Saturday, 2 June 2012

Sydney Part 5 - Paddy's Market

 Paddy's Market

Paddy's Market tak jauh dari Darling Harbour, jalan kaki je dah sampai. Cara nak gi sana, dari Darling Harbour jalan menuju ke arah IMAX Cinema (leh nampak jelas dari jauh), jalan terus menuju ke arah Mc Donalds, then jalan lagi terus. Korang akan melalui Tumbalong Park dan Chinese Garden of Friendship, then  Sydney Entertainment Centre. Seberang jalan dah nampak Paddy's Market. Hati-hati melintas sebab jalan tu tempat tram melintas.
 Chinese Garden of Friendship

Kalau tak larat nak jalan jauh dari Darling Harbour tu, leh naik monorail.
Monorail station di Paddy's Market

Paddy's Market ni terletak kat chinatown, so yang meniaga kat situ pon ramai berbangsa cina. Kat sana banyak terjual cenderamata dengan harga yang berpatutan. Keychain, pen, t-shirt, kasut, handbags, soft toys dan macam-macam lagilah. Memang murah, kitorang borong ape2 yang patut kat situ untuk dijadikan buah tangan balik ke Malaysia nanti.
Fresh market dan tempat jual souvenirs bawah satu bumbung

Selain jual souvenirs, Paddy's Market juga ada fresh market yang menjual ikan, daging, sayur-sayur dan buah-buahan segar. Kitorang xberkesempatan beli belah barang2 masakan ni kat Paddy's Market sebab pegi kat situ pada 1 hari terakhir sebelum berangkat balik Malaysia. Ingatkan ada jual souvenir je, tak tau ada jual ikan dan sayur. 

Penjual kat sini ada juga yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Bila nampak kitorang, dorangpon cakap Melayu. Lagi la senang nak tawar-menawar. Disebabkan seronok sangat membeli belah, kitorang terlupa nak amik gambo kat dalam Paddy's Market tu. Anyway, suasana nye amat bizi, stall berdekatan antara satu sama lain, sebiji macam pasar malam tapi bezanye yang ni kat dalam bangunan.

Dari Paddy's Market, boleh berjalan kaki je ke Haymarket area (Chinatown). Sydney Power Museum pon ada berdekatan.

Bagi yang bawa bekal makanan macam kitorang, leh berpiknik je depan Paddy's Market tu sambil dikerumuni burung-burung merpati yang amat banyak. Kalau xde pantang larang halal-haram, leh makan kat Mc Donalds betul2 depan Paddy's Market tu.
Inilah style pelancong bajet kecil menikmati makanan..best..picnic style kat mana-mana pon bole..

Perut dah kenyang, gi main kejar-kejar burung plak..

Sebenarnye kat tempat lain pon ada jual souvenirs. Kat The Rock ada jual gak. Tapi rasanye kat sini lagi murah.

Signed off!

No comments:

Post a comment