. kalu pepagi memang sejuk kena pakai baju sejuk (sweater biasa pon cukup 1 lapis), namun bila mentari start menyinar dalam kul 10pagi tu dah leh pakai pakaian biasa. Waktu tu memang best sebab berangin je. Petang dalam kul 5pm kebanyakan kedai dah tutup sebab cuaca dah nak gelap. So time ni cuaca memang best tapi masa nak melancong tu agak singkat. Maybe lenkali kena pegi masa musim panas (summer).

Waktu malam adalah waktu yang paling sejuk. Kitorang siap minta portable heater tambahan untuk bilik tidur. Sejuk gilos. Masa ni pakai la tebal2. Jangan lupa bawa baju tidur yang sesuai untuk anak2.

Solat
Tak susah sebab kita leh jamak, cuma kena perhatikan waktu betul2. Sekarang smartphone dah ada apps untuk tahu waktu solat dan tunjuk arah kiblat. So, jangan lupa install apps ni dalam smartphone anda. Semasa kat luar apartment, kitorang bawa sehelai tikar kecil yang boleh dilipat untuk dijadikan tikar sembahyang. Bagi pompuan, xyahlah bawa telekung, cuma pastikan betul2 tutup aurat. Kitorang biasanye pergi ke taman-taman yang ada pondok atau wakaf dan solat kat situ. Leceh nak gi cari Masjid yang ntah kat mana ntah. Wuduk kena amik siap2 kat toilet la kan..

Tandas
Biasalah kalu pegi negeri mat saleh, MUSTI bawa air untuk cucian selepas melepas. Dorang mana ade pili air dalam cubicle. Kitorang standby botol mineral kosong kat dlm beg. Kalu nak kencing/melepas, isi air dulu kat sinki then masuk cubicle. Senang, kan..?

Kulit Kering/Gatal
Ini pon keadaan biasa bila berada kat cuaca sejuk yang kering. Humidity kat sana tak sama ngan Malaysia. Bila kulit terdedah lelama dalam cuaca gitu, kulit akan jadi kering dan kadang2 gatal. Budak-budak kecil paling ketara. So jangan lupa bawa losyen. Kitorang bawa losyen Jonhson & Johnson botol kecik tu.

Bibir Kering/Merekah
Ini juga disebabkan oleh faktor cuaca. Sila bawa lip balm untuk kegunaan sekeluarga.

Keperluan Anak - Lampin & Susu
Kitorang bawa lampin dari Malaysia. Yup, kedengarannye leceh dan banyak sebab pergi lama 8 hari. Tapi jangan risau sebab lampin ringan je walaupun size agak besar. Lampin pakai buang kat sana mahal beb.

Susu dan apa2 produk tenusu (dairy products) tak boleh dibawa masuk ke Australia. Iyalah kan.. Austraia kan pengeluar produk tenusu gak. Dorang nak kita beli produk dorang la tu. Imigresen dorang check siap ngan anjing untuk hidu bagasi masa kat airport. Kalau takat sikit untuk keperluan dalam kapal terbang, dorang tak kisah, tapi kalu banyak dorang akan rampas. So bila dorang tanye ade bawa ke tak, ngaku je la ada dan tunjukkan belen dari atas kapal terbang tu. Jangan takut. Tapi yang banyak punye jangan bawa k.. wat rugi je.

Makan 
Sebenarnya kat Sydney ada banyak restoran halal, cuma kena betul2 cari lah. Kitorang tak cari sebab prefer masak sendri. Yang kitorang tau ada kat darling Harbour, itupun secara kebetulan nampak. Ohya, lagi satu nak bagitau harga makanan kat Sydney amatlah mahal. Untuk makan ala carte 1 jenis makanan je dah berharga lebih kurang AUD10-AUD20.  Tu baru sorang, kalu ramai cam kitorang ni ada 3 dewasa dan 2 kanak-kanak... darab plak ngan 3 kali makan sehari...hmm... xlarat wehh...

Masak sendri adalah solution yang paling praktikal bagi kami. Perencah, tepung, mihun kering, maggi, kicap dan sos kitorang bawa dari Malaysia. Kitorang bawa sabun Taharah (nih ada jual kat kedai ubatan tradisional kat Malaysia) untuk cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga kat apartment tu sebelum pakai. Sabun ni mengandungi 7 jenis tanah untuk menyucikan. Iyelah kan.. kita xtau ape penghuni sebelum ni dah masak dan makan guna peralatan tu sumer..
Sabun Taharah

Pakaian
Untuk bulan May, tak perlu pakaian yang terlalu tebal. Bayangkan Cameron Highlands, hah gitu la keperluan pakaiannye. Cuma bagi yang tak tahan sejuk, sila standby sarung tangan skali. Anak2 saya pakai sarung tangan sebab dorang tak tahan.


Persekitaran
Sydney adalah bandar yang mesra pelancong & mesra OKU. Orangnye peramah. Mana-mana tempat ada kemudahan untuk OKU. Kalu nak keluar sesorang pon tak menakutkan.

Internet
OK, yang ni memang saya tak faham. Bandar cam gini besar, tapi internet susah nak dapat. Eh, sorry, bukan susah nak dapat, tapi mahal gilos. Memandangkan kitorang nak enjoy cuti je, so xpe la xde internetpon...

Signed off!

No comments:

Post a Comment