Ya, anda
boleh menggunakan kad kredit tanpa membayar sesen pun kepada bank. Apa
tidaknya, bank mudah membuat untung menggunakan wang orang lain. Dia ambil duit
kita pada kadar yang murah, kemudian bank akan bagi pinjam duit kita kepada
orang lain pada harga yang mahal (sehingga 18% setahun bagi kad kredit!).
Adalah lebih baik kita mempergunakan bank daripada bank menggunakan kita.
Disini saya
sertakan serba-sedikit tip-tip bagi mengelakkan membayar duit kepada bank
ketika menggunakan kad kredit.
- Bayar sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran. Biasanya disebut "due date" iaitu tempoh 20 hari selepas penyata dikeluarkan. Jika takut terlepas pandang, setkan tempoh bayaran secara auto menggunakan internet (Maybank2u, CIMB clicks dll).
p/s: Kita tak perlu bayar awal sebelum masanya kerana tiada faedah yg
banyak kepada kita melainkan bank. Jika dikira, wang kita boleh disimpan
dimana-mana tempat seperti pasaran wang, akaun semasa berdividen, saham dan
kita boleh menerima faedah atau dividen atau untung dalam masa yang sama bank
tolong bayarkan segala pembelian kita. Apabila kita bayar pada masanya, tiada
caj boleh dikenakan kepada kita. Nah, inilah kelebihan kad kredit!
Sebenarnya, bank caj biasanya dalam 2% kepada penjual. Jadi, secara tak
langsung kita telah bayar duit kepada bank ketika pembelian TETAPI kita tidak
begitu terasa kerana; biasanya bayaran tunai dan kad kredit adalah sama. Jika
kita membeli susu berharga RM100, harga tunai dan kad kredit adalah sama
kecuali jika penjual mengenakan caj menggunakan kad kredit kepada kita
(biasanya barangan elektrik). Ini bermakna bagi tunai, 2% itu pergi kepada
penjual. Bagi kad kredit, 2% pergi kepada bank. Jadi, bank tolong bayar untuk
kita, kita ambil duit kita untuk melabur dan bagi orang yang pandai mengurus
wang, keadaan ini ada amat baik untuk mereka.
- Jika tetiba ada satu bulan kita terlupa membayar pada masanya, jangan risau. Ada juga cara untuk mengelak denda. Cubalah telefon bank untuk meminta pengecualian denda. Jika rekod bayaran kita adalah baik, bank pastinya akan memberi kelonggaran. Macam mat saleh kata "you got nothing to lose. What's the worst that can happen? Request denied or rejected. Jadi, cubala saja. Jika tidak berjaya kali pertama, cubalah untuk kali kedua, mungkin kita akan bernasib baik selepas itu.
Kita boleh cuba bertanya bank bagi sebarang denda atau yuran seperti
denda lewat, caj finance, cukai kerajaan dan lain-lain!
- Jika bank masih berdegil, gunakan kuasa anda untuk MENUKAR/ batal kad kredit anda. Mana tahu, bank mungkin takut atau berasa rugi kehilangan anda lalu meluluskan permohonan anda. Ini tidak mustahil! Boleh juga cuba dengan menukar akaun bank gaji (terutamanya jika gaji anda tinggi), tutup akaun pinjaman, semasa, simpanan dll. Tak semua saya pernah cuba ini tetapi apa salahnya cuba jika tiada gangguan kepada kita).
Jika anda rasa kad itu terlalu baik untuk ditukar, cuba terangkan
kelebihan yang bank dapat dengan menjadikan anda sebagai pelanggan.
Akhirnya, tiada kad yang sempurna, jika bank masih berdegil, tukarlah
sahaja. Begitu banyak kad kredit di Malaysia dan masing-masing punyai
kelebihan. Tiada gunanya kita setia kepada bank yang "sombong" atau
tidak hargai kita. Macam Sarimah cakap kepada Abd Wahub, "sekali disini
petik, 10 yang datang, tau!"
TIP UTAMA: pastikan ada berbelanja mengikut kemampuan. Jika tidak,
tiada siapa boleh menolong anda kecuali anda sendiri. Melainkan anda tetiba ada
duit "terpijak" atau tetiba merupakan pewaris harta Ismet Ulam Raja,
biarlah berpijak di bumi nyata.
Silalah kongsi di sini jika anda tip-tip tambahan menggunakan kad
kredit.
Saya terfikir untuk mengomel mengenai pinjaman ASB jika ada yang sudi
mendengar. Hingga jumpa lagi.
Keywords: Kad Kredit, tips, travel, melancong
woww!! perkongsian yang sangat menarik. saya pasti akan pilih kredit kad yang betul selepas ini. saya jumpa satu laman web yang sangat membantu
ReplyDeletehttps://loanstreet.com.my/credit-card cubalah klik disini dan lihat sendiri perbezaan antara kad-kad kredit dan pohon kad yang terbaik sekarang!