Thursday 8 May 2014

PENGALAMAN MELANCONG DI JERMAN PART 5 - MAKAN ANGIN DI MUNICH

Saya dan suami telah ke Jerman pada bulan May 2014 selepas hampir setengah tahun merancang percutian dan menyimpan duit. Akhirnya berjaya sampai ke sana dan pulang ke Malaysia dengan selamat. Penerokaan kami di Jerman bermula di Frankfurt, bandar di mana kami tiba dengan MAS. Selepas Frankfurt, kami ke bandar Stuttgart untuk melawat muzium Porsche dan Mercedes Benz, dan kemudiannya ke Schwangau semata-mata untuk melihat sendiri kecantikan Neuschwanstein Castle. Kitorang  memandu sendiri dari Frankfurt ke Munich semata-mata untuk mengalami sendiri memandu di German Autobahn.

Dari Schwangau kami ke Munich melalui jalan kampung. Saya yang beria-ia meminta En. Suami ikut jalan ni, sedangkan dia dah ketagih driving laju-laju kat autobahn. Akhirnya selepas wat muka merajuk, akhirnya saya berjaya ;-)

Setibanya di Munich kami terus check-in dulu sebab banyak beli barang makanan masa on the way. Kitorang menyewa sebuah apartment satu bilik melalui Airbnb.com. Sekali lagi kitorang wat self-check in menggunakan instruction melalui email yang telah diberikan oleh tuan rumah seminggu sebelum kami sampai di sini. Masukkan nombor PIN yang diberikan dan kunci rumah akan keluar. Rumah sewa kami ni adalah sebuah studio yang amat luas, siap ada balkoni. Rumah dilengkapi dengan mesin basuh baju, mesin basuh pinggan mangkuk, sistem audio-video yang canggih dan  dapur memasak yang lengkap. Sebelum gunakan dapur tu gigih juga la saya mensucikan peralatan dan pinggan mangkuk dengan sabun taharah yang saya bawa siap2 dari Malaysia.

APA YANG MENARIK DI MUNICH?

Kitorang start explore Munich pada hari berikutnya sebab hari pertama tu dah kepenatan dek kerana mendaki bukit kat Schwangau. Kitorang beli tiket Munich City Tour Card for Inner City for 1 day only pada harga Euro17.90 (sebenarnya kad ini boleh digunakan untuk group of 5 ppl). Cukuplah tu untuk ronda2 satu hari sahaja. Esoknya dah nak kena bertolak ke Berlin pulak.

Sebenarnya Munich ni terlalu besar untuk dihabiskan dalam 1 hari. Ramai yang kata kena duk sana seminggu barulah ada 'feel' tentang Munich. Tapi apakan daya, banyak tempat nak cover dalam masa yang singkat. Nak sangat pusing satu Jerman, jadi inilah akibatnya. Takpelah, dapat pergi tempat2 'wajib' sudah memadai.

Di Marienplatz

Tempat pertama yang kami pergi ialah Marienplatz di mana New Town Hall (Neues Rathaus) dan Old Town House (Altes Rathaus) berada. Berdekatan terdapat sebuah gereja tertua di Munich iaitu Peterskirche. Marienplatz adalah centre of Munich's old town. Bangunan2 lama kat sini ada ciri-ciri gothic. Patung-patung tidak menutup aurat pula banyak di sana-sini. Kalau bawa anak-anak kecil, susah juga nak pantau pandangan. Boleh saya bayangkan, nak jawab soklan anak-anak seperti 'Mama, nape dia tak pakai baju?' sememangnya amat sukar. Dari Marienplatz boleh berjalan kaki sahaja ke tempat2 menarik yang berdekatan.

Munich - A bicycle-friendly city.

 Kitorang tertarik dengan gelagat orang yang lalu-lalang di sini. Mereka suka menyentuh hidung dan muka singa di cote of arm ini. Tak tahulah apa simbolik disebalik perbuatan mereka itu. 
Patutlah hidungnya cantik berkilat padahal bahagian lain dah berkarat.
 
 Juga tertarik dengan hiasan dinding kebanyakan bangunan. Apalah yang artist tu cuba nak sampaikan agaknya... sebab tak ceria langsung patung2 di dinding.

Kebetulan masa tu ada hari memperingati kematian (atau kelahiran?) Michael Jackson

Kat Munich ada banyak muzium, tapi atas kekangan masa kitorang tak masuk pon. Setakat jalan-jalan kat luar sahaja.


Menarik namun tak sempat nak jengah masuk... huhu..

Pada petangnya kami ke Alliance Arena. Peminat bola sepak mungkin tahu apa tempat ni, tapi orang yang tak minat bola sepak macam saya ni pon pergi jugak. Alliance Arena ni adalah stadium untuk pasukan Bayern Munich. Untuk pengetahuan, stadium ini masih lagi berada di dalam kawasan Inner City, jadi Munich City Tour Card yang kami beli boleh digunakan untuk naik train ke sini. Turun je train, kena menapak sket ke arah kiri selama 10-15min untuk sampai ke stadium tu.

 Orang nak balik, kita baru nak pergi..huhu..


Selepas lepak-lepak sekejap di stadium, kitorang ambil train ke Muzium BWM. Tapi masa tu dah pukul 7.00pm, so muzium dah tutup. Adeh.. kempunan! Cukuplah sekadar posing di luar muzium nampaknya. Muzium ni berada berdekatan dengan kilang BMW tu sendiri.

Unik betul bangunan BMW Museum dan BMW Welt

Selesai bergambar ala kadar di muzium, kamipun ke Munich Hbf. Kaki bertambah sakit dek kerana terlalu banyak berjalan. Perut pula dah lapar. Kitorang menjangkakan kat main train station tentu senang nak cari makanan halal, dan tekaan kami tepat. So sekali lagi kami makan makanan turki. Kali ni beli satu hidangan share berdua... dah belajar dari sebelum2 ni yg dorangnya meal size besar2 belaka.

Tidak sah ke Munich jika tak pergi tengok satu lagi istana raja Bavaria yang terkenal iaitu Nymphenburg Palace. To tell uolls the truth, kitorang macam dah terhooked ngan kecantikan istana-istana yang kami lawati di Schwangau, so tidak boleh tidak, kami mesti check this palace out! Esoknya selepas packing2 barang, kitorang pon menapak je ke istana tu sebab dekat ngan rumah sewa. Jalan kaki mengambil masa 5-10min sahaja. Masa tu hujan renyai-renyai, so berpayunglah makcik ke sana.

Nymphenburg Palace

Tiket berharga Euro 6/adult manakala audio guide kena bayar so kitorang amik satu je untuk en.suami. Saya leh baca je discription kat pameran tu nanti. Istana ini adalah istana musim panas, ia dibina untuk menyambut kelahiran pewaris takhta 'Max Emanuel' yang lahir pada tahun 1662 kalu tak silap. So dah beratus-ratus tahun umur istana ni. Khabarnya sampai sekarang keluarga diraja Bavaria masih menggunakan istana ini.

Banyak rombongan budak sekolah. Cikgu explain sejarah dalam muzium.. best tu!

Apa yang menarik perhatian saya tentang istana ini ialah sebuah bilik yang dinamakan Galleries of Beauties. Ia menempatkan potrait gadis-gadis cantik seluruh Bavaria. Bukan wajah anak-anak bangsawan sahaja di sini tapi rakyat biasa yang cantik jelita juga diabadikan di sini. Sejarahnya bermula bila King Ludwig I jatuh hati kat sorang penari bernama Lola Montez sampai dia tergamak ketepikan bininya sendiri. Satu lagi yang glamer ialah Helena Sedlmayr, anak tukang kasut yang akhirnya berkahwin dengan bangsawan selepas portraitnya terpampang di Galleries of Beauties itu. Pada tahun 1800 gitu kalu anak orang biasa dapat kawin ngan orang kaya memang kira hebat tuu..

Paling kanan ialah potrait Lola Montez yang menjadi kegilaan King Ludwig I

Percutian kami di Munich berakhir di Nymphenburg Palace. Kami terpaksa bergegas ke Munich Hbf untuk menaiki keretapi laju ICE untuk ke destinasi seterusnya iaitu Berlin.

Berdasarkan pengalaman pendek 3hari 2 malam di Berlin, bolehlah saya rumuskan yang berikut :

1. Internet mereka amat laju! Jadi kalau korang nak download apa2 leh wat masa kat sana.. wink2..
2.Orang Jerman mengenali kami adalah orang Asia Tenggara berbangsa Melayu; kalau bukan Indonesia dan Brunei, sudah tentu Malaysia. Wah.. terbaiklah! Memang muka Melayu tulen lah kami ni!!
3. Weather forecast mereka amat tepat. Nak dijadikan cerita, semasa kami menaiki tram untuk pulang ke apartment, kami disapa oleh sorang lelaki tempatan berumur sekitar 50an. Katanya dia baru balik dari shopping barang dapur di kedai kegemarannya. Sepatutnya dia shopping pada keesokan harinya, tetapi berdasarkan ramalan cuaca esoknya akan hujan jadi dia cepatkan ke hari ini. Dan yes, esoknya memang hujan seperti yang dia katakan. Dia juga dengan konfiden mengatakan ramalan cuaca mereka belum pernah mengecewakannya setakat ini. So, bila kita di sana, jangan lupa tengok ramalan cuaca mereka (kat TV pon ada) untuk memaksimumkan cuti dan mengelakkan kekecewaan ketika di sana.
4. Orang tempatan amat peramah dan helpful. Kitorang pernah blank tak tahu nak naik tram nombor berapa untuk ke suatu tempat jadi kamipon bertanya. Walaupun mereka tak tahu, mereka sedaya upaya mencari jawapan untuk kita. Dia ajar kami cara baca jadual tram di information board tram stop itu.
5. Majoriti orang Jerman yang kami jumpa (dan sempat bercakap) boleh berbahasa Inggeris walaupun tidak fasih.
6. Kalau nak beli air/makanan untuk take away, kena cakap 'to-go'. Contohnya kalau nak beli kopi take away, cakaplah '1 coffee to go'. Oh ya, our favourite coffee shop was 'Le Crobag' sebab hot chocolate nya meveles dan rotinya yummy! Le Crobag ada di kebanyakan stesen keretapi.

3hari 2malam adalah terlalu pendek untuk mengenali Munich. Terlalu banyak nak dibuat tetapi masa tak cukup. Teringin juga nak habiskan masa seminggu di sini untuk betul2 merasai kehidupan dengan warga Munich tapi tidak kesampaian. Tak apalah, mungkin di lain masa.

Berlin, here we come! Jom baca di Part 6.

9 comments:

  1. Salam puan. Saya tertarik dengan review puan. Boleh tak contact saya di wazrulshah@yahoo.com ? Ada sesuatu yang nak saya tanyakan

    ReplyDelete
  2. Assalam.. sy nk tny sket pasal munich ni... sy ada di germany skrg,. regensburg dan 1.5 hrs nk ke munich dgn train dan sy bercadang utk berjalan2 hujung minggu ni... utk bli tiket Munich City Tour Card for Inner City tu kt mana boleh dapat?... sy berminta utk pergi alliance arean & bmw museum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam. Wah.. rindunya kat Munich! Boleh beli ticket ni kat mana2 ticket vending machine within Munich, atau ticket office. Details leh baca di sini : http://www.destination-munich.com/buying-tickets.html

      Delete
  3. Assalamu'alaikum,
    Travelogue Puan bercuti di Germany sgt menarik mashaAllah! Saya akan berada di Munich selama seminggu pd awal Sept tahun ni. Kalau tak keberatan, boleh Puan tolong kongsikan nama apartment yg Puan sewa dulu di Munich?

    Terima kasih :).

    Fadhlina
    ina.alias@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf lambat reply. Semasa di sana kami menetap di apartment di Wotan Strasse berharga Euro 273 utk 3D/2N (book melalui Airbnb.com). Saya ada ceritakan tentang perancangan lengkap di sana di sini : http://cutifamili.blogspot.com/2014/03/merancang-percutian-ke-jerman.html

      Delete
  4. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  5. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  6. nak tanya, memandu kereta atau naik train lebih baik nak menikmati view?

    ReplyDelete