Sejak 2-3 tahun lalu, saya dan keluarga dah macam ketagihan nak melancong ke sana ke mari. Semua ni terjadi sejak kitorang pergi Sydney pada tahun 2012. Memang menyeronokkan.. balik je dari Sydney tu terus plan untuk tahun2 berikutnya.
Selepas berbincang itu-ini-begitu-begini dengan En. Suami, akhirnya dia menang dalam menentukan lokasi pelancongan untuk tahun 2014. Kali ini selama2 minggu. Dia memilih Jerman atas sebab-sebab yang saya tak akan faham.. iaitu nak memandu di Autobahn. Driving without speed limit, katanya. Hmmm... seriau juga memikirkan duduk di sebelahnya bila dia dapat stereng di Jerman nanti. Tapi... nasib baik saya peminat castle dan fairy tale, maka Jerman juga memenuhi citarasa saya. Hmm.. dah terbayar-bayang istana-istana lama di Jerman yang cantik-cantik belaka tu...
Antara yang paling femes tentulah Neuschwanstein Castle di Selatan Jerman...
huhu... kan ke mistikal tu... best ek... \(^_^)/
So di penghujung 2013 aritu, bermulalah journey kami berdua merancang percutian yang amat tidak sabar dinantikan ini...
TIKET KAPAL TERBANG
Tiket kapal terbang biasanya memakan lebih kurang RM2k-3k seorang. Jadi bajet untuk kami berdua dalam RM5k-6k jugalah.
Tapi sebagai pelancong bijak (angkat bakul sendri.. ngee...), kami dah tahu yang MAS memang akan buat promosi tiket kapal terbang setahun sekali untuk pemegang Enrich Miles. So sejak setahun lepas kami dah tukar semua points kad kredit ke Enrich Miles. En. Suami adalah penyumbang utama sebab dia memang pengguna kad kredit tegar. Setiap minggu outstation, pasti akan duduk di hotel. Tu yang dapat collect banyak points. Pada Dec 2013, MAS buat promosi half enrich miles redemption. So, dapatlah kami tukar miles tu kepada tiket pergi balik untuk 2 orang. Alhamdulillah, dapat redeem tiket kelas Bisnes. But still kena bayar duit management fees and tax iaitu dalam RM750/pax/trip.
So kos tiket kapal terbang kami hanyalah RM1,500/pax kelas bisnes menggunakan MAS direct flight dari KLIA ke Frankfurt pada bulan May 2014. Balik pula dari Paris direct ke KLIA. Hehe.. nak gak singgah kota cinta... dan nak merasa naik A380.
Jadi jumlah wang yang kami laburkan untuk tiket ialah RM3,000.00.
Untuk maklumat lanjut tentang BAGAIMANA MENDAPATKAN TIKET KAPALTERBANG FREE, sila klik saja link ni.
Untuk maklumat lanjut tentang BAGAIMANA MENDAPATKAN TIKET KAPALTERBANG FREE, sila klik saja link ni.
Inilah gambaran business class seats bagi kapal terbang A380 Malaysia Airlines yang di siarkan di businesstravellers.com. Katanya kerusi boleh ubah jadi katil dengan pengubahan 180darjah. Wah, best tu! Tak sabarnye...!!
AMBIL CUTI
Selepas pembelian tiket kapal terbang selesai, kami kena terus apply cuti. Kalu lambat, takut orang lain rembat tarikh tu. Biasanya cuti yg dipohon awal-awal akan di approve oleh bos tanpa banyak soal. Apply awal juga boleh memastikan yang orang lain bersedia dengan ketiadaan kita nanti, jadi mereka tidak akan menyalahkan kita jika ada kerja yang tergendala. Sepatutnya takde yang akan tergendala sebab kita dah bagitau awal-awal. They should be ready for it. Ngeh-ngeh..
ITINERARY
Selepas urusan beli tiket selesai, kami kena susun jadual lawatan semasa di sana pula, agar mudah nak buat tempahan hotel. Kami memang tak suka ikut tour package sebab tak boleh nak follow jadual perjalanan yang amat ketat, jadi kenalah cari hotel sendiri. Susah juga nak cari hotel yang harga patut, lokasi strategik dan berdekatan dengan sumber makanan halal bila tak tahu apa2 pasal negara tu.
En. Suami dah ingatkan awal-awal.. takmo tergesa2. "Kita nak explore, bukan touch n go," kata En. Suami. Selepas beberapa kali di review dan di komen, akhirnya dia approved jadual di bawah ni.
Day 1 - depart KLIA to Frankfurt.
Day 2 - Frankfurt (dah sampai sini, kenalah ronda walaupon sekejap)
Day 3 - Stuttgart (En. Suami nak gi Porsche dan Merz Museums)
Day 4 - Schwangau (Pergi Neuschwanstein Castle yang mistikal tuu..)
Day 5-7 - Munich
Day 8-9 - Berlin
Day 10-11 - Paris
Day 13 - Sampar KLIA at 6.30am
Lebih kurang 6 bandar dalam masa 12 hari tu... hmm.. nampak rush juga tu.
PENGINAPAN
Di sini saya kongsikan antara faktor pemilihan tempat penginapan kami :
- jaraknya dengan stesen metro/keretapi/tram terdekat mestilah kurang dari 10min berjalan kaki agar mudah nak bergerak ke mana-mana
- Tidak perlu menukar train/tram/metro untuk ke main station dan majoriti tempat lawatan
- Untuk 2 malam ke atas, mestilah ada dapur untuk masak dan washing machine untuk basuh baju
- review dari pelanggan sebelum ini adalah 75% ke atas berpuashati
- Gambar nampak memberansangkan (dan owner kelihatan boleh dipercayai!)
Berdasarkan faktor2 di atas, kitorang decided untuk duk hotel bagi penginapan 1 malam dan apartment untuk menginapan melebihi 2 malam.
Untuk hotel, kami survey di Agoda.com, Booking.com dan lihat pendapat2 peribadi di Tripadvisor.com. Tapi tidak semestinya book direct dengan mereka. Biasanya bila tertarik dengan sesuatu hotel tu, kami akan gi website hotel tu sendiri dan bandingkan harga dan tawaran yang diberikan berbanding third party macam Agoda/Booking. Mana lebih menarik, kami akan booking di situ.
Untuk apartment pula, kami survey di beberapa website 3rd party seperti WaytoStay.com, Airbnb.com, Housetrip.com dan beberapa yang lain. 3 websites yang saya listkan tadi sudah established, dan ramai pelanggan (independent customers) dah review jadi kami agak yakin untuk menggunakan mereka. Harga apartment di sini lebih murah berbanding dengan apartment hotels, dan kadang2 lebih murah daripada hotel untuk penginapan lebih 2 hari terutama disebabkan adanya kemudahan seperti dapur memasak dan mesin basuh baju. Jimat duit dobi dan jimat tenaga cari makanan halal.
Akhirnya, kami pon booked penginapan seperti di bawah :
- 2D/1N Frankfurt - Hotel Excelsoir berharga Euro73.15 kerana kedudukannya bersebelahan dengan Frankfurt main train station dan makanan halal diusahakan warga turki banyak di sekitar (kami book direct dengan hotel sebab kami nak minta check-in awal. Flight akan sampai di Frankfurt pada pukul 6.30am)
- 2D/1N Stuttgart - Hotel Freihof berharga Euro89 kerana dekat dengan tram station i.e. 5min jalan kaki (book melalui Booking.com sebab boleh kensel last minute jika tak jadi singgah sini)
- 2D/1N Schwangau - Hotel Romantic Pension Albeit berharga Euro85 sebab lokasi betul2 di kaki bukit di mana Neuschwanstein Castle berada. Senang leh jalan kaki je nak ke castle tu (kami book melalui Booking.com juga)
- 3D/2N Munich - apartment di Wotan Strasse berharga Euro 273 (book melalui Airbnb)
- 4D/3N Berlin - apartment Bersarinplatz Strasse berharga Euro231 (book melalui WaytoStay)
- 3D/2N Paris - apartment di Rue de la Verrerie berharga Euro260 (book melalui Housetrip.com)
Jumlah kos penginapan ialah Euro 1,011.15. Huwaa... rasa laju macam air je duit bonusku pergi..
Ini adalah gambar aparment di Munich yang kitorang book melalui airbnb. Airbnb banyak menunjukkan gambar sebenar dan review secara live daripada independent customers. Nampak cantik apartment ni, tak sabarnye!
PENGANGKUTAN SEMASA DI SANA
Semestinya ada kos untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia juga amat banyak, jadi takleh tertinggal daripada buat bajet. En. suami dah lama berangan nak memandu di German Autobahn dan naik keretapi laju ICE, jadi kami perlu masukkan wish list ni dalam senarai pengangkutan.
Kami bahagikan pengangkutan kepada dua bahagian iaitu 'intercity' dan 'within city'.
'Intercity' adalah seperti di bawah :
- Frankfurt-Stuttgart-Schwangau-Munich : kami sewa kereta. Total kos Euro 175.
- Munich-Berlin : kami naik train ICE dengan harga Euro 198.
- Berlin-Paris : kami naik flight Lufthansa dengan harga Euro 80/pax/ Berdua jadi Euro 160 lah. Harga ini adalah jauh lebih murah daripada naik keretapi dan memandu. Tambahan pula leh sampai 4 jam lebih awal daripada cara pengangkutan yang lain!
'Within city' pula ialah pengangkutan untuk bergerak di dalam bandar yang kami pergi tu. Kami gunakan budget visitor pass yang ada disediakan untuk setiap bandar tersebut :
- Frankfurt - Frankfurt Card 1 day pass Euro 9.90/pax. So total kami Euro 19.80.
- Stuttgart - tak amik ape2 sebab kami utilize kereta
- Schwangau - tak amik ape2 sebab kami utilize kereta
- Munich -Munich City Tour Card for 1 day Inner Area for group total Euro 17.90.
- Berlin - Berlin Welcome Card Zone AB for 48 hours Euro 18.50/pax. Jadi total cost kami Euro 37.
- Paris - Paris Visite Pass 2 days Zone 1-3 Euro 17.65/pax. So utk kami berdua Euro 35.30.
Total kos yang dianggarkan untuk pengangkutan ketika di sana ialah Euro 643.
Maklumat tentang visitor's pass mudah untuk didapati di internet bagi menyenangkan kita mendapatkan harga untuk sediakan duit. Contoh ini adalah Paris Visite Pass yang boleh dicapai di http://www.pariswelcome.net/metro/paris_visite.htm.
LAIN-LAIN PERBELANJAAN
Kos-kos lain adalah seperti berikut :
Travel insurance - kami beli dengan MH Travel berharga RM250. Manalah tahu kot2 ada yang tak baik berlaku semasa di perantauan. Nauzubillah...
Makan-minum - kami budget Euro 50/day x 10days = Euro 500.
Bayaran masuk (entrance fees) - kami budget Euro 100.
Souvenirs - kami budget Euro 250
Keperluan-keperluan terdesak (emergency funds) - kami budget Euro 250
Total kos di sini lebih kurang Euro 1,200.
TUKARAN MATAWANG
Disebabkan RM tidak diterima di sana, kami telah menukar duit RM ke Euro belanja siap2 dari Malaysia. Bawa ala kadar berdasarkan pengiraan. Yang lain-lain kami akan cuba bayar dengan kad kredit (dapat 5x points untuk setiap RM1 bila berbelanja di luar negara! Cuma berhati-hati dengan exchange rate yang bank gunakan untuk perbelanjaan luar negara ni.). Kebanyakan tempat di Jerman menerima kad kredit, termasuklah mesin beli tiket keretapi, telefon awam dan kedai2. Jadi tidak menjadi masalah jika tiada wang ketika di sana. Cuma jangan lupa untuk beritahu bank siap-siap yang kita ke luar negara supaya kad tak 'declined' tak semena-mena.
Bulan May 2014 adalah penghujung musim bunga (spring). So kami menjangkakan cuaca sesejuk aircond baru (di bawah 20 degC), dan hujan. Kitorang juga check kat google dan tanya hotel tempat kami nak menginap tu tentang cuaca dan pakaian yg sesuai. Berdasarkan kajian tu, kami akan bawa pakaian baju biasa dan dilapiskan dengan sweater. Kena bawa kasut yang tapaknya flat dan grip.
LAIN-LAIN KEPERLUAN
Apa lagi ye? Hmm... rasanye dah detail sangat planning saya ni. Hahaha... yang lain2 kalu xde leh cari di sana sajalah...
Nanti bila dah balik dari trip tu saya akan update actual vs. plan ye... tunggu!!
MAY 2014 UPDATE
Saya dah masukkan catatan pengalaman bercuti melancong di Jerman seperti di bawah :
Part 1 : Frankfurt
Part 2 : Memandu di Jerman
Part 3 : Stuttgart
Part 4 : Neuschwanstein Castle
Part 5 : Munich
Part 6 : Berlin
Saya akan ke frankfurt 11may nie.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletedah pergi ke Jerman ke?
Singgah paris, xde buat preorder handbag lv ke?
Maaf, lambat reply sebab tak sempat nak masuk blog. Saya baru pulang dari Jerman dan Paris. Banyak dapat dipelajari. Best! Nanti saya akan kongsikan pengalaman dan tips2. Jom share tips korang gak.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesy plan ke Stuttgart next month...nak Tanya driving kereta lefthand drive ok x? rasa mcm kekok
Salam,
DeleteMula2 memang kekok. tapi lelama tu rasa macam biasa je..
dont worry, kereta tak banyak on the road, so you'll be OK.
Have a blast in Stuttgart!
Salam, kalo bulan may, sunrise di Jerman jam berapa?
ReplyDeleteSalam sis How much of petrol did you spent from Frankfurt to Munich ?
ReplyDeleteWe never fuel up, we only filled up before returning the car to Hertz. i think almost 1 full tank for the whole journey. Not bad at all!
Delete1 full tank about EUR44 at that time. Diesel. Around 400km I think. Frankfurt - Stuttgart - Schwangau - Munich.
DeleteAssalamualaikum . Hehe , nak tanya Serious ke point kad kredit boleh tukar ke enrich miles ? nak pergi german awal bulan 6 . cadang kalau dapat banyak point boleh upgrade ke business . Hehehe
ReplyDeletewaalaikumsalam sis. Ye, sangat serius. Saya memang pakai points kad kredit, convert kepada enrich dan lepas tu redeem dengan jayanya. huhu.. dah bertahun2 saya buat..
Deletesis call je service line kad kredit sis tu (nombor biasanya ada dibelakang kad kredit), dan cakap ngan dia nak convert to enrich miles. Sekojap ajo setel :-)
Salam. Perlukah permohonan Visa di buat untuk ke Jerman dan negara Eropah yang lain? Berapa lama tempoh masa yang dibenarkan untuk tinggal di Eropah terutama Jerman? Terima Kasih
ReplyDeleteSalam. Tak perlu visa untuk jerman. Tapi negara2 eropah yang lain ada yang kena, dan ada yang tak kena. Awak leh google jer untuk tahu yang mana kena dan yang mana tidak.
DeleteKalau untuk tinggal/menetap di sana, of course kena ambil visa. Saya tak pasti berapa lama.. sebab saya pergi untuk vacation sahaja.
salam. leganya jumpa blog ni. saya nk ke stuttgart bln 9 ni 5 beranak. semoga dipermudahkan
ReplyDeleteSalam. Semoga dipermudahkan.. :-)
DeleteSalam...bestnya boleh g travel...seandainya sya berpeluang...alangkah bahagia...tq for ur sharing..walau x pergi, baca pengalaman org pun dh rasa mcm dok kt sna...
ReplyDeleteSalam, terima kasih sebab sudi baca. Membaca meluaskan pengetahuan, walaupun tak berkesempatan untuk tengok sendiri. InshaAllah sis, kalau ada rezeki dapatlah nanti..
DeleteSis, untuk travel insurance... Sis mohon mcmn ye. Boleh share x?
ReplyDeletehttp://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com
Salam Marsha, saya biasa beli MAS Insure. Nanti saya tulis entry baru untuk ni, inshaAllah.
DeleteSory typo - MH Insure namanya.
Deleteboleh x bagi itenarary . sbb seram sejuk utk first time drive. ok ke sesat x or senang x jalannye. minyak cmner ek naik kete ape huhu
ReplyDeletenaimleha88@gmail.com
ReplyDeleteAs salam. Boleh tak bagi full itineary. Plan nak gi german.
ReplyDeleteamirdza@gmail.com
Assalamualaikum, husband plan nak g jerman bulan March... agak2 kena Musim apa yer
ReplyDelete