Thursday, 23 October 2014

MENGINAP DI BUSTEL KLEBANG MELAKA

Kalau korang tercari-cari idea unik dan menarik untuk bawa anak-anak bercuti di hujung tahun ini, apa kata ke Melaka Bandaraya Bersejarah? Cuba try test BUSTEL di Dataran 1 Malaysia, Klebang. Pasti tertarik-menarik-kau pasti da bom!

Kalau ke Dataran 1 Malaysia Klebang pasti akan nampak Bustel ini..




Apakah itu BUSTEL?
BUSTEL adalah hotel yang dihasilkan daripada bas-bas terpakai dari negeri Melaka ni. Bas sudah diubahsuai dengan cantik. Ada katil dan bilik air sama seperti hotel biasa. Cuma bezanya ianya adalah bas sebenar!


Sebahagian deretan bas mini terpakai yang diubahsuai menjadi hotel penginapan

Lokasi?
Bustel terletak di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Ia adalah pantai tambak yang dihasilkan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kemajuan pelancongan di negeri Melaka.

Harga sewaan?
Hari biasa (work days) = RM80/night.
Hujung minggu dan cuti umum = RM120/night.
Sebiji bas memuatkan 2 buah bilik. So kalau korang nak sewa sebuah bas sekaligus, darab 2 jer..

Saya diberitahu oleh Pengurus Bustel bahawa dalam 1 bilik hanya dibenarkan 2 oang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ketika saya di sana, saya tidak berkesempatan untuk menginap di Bustel sebab dah fully booked. Katanya, bustel memang selalu fully-booked, terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Katanya pada hujung minggu, jumlah pengunjung boleh melebihi 10,000 orang! So kalau korang nak merasa tidur dalam bas, kenalah book awal-awal, ok!

 Reception Office - di sinilah kami bertanya itu-ini-begitu-begini dengan Pengurus Bustel

Berhampiran dengan Bustel ada Bus Cafe, iaitu gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan 'street food'. So, pengunjung memang takkan bosan di sini. Boleh piknik di tepi pantai klebang yang pasir tambaknya masih putih mulus sambil menikmati cendol atau coconut shake. Kalau tak nak piknik di pantai, boleh juga makan dalam bas itu sendiri. Ada disediakan meja makan sebiji macam dalam kedai makan tu.


Cocounut shake di sini memang yummy!

Ada banyak pilihan makanan untuk semua pengunjung

Di sini disediakan kemudahan bilik air yang juga dibuat daripada bas terpakai. Kos sekali masuk ialah 30sen/seorang. 
 Tandas yang bersih; depan untuk lelaki dan belakang untuk perempuan
Di Dataran 1 Malaysia Klebang ini juga ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak seperti main layang-layang. Ada banyak bus shop yang jual layang-layang pelbagai design. So anak-anak takkan boring. Ataupon main ATV yang boleh di sewa di sana.

 Lepak-lepak minum cendol sambil menikmati udara Selat Melaka yang nyaman..

So, apa kata ke Melaka bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah nanti. Memang seronok. Selain daripada Pantai Klebang ni, ada banyak lagi tempat menarik. Kebanyakan tempat-tempat lawatan di Melaka ni PERCUMA jer.. tak perlu bayar untuk masuk/tengok. Saya ada share 10 tempat menarik di Melaka yang tidak perlu keluar duit untuk tengok/masuk. KLIK DI SINI.
 

32 comments:

  1. macam best jo ! nak poie la. tak ponah jojak laie kek pantai klebang 1 malaysia ni. padahal dokek jo gan umah eden. . tunggu dapek cuti,baru poie gan keluargo . insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Sewajarnya datang sini!!

      Delete
    2. Boleh juga menginap Di Anugerah Homestay Melaka..
      terdapat pelbagai pilihan ada..
      dari Teres 3 bilik, Villa 4 bilik dan Banglo 5 Bilik..
      Rumah pun baru2 lagi..

      www.AnugerahHomestay.com

      Delete
  2. nak tanya pantai klebang ni dkt tak dgn a famosa semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat jer... dalam 10-15min pemanduan.

      Delete
  3. Replies
    1. Bustel memang tengah 'hot' sekarang. Kena cuba!

      Delete
  4. Toilet ada dlm bustel atau kena keluar ye?

    ReplyDelete
  5. Toilet ada dlm bustel atau kena keluar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toilet dalam bustel tu sendiri. Siap dengan shower leh mandi.

      Delete
    2. Memang nak kena booking ke ?macam mana nak booking

      Delete
    3. Memang nak kena booking ke ?macam mana nak booking

      Delete
    4. Cuba tgk facebook Bustel. Tel 019-741 4113

      Delete
  6. sangat membantu. baru semalam plan dengan famili nak bercuti ke melaka bulan 3 ni.
    terima kasih ye.

    boleh follow sy blogger baru di nadlovefad.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  7. Nak tanye, dalam bustel tu ade suis plug tak untuk nak charge phone ke iron baju ke? Hihi terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada... zaman moden ni mmg kena ade suis plug.. huhu..

      Delete
  8. Sekarang Melaka dah ada tempat baru lagiiiii. Ala-ala Brighton Beach gitu. Saya ada buat entri baru pasal tempat ni.

    inijurnalkitapunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Kalau nk book kena datang terus ke..ada x no talipon ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tepon depa untuk buat reservation. No telefon ada saya letak dalam gambar pertama di atas tuu

      Delete
  10. Bustel ada air cond ker atau kipas

    ReplyDelete
  11. TQ atas perkongsian info ni :)

    Best. Kami dah pergi menginap juga.
    Pengalaman Menginap di Bustel Melaka

    ReplyDelete
  12. Anda boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete
  13. Baru jek g da tak ada harga rm80 pn .

    ReplyDelete
  14. Nice..tp xde tmpt nk solt..bilik keck sgt..terpksa solt dpn toilet...kene sediakn sebuah bas utk solt

    ReplyDelete