Saturday, 10 May 2014

MELANCONG KE JERMAN PART 6 - BERLIN DAN SEJARAH PERANGNYA

Percutian saya dan En. Suami di Jerman pada May 2014 ini mengambil masa selama 13 hari. Cadangnya nak jelajah seluruh Jerman, tapi memang tak cukup untuk pergi semua tempat. Kami pergi ke Frankfurt, Stuttgart, Schwangau dan Munich , ianya ada saya ceritakan di entri sebelum ini. Selepas Berlin kami juga ke Paris, saja nak tengok apa yang hebat sangat di kota cinta tu. Klik je kat link tu jika anda berminat nak tahu. Saya juga ada kongsikan maklumat tentang kos dan perancangan perjalanan seperti penginapan, pengangkutan, keperluan dan lain-lain di entry bertajuk Merancang Percutian ke Jerman yang saya post pada bulan Mac lalu. Kitorang habiskan sebahagian daripada adventure ini dengan driving kereta sewa sebab nak merasa memandu di autobahn yang takde speed limit. Memang best sangat!

The Gate to Berlin! Tidak sah ke Berlin jika tidak ke sini.
Kami ke Berlin dengan menaiki keretapi laju ICE dari Munich. Harga tiket ialah Euro 198 untuk 2 orang dewasa. Ni harga beli lewat. 2-3 bulan sebelum pergi saya tengok harganya di dbahn.com dalam Euro128 sahaja untuk kami berdua, tapi kitorang termissed disebabkan kitorang lambat wat decision sama ada nak naik keretapi, drive atau kapal terbang. Padan muka sendiri rugi Euro 70 (RM310 tu beb! uwaaa...)

Walaunpon duk kelas paling murah, syukur sebab tempat duduk yang selesa, tempat simpanan luggage yang besar dan reserved seat ditanda agar orang lain tak amik.
Perjalanan mengambil masa 6 jam. Kami tiba di Berlin dalam kul 8 malam. Dah sampai tu terus beli Berlin Welcome Card Zone AB untuk 48 jam yang berharga Euro 18.50/pax. Sila manfaatkan guidebook merah yang diberikan masa beli tiket tu sebab amat berguna. Ia lengkap dengan tips dan tricks bagaimana nak meneroka Berlin. Kalau nak naik ho-on hop-off dan cruise pon leh dapat discount untuk pemengang tiket ini.

 Berlin Welcome Card tidak dijual di dbhan, tapi dijual di Berlin Info Centre yang berada di stesen-stesen keretapi utama macam Alexanderplatz. Kita akan diberikan guide book terbaru dan maklumat2 pengangkutan awam seperti U dan S-bahn.

Dah ada tiket, baru leh naik tren ke apartment yang kami sewa melalui WaytoStay.com. Apartment ni terletak di Bersarinplatz, harganya Euro 231 untuk 4hari 3malam. Apartment ni amat besar sebab ada sebuah bilik tidur, 1 ruang tamu (yang juga ada katil queen) dan sebuah dapur yang lengkap dengan peralatan memasak, washing machine dan sebagainya. Towel mandi disediakan. WIFI percuma dan amatlah laju! Berdozen-dozen juga movie yang di download oleh En. Suami sebab tak sampai 10min dah complete download. Memang wow! Kedai serbaguna pon amat dekat. Stesen tram berdekatan hanyalah dalam 2-5min berjalan kaki (ada 2 stesen terdekat).




APA YANG MENARIK DI BERLIN?

Berlin adalah sebuah bandaraya yang besar. Setakat 4hari 3malam yang kami peruntukkan di sini memang tak cukup untuk lihat dan buat segalanya. Ianya kaya dengan sejarah moden. Sejarahnya sinonim dengan Hitler, Cold War, Berlin Wall, Berlin Air Lift, pembuhunan Yahudi dan banyak lagi. Selain daripada makan angin, kitorang juga nak pastikan yang kitorang dapat juga ilmu sedikit sebanyak daripada trip ni. So, sambil stori2, saya akan selitkan sedikit fakta sejarah jadi kita leh nampak significant tempat-tempat yang dilawati.

Kitorang mula meneroka Berlin pada keesokan harinya. Tempat pertama yang kitorang pergi ialah Alexander Platz sebab di sanalah majoriti tempat pelancongan berada. Mula-mula kami ke TV tower. Kalu nak tengok Berlin sebagaimana burung nampak, leh naik atas TV tower tu. Kemudian kami berjalan ke arah Berlin City Hall. Kebetulan semasa kami di sana ada pameran tentang Berlin Air Lift yang berlaku pada 1948-1949. Dapatlah belajar serba-sedikit tentang apa yang berlaku ketika itu dan bagaimana The Allies (West German's govt, US, Britian dan France) membantu West Berlin dari kelaparan akibat penutupan jalan darat dan laut oleh pihak East Germany. Agak menarik bila mengetahui yang mereka berjaya menyusun penerbangan dalam jarak 3min setiap satu. Wow!

Berlin TC Tower berada di sebelah Alexanderplatx Train Station. Terdapat banyak construction activities berdekatan untuk menyiapkan dua lagi underground train stop.

Di Berlin City Hall


Kitorang juga pergi ke Museum Island. Ia dibina pada tahun 1800an, menjadikannya muzium tertua di Berlin. Museum Island ni amatlah besar. Ada macam-macam muzium, pilihlah mana yang korang suka untuk masuk. Tapi awas! Setiap muzium tu luas saiznya, jadi ambil masa 3-4 jam untuk cover. Kalau tak cukup masa, tak perlulah buang masa kat sini kot. Posing2 kat keliling bangunan tu dan lepas tu google je la apa yg korang nak tahu. Kitorang masuk Altes Museum (Old Museum) sahaja atas kekangan masa. Altes Museum ni mempamerkan barangan antik klasik tinggalan zaman Roman dan Greek. Ohya, Patung Nefertiti ada di Nueue Museum di sini bagi yang minat.

 Pintu masuk Altes Museum. Sebelah kanan tu patung heroin berkuda sedang berlawan dengan singa betina, dan kiri patung hero lelki berlawan dengan singa jantan. Apa simbolknya saya pon tak tahu.

Musuemsinsel berada di hadapan Lustgarten yang menempatkan fountain yang cantik ini. Gambar kiri menunjukkan artifak2 zaman Roman dan Greek yang dipamerkan di Altes Museum.

Antara tempat wajib yang kami lawati ialah Bradenburger Tor yang terletak di Pariser Platz. Ia adalah monumental gate yang dibina pada kurun ke-18 sebagai simbol keamanan. Gate ni pernah menjadi sebahagian daripada Berlin Wall dan sekarang adalah satu2nya gate yang tinggal di Berlin. Apa yang menarik tentang gate ini ialah hiasan patung kat atas gate itu (dulu dikenali sebagai Quadriga, sekarang dipanggil Victory) pernah diambil oleh Napoleon selepas dorang berjaya menjajah Berlin. Sejak saat tu, Brandenburg Tor menjadi simbol kemenangan. Tapi sekejap je, sebab masa Battle of Waterloo, Jerman menang dan mereka bawa balik Quadriga tu ke Berlin.

Nampak tak tu ada tiga beranak nak wat stunt untuk bergambar di depan Brandenburg Gate.

Dari Bradenburg Gate tu jalan kaki sket dalam 5min kitorang sampai kat memorial pembunuhan keturunan Sinti dan Roma (Yahudi). Mereka di anggap 'gypsies' atau pendatang oleh pemerintah ketika itu, parti Sosialis Nasional. Ada takungan air mengalir perlahan dengan nama-nama mangsa bunuh diukir di lantai. Dibuka 24jam sehari dan masuk adalah percuma. Tapi xde apa sangat nak tengok pon kat sini... lepas masuk sini barulah saya tahu rupanya bangsa Yahudi pon banyak keturunan (Macam bangsa Melayu pon ada banyak keturunan, seperti Jawa, Bugis, asli.. huhu..) Sinti dan Roma adalah dua keturunan yang paling banyak di Jerman pada ketika itu.

 Di pintu masuk memorial leh baca cerita selanjutnya

Berjalan lagi dalam 5min kitorang pon sampai kat bangunan Parlimen Berlin (Reichstag). Reichstag ini dibina daripada wang hasil rampasan perang antara Prussia dengan Perancis dalam tahun 1800an. Kitorang tak masuk sebab barisan beli tiket dah panjang giler. So kitorang posing2 je.

 Sekumpulan pelancong di atas segway mereka bergambar di depan Reichstag. Nampak tak perkataan 'DEM DEUTSCHEN VOLKE' tu? Ia bermaksud 'To the German People', dihasilkan daripada besi gangsa yang diambil dari meriam yang dirampas dari tentera Perancis.



Jalan2 dalam 5min akan sampai ke monumen peringatan jahudi yang dibunuh beramai-ramai pada zaman Hitler a.k.a Memorial to the Murdered Jews. Besar tempat ni, dalam 19,000m2 kalau tak salah. Memula tu saya ingatkan ni kawasan perkuburan, rupa2nya takda mayat pon bawah tanah ni. Dorang letak batu2 ni sebagai memorial peringatan semata-mata. Ada tinggi, ada rendah.. ramai gak yg jadikan tempat duduk berehat dan makan. Kat bawahnya pula ada information centre, so leh baca pasal holocaust ni kalau berminat.

 Memorial to the Murdered Jews

Dalam 30-45min berjalan dari Bradenburger Tor akan sampai ke Victory Column (Siegessäule) pula. Victory Column adalah simbo kemenangan tentera dari zaman kerajaan Prussia.

 Dari jauh dah nampak Victory Column berdiri megah. Ia terletak di tengah2 roundabout. Kalau dari Bradenburg Gate, jalan terus je akan sampai sana.

 On the way ke Victory Column, kitorang melalui Soviet War Memorial di Tiergarten. Kebetulan masa tu ada hari memperingati hero-hero perang Soviet Union yang mati dalam Peperangan Dunia Kedua. Ramai orang Rusia datang melawat, ada yang berpakaian tentera.

Bunga berkembang cantik di Soviet War Memorial.


Tidak sah ke Berlin kalau tak tengok Berlin Wall (Berliner Mauer). Jadi kami ke East Side Gallery untuk melihat tinggalan tembok Berlin sepanjang lebih kurang 1km. Ia berada berdekatan dengan sungai Spree yang cantik dan tak jauh dari stesen keretapi Ostbahnhof. Tinggalan tembok Berlin sebelah timur yang terpanjang ini dijadikan open-air gallery; ia dilukis oleh seratus lebih artis grafitti dari 21 negara (hence the name 'East Side Gallery').

Graffiti menghiasi dinding Berlin Wall. Berdekatan ialah Sungai Spree yang cantik.

Tapi sebenarnya kalau setakat nak tengok tinggalan tembok Berlin, berdekatan dengan Check Point Charlie pon ada juga, cuma tak sepanjang di East Side Gallery. Kat sini ada banyak tarikan, yang pertama tentulah Check Point Charlie tu sendiri. Kedua, kat situ ada Check Point Charlie Museum. Ketiga, Gallery Lafayette pon ada dekat-dekat sini, so shopaholic please check this place out!


Dorang menten check-point ini dengan meletakkan 2-3 orang lelaki berpakian tentera US. Papan tanda keluar dan masuk masih lagi dikekalkan. Nak bergambar dengan guard tu kena bayar Euro 3. Kalu tak rela bayar RM12 semata-mata nak bergambar ngan depa, leh amik gambo dari jauh jer... huhu...


Bila dah berada di Check Point Charlie, jangan lupa untuk singgah di Ritter Sport Outlet. Shop + mini museum in one. Nih memang my favourite stop-over! Coklat Ritter Sport yang empat segi sama berharga RM9.80 di Mesia ye, tuan-puan... namun di sana hanyalah Euro 0.85 sahaja. Bukankah 100% bezanya tu? Pelbagai perisa yang takde di kedai2 ada di sini. Malah kita leh wat coklat kita sendiri di sini. Kitorang borong seplastik besar, tapi rupa2nya masih tak cukup untuk dijadikan souvenirs. Maaflah saudara-mara dan sahabat handai sebab tak bawa balik cukup souvenirs untuk korang.. bukan takmo beli, tapi tak sangka plak tak cukup coklat tu. Huhu...

Coklat di sana-sini..

 


MAKANAN HALAL DI BERLIN

Ohya, bila saya bercakap pasal Berlin, saya suka nak bagi review pasal sebuah kedai makan yang best ni.. Nama kedai tu Hanchen Haus, terletak betul2 di bawah stesen Ubahn Prinsenstrasse. Kedai ni menjual ayam grill yang amat sodap hingga menjilat pinggan. Ia dijamin halal. Set of 1/2 chicken hanyalah Euro 5 (amat murah berbanding di tempat lain). Macam bese kitorang share sepinggan berdua sebab saiz hidangan yang besar. Tapi disebabkan kesedapannya, kitorang tapau 1 set lagi untuk dibawa balik. Kalau korang ke sini, wajib gi makan kat sini.

   Yummy!

Panjang lebar plak entri pasal Berlin ni.. huhu.. Selain sebagai catatan kenangan saya sendiri, saya harap ia menjadi panduan untuk anda yang hendak ke sini juga. Jika ada apa2 soalan, leh comment di bawah ye.

Berlin adalah bandar terakhir kami di Jerman. Selepas Berlin, kami terbang ke Paris. Check it out in Part 7 - Paris Kota Cinta

12 comments:

  1. wahhh amatlah menarik ni. cuma nak tanya dalam entry ni kesemua tempat yang disebut tu mmg cover dalam masa 1 hari je ke?

    ReplyDelete
  2. kitorang ronda 1 hari setengah. Kalau kaki kuat leh pusing sehari je. Naik hop-on hop-off pon leh abis cover dlm 1 hari rasanya. biler nak gi?

    ReplyDelete
  3. Saya mahu ke berlin. Tahun depan. Nak tengok perlawanan bola sepak uefa champion league final. Di stadium Olympiastadion, berlin. Sy suka baca semua yang kakak tulis ini. Terima kasih ats perkongsian ini !!^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syidin. Wah.. ni mesti kaki bola! Semasa di sana ada terserempak dengan student dari Malaysia yang menjelajah Europe (termasuk Jerman) semata-mata nak tengok stadium bola sepak.

      Delete
    2. saya pernah ke berlin dan tulis artikel mengenainya. saya kagum dengan perkongsian yag anda buat, menarik. perinciannya pun bagus. keep it up

      Delete
  4. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  5. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  6. nam tanye akk jalan kaki je ke pusing sampai berjam2. boleh tahan ke huhu. tiket tu beli untuk masuk ke museum dan guna tram ek

    ReplyDelete
  7. thanks sis, very detail and useful for my future trip

    ReplyDelete
  8. assalam..boleh tau apa nama hotel dekat Berlin tu?

    ReplyDelete
  9. شركة مكافحة النمل الابيض بحائل
    شركة مكافحة النمل الابيض بالقصيم

    شركة مكافحة النمل الابيض بالخبر
    A pesticide spraying company in Jazan depends on providing some basic elements that help in spraying and eliminating insects. The most important thing that the company undertakes in order to achieve the best results is the following:

    Attention to provide specialization in each type of pesticides Each insect of insects has a kind of pesticides distinctive distinctive.
    Pay attention to the control and spraying works by providing the finest types of pesticides that help in spraying and which have the quality of the world has the ability to get rid of insects without being returned again.
    Ebdaa company is interested in the work of the special combinations and mixes of the company which helps in the spraying and the complete disposal of insects.
    Not only do spraying works, but we recognize the specific steps and constant help in the complete elimination of insects.
    Provide many methods and methods of spraying that fit the type of each insect in place.

    ReplyDelete
  10. kalaulah sy tau berlin ni punyalah best dah lama sy sggh... (aritu kami sggh cologne je)

    ReplyDelete