Tuesday 2 June 2015

CIAO, ITALIA! PENGALAMAN PERCUTIAN DI ITALI

Ciao, Italia! (Hi Italy!).

Setelah hampir setahun merancang , akhirnya pada bulan May 2015 alhamdulillah saya dan En. Suami selamat tiba di bumi Itali. Ketika kami sampai, cuaca di Itali amat baik... sejuk, tapi matahari menyinar menjadikan cuaca begitu selesa.


Perjalanan kami yang lebih daripada sehari bermula dari KLIA ke Paris Charles De Gaule dengan menaiki MAS kelas bisnes, SIGHSEEING SEBENTAR DI KOTA PARIS sementara tibanya waktu berlepas ke Rome, dan menaiki pesawat Vueling dari Paris Orly ke Rome Fucimio Airport. Bila dah sampai airport, kena naik keretapi Trenitalia ke pusat bandar Rome (stesen Roma Termini), dan akhirnya naik trem ke apartment sewaan.

Percutian kami selama 2 minggu bermula di Rome, kemudian ke Florence, Pisa, Cinque Terre dan berakhir di Venice, sebelum ke London untuk penerbangan pulang. Banyak juga yang dipelajari sepanjang perjalanan ini. Memandangkan perjalanan kami agak lama, jadi banyak juga yang hendak ditulis dan dikongsi. Untuk tidak slow kan page loading dan memudahkan pembacaan, saya akan pecahkan entry ini kepada lokasi lawatan seperti si bawah.


ROME

Rome adalah sebuah muzium terbuka yang amat besar dan mengagumkan. Sejarah Rome yang bermula sejak sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadikannya sebuah bandar yang kaya dengan artifak dan tinggalan-tinggalan lama yang cantik dan unik. Pergilah ke mana-mana sahaja, pasti ada ruins (tinggalan/runtuhan) yang kelihatan. Tambahan pula dengan arts (seni) yang ditonjolkan disamping teknologi zaman lampau menjadikan Rome dikerumuni pelancong. Ramai gilos pelancong... macam semut. Nak berjalan pon kekadang susah nak menyelit.


 Colloseum adalah salah satu daripada bukti kehebatan teknologi pembinaan dan kekuasaan perang bangsa Roman suatu ketika yang lalu

Kami menghabiskan selama 5 hari 4 malam di Rome. Tolak hari tiba dan hari balik, cuma ada 3 solid days untuk dimanfaatkan di Rome. Hari pertama ronda-ronda kosong dari satu tempat menarik ke satu tempat yang lain untuk dapatkan feel, hari kedua ambil tour guide masuk Coloseum dan hari ketiga di negara Vatican.

Ponte Vittorio Emmanuele II berlatarbelakang bandar Rome

Saya ceritakan panjang lebar sebagai catatan kenangan diri sendiri, serta bacaan anda yang mungkin ada plan nak ke sana suatu hari nanti.

Pelbagai tips, tricks, maklumat kos dan macam-macam lagi ada saya share : ITALI PART 1 : PERCUTIAN DI ROME


FLORENCE

Selepas Rome, kami ke Florence pula. Florence terkenal dengan kehebatan seni mereka terutama di zaman Renaisance dahulu. Nama-nama popular yang disebut-sebut di Rome seperti Michaelangelo, Raphael dan Leonado Da Vinci disebut-sebut sekali lagi di Florence. Di Florence, hasil karya mereka amat banyak di sini.

View of Florence dari puncak bukit Piazzale Michelangelo

Antara tempat yang kami lawati ialah Uffizi Gallery di mana hasil karya seni nama-nama terkenal itu dipamerkan, Duomo, jambatan lama Ponte Vecchio dan memanjat bukit ke Piazzale Michaelangelo untuk melihat panorama bandar Florence dari atas. Kami di Florence tidak lama, hanya 4 hari 3 malam, namun banyak pengalaman yang kami kutip.

Semuanya ada saya tulis di sini: ITALI PART 2 : PERCUTIAN DI FLORENCE


PISA

Pada hari terakhir di Florence, kami mengambil keputusan untuk ke Pisa. Ia tiada dalam rancangan asal, tapi selepas didesak-desak oleh si isteri, En. Suami terpaksa mengalah. Pisa terletak 1 jam perjalanan keretapi laju dari Florence. Tiada apa yang menarik di Pisa selain daripada menara condong Pisa itu sendiri.

Menara condong Pisa

Hanya setengah hari di Pisa, cukup sekadar pusing keliling bandar itu dengan bas awam dan bergambar sampai lebam di menara condong.

Jom baca lebih lanjut di sini : ITALI PART 3 : MELAWAT MENARA CONDONG PISA


CINQUE TERRE

Pada hari yang sama, selepas Pisa kami ke Cinque Terre pula. Ofismet saya Mr. LGT yang rekemenkan Cinque Terre sebab tempatnya amat cantik. Tapi kami tak masukkan dalam perancangan awal sebab takut tak sempat nak ke sana. Namun, semasa di Pisa, 2 orang packpackers Malaysia yang kami jumpa kata Cinque Terre tidaklah sejauh mana pon. Hanya 1 jam perjalanan keretapi dari Pisa. Memandangkan takda apa lagi nak dibuat di Pisa, kamipun terus beli tiket keretapi ke La Spezia untuk ke Cinque Terre.

Cinque Terre bermaksud Five Lands, iaitu 5 buah kampung yang berada dalam kawasan seluas 20km di antara gunungan dan lautan. Kelima-lima kampung ini ialah Vernazza, Monterosso, Manarola, Riomaggiore dan Corniglia, di gazette kan oleh UNESCO sebagai kawasan warisan.

Hiking route di Vernazza untuk melihat kampung itu dari puncak bukit

Saya ceritakan panjang lebar di sini : ITALI PART 4 : PERJALANAN SINGKAT DI CINQUE TERRE


VENICE

Venice adalah bandar terakhir yang kami lawati semasa di Itali. Saya rasa ramai yang dah tahu tentang Venice; ia adalah bandar romantis yang dikelilingi air. Paling glamer di sini tentulah gondola, tapi awas Gondola amatlah mahal. Yang lain-lain pon mahal juga.. segalanya lebih kos di sini, sebab alasannya logistik di sini lebih sukar daripada bandar-bandar lain. Ada juga benarnya sebab segala-galanya kena naik pengangkutan air dan kemudian tolak pakai troli guna kudrat manusia untuk dibawa ke sini.
  Venice dan gondola tidak dapat dipisahkan..

Untuk baca lebih lanjut, klik sini : ITALI PART 5 : PERCUTIAN DI VENICE


LONDON

Selepas Venice, kami ke London. Tidak lama di sana, hanya 3 hari 2 malam. Sebenarnya London hanyalah transit city kami, sebab akan balik dari London Heathrow menaiki pesawat MAS. Ada saya selitkan cerita pasal London, terutamanya apa yang wajib dilawati semasa di sana jika kita hanya ada 1 hari untuk dihabiskan.

 Membelai singa di Trafalgar Square

Klik link ini ye... PERCUTIAN SINGKAT MUSIM BUNGA DI LONDON

Sehabis London, tibalah masa untuk berangkat pulang. Sedih sebab percutian dah berakhir (dan realiti kembali yang next week dah kena masuk keje.. huhu!) namun amat gembira dan tak sabar-sabar nak balik jumpa anak-anak tersayang. 15 hari bukan satu jangkamasa pendek. Memang rindu dorang sangat-sangat!! Perjalanan pulang kami dari London menaiki pesawat A380 baru milik MAS kelas bisnes. Saya bukan nak eksen cakap saya kaya atau berada sebab baik kelas bisnes.. tapi saya bagitahu sebab kami dapat naik kelas bisnes tanpa membayar harga kelas bisnes. Kami hanya membayar RM2k++ untuk pengangkutan pergi-balik untuk trip ke Itali ini. Kami adalah pengumpul tegar Enrich miles, kami gunakan enrich miles untuk redeem tiket kelas bisnes.

 Salah satu daripada hidangan makan tengahari pesawat A380 dari London ke Kuala Lumpur yang dihidangkan kepada kami

Kalau anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang Enrich Miles dan bagaimana saya dapat naik kelas bisnes tanpa bayar harga RM13k seorang, sila klik link di SINI.




13 comments:

  1. As salam. Sis, boleh bagi akak email address.

    ReplyDelete
  2. Hmmm.... best gak ada enrich miles ni.... menyesal tak tau dari dulu lagi.... huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, sangat best! Jangan lupa untuk jadi ahli Enrich ye..

      Delete
  3. Alhamdulillah.... setel dah trip ke Itali

    Anyhow... u punya info sedikit sebanyak ada membantu semasa kami di sana... TQ

    ReplyDelete
  4. x boleh klik pon part5 venice..sob2.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Saya nak tanya kat florence, nk ke tempat2 menarik tu ada train ke or jalan kaki je?

    ReplyDelete
  6. untuk yg rajin update better beli simkad sana atau roaming jer

    ReplyDelete
  7. boleh tau tak u pegi dgn travel agency mana?

    ReplyDelete
  8. Itali memang cantik. Baca juga artikel di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/04/florence-di-piazza-del-duomo_11.html
    Lihat video di Youtube di https://youtu.be/OVEs_zYK_FQ

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya tak jumpa link ITALI PART 4 : PERJALANAN SINGKAT DI CINQUE TERRE. Saya teruja nak baca.

    ReplyDelete
  10. Dan tak jumpa ini jugak ITALI PART 5 : PERCUTIAN DI VENICE

    ReplyDelete
  11. Blog yang menarik, saya teringat Florence dilihat dari Piazza Michelangelo , tempat ini adalah tempat terbaik untuk melihat Florence dari atas kapan saja.
    Saya mencoba menuis blog tentang Florence, semoga anda juga suka: http://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/01/florence-dilihat-dari-piazzale.html

    ReplyDelete