Friday, 7 December 2012

Melawat Petrosains KLCC

KLCC memang bestlah! Macam-macam boleh buat kat sana. Kali ni saya nak kongsi pasal Petrosains yang berada di tingkat 4 bangunan Suria KLCC. Bagi yang belum kemana-mana cuti sekolah ni, apa kata ambil kesempatan ni untuk bawa anak-anak ke sana. Yang tak ada anak pon patutnye kena pergi. Best tempat nih!


Nak tau apa yang menarik kat Petrosains?
1. Kita leh belajar tentang sains - betapa mudah dan simplen sebenarnya nak belajar sains nih
2. Boleh tengok pameran-pameran
3. Dapat rasa sendiri aktiviti sains seperti Dark Ride, Petrojaya, Geotime Diorama dan banyak lagi!

Tempat ni bagus untuk memupuk minat anak-anak kepada sains. Tukarkan persepsi diorang yang sains ni bukannya membosankan, tetapi sebenarnya amat menarik!

Harga tiket masuk Petrosains seperti di bawah :
Jangan lupa bawa Mykad/mykid sebab harga lebih murah. Lebih lanjut, klik sini.

Bagi yang tak tahu, kita leh dapat diskaun masuk ke Petrosains. Antara yang membolehkan kita dapat diskaun :
1. Ahli KFC Chicky Meal - dapat 15% diskaun
2. JCard/Aeon Member atau Aeon Credit Card - 15% diskaun tak kira dewasa atau kanak-kanak
3. Ahli kelab Rakan Muda - 15% diskaun gak
4. Pemilik kad Mesra (kad yang boleh collect points kalau beli minyak kat stesen Petronas) - sama gak 15%
5. Pemilik kad Plusmiles - beli 2 tiket leh dapat tiket ketiga dengan diskaun 50%
6. CIMB Junior - leh dapat 15% diskaun
7. Ahli i-Kid Club - 15% diskaun

Jadi jangan lupa bawa kad-kad di atas sebagai bukti untuk dapat tiket yang super-murah!!

Signed off!



7 comments:

  1. salam... tumpang tanye... ride/aktiviti yg ditunjukkan kat gambar tu ade caj lain tak..? bercadang nak bawa adik ke Petrosains hujung minggu nie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada caj tambahan untuk beberapa aktiviti, macam simulator helicopter. RM3/pax. Yang lain2 free je.

      Delete
  2. Klau caj untuk simulator tu nk byr kat mne eh?

    ReplyDelete
  3. ni harga untuk tahun 2014 ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak,tu harga 2012. harga sekarang rasanye leh tengok kat website dia..

      Delete
  4. Budak-budak memang seronok di sini.

    ReplyDelete