Saturday 2 June 2012

Sydney Part 1 - Opera House

Bulan May 2012, saya sekeluarga pergi bercuti ke Sydney. Hajat hati nak tengok salah satu daripada binaan architectural yang canggih melangkaui zaman pembinaannye dahulu, iaitu Opera House. Dapat je duit bonus, saya dan En.Hubby pon ape lagi, trus wat planning ape yang patut. Kitorang nak bawa anak2 tercinta skali, so xleh laa ikut tour group sebab leceh nak terkejar-kejar ke sana ke mari dengan anak2 yang mcm2 ragam. 8 hari diperuntukan untuk trip kali ni.. slow and steady punye trip. Dengan hanya berpandukan tunjuk ajar En. Google dan kekawan yang penah ke sana, kitorang pon taram je buat aktiviti sendri.

 Akhirnye tercapai gak hajat untuk menatap Opera House di depan mata



Memandangkan bawa anak2 skali, so cara yg mudah dan selesa ialah dengan duk kat apartment yang luas untuk anak-anak bermain, ada kemudahan memasak & ada mesin basuh. Lokasi juga musti dekat ngan subway station dan juga tempat nak beli makanan untuk masak. Survey punye survey kat internet, jumpa la Medina Grand Hotel Apartment di Kent Street. Alhamdulillah, service apartment ni menepati ciri2 yang kitorang ndak.


‘A’ tu adalah kedudukan apartment. Stesen keretapi terdekat ialah Town Hall (5min jalan kaki), betul2 atas station tu ada Woolworths, sebuah grocery store yang agak besar untuk beli barang2 makanan & keperluan, Darling Harbour pon dekat (10-15min jalan kaki). Dari Darling Harbour leh jalan kaki je ke Paddy’s Street, Muzium2, Cockle Bay (tempat makan halal ade kat sini) dan banyak lagi. 


En.Hubby, anak-anak dan Kak Nab posing di depan pintu masuk apartment.

Hari pertama sampai tu kitorang x mulakan sesi melawat. Rilex je kat apartment. Anak2 letih duk sempit2 dlm flight, kelas ekonomi la katakan. En. Hubby je yang kuar gi cari ape2 yang patut untuk masak. Tu yang jumpa Woolworths. Beli ikan & sayur2 jer.. tu je yg berani nak makan. Daging takut tak semelih cara Islam. Ikan & sayur leh dimasak untuk hari2 esoknye. Beras, bihun, tepung dan perencah pelbagai perisa kitorang dah bawa siap2 dari Malaya. Heheh.. nak jimat punye pasal!

Esoknye baru start menjelajah Sydney. Kitorang mulakan ngan Circular Quay. Masa nak beli tiket, mamat kat kaunter tu rekomen tiket ‘Family Funday Sunday’ sebab masa tu hari Ahad. Untuk seisi keluarga pada hari ahad tak kira la orang tempatan atau pelancong, boleh beli tiket nih pada harga AUD2.50 untuk seisi keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Dengan AUD2.50 saje, satu family leh naik kebanyakan kenderaan awam kat Sydney macam bas, keretapi, feri dan lain-lain sepanjang hari, mcm hop-on hop off nye function lah. Lebih lanjut, gi website nih http://www.cityrail.info/tickets/which/funday .


Sampai2 je Circular Quay, hah tu dia.. punyelah ramai owang! Hari Ahad la katakan. Masing2 nak gi tengok Opera House punye pasal la nih. Yang macam jambatan kaler itam kat sebelah kanan tu ialah train station. Turun je dari train,  berhadapan ialah jeti. Ada 5 semuanya. Contoh kat sebelah kiri gambar nih ialah Quay no. 2 untuk ke Taroonga Zoo. Nanti saya stori pasal Taroonga Zoo nih. Must visit tu weh!!


Antara jeti2 tu, ade la macam2 orang wat persembahan jalanan (street entertainers). Antara yang menarik ialah mamat nih tiup seruling panjang diperbuat dari kayu amende ntah. Nih mcm dari suku orang asli Australia.


Kitorang jalan lenggang kangkung je menuju ke Opera House sambil menyusuri sungai nih.  Dari sini leh nampak Harbour Bridge.



Sambil jalan2 tu, boleh jamu mata tengok kapal2 yang lalu lalang kat situ. Yang besar & gah macam Captain Cook Cruiser kaler putih tu memang best tapi mahal. Yang kaler kuning tu public ferry yang stop at every jetty, tuh murah. Kalu dah ada tiket Family Funday Sunday nih, leh naik free je. Yang kaler putih nun jauh tu ialah feri express, dia berhenti kat hentian besar je. Yang kaler hitam-biru belakang Captain Cook tu ialah ‘Water Taxi’ – fungsi nye sama cam taxi sebab tak ramai leh naik dan dia leh anto kita ikut mana2 kita nak pegi. 

Kalu penat jalan atau saje nak teguk kopi sambil tengok feri atau orang lalu lalang, leh pilih mana2 kedai makan dan minum di sepanjang perjalanan ke Opera House tuh.

Sambil jalan tuh, jangan tengok depan, kiri dan kanan je. Tengok kat bawah gak, sebab di sepanjang tempat pejalan kaki tu dorang ade letak mende bulat2 kaler emas tu untuk dibaca. Pasal sejarah tempat tu laa.. Saya baca 1-2 jer.. yang lain tu tak baca pon sebab bukannye leh appreciate pon maklumat tu sumer.



Akhirnye setelah 10minit berjalan lenggang kangkung tuh, baru laa nampak Opera House yang tersergam indah di depan mata. Tapi masih lagi kena menapak untuk betul2 sampai sana.



Bile dah sampai tuh, pusing keliling Opera House tu dan panjat tangga. Duduk sat, lenguh kaki, heheh! (saya je lenguh sebab pregnant, orang lain rilex jer sumer banyak tenaga). 

Next, saya akan citerkan plak pasal tempat2 lain yang kitorang lawati. 

SIgned-off!




No comments:

Post a Comment