Wednesday 18 March 2015

PHOTOBOOK PERCUMA YANG AWESOME

Baru-baru ni member group wasap masa zaman belajar dulu ada bagi link untuk dapatkan photobook percuma.Katanya kita hanya perlu register di www.photobook.com.my untuk mendapatkan voucher code. Lepas tu masukkan gambar2 yang kita ndak, submit, bayar kos pengeposan sahaja.. dan 2-3 hari lepas tu photobook yang awesome akan dihantar ke rumah.

Sounds good.. tapi saya blurr gak.. amende photobook tu? So sayapon google image..

 Inilah dia 'photobook'. Ia adalah koleksi gambar-gambar yang dibukukan.

Bila dah tengok inilah rupenya photobook tu, saya rasa.. wow! Biasanya pengantin je wat photobook, tapi sekarang sesapa pon boleh buat photobook. Awesome k.

 Inilah email yang saya dapat dari photobook beserta dengan voucher code.

Saya buat dengan gigihnya sehingga pukul 2am sebab menurut member saya tu, hari tersebut adalah hari terakhir promosi Free Photobook tu. Free punye pasal.. memang sanggup. Huhu..

Jumlah sebenar untuk photobook 20 pages size 6"x6" softcover ialah RM79. Tetapi, disebabkan saya ada voucher code untuk photobook percuma tu, saya masukkan je voucher code yang diberikan, dan bila ditambah dengan kos pengeposan RM8, total kos yang saya perlu bayar hanyalah RM8. Awesome..awesome..awesome..!!

Tadi masa balik keje, tengok-tengok photobook saya dah sampai. Memang pantas! Mereka gunakan GDEX untuk penghantaran. Kualiti kertas photobook amat baik. Walaupun softcover, tapi tidaklah lembek. 

Tada.. inilah photobook yang saya usahakan sampai kul 2am tu..

Kualiti kertas kilat yang cantik!

Saya rasa promosi ni dah abis, tapi saya tak pasti. Korang leh tengok sendiri di website photobook ye. Pada pendapat saya, photobook ni amat sesuai untuk dijadikan travel photobook. So, bila rasa nak belek2 kenangan indah semasa bercuti, leh baca photobook. Mudah.. takyah nak onkan PC atau henfon. Leh susun kat rak buku jadi koleksi percutian. Best, kan..?

********************************************************************************

Note : Saya promote photobook ini tanpa mendapat sebarang commission tau. Saya gembira dengan hasil photobook yang saya dapat, sebab tu saya tergerak hati untuk masukkan entry ni.. sebagai ucapan terima kasih kepada depa.




3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam, saya pun suka buat photobook... by yg dah saya buat... kebanyakannya FREE je... hehe... dekat Groupon skrg tgh buat promosi Photobook Free... http://www.groupon.my/deals/national-deal/gg-photobook-malaysia-111/721100037

    lagi satu dekat Freebiesland... cer awk try tengok...
    http://freebiesland.my/category/free-photobook

    saya pun ade post pasal photobook nie... best sgt bila buat...

    jemput melawat blog saya... http://amszdihati.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. best2!! Jap lagi nak check-it out. Harap2nya masih ada lagi yg free tu. Huhu...

      Delete