Cameron Highlands tidak memerlukan pengenalan sangat, sebab semua orang tahu di mana ia terletak dan mengapa ramai pelancong suka ke sana. Saya dan keluarga ke sana untuk menikmati cuaca sejuk ala negara mat saleh. Lebih kurang 20 orang menyertai percutian kali ini. Seronok pergi bercuti begini, macam rombongan pula rasanya.
Percutian 3hari 2malam itu bermula dengan 6 biji kereta bertolak dari negeri tempat tinggal masing-masing ke Cameron Highlands. Perjalanan naik ke atas amat mudah kerana tiada kesesakan lalulintas yang biasa dialami sewaktu cuti umum atau cuti sekolah. Kami memang sengaja memilih hujung minggu biasa untuk mengelakkan kesesakan.
Untuk mendapatkan keselesaan maksimum, kami menyewa 2 biji apartment 3 bilik. Alhamdulillah, apartment ini amat selesa dan lengkap dengan kemudahan memasak. Bangunan apartment juga amat cantik, ala-ala bangunan Inggeris, gitu!
Posing di luar apartment yang disewa. Cantik, kan?
Tidak sah ke Cameron Highlands kalau tidak ke ladang teh. Kami ke Cameron Valley untuk melihat ladang teh yang besar. Kebetulan ketika itu hujan turun, jadi masa dihabiskan dengan minum teh dan makan scones di restoren yang terdapat di sana sambil menikmati pemandangan yang indah. Saya pilih teh halia madu...hm, memang best!!!
Ladang teh yang hijau mata memandang
Masa tu hujan rintik-rintik, sedap betul minum teh halia panas ni!
Hafiz posing ala pelakon Hindustan berlatar-belakangkan pokok-pokok teh menghijau
Strawberi adalah satu lagi tarikan di Cameron Highlands. Kami ke Mardi untuk menikmati Strawberi segar dan lain-lain tanaman seperti pelbagai jenis bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Antara bunga-bungaan yang mekar di Mardi
Wah seronoknya main buaian sejuk-sejuk ni..
Adakah dia jelmaan Superman? Tersesat di Cameron Highlands? Kami tidak pasti..
Melihat bunga-bungaan yang mekar di Taman Mardi
Kami juga pergi ke Strawbery Valley, sebuah pusat tanaman strawberi
organik untuk menikmati strawberi dan makanan-makanan berasaskan
strawberi. Di sini kami berpeluang untuk memetik strawberi sendiri.
Hanya RM25 sebakul. Semasa memetik, kita bebas untuk makan terus
strawberi yang ada selagi mampu.
Di Strawberry Valley - seronoknya depa!
Lupakan misai tebalnya sebab beliau adalah rakyat Malaysia.. tu sedang memilih strawberi yang ingin di petik
Gaya pro memetik strawberi
Kenapa dia macam geli semacam je pegang strawberi tu, penulis tidak pasti..
Di Cameron Highlands juga ada banyak jual sayur-sayuran di tepi-tepi jalan. Murah-murah plak tu. Seikat RM1 dalam genggaman besar leh dapat. Segar2 belaka. Memang kami borong belaka.
Semasa di sana, kami juga buat BBQ. Tapi maaf xde gambar nak share sebab gambar ntah kat dalam henfon siapa ntah, tak dapat dikesan. Memandangkan masa kami pergi cuaca amat sejuk ditambah pula dengan hujan, makan BBQ panas malam-malam bersama sanak-saudara memang menyeronokkan. Tuan rumah ada menyediakan BBQ pit, tapi kami dah siap2 bawa BBQ sendri.
Cameron Highlands memang menyeronokkan. Tips berikut akan memaksimumkan keseronokan anda ke sana;
1. Elakkan cuti umum dan cuti sekolah - kesesakan jalanraya sepanjang pendakian ke arah Cameron Highlands adalah suatu mimpi buruk pada waktu begitu. Jem dari pangkal kaki bukit. Tidak pelik untuk melihat kereta tersadai rosak di tepi jalan dek kerana enjin yang panas.
2. Elakkan pergi pada musim hujan sebab kebanyakan aktiviti adalah di luar. Hujan akan membataskan pergerakan dan cuaca juga menjadi amat sejuk.
3. Jangan lupa beli jangung rebus/bakar di sana. Jagung di sana amat segar dan sedap. Sebenarnya, makan terus tanpa di rebus/bakar/masak pon dah sedap sangat. Murah je.
4. Makan strawberi sepuas-puasnya!
Signed off!
assalamualaikum
ReplyDeletenak tanye apartment ape yg cantik sgt ni? boleh bg detail x kat saya?
email sy justapis (at) gmail . com
salam, maaf sy lupe namanye. nnt kalu teringat sy akan bgtau ye..
ReplyDeleteNama apartment ni Heritage Apartment
ReplyDeleteInterestinng read
ReplyDelete