Monday, 9 June 2014

TIKET KAPAL TERBANG BUSINESS CLASS PERCUMA

Melihat kepada tajuk diatas, sapa tak nak benda free dalam dunia ni kan. Semua orang nak. Cakap ye saja. Lebih-lebih lagi benda mewah! Kali ni, saya nak berkongsi bagaimana kami dapat tiket "free" tu. Hakikatnya, tiket tu tak free atau percuma. Ia hanya tiket pada harga yang amat rendah. Tiket berharga RM0 dan cukai/ surcaj kira-kira RM1800/pax untuk pergi-balik. Oleh sebab nak tiket kelas bisnes punya pasal, bayar je la. 





Kalau nak diikutkan tiket Malaysia Airlines kelas bisnes ke Frankfurt/ Paris sekitar RM11,000.00/pax (berubah ikut masa) untuk pergi-balik tapi alhamdulillah saya berjaya kosongkan ia. Caranya pun mudah dan tak perlu ada banyak kerja tambahan. Cara ni dah popular satu dunia termasuk di Malaysia. Jika diikutkan, ada golongan yang digelar travel hacker yang kerjanya mendapat tiket free utk ke mana-mana destinasi seluruh dunia. Ada yang dapat tiket kelas satu/ suite secara percuma!




BAGAIMANA SAYA DAN SUAMI DAPAT TIKET KAPAL TERBANG PERCUMA KE JERMAN?

Saya dan Suami pergi bercuti di Jerman/Paris pada bulan Mei 2014 lalu. Kami ke sana menaiki kapal terbang MAS dan duduk di kabin Business Class untuk pergi (KUL-FRA) dan balik (CDG-KUL). Kami tak perlu keluarkan duit untuk tiket, cuma bayar tax/surcaj sahaja. Nak tahu cemana kitorang buat? Mari saya share.
Saya ada share pengalaman kami bercuti melancong di Jerman di SINI.

1) KAD KREDIT..

Adakan anda ada kad kredit? Kaedah yang saya gunakan amat berkait rapat dengan kad kredit (KK). Jika anda tidak ada kad kredit atau jenis manusia yang takut hutang/ kad kredit, mungkin agak susah bagi anda. Walau bagaimanapun, tidak perlu takut untuk memiliki dan menggunakan kad kredit. Guna secara berdisiplin dan bayar habis bila sampai masanya, maka tak perlu bayar segala denda dan faedah yang berlipat ganda tu.

2) ENRICH MILES..
Dengan kad kredit, saya kumpulkan "points" atau mata ganjaran yang boleh ditukar kepada Enrich miles. Ada juga KK yang dapat ditukar ke KrisFlyer (Singapore Airlines), BIGpoints (AirAsia) dan yang seangkatan dengannya. Apabila cukup Enrich Miles, kami tebus tiket penerbangan melalui Enrich website. Sungguh mudah. Tidak perlu berbelanja lebih. (Note : perlu ada nombor ahli Enrich untuk tukarkan points kepada Enrich Miles).

MACAMANA KITORANG BUAT?
KK yang kami gunakan ialah CIMB Enrich dan Maybankard. Pada pendapat kami, KK lain yang sesuai ialah Citibank PremierMiles dan StanChart WorldMiles. Mari kita lihat contoh bagaimana mendapat mata ini seperti dibawah. Contoh ini menggunakan CIMB Platinum dan Maybank Infinite/ Amex Reserve. Setiap kad ini mempunyai kelebihan lain masing-masing, tapi, kami amat berminat untuk mata Enrich.


2x mata
5x mata
1x mata
Guna
RM
Visa Infinite
Amex Reserve
CIMB Enrich
1000
2000
5000
1000
Faktor penukaran
4500
4500
4000
Enrich
444.4
1111.1
250.0
RM/ Enrich
RM2.25
RM0.90
RM4.00

Jadi, kesimpulannya, dengan menggunakan KK diatas, kami mendapat mata Enrich secara "percuma". Gunakan RM1,000.00, kita boleh dapat Enrich seperti jumlah tertera. Sudah tentu kad terbaik ialah Amex Reserve (juga terpakai untuk Amex lain seperti Maybank 2 Cards Gold/ Platinum). RM/ Enrich menunjukkan berapa ringgit diperlukan untuk mendapat mata Enrich dan KK Amex terbukti juara!



Kami hanya perlu bayar perbelanjaan seharian menggunakan KK sahaja. Maka, setiap masa kami akan gunakan KK. Pilihan pertama tentulah Amex, kemudian Infinite dan kemudian baru kad-kad lain. Setiap aktiviti dari membeli-belah, petrol, makan, bercuti, tiket, hotel, bil-bil, cukai taksiran, deposit kereta dan lain-lain lagi kami gunakan KK. Tunai hanya digunakan jika terpaksa. Tidak dapat tidak, kita mesti perlu bayar setiap benda diatas bukan. Jadi, daripada pembayaran itu hanya menjadi satu bayaran semata-mata, lebih baik manfaatkannya untuk mendapat tiket FREE!



Kemudian, tiba masanya kami membeli tiket! Pada masa tiket ini dibeli (Dec 2013), MAS memberi diskaun 50% Enrich Miles untuk redeem tiket kapal terbang. Hanya 27,500/pax sehala Enrich Miles diperlukan untuk tiket kelas bisnes sehala ke Frankfurt (jumlah biasa dalam 47,000), maka hanya 110,000 Enrich Miles diperlukan utk kami berdua untuk penerbangan pergi dan balik. Kami balik melalui Paris kerana ia untuk sektor yang sama.


Ticket redemption for Paris-Kuala Lumpur on MAS Business Class


Saya mempunyai 27,500 mata dan suami menyumbang baki 82,500 mata. Impian kini menjadi kenyataan! Kabin D ini ada pada ranking yang rendah tapi apa nak dikisahkan, layanannya sama sahaja. Kita boleh minta apa saja kepada pramugari/ pramugara, semua boleh dapat. Bezanya, kami tidak dapat memilih makan sebelum penerbangan. Itu sahaja yang kami rasakan.





Jadi berdasarkan 110,000 mata diatas, berapakah jumlah penggunaan yang diperlukan? Berdasarkan jadual tadi (RM/ Enrich), secara kasar pengunaan adalah seperti berikut:


Enrich Miles
Visa Infinite
Amex Reserve
CIMB Enrich
    27,500
RM61,875.00
RM24,750.00
RM110,000.00
   110,000
RM247,500.00
RM99,000.00
RM440,000.00


Jadual menunjukkan jumlah maksimum yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan 2 tiket pergi-balik ke Eropah. Saya ulang 'jumlah maksimum', sebab ada banyak cara untuk mendapatkan extra KK points atau Enrich Miles tanpa banyak berbelanja. Pertama, watch-out for promotions. Enrich selalu buat promosi 'double/triple enrich points', 'convert KK points now to get extra 10-20% Enrich Miles', etc. KK pon selalu buat promosi juga. Pastikan kita follow mereka di facebook dan register untuk dapat notifikasi email promosi mereka dari semasa ke semasa.

Kami ada sedikit baki asal mata Enrich lebihan tahun2 sebelumnya, jadi jumlah penggunaan kami tidaklah seperti didalam jadual. Tetapi jumlah ini adalah tidak mustahil jika kita menggunakan KK selagi boleh! Lebih baik dapat mata daripada tiada apa-apa. Kami juga menukar ke Enrich Miles ketika Maybank membuat tawaran 15% bonus jika penukaran memberi 20,000 Enrich, 10% jika tidak. Kami hanya dapat 10% bonud bagaimanapun! Bayangkan jika dapat 20,000 Enrich Miles tambah 3000 bonus Enrich miles percuma!

Jom kita buat gambaran perbandingan dengan "cashback" KK, setiap kad memberi "cashback" seperti berikut:


Kami juga menukar mata ke Enrich ketika Maybank membuat tawaran - 15% bonus Enrich jika penukaran memberi 20,000 Enrich, 10% jika tidak.Kami hanya dapat 10% bonus bagaimanapun! Bayangkan jika dapat 20,000 Enrich tambah 3000 bonus Enrich!





Untuk memberi gambaran perbandingan dengan "cashback" KK, setiap kad memberi "cashback" seperti berikut:
 




Infinite

Amex

CIMB

Cashback tambang tinggi

17.78%

44.44%

10.00%

Cashback tambang rendah

11.96%

29.90%

6.73%



Kad Amex terus menjadi juara dengan 44.4% cashback. Bermakna kita berbelanja RM24,750 dan Maybank pulangkan RM11,000 kepada kita. Penggunaan kami adalah bercampur, maka "cashback" tidaklah setinggi ini.
 

Jika nak jadi konservatif, pada masa biasa, anggaran 47,000 Enrich untuk sehala, "cashback" agak rendah tetapi masih berbaloi.
 




Infinite

Amex

CIMB

Cashback tambang tinggi

10.40%

26.00%

5.85%

Cashback tambang rendah

7.00%

17.49%

3.94%


Kalau anda nak tau lebih lagi, kenalah bayar dulu…haha!
 

Satu lagi yang ingin saya tekankan ialah bergabung tenagalah dengan suami/isteri untuk menggunakan kad kredit yang sama untuk mencapai jumlah penggunaan yang diingini. Untuk pengetahuan, suami adalah pemegang kad utama (principal) manakala saya adalah pemegang kad supplementary.

TIPS PENGGUNAAN KAD KREDIT

Jadi, saya berikan sedikit tips penggunaan kad kredit:

Pilih kad yang "membayar"  kita jika kita menggunakannya. Ia boleh dalam bentuk "cashback", mata atau apa saja yang bernilai bagi kita.
  1. Sebaik mungkin, elakkan yuran tahunan. Jika tidak, pastikan, ia boleh dikecualikan seperti syarat penggunaan minimum. Jika tidak boleh juga, biasanya, kita boleh merayu untuk mengecualikannya.
  2. Bayar jumlah penyata sebelum "due date". Elakkan bayaran minimum jika tidak mahu bayar faedah. Saya selalu setkan bayaran automatik sebelum 2 atau 3 hari sebelum "due date".
  3. Dapatkan kad tambahan (supplementary) utk beberapa orang jika perlu untuk memaksimumkan jumlah mata dan memastikan penggunaan minimum dicapai. Cuma, pastikan had kredit bagi setiap kad dan setkan supaya pemilik kad bayar sendiri. Tanggungjawab akhir tetap pada pemegang utama, jadi, pandai-pandailah memilih pemilik kad tambahan.
  4. Berdisiplin.

ANTARA KAD KREDIT YANG KAMI BIASA :
Kad Petronas/ Ikhwan Petronas 
  • 5x untuk minyak dan barangan kedai Mesra Petronas pada hari biasa dan 8x untuk hari minggu
  • 5x utk barang runcit (groceries) pada hari biasa dan 8x utk hari minggu
  • 7000 mata ke 1000 Enrich
  • Free For life/ percuma sepanjang hayat

Amex Reserve
  • 5x utk semua barang/ pembelian kecuali bayaran kerajaan dan insuran.
  • 5x untuk penggunaan di luar negara
  • RM800 setahun

Visa Infinite
  • 2x utk semua barang/ pembelian
  • 5x untuk penggunaan di luar negara
  • RM800 setahun
  • Boleh memohon priority pass untuk 5x kemasukan percuma ke Lounge kepada pemegang kad utama sahaja.

CIMB Enrich:
  • Mata terus ke Enrich
  • Pembelian tiket online di laman web MAS memberikan 100% mata Enrich. E.g. Jika beli tiket pada harga RM10,000, maka, kita dapat 10,000 mata Enrich disamping mata Enrich daripada miles.
  • Beli 1 percuma 1 untuk Kelas Bisnes dan Satu, atas promosi.

Faedah-faedah lain penggunaan kad kredit seperti hotel, golf, dining juga ada pada kad diatas.



Nak tahu bagaimana saya mengumpul Enrich Miles dengan pantas tanpa perlu terbang dan beli tiket kapal terbang? Jom baca di sini.

37 comments:

  1. Salam..waa best la penerangan sis tenteng mcm mane nk gune enrich point tuk beli tic...sy br tahu yg mate terkumpul sy selame nir lebih kurang 30k...cadang br nk gune point tu nk beli return tic ke sekitar asia aje..tp bile bace penerangan sis nie mcm tk jadi je nk gune skrg..baik sy gune time mas buat promosi 50% tuk pemegang enrich..dpt gak pg sekali lg europe naek business class..hehe..moge2 impian saya nk naek business class nt tercapai InsyaAllah...teruskan berkongsi info yer sis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en. Fazli_MFB. alhamdulillah maklumat ini bermanfaat.. kena keep yourself updated with Enrich dan kad kredit punya promo. Sekali dah rasa naik bisnes, sure tak sanggup naik ekonomi lagi untuk penerbangan jarak jauh. You should try A380 business class, memang superb!

      Delete
    2. Tu la teringin sgt nk naek a380 ke paris or london..bile tgk harga kat website mak aii gaji 3 bulan pun blum blh beli tic tuh..haha..member umah sy crew..die pun buat gak a380 tuh..enth2 mase sis naik ari tu die yg serve sis..haha..tp tu la die ckp nk gi europe naek business class memang mahal..kalau die tk keje crew pun blum tentu dpt rase sume tuh..thank sis kongsi ur info..harap2 sgt impian tercapai..dpt beli tic business sehala pun kira ok dh..

      Delete
    3. Sementara tunggu promo tu, gunakan kad kredit untuk tambah lagi points. Dapatkan kad kredit yang boleh bagi coversion paling banyak ke Enrich. Mana lah tahu kot2 ada rezeki dapat tiket biz class pegi-balik ke Eropah... amin...

      Delete
    4. ...tp kene gune secare berhemah la yer...hehe...thank sis...dpt tic business class sehale pun jd ler..yg sehala lg dpt economy pun tk per..asalakan dpt merase..:)

      Delete
  2. memang nangis tgk price business class. kalau nak merasa naik bisnes ni kalu kompeni bayar...nak pakai duit sendiri mungkin kena pecahkan tabung ayam hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, memang tak mampu! Sebab tu kita kena jadi 'travel hacker' untuk naik biz class.. ;-)

      Delete
  3. Good info dear, thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. salam puan, nak tanya sikit.
    kalau transfer enrich point to family member ada charges ka?
    mcm mana puan buat.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Ye, kalau transfer kepada sesapa pon memang ada kena charge.
    tapi kalau belikan untuk orang lain xkena apa2 charge. so sebaiknya belikan tiket daripada transfer ke akaun orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. okie, terima kasih ye.. info sgt berguna

      Delete
  6. X faham la... camner tue... kad mana yang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. nanti saya buat post untuk explain psl kad kredit terbaek plak ye. saya kena rujuk kat husband sebab dia pakar.

      Delete
  7. thnx for u info. boleh la kumpul point mcm ni.....ingatkan point hanya terkumpul bila guna flight je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. utilize kad kredit tu sebaik mungkin. Banyak points leh dapat.

      thanks for reading my blog :-)

      Delete
  8. alhamdulillah...saya pun berpeluang naik Business Class menggunakan enrich points. B4 ni, tak pernah terfikir ada peluang naik Biss Class. Passion saya pun travel jugak. hehe...semua saya abdikan di blog: www.ainuldzuha.com. Thx for sharing, keep it up!

    ReplyDelete
  9. Kan..kannn.!!

    Itu yang saya cuba bgtau kat ramai orang yg travelling free but luxuriously is possible!

    I'll check out your blog..!

    ReplyDelete
  10. Hahaha.... bestnya. Saya pun pengguna tegar kk, last year saya tebus tablet Lenovo. Nampaknya saya nak try tukar ke Enrich jugak le. Saya cuma ada 40k treatpoint AMEX Maybank. Brpkah Enrich point yg saya boleh dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMEX memang best sebab dapat 5x treatpoints.
      Bahagi dengan 7.5. Jadi leh dapat 5.3k Enrich Miles kalau tak salah.
      Cubalah upgrade kad ke AMEX Reserve atau Visa Infinite, sebab conversion lebih best iaitu bahagi 4.5. With AMEX Reserve/VI dengan 40k treatpoints tu leh dapat 8.9k Enrich Miles. Tu kalu waktu promo leh dapat tiket sehala ke Krabi!

      Delete
    2. Salam sis, amex reserve tu yg mana satu sis??Maybank 2 Platinum Card ke Maybank 2 Cards Premier?? Tak sure yg mana conversion 4.5 nie sis?

      Delete
    3. Amex Reserve dari Maybank 2 cards Premier.
      Satu lagi option menarik untuk dapatkan tukaran menarik ialah Kad Kredit Maybank Petronas untuk pembelian petrol dan groceries pada weekends dapat 8x points untuk setiap RM1!

      Delete
  11. Sungguh bermanfaat entri ni..saya pon baru tahu pasal enrich ni..selama ni xpernah tau dan ambil tahu pon..cuma sy nk tnya..cara mcm mn kt nk tkr point ke enrich tu..adakah sy perlu ke bank utk tkr point k.kredir tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tukar points kad kredit ke enrich, hanya perlu call bank dan minta dia tukarkan. Dalam masa 14 hari enrich miles akan dikreditkan terus ke akaun Enrich. Baru-baru ni saya buat tukaran dari kad kredit maybank hanya ambil masa 2 hari. Memang terbaeklah, Maybank!

      Delete
  12. Assalamualikum, saya baru tahu pasal enrich ni.... so jika saya sah call MBB transfer point ke enrich...so kalo saya nk beli tiket MAS... kene pergi website MAS dan bagaimana nk booking,?tQ

    -nad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Nad.
      Enrich ambil masa sehingga 14 hari untuk masukkan points ke akaun Enrich kita. Tapi bulan lepas saya buat 1-2 hari je dah masuk dah (maybank amat efficient skrg ni). Untuk redeem tiket, log-in ke akaun Enrich awak dan boleh buat redemption tiket di sana.

      Delete
  13. Salam, saya dah sign up Enrich...tp nk daftarkan suami...better signup kan dia atau add traveller dlm saya punya list?? Sbb saya nk dptkan juga dia 2k free point enrich ..

    -nad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nad, suami kena daftar akaun sendiri untuk dapatkan enrich miles.
      Setiap kali naik flight, setiap orang boleh kumpul Enrich untuk penerbangan diri sendiri sahaja, points orang lain seperti suami, anak2 atau kawan2 takkan masuk dalam akaun Enrich kita. So, saya cadangkan setiap orang ada akaun Enrich sendiri untuk collect Enrich masing2. Anak berumur 2tahun ke atas dah boleh buka akaun Enrich.

      Delete
    2. tq kak... jika anak bwh 2 yers mmg kene add travellers bwh list saya laa kan...?

      Delete
  14. Salam kak..mohon pencerahan sikit..kenapa book tiket guna enrich miles, tax lagi mahal dr book biasa? Tax and fees kalau book guna enrich miles dah hampir bole dapat harga tiket book macam biasa..ke saya ada silap ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. tax sehala dari KL ke Europe dalam RM750/pax. Rasa2nya masih murah daripada harga ticket ekonomi. Saya suka tukar enrich ke bisnes class, sebab value to money lebih tinggi daripada kelas ekonomi.

      Delete
  15. Salam sis,

    Happy to read this...
    No wonder lah My boss selalu juga fly using his enrich points tuk satu family...
    Baru2 ni pun dia pi aussie satu family business class :P
    Lagi2 company mmg guna amex...lagi lah senang dpt enrich point tu kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Glad that you like it :-)
      ye.. xramai yg tahu pasal benda ni, sebab tu saya blog about it so that kita sama2 leh get the benefits

      Delete
  16. nak apply kk amex reserve perlu annual income 180k kan? aiyakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amex ada banyak level juga.. rasa2nya Maybank 2 cards Gold dan Platinum tak perlukan annual income setinggi itu. Kalau tak salah serendah RM30k je annually. Leh check di sini: http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do?channelId=CRD-Cards&cntTypeId=0&cntKey=CRD01.61&programId=CRD01-CreditCards&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards

      Delete
  17. Hallo all dëst ass wéi ech en Dréngende Kreditt vu € 30.000 bannen innerhalb 24hours hunn fir eegent Geschäft ze starten aus internationale Kredit Online-Servicer kontaktéieren d'E-Mail vum Firma fir Är Kreditveraarbechtung wann Dir interesséiert sidd:
    E-Mail: atlasloan83@gmail.com
    WhatsApp: 1 (443) -345-9339

    ReplyDelete