Tuesday 13 May 2014

PENGALAMAN BERCUTI DI PARIS PERANCIS

Setelah hampir 10 hari di bumi Jerman, saya dan En. Suami terbang ke Paris pula. Kami akan akhiri trip kali ini di Paris, kota yang terkenal dengan jolokan nama Kota Cinta. Memandu sudah, naik keretapi sudah, jadi last sekali sebelum balik kena naik kapal terbang pula. Kitorang naik Lufthansa dari Berlin dengan tiket murah yang dibeli 2 bulan sebelum bertolak. Saya ada menulis tentang kos perjalanan dan planning lengkap untuk disana di entri saya pada bulan Mac 2014 lalu sebagai panduan jika anda ada plan untuk ke sana juga. Selain itu, sudi-sudikan baca perkongsian pengalaman dan tips2 dari saya semasa di Frankfurt, Stuttgart, Neuschwanstein Castle di Schwangau, Munich dan Berlin. Kalau ada plan nak memandu di Jerman, jangan lupa untuk baca pengalaman kami memandu di Jerman.


Paris, here we come!

Kami tiba di Paris pada awal pagi di Charles De Gaulle Airport Terminal 1. Sampai je kat sana, kitorang cari stesen keretapi dulu. Stesen keretapi berada di Terminal 3 (stesen bas berada di Terminal 2). Sampai je di Terminal 3, kitorang pon pergi ke ticket counter untuk beli Paris Visite Pass Zone 3 for 2 days usage. Jangan terus pergi ke mesin sebab mesin tak jual Visite Pass.


Kecik je Paris Visite Pass ni.. kena simpan betul2 so that tak hilang.


BETUL KE PARIS NI BEST?

Nak mengumpat sket... kerani counter tiket di Terminal 3 tu sombong dan rude, sebab dia leh belek2 kuku masa kitorang tanya itu-ini-begitu-begini. Jawab plak dengan ndak tak ndak. Kitorang tanya untuk dapatkan kepastian sebab tak mahu membazir beli salah zon. Dia cadangkan beli untuk Zon 5 pada harga Euro 48.65/adult for 3days (dia masukkan airport pada hari sampai dan balik nanti). Kitorang akan banyak habiskan masa di Zon 3 sahaja yang berharga Euro 17.50/adult untuk 2 hari. Kos keretapi pergi-balik untuk airport-paris-airport baru berharga Euro 10,90/pax. So total untuk Zon 3 & pergi-balik airport baru berjumlah Euro 28.40/adult. Kalu kitorang ikut nasihat dia.. alamatnya rugi Euro20 cenggitu je (RM100/pax lebih tu!). Ada satu couple Jepun tu lagi la kesian siap kena tengking lagi sebab tersalah beli tiket. Adehh... kenapalah mereka begitu kuang ajau sangat..? Potong stim betul.. orang baru nak seronok2 datang Kota Cinta ni..

Perjalanan dari CDG Terminal 1 ke Gare de Lyon ambil masa lebih kurang 30min. Punyalah jauh. Masa ni pemain muzik jalanan a.k.a peminta sedekah akan mengambil kesempatan. Dorang akan mainkan alat muzik atau menyanyi tanpa kita suruh. Lepas habis persembahan, dorang akan hulur balang/topi untuk kita kasi duit. Selagi kita tak masukkan duit, dia takkan beredar. Dia akan paksa kita sedekah. Memula En. Suami hulur Euro 2 tapi dia tak puas hati, dia suruh tambah lagi. Dan suamiku yang comel itu pon tambah lagi Euro 2. Ada sorang mamat Amerika tu lagi la kesian.. dia memula kata takde duit Euro, tapi peminta sedekah tu tak percaya. Dia paksa suruh cari gak dalam beg. Mamat tu pon cari dan jumpa sedikit. Tapi peminta sedekah tu tak puas hati gak, dia suh cari lagi sampai mamat Amerika tu tambah lagi. Kesian saya tengok.. punyalah ganas peminta sedekah di Paris ni. Beginikah Kota Cinta yang manis2 saja diceritakan orang? Huhu... masa tu saya dah mula rasa tak best..

Kitorang menyewa sebuah apartment 1 bilik yang berdekatan dengan stesen metro Hotel de Ville. Sebelum ni ketika di Jerman apartment yang kitorang sewa cantik, kemas dan semuanya dalam keadaan baik. Tapi apartment yang ini tak berapa cantik sangat, water heater rosak dan towel buruk giler. Mentang2 lokasi tersangat strategik sebab sangat dekat dengan Notre Dame dan beberapa lokasi pelancongan lain, dorang letak harga yang amat mahal untuk apartment sebegitu rupa.


10 TEMPAT MENARIK DI PARIS

Selepas melalui beberapa incident yang tak berapa seronok tu, saya rasa macam tawar hati sket ngan Paris. Tapi, dah jauh-jauh kami datang, takkan nak habiskan 3 hari 2 malam di Paris ni dengan perasaan berduka dan berfikiran negatif, kan..? So saya ketepikan semua perasaan itu dan bertekad nak buka mukasurat baru. Saya pasti, ada sebab majoriti manusia di bumi ini bersetuju yang Paris ini indah bersesuaian dengan gelaran 'Kota Cinta'.

Jom saya bawa anda ke 10 tempat menarik di Paris yang bisa menjadikan cinta anda membuak2 semula...


 
1) The Lourve Museum



Cuaca mendung semasa kami di sana, namun still looks magnificent!

Perkara pertama yang kami lakukan ialah ke Musee du Lourve yang menempatkan potret Monalisa. Dari di Malaysia lagi kitorang dah berangan-angan nak tengok cantik sangat ke wanita tidak berkening itu. Dan alhamdulillah angan-angan kami berjaya terlaksana. Untuk masuk tanpa perlu beratur panjang, kami beli tiket siap-siap di kedai cenderamata muzium yang terletak dalam Carousel of Musee du Lourve (CML). Bangunan CML ini betul2 bersebelahan dengan Musee du Lourve dan ia adalah sebuah shopping complex. Once dah masuk CML, pergi ke food court dan anda akan jumpa kedai cenderatamata tu berdekatan dengan lift. Ohya, jangan lupa try makanan Lebanese di Restoran Salam. Dijamin Halal, inshaAllah. Cuma harganya amat mahal sedikit pada pendapat saya yang tak berapa kaya ni.. huhu..

Kitorang habiskan separuh hari di muzium ini. Muzium ini terlalu besar, memang tak sempat nak masuk semua tempat. Kitorang pastikan dapat tengok  yang glamer2 seperti potret Monalisa, Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) dan sejarah tentang muzium itu sendiri. Kebanyakan lukisan/patung/ukiran di muzium ini tidak menutup aurat, yang di bawah dan di atas tidak bertutup langsung! So gambar dalam muzium tak dapat saya tunjukkan atas sebab ketidaksesuaiannya. 


Dalam banyak2 dewan pameran, Monalisa punya paling ramai pengunjung. Kena boloskan diri ke depan untuk tengok potret tu. Kecik je potretnye.. Saya buta seni, so tak nampak pon apa yang menariknya.. haha..




2) Eiffel Tower

Tidak sah ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Ada yang kata ia hanyalah bangunan besi buruk, so kaitannya dengan cinta dipersoalkan. Tapi pada saya, Eiffel Tower memang ada 'roh'nya tersendiri. Once nampak sahaja kelibatnya dari jauh, dada terus berdegup kencang. Makin dekat, makin laju degupannya. Ia memukau mata yang memandang. Kita leh duduk lepak lama2 sekadar melihatnya. Mungkin sebab itulah pasangan bercinta sukakan Eiffel Tower ni. Sebab ia boleh buat kita rasa happy, seronok, terpaku dan terkesima.

Kami ke sini dua kali, sekali siang dan sekali lagi pada waktu malam. Ia cantik pada waktu siang, dan lebih menarik pada waktu malam dihiasi lampu2 neon. Pada waktu malam, sejam sekali mereka akan memainkan pertunjukkan cahaya, iaitu pada pukul 8.00pm, 9.00pm, 10.00pm, 11.00pm and 12 midnite.. so don't miss it. Memang cantik! Kami juga ambil kesempatan naik ke atas Eiffel Tower pada waktu malam untuk melihat kecantikan kota Paris dari atas.


Eiffel at day and night

3) Petit Palais and Grand Palais

Petit Palais (Small Palace) dan Grand Palais (Big Palace) adalah bangunan yang dibina khas sebagai muzium dan exhibition. Bangunan ini berhadapan dengan di antara satu sama lain dan berdekatan dengan Jardins des Champs de Elysees. Dari sini leh berjalan kaki sahaja ke Champs de Elysees.



The Grand Palais.. Ku hanya melihatmu dari jauh... kalau ada rezeki lebih dan masa lebih, inshaAllah nak masuk!

4) Place de la Concorde

Place de la Concorde adalah dataran terbesar di Paris. Antara yang menjadi perhatian di sini ialah obelisk 'Cleopatra Needle' dari Ramses II Temple, Eqypt. Masa tu raja Egypt bagi 3 obelisk kepada pemerintah Perancis, tapi satu je dorang bawa balik. Sebab besar obelisk tu dik non, susah nak anto jejauh tu. Zaman dulu bukannya ada kapal kargo dan barge macam zaman sekarang untuk bawa balik dengan mudah. Juga ada beberapa fountains yang cantik menghiasi tempat ini.


Place de la Concorde

5) Champs de Elysees

Kalau nak rasa shopping macam orang kaya, sila pergi ke Champs de Elysees. Ia adalah sebatang jalan raya sepanjang 2km dimana di kiri kanan tu ada banyak kedai2 mewah, bank dan cafe. Kedai LV berdiri paling mewah kat sini. Majoriti pelancong yang lalu jalan ni memang akan bergambar depan bangunan LV tu. Kitorang berjalan kaki dari Jardin des Champs de Elysees (taman istana yang besar) hinggalah ke Arc de Triomphe. Sakit kaki den berjalan jauh gitu. Tapi sebab nak tengok sendiri apa yang hebat sangat tentang sebatang jalan ni hingga menjadikannya amat glamer di dunia, saya gagahkan juga kaki melangkah. So, hasil dari rondaan di jalan mewah ini, haku hanya dapat sakit kaki dan penat. Nak beli kat situ tak mampu sebab mahal berdengung. Sebenarnya boleh amik metro jika anda tak larat a.k.a malas nak jalan jauh2 dari Place de la Concorde ke sini.


Champs de Elysees adalah jalanraya yang sibuk dengan pelancong dan shoppaholics


6) Arc de Triumphe

Arc de Triumphe ini terletak di tengah-tengah roudabout, so kalu nak gi dekat2 sila ikut underground tunnel ye tuan-puan. Jangan melintas jalan tu sebab ada banyak kereta yang lalu-lalang, suspen tau saya tengok pelancong suka2 je melintas. Arc de Triumphe ni hanyalah sebuah  arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800, tapi yang kelakarnya belum siap lagi arka ni Napolean dah dikalahkan. Siap ada tulis nama2 perang yang depa dah menangi ketika dibawah pemerintahan Napoleon. Kat bawah binaannya terdapat kubur tentera2 yang mati semasa perang dunia pertama dan nama mereka tak diketahui, hence known as the Grave of the Unknown Soldiers. So dorang tanam je reramai kat bawah tu, huhu.. Sebenarnya leh naik kat atas bangunan tu untuk tengok pemandangan kejiranan Charles de Gaulle tu, tapi kitorang tak naik. Maleh aar buang masa, dah naik Eiffel Tower kira dah cukuplah. Tiket masuk Euro9, tapi free je untuk pemegang Paris Pass.


Ramai yang sanggup duk tengah2 jalan semata-mata nak amik gambo berlatar-belakang gate ini (termasuklah kami.. huhu..)

7) Seine River



Pemandangan senja di Seine River 

Sungai ini adalah sungai cinta yang amat popular. Kalau ada masa cubalah naik cruise boat. Sure romantic gilos (i kecewa sebab tak sempat naik naik cruise kat sini). Ada banyak jambatan untuk menyeberangi sungai tu. Apa yang menarik ialah terdapat banyaknya 'love locks' atau pon mangga cinta. Bukan buah mangga yang kita nak makan tu tau, tapi mangga padlock tuu.. Hm, terlalu banyak bergantungan. Salah satu jambatan yang paling disukai dan menjadi mangsa ramai ialah Pont des Art bridge. Dengarnya Kourtney Kardashian pon gantung padlock cintanya dengan suami di sini.

Semasa saya mengarang entri ni, kebetulan kecoh di berita tentang jambatan Pont des Art yang roboh dek berat love locks yang sudah keterlaluan. Sekarang ni penduduk tempatan nak suh kerajaan banned je tradisi pelancong letak mangga kat situ. Bila difikirkan betul juga tu.. sebab makin lama akan makin berat jambatan tu sebab kena tanggung bebanan besi padlock yang beritu2 lemon tu. Huhu.. tak tahulah kerajaan Perancis akan ban atau tidak. Lom ada kesudahannya lagi.
  8)  Notre Dame

Notre Dame Cathedral ni dekat je ngan apartment kitorang, dalam 5min berjalan dah sampai. Kitorang masuk gak la tengok apa ada kat dalam (sebab masuk free). Tapi kalau nak naik kat atas tower (north tower je pelancong leh access) kena bayar. I'll never pay to enter a religious building, tapi kalau masuk masjid/surau saya akan derma walaupun masuk sentiasa free. Notre Dame Catheral adalah gereja gothic pertama yang di bina di dunia ni. Kalau tak salah dalam tahun 1100an..dah beratus2 tahun umurnya. Bangunannya cantik. Tapi nothing much to do here.. dont waste time lah.
 





Patung nganga-nganga di Notre Dame ni macam pernah kulihat... di mana ye? Owh ya, sebijik seperti di Munich!

Masa tu nampak sorang pakcik tu comot jer, ingatkan pengemis. Kemudiannya pakcik tu bagi burung2 liar kat Notre Dame tu makan.. Biar baju buruk, tapi hati cantik!






9) Restauran Istanbul

Kat Paris ni memang ada banyak restoran. Tapi susah nak pastikan ianya halal. So bila kitorang terjumpa Restoran Istanbul yang ada tanda halal di pintu masuk semasa on the way ke Eiffel Tower,kitorang tak lepaskan peluang.


Yummy! Memang sodap!

10) La Defense

Bila kita sebut je Paris, ramai yang terbayangkan binaan2 lama yang romantik2 tu.. tapi sebenarnya Paris juga ada bandar moden yang dipanggil La Defense. Kat sini terdapat banyak bangunan2 moden yang tinggi mencakar langit. Kalau masa tak mengizinkan untuk ke La Defense, korang leh tengok dari atas Eiffel Tower. 

 La Defense yang kelihatan dari Eiffel Tower


Sedar tak sedar, percutian kami di Paris sudah berakhir. 3 hari 2 malam terlalu pendek untuk betul2 menghayati kota cinta ni. Biasanya, bila berada di tempat orang, kami lebih tertarik untuk berasimilasi dengan orang tempatan, namun 3 hari tidak cukup untuk itu. Takpelah, kalau ada rezeki mungkin boleh sampai lagi.




86 comments:

  1. MOHD YUSOF BIN ABD HAMID28 August 2014 at 02:53

    Tqvm byk info & cerita yg saya dapat inshallah kami akan kesana pada 15.9.2014.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info..paris pass nk beli di mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang beli Paris Visite Pass di CDG Airport Terminal 3. Once dah smpai kat CDG, awak kena ke Terminal 3 untuk naik train. So leh beli di kaunter tiket. Mesin takde jual Paris Visite Pass.

      Delete
  3. seronok baca entri ni. insyaAllah saya akan ke paris 6/12 ni & stay kt versailles kot nama tmpt tu. nak tnya, paris visite pass tu cover mana je yer? nak tnya kat kaunter takut kena marah. hihi. tanya kat sini dulu, bleh kan??

    ReplyDelete
  4. Hahaha... sebaiknya study sblm kena maki kat kaunter. Tapi jangan tak bertanya langsung plak nnt.. takut bertanya, sesat jalan!
    Zone 1-3 : Paris city centre
    Zone 1-5 : Paris + suburbs + airport

    ReplyDelete
  5. saya pun akan ke sana 24/10 - 26/10..tapi naik eurostar..masa nak beli pass tu, just mentioned paris visite pass for 3 days ke?

    ReplyDelete
  6. ye betul.. just mentioned paris visite pass. they'll know what you're looking for.

    ReplyDelete
  7. Bestnya jenjalan europe..yg pasti poket kena tebai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga pergi back-packing style kalau poket tak berapa tebal. tapi saya tak pandai nak ber-backpacking yang majoriti budak2 remaja bawah umur je yg buat. Dah berumur ni tak pandai nak tidur dorm lagi. huhu..

      Delete
  8. buang karan betul staf train tiket tu. ni duk plan visit paris ni, terjumpa blog puan. tq sharing ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. French memang pandang rendah sket kat Asian.. (sama macam cara kita melayan Bangla dan Indon kat Msia ni la kot.. huhu)

      Delete
  9. paris visite ni apa function dye sis? kalau sy dari london, do i need this?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rafi' Fahmi. Paris Visite pass ni adalah tiket public transportation around Paris city. So walau dari manapon kita datang, sebaiknya beli Paris Visite lebih jimat untuk bergerak di kota Paris daripada beli individual ticket.

      Delete
    2. Nak jimat ambil sampai Zone 3 sahaja pasal semua tempat yang biasa kita lawati di dalam zone ni. Minah tiket tu marah juga pasal Airport Zone 5 tapi kami berkeras nak beli Zone 3 sahaja. Jadi penyelesainnya, beli tiket ke Les Mesnil untuk ke sempadan Zone 3, turun dan naik semula ke Gare de Lyon (pusat bandar) atau mana2 tempat yang kita nak. Memang jimat!

      Masa naik keretapi ada la macam KL transit dan KL Ekspress, jadi, hati2. Nak ke Les Mesnil kena ambil transit la. Tapi, kami tersilap ambil Ekspress. Nasib baik ada gate rosak, jadi kami belasah aje dan selamat! Biasa sngt kami nampak orang yang panjat gate di Paris ni, ntah la apasal.

      Di Gare de Lyon ni ada guide yang pandai English dan sungguh baik hati, tanya la apa saja. Dia sanggup ikut kita. Diaorg pakai jaket merah masa kami sampai.

      Satu peringatan di Paris ni, jangan lupa juga ke Luxembourg Garden pasal ada kembar STATUE OF LIBERTY. Jadi, boleh ambil gambar dan tunjuk kawan2 konon2 dah sampai Noo York! Kami terlepas! Selepas tgk "National Treasure 2" baru sedar, dia ada kembar 3 rupanya!

      Delete
  10. Hi just nak tanya, all the 10 places yg pergi nI ssemua dalam zon3 ke?

    ReplyDelete
  11. Salam Kak,
    Nak tanya kt CDG Airport..kat mane kite bleh simpan luggage kite utk few hours??

    -cucu mak leha-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ermm... memang ada tempat simpan luggage. Tapi tak ingatlah dear... sori.

      Delete
  12. salam. saya transit kat Paris 19 feb ni dari Istambul. Apa hotel paling dkt ngan airpot?
    flight balik 21 feb ptg. so apa cadangan sis utk saya melawat sementara nakbalik. tk -wan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hotel Mercure (dulu Pullman) di parking Pr, boleh guna CDGVAL, free dari mana-mana terminal.

      Delete
  13. Hmm.. yg hotel terdekat tu saya xpasti sebab saya duk apartment in city centre. Sebab dekat ngan tempat nak melancong. Maybe awak leh tengok kat Agoda.

    Sementara transit kat Paris tu, pergilah tempat-tempat 'wajib' macam eifel tower, notre dame, arc de triumphe, champs de alysees, lalu kat seine river dan tengok museum de lurve dari luar. Boleh naik hop-on hop-off bus untuk jimat masa. konfem tak sesat barat.

    Selamat bercuti!

    ReplyDelete
  14. Salam..saya dan kawan2 akan bercuti di France ..sampai di airport CDG dlm 6 lebih ptg , jadi kalau malam2 ade je kan public transport tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. dont worry sis.. memalam pon ada. 24 jam beroperasi.

      Delete
    2. Kalau boleh cuba tunggu tren yang direct. Lately they all ada tambah kekerapannya sebab beberapa stesen sebelum (atau selepas depending on which way you're going) yang tak berapa selamat.

      Delete
    3. Tgh malam ada tren yang tak jalan. Kalau tak silap, masa ke Eiffel malam, kami dah lebih pukul 11mlm. Jadi, tren RER tu dah tutup. Kena naik metro aje, jalan jauh sikit. Mungkin sekarang dah berubah kot.

      Pasal tak berapa selamat memang selalu dengar juga. Jadi, elakkan naik tengah malam atau naik hujung tren.

      Delete
    4. Perlu ke guna Tourist guide kat Paris.. Sebab inshaayallah nak pegi berdua ngan mak next year 😊

      Delete
  15. Salam sis...sy nk tanya..berapa bajet tuk ke paris dlm 3 malam..tidak termasuk tiket flight n hotel.sbb yg tu sy dh book awal..cuma nk tahu bajet pembelajaan di sana nanti..rq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis. Erm, susah juga nak jawab sebab kos tu bergantung kepada pelbagai factor macam jenis penginapan (hostel, hotel brp bintang atau homestay), pengangkutan (train, bas, kereta), makan (masak sendri, makan restoren), dll. Anyway, sis leh dapatkan anggaran kasar dari sini: http://cutifamili.blogspot.com/2014/03/merancang-percutian-ke-jerman.html

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Slm...lupa nk tanya..if di paris selain 10 tempat yg sis listkn kt ats tu..mna lagi tempat yg best nk shopping spt Lv chanel Gucci etc..tq

    ReplyDelete
  18. Slm...lupa nk tanya..if di paris selain 10 tempat yg sis listkn kt ats tu..mna lagi tempat yg best nk shopping spt Lv chanel Gucci etc..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. nak shopping rupenye! Best tuu!!

      Tapi saya xpegi shopping masa tu. Tak pandai shopping mende2 mahal ni sangat.. huhu. So xdapat nak bagi cadangan..

      Selamat bershopping, sis.

      Delete
    2. Gallerie Lafayette & Printemp. Both complexes face each other.

      Delete
    3. I've read about La Village.. or something that sounds like that lah.. En Yazrul Ikram tau tak tempat tu? Betul ke leh beli branded stuff at cheaper price? Manalah tahu nanti leh grab LV seketul..

      Delete
    4. Things are slightly cheaper in the outskirt due to rental rate. La Village (the village) atau La Vallee tu shopping mall yang terletak lebih 25 km dari Kota Paris dekat dengan Disneyland. Tapi from what I read in tripadvisor it mostly carries French brands. So brand LV takde situ. However, I can't confirm as I do not shop although I did stop by at the mall during my visit to Disneyland.

      Delete
    5. No worries, I'm not LV's slave anyway.. huhu..

      Delete
    6. La Village tu macam JPO kat JB. Bagi saya tak berapa best sangat kalu nak shopping kat situ.. maybe ada la sesetengah barang yg ok... tapi comfirm Gucci, LV etc tak der kat situ...

      Delete
    7. owh ye ke.. kalu gitu, baik gi JPO jer.. kui kui..

      Delete
  19. Pengalaman yang sama dengan Cuti Famili bila berada di Paris. Naik turun tangga bila nak naik train sebab tak der escalator or lif..hanya di stesen2 besar sahaja. Kawan bersama anak hampir tersepit bila pintu train ditutup kerana terlalu sesak.. orang ramai sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Paris ni best, tapi ade gak aar yg tak best. Memang kena hati2 sebab kebanyakan facilities di Paris tu dah 'tua' dan pelancong ramai sangat. Kota cinta, kann...!

      Delete
  20. saya landing kat paris sebagai transit untuk ke london..bgaima cara mudah senang dan selamat untuk ke eifel tower dengan cepat sebelum teruskan jouyrney ke london .

    ReplyDelete
  21. Nak keluar dari CDG melalui kastam pon mengambil masa agak lama. Lepas tu awak kena ke Terminal 3. Awak boleh naik train, turun di stesen Gare de Lyon, lepas tu ambik Metro atau RER terus ke stesen Eiffel Tower. Perjalanan agak jauh juga tu..

    ReplyDelete
  22. Tiket Zon 5 tu boleh sampai ke Marne La velle disneyland tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zone 5 boleh ke stesen Disneyland. Jika setakat disneyland mgkn tak berbaloi ambil Paris Visite Zone 5. Jadi, cuba study sikit. Mgkn sehala lebih baik.

      Delete
  23. Salam. Kat terminal mana nak amik shuttle bus utk ke hotel yg berdekatan ye? Kena amik tiket dulu or bayar kat hotel yg ada arrange utk shuttle bus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh tengok reply dari En. Yazrul Ikram Yahya19 January 2015 at 22:11 di atas ni.

      Alternatively, sis boleh search je di Agoda dengan carian 'hotel nearby Paris Charles De Gaulle Airport', banyak yang akan keluar. Sis leh buat pilihan di sana.

      Tentang shuttling between airport & hotel tu, kena check dengan individual hotel. Ada yang free shuttle service. Ada yang awak kena beli ticket dari station. So, x sama.

      Hepi travelling, sis!

      Delete
  24. Salam sis. Apa guna paris visited pass dan di manakah area hotel yang dikatakan strategic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Daniel. Paris Visite Pass ialah pass untuk pengangkutan awam. Senang citer, leh travel dengan murahnya dengan menggunakan pass ini berbanding bayar individual ticket.

      Hotel strategic ialah mana2 hotel yang dekat dengan metro station.

      Delete
  25. Wahh bestnye dpt bercuti ke paris!one of my dreams tu. :)

    Please do visit my blog too sis;)
    http://naziramiswan.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. inshaAllah nnti saya jenguk your blog sekembali dari trip Italy ni :-)

    ReplyDelete
  27. slm, sis nak tnya anggaran kasar kalau nk bercuti ke paris agak2 bape ye kne ade utk sorg?...sy x kaye tp berhajat nk ke sana..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Faidzal... xperlu kaya untuk pergi tengok tempat orang. Huhu.. Hakak pon pergi naik flight free..

      Rasa2nya tiket kapal terbang dalam RM2.5k dan RM2.5k lagi keperluan di sana (hostel, transportation, makan, souvenirs, emergency). Jumlah ni mungkin akan lebih jika duk hotel kat tempat strategik/banyak bintang dan makan macam raja. Huhu..

      Delete
  28. hai, saya nak share boleh cerita awak ni. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  29. Suatu perkongsian pengalaman yang menarik. Teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  30. salam sis,

    bulan 11 ni saya & family akan travel ke paris. kami sewa apartment di Choisy-le-Roi dekat dgn Orly Airport tapi kami landing di CDG.
    sis nak tnya if kite nak sewa shuttle dari airport elok cari masa sampai or book in advance?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shuttle banyak kat sana.. amik terus masa di sana pon ok jer.
      ataupon naik train.. amat convenient

      Delete
  31. salam sis..
    kat Paris ada x tempat untuk beli souvenir yg padan ngan poket org x hado2 cam saya ni..? hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Erm, saya tak pasti. Saya beli je ngan penjaja (mostly Blacks) yang jual kat kebanyakan tourist spots. Siap leh dapat diskaun. Contohnya, keychain eiffel tower dijual pada Euro 5 untuk 10pcs.

      Delete
  32. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com


    Wassalam

    ReplyDelete
  33. Aslkm Sis,

    Saya ke Paris bulan March ni. Itupun just one day trip sbb ambik train eurostar dari London (Pegi paris pagi & balik London malam pada hari yang sama). My question is jauh tak klu nak buat walking tour kat paris & boleh tak jejak sepuluh tempat yang sis mentioned kat atas? Saya purposely xnak naik public transport sbb ingat nak menikmati the landscape of Paris.
    Thank you.

    ReplyDelete
  34. As Salam sis..
    thanks for info..InsyaAllah akan kesana pada bulan May nti ngan Husband..ini adalah kali pertama kami akan kesana..dan pertama kali saya ikut husband ke luar negara..hope semua akan berjalan lancar..masih lagi tercari2 info yg berguna untuk digunakan ke paris nti...

    ReplyDelete
  35. Lovely to see your pictures,
    So incredibly beautiful! Those views,

    Watch box office
    Wooclip

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Lombok Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    BBM 51fd8768 / IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete
  37. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  38. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  39. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  40. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete
  41. seronoknya mengembara ke negeri orang kan....

    ReplyDelete
  42. Thank you so much for the nice sharing sis.. boleh tahu untuk 10 tempat ni sis bahagikan kepada 3 hari macam mana ye secara detail? tq.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum...
    Tgh buat itinerary and found your blog. Sangat2 informative... tq so much sis...

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum,

    Good entry, kami baru balik dari Paris last week. Waspada di Paris, banyak scammer, pick pockets dan org2 dia memang rude. Dia orang bergerak dalam group dan sangat licik. Train system dia confusing skit for our first day, tapi second day dah paham skit.

    Tapi buildings dia memang cantik dan memukau. Just be extra careful there.

    ReplyDelete
  45. HII Kalau da beli ticket Zone 1-3 : Paris city centre
    Zone 1-5 : Paris + suburbs + airport so naik bus atau train mcm tu tak payah bayar da ker atau mcm mana? i will be there soon.. so nak tahu juga serba sedikit tentang cara2 nak ke sana nanti..

    ReplyDelete
  46. Thank you sebab share info travel ke Paris. Puan pergi masa peak season atau low season ni ya?

    ReplyDelete
  47. Salam sis, terbaik! terima kasih atas sumbangan post details tentang tempat menarik di Paris. Makanan halal susah dpt tak dekat Paris?

    ReplyDelete