Monday, 5 May 2014

PENGALAMAN MELANCONG DI JERMAN PART 3 - MENEROKA STUTTGART BANDAR KERETA

Negara Jerman sudah sinonim dengan teknologi hebat pelbagai bidang. Antaranya ialah kehebatan kereta buatan negara mereka. Kebanyakan jenama kereta yang hebat seperti Porsche, BMW, Mercedes Benz, Volkswagon, Audi dan lain-lain lahir di Jerman. Dah alang-alang berada di bumi Jerman, kami tak mahu lepaskan peluang untuk ke muzium kereta bagi melihat sendiri 'apa yang hebat sangat tuu..'.


Memandangkan kitorang memang akan ke Munich dari Frankfurt, kitorangpon ambil kesempatan untuk singgah di Stuttgart. Dapat duk 2 hari 1 malam di sana pon jadilah. Kitorang memandu kereta buatan Jerman (tapi versi yang murah je.. huahua..) iaitu Volkswagon Golf GTD untuk bergerak dari Frankfurt ke Stuttgart. Ini kan sebahagian daripada trip 'kereta', so tak sah lah kalu tak memandu di sini. Saya ada tulis pasal penjelajahan berkereta kami di Jerman di DIY Jerman Part 2 - Pengalaman Memandu dari Frankfurt ke Munich. Kalau korang nak tahu tentang perancangan dan kos percutian di Stuttgart ini, boleh baca di entri saya yang bertajuk Merancang Percutian ke Jerman.


DAY 1 - PORSCHE MUSEUM

Bangunan Porsche Museum yang cantik rekaannya tersergam sebaik tiba di simpang lampu isyarat. Belok kanan untuk ke tempat parking.

Muzium ini ada tempat parking di bawah bangunannya. Kos parking hanyalah Euro4 per entry. Tiket masuk berharga Euro8/pax. Selepas beli tiket dan ambil audio guide (percuma) dalam versi English, kami pon naik escalator untuk memulakan mini penjelajahan dalam muzium Porsche ini. 

Tiket masuk dan audio guide

Muzium ini menceritakan sejarah Porsche dari mula ia di direka oleh penciptanya, Ferdinand Porsche, evolusi kereta Porsche dari 1931 sehingga kini, contribution mereka kepada Jerman dan lain-lain lagi. Dari sini juga saya dapat tahu yang kereta Volkwagon juga adalah kereta keluaran Mr. Porsche ni, cuma ia dicipta khas untuk orang biasa (volkswagon bermaksud kereta rakyat) berbanding Porsche yang dibina untuk tujuan racing.

Pernahkah korang perasan perkataan 'Stuttgart' yang tertulis di logo kereta Porsche? Kitorang pon tak pernah perasan selama ni. Dan lambang 'prancing horse' itu adalah lambang bandar Stuttgart itu sendiri. Betapa kereta ini sinonim dengan tempat kelahirannya!

Saya suka dengan layout muzium ini sebab ianya ringkas; tak memerlukan terlalu banyak membaca. Tengok pameran dan labelnya, kita akan terus faham apa yang dorang nak sampaikan.

Jom layan gambar2..

Salah sebuah fire fighting engine yang direka oleh Porsche di awal-awal penglibatan dalam dunia kereta, Masa tu semua benda dia nak buat, tak focus lagi.

Susun-atur bahan pameran yang baik memudahkan pelawat untuk melihat satu persatu, inshaAllah tak akan ada yang termissed.

 Merasa la naik Porsche walaupon sekejap. Ramai lagi yang dah beratur nak naik gak, so xleh lelama..

"Bulan tu macam familiar,".... muahahahaha....

Kereta polis ini adalah hadiah daripada Porsche kepada Datuk Bandar Stuttgart pada suatu ketika dahulu. Sekarang dah masuk muzium je.

Lama juga kitorang dalam muzium tu. Tau-tau dah kul 6 lebih dan perut dah lapar sebab skipped lunch. So En. Suami pon drive ke Hotel Freihof di mana kami akan bermalam dan berehat. Sebelum ini pihak hotel ada hantar email. Katanya kalau masa kitorang sampai tu takda receptionist, boleh ambil sendiri kunci di kotak biru di muka pintu hotel. Hanya masukkan nombor PIN yang diberikan, dan kunci akan jatuh keluar. Wah, mudahnya!

Hotel Freihof ini adalah sebahagian daripada bangunan kedai. Masukkan nombor PIN di box biru di sebelah kanan untuk mendapatkan kunci hotel dan bilik.

 Bilik hotel yang ringkas namun bersih dan cozy. Hanya Euro79/night dan Euro5/pax for breakfast.

Selepas check-in kan diri sendiri, kitorang pon gi simpan barang dalam bilik dan kemudian keluar semula untuk cari tempat makan. Lapar wey! Nasib baik 2-3 minit berjalan dari hotel dah ada kedai makan Turki, so apa lagi kami pon masuk untuk mamam. Beli 2 set, tapi makan 1 je kongsi berdua sebab dorangnya saiz hidangan amat besar untuk kami yang comel lote ni. Huhu.. 1 lagi kitorang tapau bawa balik. Cadangnya nak makan masa breakfast, tapi alhamdulillah breakfast pagi esoknya yang disediakan oleh pihak hotel amat memuaskan hati dan mengenyangkan.

Antara sarapan kami di Hotel Freihof. Suami suka smoked salmon. Saya ratu roti dan bakeries. 
Saya terpikat dengan metal jug tu. Ianya sejuk diluar namun panas giler di dalam. Disebabkan dah berkenan, kitorang nekad nak cari, beli utk bawa balik.


DAY 2 - MERCEDES BENZ MUSEUM

Keesokkan harinya, kitorang ke Mercedes Benz Museum plak. Yang ni jauh sket dari hotel, ia berada di kawasan bandar Stuttgart. Masa ni kitorang parking kat luar muzium, kat tepi jalan je. Sebab sini free. Huhu.. Tapi jangan lupa letak parking card ye. Parking card tu diberikan oleh Avis. Cuma letakkan berapa lama masa nak parking. Harga tiket masuk muzium ni ialah Euro 8/pax, sama macam muzium Porsche.

Di hadapan bangunan Mercedes Benz Museum

Sejarah kereta ini amat panjang dan berbelit-belit. Segalanya bermula sejak 1885! Ia dimulakan dengan Gottlieb Daimler yang memang sangat sukakan enjin menggunakan combustion enjin untuk kereta, kemudian kawan baik masa belajar si Wilhelm Maybach join sekali. Yang paling menarik ialah bagaimana si penjual kereta Emil Jellinek berjaya mempengaruhi Daimler untuk menamakan kereta baru keluaran mereka 'Mercedes', sempena nama anak gadis kesayangan Jellinek. Yang kelakarnya, Mercedes tak pernah dan tak tahu drive langsung sepanjang hayatnya, tapi namanya terus melekat kat kereta hebat ni sampai la sekarang.

Antara pameran yang menarik perhatian saya di sini...

 Antara rekaan pertama Daimler. Masa ni kereta dimiliki oleh orang kaya jer.. dan di pandu oleh pak supir

 Wajah 3 lelaki yang menjadikan Mercedez Benz satu brand hebat sehingga kini

 Inilah cerita disebalik nama Mercedes.

 Pandangan salah datu ruang pameran.
Muzium ini amat besar, banyak yang saya tengok laju2, tak sempat nak menghayati. Kitorang kena cepat sebab nak bertolak ke Schwangau pula selepas tu.

Antara rekaan awal kereta untuk gentleman drivers (masa ni orang kaya dah mula drive kereta sendri untuk tujuan suka2 dan sport, dah tak pakai supir lagi)


MERCEDES BENZ ARENA

Berdekatan dengan Mercedes Benz Museum, ada Mercedes Benz Arena. Ia adalah stadium bola sepak yang di sponsor oleh Merz kepada pasukan Stuttgart (saya tak tahu apa nama pasukan tu.. haha.. nampak sangat tak ambil tahu pasal bola!). Jalan kaki 5min je dari museum dah sampai. Kitorang amik gambo dari luar je..



Selepas dua hari di dua muzium kereta ni, saya boleh buat kesimpulan yang syarikat2 gergasi ini sememangnya hebat. Dorang bermula dengan workshop belakang rumah je, dan naik slow dan steady sehinggalah glamer hingga ke hari ini. Kita punya syarikat kereta nasional masih juga di tampuk lama.. walaupun mendapat bimbingan dan sokongan kerajaan tapi masih tak berapa nak pergi jauh.

Selain daripada Stuttgart, kami juga telah ke :

No comments:

Post a Comment