Saturday 30 May 2015

Mahu "lenjan" Kad Kredit tanpa membayar sesen pun kepada Bank?



Ya, anda boleh menggunakan kad kredit tanpa membayar sesen pun kepada bank. Apa tidaknya, bank mudah membuat untung menggunakan wang orang lain. Dia ambil duit kita pada kadar yang murah, kemudian bank akan bagi pinjam duit kita kepada orang lain pada harga yang mahal (sehingga 18% setahun bagi kad kredit!). Adalah lebih baik kita mempergunakan bank daripada bank menggunakan kita.

Disini saya sertakan serba-sedikit tip-tip bagi mengelakkan membayar duit kepada bank ketika menggunakan kad kredit.

  1. Bayar sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran. Biasanya disebut "due date" iaitu tempoh 20 hari selepas penyata dikeluarkan. Jika takut terlepas pandang, setkan tempoh bayaran secara auto menggunakan internet (Maybank2u, CIMB clicks dll).

p/s: Kita tak perlu bayar awal sebelum masanya kerana tiada faedah yg banyak kepada kita melainkan bank. Jika dikira, wang kita boleh disimpan dimana-mana tempat seperti pasaran wang, akaun semasa berdividen, saham dan kita boleh menerima faedah atau dividen atau untung dalam masa yang sama bank tolong bayarkan segala pembelian kita. Apabila kita bayar pada masanya, tiada caj boleh dikenakan kepada kita. Nah, inilah kelebihan kad kredit!

Sebenarnya, bank caj biasanya dalam 2% kepada penjual. Jadi, secara tak langsung kita telah bayar duit kepada bank ketika pembelian TETAPI kita tidak begitu terasa kerana; biasanya bayaran tunai dan kad kredit adalah sama. Jika kita membeli susu berharga RM100, harga tunai dan kad kredit adalah sama kecuali jika penjual mengenakan caj menggunakan kad kredit kepada kita (biasanya barangan elektrik). Ini bermakna bagi tunai, 2% itu pergi kepada penjual. Bagi kad kredit, 2% pergi kepada bank. Jadi, bank tolong bayar untuk kita, kita ambil duit kita untuk melabur dan bagi orang yang pandai mengurus wang, keadaan ini ada amat baik untuk mereka.

  1. Jika tetiba ada satu bulan kita terlupa membayar pada masanya, jangan risau. Ada juga cara untuk mengelak denda. Cubalah telefon bank untuk meminta pengecualian denda. Jika rekod bayaran kita adalah baik, bank pastinya akan memberi kelonggaran. Macam mat saleh kata "you got nothing to lose. What's the worst that can happen? Request denied or rejected. Jadi, cubala saja. Jika tidak berjaya kali pertama, cubalah untuk kali kedua, mungkin kita akan bernasib baik selepas itu.

Kita boleh cuba bertanya bank bagi sebarang denda atau yuran seperti denda lewat, caj finance, cukai kerajaan dan lain-lain!

  1. Jika bank masih berdegil, gunakan kuasa anda untuk MENUKAR/ batal kad kredit anda. Mana tahu, bank mungkin takut atau berasa rugi kehilangan anda lalu meluluskan permohonan anda. Ini tidak mustahil! Boleh juga cuba dengan menukar akaun bank gaji (terutamanya jika gaji anda tinggi), tutup akaun pinjaman, semasa, simpanan dll. Tak semua saya pernah cuba ini tetapi apa salahnya cuba jika tiada gangguan kepada kita).

Jika anda rasa kad itu terlalu baik untuk ditukar, cuba terangkan kelebihan yang bank dapat dengan menjadikan anda sebagai pelanggan.

Akhirnya, tiada kad yang sempurna, jika bank masih berdegil, tukarlah sahaja. Begitu banyak kad kredit di Malaysia dan masing-masing punyai kelebihan. Tiada gunanya kita setia kepada bank yang "sombong" atau tidak hargai kita. Macam Sarimah cakap kepada Abd Wahub, "sekali disini petik, 10 yang datang, tau!"

TIP UTAMA: pastikan ada berbelanja mengikut kemampuan. Jika tidak, tiada siapa boleh menolong anda kecuali anda sendiri. Melainkan anda tetiba ada duit "terpijak" atau tetiba merupakan pewaris harta Ismet Ulam Raja, biarlah berpijak di bumi nyata.

Silalah kongsi di sini jika anda tip-tip tambahan menggunakan kad kredit.

Saya terfikir untuk mengomel mengenai pinjaman ASB jika ada yang sudi mendengar. Hingga jumpa lagi.

Keywords: Kad Kredit, tips, travel, melancong

1 comment:

  1. woww!! perkongsian yang sangat menarik. saya pasti akan pilih kredit kad yang betul selepas ini. saya jumpa satu laman web yang sangat membantu
    https://loanstreet.com.my/credit-card cubalah klik disini dan lihat sendiri perbezaan antara kad-kad kredit dan pohon kad yang terbaik sekarang!

    ReplyDelete