Thursday, 31 January 2013

Johor Premium Outlet (JPO) - satu testimoni

Sempena cuti am Thaipusam tempohari, kami sekeluarga ke Singapore. On the way tu kitorang singgah kat Johor Premium Outlet yang terletak di Nilaijaya, Johor. Tempat shopping serba branded ni terletak di kawasan yang agak terpencil di Kulai kat kawasan felda yang dikelilingi pokok sawit, tapi bagi saya ianya strategik sebab betul2 bersebelahan dengan Plus Highway dan dekat ngan Second Link ke Singapura. Pandai gak Muhyiddin Yassin nak tarik pelancong dari Singapore untuk ke sini.. sebab dorang ade more buying power daripada kita berdasarkan pertukaran matawang.

Kalau nak ke sini, boleh exit melalui Tol Kulai atau Senai. Lepas tu follow je la sign board yg banyak kat tepi2 jalan tu.

Kalau korang lalu kat tepi lebuhraya Plus tu memang boleh nampak JPO ni.

Memandangkan masa kitorang sampai sana tu dah tengahari, so kitorang trus gi makan dulu kat food court yang stylo ni. Bersesuaian la kan ngan konsep tempat ni, kan.. takkan la tempat makan comot je kan.. Saya makan Nasi Ayam Penyet, suami makan makanan Jepun, anak-anak makanan Western. Senang citer, sini macam2 ada...international flavour.

Lepas makan2 tu, gi solat kat surau yang terletak bersebelahan dengan food court. Sebelah surau ada mother's room, jadi sempat la gak saya menenenkan si baby. Toilet plak bersebelahan dengan surau. Kalu nak masuk toilet tu, tinjau2 dulu ada paip air ke tidak (ada tulis 'with bidet' dan 'without bidet' kat pintu). Kalau 'without bidet' tu maksudnye takde paip air.. rasanye disediakan khas untuk orang asing yg pakai tisu je. Dorang kan x suka lantai basah2 nih..

Johor Premium Outlet (aka JPO) ni berkonsepkan landed shopping mall. Maksudnye sumer kedai atas tanah, xde la macam shopping kompleks biasa yang bertingkat2 tuh. Jadi dapatlah hirup udara segar sambil shopping.

Macam-macam branded punya fashion store ada kat sini, contohnya DKNY, Coach, Armani, Victoria Secrets, CK, Michael Kors dan lain-lain lagi. Harga di jamin murah dari biasa. Paling koman 20% lebih murah dari harga biasa. Masa saya pergi tu, ada yang diskaun hingga ke 90%! Fuh punya lah!! Tapi walaupun dah 90% murah, saya tetap tak sampai ati perut nak beli... ye la kan.. harga biasa berbelas ribu, bila diskaun 90% pon masih lagi ribu-riban. Dorangpon pandai gak, diskaun kaw2 untuk yg paling mahal je...huhu..

Anyway, kalau korang memang suka yang branded, recommended lah tempat ni. Murah dari biasa kayy.

Cuma, latest model/fashion takde dijual kat sini (nih dari pemerhatian saya). Yang dorang jual ni sebenarnya yang dah off-season. Maksudnye musim yang lepas2 punya, tu yang leh bagi murah agaknya. Tapi pada saya itu dah cukup baik. Off-season or not, branded tetap branded kan..  Kat mana2 store pon macam ni, manade orang nak jual New Arrivals pada harga diskaun. Betul tak?

Kat bawah ni sebahagian lagi pics yang diambil masa kat sana.



Kitorang tak beli ape2pon.. cuma gi makan aiskrim jer.. huhu..

Alangkah bagusnya kalu dah bonus.. leh aar beli ape2 yang patut. Takpe2..len kali insya Allah akan ke sini lagi.

Signed off!

3 comments:

  1. Dear Sirs, would u be so kind to share a simple guide for our fellow muslims to find the prayer room. Thanks in advance.
    http://saudagaralamlain.blogspot.com/2014/06/direktori-surau-johor-premium-outlets.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring.. your information complements my review. Thanks sir. Do come back anytime soon.

      Delete
  2. I want to thank you for such a complete and concise review of this hotel, because I can plan to stay in it during my trip.

    ReplyDelete