Saturday, 30 May 2015

MAHU MENDAPATKAN PENTERJEMAH PERIBADI SECARA PERCUMA SEMASA MELANCONG?

Lumrahnya manusia hanya memahami beberapa bahasa. Biasanya bahasa ibunda dah bahasa Inggeris. Jadi, apabila melancong, masalah bahasa boleh menggangu perjalanan. Contohnya bagi negara yang mengutamakan bahasa kebangsaan mereka, kebanyakan papan tanda adalah di dalam bahasa mereka. Begitu juga bagi makanan, jika mahu tahu kandungannya, kita terpaksa mencari kamus satu-persatu.

Mahu belajar, lambat! Mahu upah penterjemah, kena keluar duit!

Jangan risau,kini ada cara yang lebih mudah untuk menterjemah secara langsung daripada gambar. Hanya ambil gambar dan aplikasi ini akan mencapai internet untuk menterjemah ke bahasa yang anda fahami. Tak perlu menaip satu-persatu. Saya rasa mungkin ada yang dah tau, baguslah. Bagi yang lain, gunakanlah Apps dari Google yang bernama "Google Goggles".



Penggunaanya  amatlah mudah seperti yang saya katakan tadi. Ambil gambar, masuk internet dan Goggles akan menterjemah untuk kita. Ia boleh menterjemah semua benda jika tulisannya jelas dan terang. Sudah tentu ada kelemahan tetapi ia bukanlah penghalang bagi kita untuk memahaminya. Jika mahu, boleh ulang semula, apa salahnya bukan!

Penggunaaan Goggles tidak terhad kepada menterjemah tetapi juga mencari maklumat mengenai simbol, gambar, logo dan sebagainya. Jadi, download dan cubalah. Ia pasti memudahkan. Cuba ambil gambar patung contohnya (banyak patung ukiran di Itali kami lihat dulu) dan dapatkan maklumat mengenainya secara langsung! Cuma pastikan anda ada internet!

Saya pernah mengambil gambar sebuah lukisan di hotel dan akhirnya dapat mengetahui yang ia adalah lukisan bertajuk tertentu oleh pelukis Perancis. Harganya juga ada jika mahu beli Begitu juga, ketika di Itali, saya mengambil gambar kandungan makanan bagi barang yang mahu dibeli dan Goggles dapat menterjemah bahan-bahan itu ke bahasa Inggeris supaya mudah kita tahu halal haramnya.


Jadi, jika mahu memudahkan pengembaraan anda di luar negara (juga dalam negara), cubalah guna Goggles dan kongsilah disini akan kebaikannya (dah kekurangannya)!

Keywords: Google apps, Android, Apps, Goggle, translate, travel, melancong, terjemah

No comments:

Post a Comment