Semalam cuaca amat panas, so saya dan suamipun pergi ke Pekan Kulim yang tidak jauh dari rumah mak untuk pekena cendol. Sebenarnya di sekitar rumah mertua saya ni ada banyak kedai makanan yang best-best tapi kebetulan semalam hari Jumaat di mana kebanyakan kedai2 tu tutup belaka. Menurut suami, kedai Famous Ali Cendol di stesen bas Kulim sentiasa buka setiap hari kecuali pada bulan puasa.
Kedai cendol ni dah beroperasi di stesen bas Kulim ini sejak suami saya kecil lagi. Setiap kali di sana, dia pasti akan pekena cendol di sini. Sehinggakan si Ali mamak tu kenal suami saya walaupun sekarang suami saya sudah besar dan dah lama tak ke sana. Memang penuh nostalgia tempat ni..!
Pasangan ideal - pasembor dan cendol
Ini bukan kali pertama saya makan cendol di sini. Harganya dalam RM2 untuk cendol pulut, dan RM1.60 untuk condol biasa. Rasanya sedap, walaupun bahan-bahannya simple. Rahsianya tentulah pada experience.. dah berpuluh-puluh tahun buat cendol!
Selain daripada cendol, kitorang juga pekena pasembor. Pasembor berharga RM3 sepinggan. Saya bukan penggemar pasembor, tapi Alhamdulillah saya yang habiskan pasembor yang dibeli. Hahaha..
Inilah gerai Ali Famous Cendol dan ABC di Stesen bas Kulim
Kalau korang berkesempatan ke sini, bolehlah merasa cendol si Ali ni..
Ibu mertuaku dan Dai'e Amir Asyraf ;-)
Jika nak berjalan2 n cari makan di Melaka, blh lah menginap dan bermalam di Anugerah Homestay Melaka ini..
ReplyDeletesgt berdekatan dgn kawasan pelancungan & tempat2 makan yg best di melaka.
www.AnugerahHomestay.com