Saturday 2 June 2012

Sydney Part 2 - Darling Harbour

Sydney Aquarium, Sydney Wildlife & Madame Tussauds adalah tempat yang mesti dilawati. Kitorang pon tau pasal tempat2 ni dari En. Google. Ketiga-tiga tempat ni terletak di Darling Harbour. Ada beberapa cara untuk ke Darling Harbour dari apartment kitorang iaitu Medina Grand di Kent Street;
1. Jalan kaki - kuar hotel terus amik kiri. jalan je terus. lepas melintas lampu trafik pertama, naik tangga atau leh amik lift untuk ke flyover. Jalan terus melalui flyover tu dan turun semula. Tadaa.. dah sampai Darling Harbour! 10minit jer lebih kurang!
Naik tangga ni, atau kalu tak larat leh naik lift. Lift ada bawah tangga tu.
2. Naik bas percuma. Kat Sydney ni ada bas percuma. Ya, korang tak salah baca, saya memang tulis 'PERCUMA'. Cara nak kenal bas tu amat mudah. Bas tu bernombor 555, kaler hijau. Bas ni lalu kat semua tempat pelancongan utama di bandar Sydney setiap 5-10minit. Untuk lebih lanjut, gi website ni;- http://www.sydneybuses.info/free-shuttles/free-shuttle-information.
Ginilah rupe Sydney CBD Free Shuttle

Dua cara di atas adalah yang paling praktikal sebab kitorang stay kat hotel Medina Grand. Kalau korang nanti nak stay kat tempat lain, jangan risau sebab boleh ke sana dengan menaiki train, tram, monorail atau feri. Bas awam juga banyak, termasuklah teksi..cuma trafik kat bandar Sydney ni sama macam trafik kat bandar besar yang lain, jem especially during peak hours.

Darling Harbour adalah tempat favourite kitorang lepak. Tempatnya cantik.
Walaupun masa kitorang pegi tu hari Isnin, orang agak ramai juga kat sini..



Harbour tempat kapal-kapal, teksi air dan feri berlabuh.




IMAX Cinema – kalu minat nak tengok filem 2D dan 3D.


Darling Harbour ni besar, dan bersambung dengan Cockle Bay. Kat Cockle Bay plak ada muzium2, hard rock cafe dan tempat2 makan. Nak berjalan pusing Darling Harbour & Cockle Bay, boleh je jalan kaki kalu larat.

 Kalu takmo pusing ikut jalan jauh, ada shortcut iaitu melalui jambatan nih. Ataupon leh naik monorail tuu..

 Juga ada tram untuk bergerak dari Ddarling Harbour ke Cockle Bay. Kids pilih option ni most of the times..heheh..

Untuk yang tak larat, kurang kudrat atau OKU, jangan risau sebab Sydney ni mesra pengguna begini. Kebanyakan tempat disediakan kemudahan untuk orang begini.
 
Kalu penat berjalan ke-sana ke-mari kat sini, leh lepak kat mana-manapon. Ada banyak bangku untuk duduk rehat dan berkelah. Kitorang tapau makanan yang dimasak sendri, so kitorang berhenti kat mana-mana bangku dan berpiknik kat situ. Dont worry, tak darat sangat pon sebab mat saleh pon ade wat camtu. muahaha...
Sambil menyuap diri sendri dan anak-anak, leh la kasi burung yang banyak kat situ makan. anak-anakpon suka bila burung tu datang dekat. Burung tu bukan main buas lagi berebut, Ammar cakap "hey birds, makan xleh berebut-rebut.."

So dia suruh burung merpati tu beratur. hah, tu dia.... mendengar kata tul burung kat sini. 

Kalau korang prefer nak try makanan di restoren, pon boleh juga. Ada beberapa restoren makanan halal kat sini. Tapi kena tanya betul2 kehalalannya. Kitorang makan kat food court di Darling Harbour tu. Dalam tu ada banyak stall. Cuma stall Indian & Turkish kat pintu masuk tu je yang halal. Yang lain tu tak pasti.
Nih antara restoren yang mengadap ke arah harbour. cantik kan... Masa kitorang pegi bulan May 2012 ni suhu agak sejuk sedikit, so most restaurants pasang heater. Tu yang macam pelita tuu..

Oh ya, nak tau satu rahsia? Kalau kitorang tak pergi Sydney memang tak tau yang Kak Nab ni kaya orangnye....
Cuba tengok kat ATM ape yang dia posing tu? Ada bank sendri rupenye Kak Nab ni....!!! Amek kau!!

Nih baru stori pasal Darling Harbour in general. Nanti saya tulis pasal pengalaman kitorang kat Sydney Aquarium, Sydney Wildlife & Madame Tussauds di Sydney Part 3.

Signed off!

1 comment:

  1. package homestay with halal food contact kay.abubakar@gmail.com

    ReplyDelete