Thursday, 28 August 2014

DAPATKAN ENRICH MILES PERCUMA SETIAP KALI BOOK HOTEL

Ini adalah tips untuk kaki jalan. Kaki jalan dan kaki terbang pasti tahu tentang Enrich Miles dari MAS. Setiap kali kita naik kapal terbang MAS, kita boleh dapat Enrich Miles. Enrich Miles bila dikumpul banyak-banyak kita leh tukarkan kepada tiket kapal terbang percuma. Saya dan suami pernah merasa pergi-balik Eropah menaiki business class secara percuma dengan menggunakan Enrich Miles yang kitorang kumpul selama setahun. Nak tahu tentang ini, leh baca di sini:

Sebenarnya, tak naik kapal terbang pon kita boleh kumpul Enrich Miles. Contohnya seperti dengan menukarkan points kad kredit kepada Enrich Miles dan menggunakan affiliate servis/hotel. Jadi, dah alang-alang menyewa hotel ketika travelling, jangan lepaskan peluang untuk kumpul Enrich Miles ni. Saya sentiasa check kat hotel mana saya boleh dapatkan Enrich Miles yang banyak sebelum saya buat reservation. Tak kiralah untuk business travel atau percutian sendiri.

Saya nak share 3 cara mudah untuk dapatkan Enrich Miles secara PERCUMA melalui penginapan di hotel :

1. Check senarai affiliate hotel di website Enrich. Paling koman pon leh dapat 600 Enrich Miles untuk setiap penginapan di hotel2 yang tersenarai di situ.


2. Saya 'like' facebook page dan subsribe dengan affiliate hotels untuk untuk mendapatkan maklumat terkini seperti promosi, terutamanya yang berkaitan dengan Enrich Miles. Contoh baru-baru ini saya memilih untuk menginap di Hotel Traders semasa outstation di Kuala Lumpur sebab Shangri-La hotel groups memberikan double Enrich Miles untuk setiap penginapan. Kalu waktu takde promosi hanya dapat 600 Enrich Miles sahaja, semasa promosi ni leh dapat 1,200 Enrich Miles. Banyak tu!! Nasib baik saya dapat maklumat2 terkini ni, kalu tidak tentu saya melepas.

3. Gunakan Rocketmiles.com untuk book hotel. Rocketmiles.com adalah website affiliate terbaru Enrich. Rocketmiles ni lebih kurang macam Agoda.com dan Booking.com. Kat sini kita leh book hotel sambil tu mendapatkan sekurang-kurangnya 1,000 Enrich Miles for every 1 night stay. Kadang2 ada promosi siap leh dapat up to 5,000 Enrich Miles for every night stay. Hebat, kan?

https://www.rocketmiles.com/refer/MEMEYFASHIONHOUSE

Jom tengok, berapa Enrich Miles leh dapat untuk penginapan 3malam di Bangkok. Up to 14,000 miles tau!! Berbaloi2. Leh dapat tiket free untuk 1pax dengan 14,000 miles ni.

https://www.rocketmiles.com/refer/MEMEYFASHIONHOUSE
Contoh hotel di Bangkok dan Enrich Miles yang boleh kita dapat

Cuma saya nak bagitau yang senarai hotel di Rocketmiles tidaklah sebanyak di Agoda atau Booking. Sebab hotel yang tersenarai di sini ialah hotel2 yang nak meningkatkan sale atau yang sedang ada promosi. So senarai sentiasa berubah-ubah.

Untuk kali pertama booking di Rocketmiles ni, kita leh dapat 3,000 bonus Enrich Miles. Sekarang ni mereka ada buat 10 days stay challenge. Sesiapa yang leh book melalui Rocketmiles untuk 10malam, boleh dapat bonus 10,000 Enrich Miles percuma! Challenge ni valid sehingga 23 Sept 2014 ni sahaja ye. So, kalau korang memang frequent traveller, so gunakan peluang ini untuk dapat 10,000 Enrich Miles ni. 10k ni dah leh dapat tiket percuma ke Phuket tau!!

So apa lagi, jangan sia-siakan peluang untuk mendapatkan Enrich Miles percuma ini. Senang-senang leh dapat tiket kapal terbang percuma! Berminat? Jom register di sini : REGISTER ROCKETMILES


****************************************************************************
*  Mencari hotel pada harga murah?                                                                                                *
*  Dapatkan promosi menarik dari Booking.com & Expedia.com                                                  *
*                                                                                                                                                     *
*****************************************************************************

4 comments:

  1. Assalamualaikum..saya nak tanya..kalau kita book affiliate hotels, kita just tunjuk kad enrich tu je ke mcm mana?ke kena book online n masukkan no enrich kta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau book dengan Agoda, hanya masukkan nombor akaun Enrich semasa buat booking. Dalam masa sebulan Enrich miles akan dikreditkan ke akaun.

      Delete
    2. Kalau call direct reservation, berikan mereka nombor Enrich siap2. Ataupon masa nak check-in nanti pon boleh bagi no enrich tu

      Delete
    3. oh gitu..terima kasih ye reply komen sy :) macam bersemangat plak nak kumpul enrich miles ^_^

      Delete