Saya selalu menulis tentang Enrich
Miles, tapi bila Enrich menaikkan jumlah Enrich untuk ticket redemption
bermula 16 Feb 2015 yang lalu, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya
suka nak sokong syarikat penerbangan tempatan, jadi saya menjenguk
website Air Asia yang juga satu syarikat gergasi sebagaimana MAS.
Seperti MAS, Air Asia adalah syarikat tambang murah juga ada airmiles
yang dipanggil BIG Points. Air Asia sudah established; dah terbang ke
kebanyakan negara. So, there I was researching the world wide web for
more info on Air Asia Big points.
Di
website Air Asia, saya dapat tahu yang kita hanya memerlukan
sekurang-kurangnya 2,500 points untuk terbang. Wow! Ini tidak pernah
berlaku di MAS.
Jumlah
points maksimum yang diperlukan untuk terbang bersama mereka secara
percuma ialah 37,000. Hanya Tokyo Haneda dan Tokyo Narita je memerlukan
37,000 ni, destinasi Air Asia yang lain memerlukan kurang daripada itu.
Saya perasan yang Jeddah tiada dalam senarai walaupon Air Asia ada
penerbangan ke sana. Mungkin sebab Jeddah adalah destinasi feveret dan
amat laku. Tak buat promo apa-apa pon, sentiasa sold-out.. huhu..
OK,
bila dah tahu berapa points yang diperlukan, kenalah tahu macamana cara
nak kumpulkan points tu, betul tak? Sayapon tanye ngan Prof. Serba
Tahu, tak lain tak bukan tentulah Prof. Google. Macam bese, Prof Google
tak pernah mengecewakan sesapa yang bertanya. Sentiasa memberikan
jawapan yang kita ndak. Terdapat lebih daripada 50 cara untuk mengumpul
Big points (hebat, kan?), tapi di sini saya highlight 5 cara yang saya
boleh buat dengan mudah untuk kumpul Big points.
1.
Dapat 1 Big point untuk setiap RM2 bila beli tiket Air Asia, atau
apa-apa barangan Air Asia. Kalau beli tiket Premium Flex atau Business
Class leh dapat 1 Big point untuk setiap RM1.
2.
Rupa-rupanye leh convert Petronas Mesra points ke Big points. WOWOW!
Sebagai pengguna setia minyak Petronas, ini adalah berita yang amat
baik. Untuk setiap 5 Mesra Points leh dapat 3 Big points. Tapi untuk
tukar ke Big points, kena ada minimum 500 Mesra points ye.
3.
Boleh convert Maybank points ke Big points. Walaupun conversion rate ni
langsung tak semenarik conversion rate ke Enrich (saya leh dapat
convert 4,500 treatpoints ke 1,000 enrich miles), tapi not bad at all.
4. Book hotel di Agoda pon boleh dapat Big points juga. Ini sudah bagus!
So,
next step is to continue googling untuk tengok kot-kot ade kad kredit
lain yang boleh beri offer yang lebih menarik. Lepas tu, amik cuti
sehari untuk apply kad-kad kredit yang hebat ni. Kalau leh dapat tiket
kapal terbang yang beratus-ratus RM tu percuma, why not cuti kerja
sehari, tul tak?
No comments:
Post a Comment