Sempena cuti sekolah bulan Mac ini, saya sekeluarga pulang ke kampung di Penang. Anak-anak dah bertolak awal beberapa hari dengan menaiki keretapi (depa memang dah lama minta naik keretapi lagi). Saya dan suami menyusul kemudian dengan menaiki kapal terbang untuk meminimumkan masa perjalanan dan mengoptimumkan masa di kampung. Kalau diikutkan dari Melaka ke Penang boleh mengambil masa 8 jam jika memandu kereta di musim cuti sekolah begini, tapi kalau naik kapal terbang hanya 1 jam penerbangan sahaja. Banyak jimat masa.
Kami mengambil penerbangan awal pagi kul 8am dari KLIA2, jadi malam sebelum terbang tu saya dan suami bermalam di Tune Hotel, KLIA2. Kalau nak bertolak dari Melaka terlalu awal takut mengantuk dipertengahan jalan, dan yang paling digeruni ialah tak bangun awal, jadi jalan paling selamat ialah bermalam di KLIA2 untuk kurang risiko tertinggal kapalterbang. Kami park kereta di parking berbumbung di Putrajaya Sentral. Sehari lebih kurang dalam RM4 je. Dari Putrajaya Sentral menaiki KLIA Transit ke KLIA2 dengan kos RM6.20 seorang. Owh ya, tiket penerbangan Malindo Air dari KLIA2 ke Penang yang kami beli berharga RM38 seorang, amat murah walaupun beli seminggu sebelum terbang.
Saya tak pernah ke KLIA2, so saya agak excited untuk ke sana. KLIA2 amat moden, dan facility di sini juga amat bagus. Memang bertaraf antarabangsa. Ianya adalah airport tambang murah yang besar.. lebih 5 tingkat kalau di kira dari parking ke tingkat paling atas. Stesen KLIA Express/Transit berada di Level 2, Arrival juga di Level 2 manakala Departure di Level 3.
Check-in counter Level 3, KLIA2
KLIA2 menempatkan shopping complex yang dinamakan Gateway
@KLIA2. So, kalau boring menunggu masa untuk boarding, bolehlah jalan-jalan cuci mata atau habiskan duit di sini. Nak makan/minum juga amat mudah, sebab tempat makan memang bersepah-sepah di sana-sini. Kelihatan banyak lagi ruangan kedai yang masih kosong, mungkin sebab KLIA2 amat baru jadi belum sempat nak penuhkan kedai-kedai di sini.
Foodstalls di Level 2M KLIA2
Pemilik-pemilik kad kredit yang memberikan FREE ENTRY ke Plaza Premium Lounge jangan lupa untuk masuk ke lounge ini. Ada 2 buah PP Lounge di KLIA2. Satu di Level 2M, dan satu lagi selepas pemeriksaan immigration untuk international departure. Saya dan suami hanya menunjukkan kad kredit Maybank Visa Infinite kami untuk masuk percuma ke PP lounge di Level 2M sebab kami akan menaiki penerbangan domestik sahaja. Selain daripada menyediakan sofa yang selesa dan makanan percuma, PP Lounge ini juga menyediakan private suite untuk tidur. Free entry yang kami dapat melalui Maybank VI hanya layak untuk 3jam sahaja. Kalau nak lebih, kena bayar..
Sebelum naik flight, kami bersarapan di Premium Plaza Lounge, KLIA2
Memandangkan kitorang dah buat reservation di Tune Hotel, jadi cukuplah 3jam yang diberikan oleh Maybank VI di PM Lounge. Tune Hotel terletak di luar bangunan KLIA2, tetapi tidak susah untuk ke sana sebab terdapat tempat pejalan kaki khas yang menyambungkan KLIA2 dan Tune Hotel.
Tune Hotel KLIA2 di malam hari
Tune Hotel ini tidak mengecewakan dengan harga yang dikenakan memandangkan lokasinya yang amat strategik. Harga semalam untuk 2 orang bagi bilik double bed ialah RM180 nett. Biliknya comel, tetapi tidaklah sempit. Peralatan dalam bilik di susun kemas jadi nampak teratur dan mudah nak bergerak. Ada towel (biasanya di Tune Hotel lain nak pakai towel kena bayar tambahan) dan peti besi untuk simpanan barangan berharga. Tandas amat bersih, lengkap dengan separate rain shower. Tiada almari baju disediakan, tapi ada tempat gantung baju. Cukuplah untuk pelanggan mereka yang rata-rata bermalam 1 malam jer.. sebab airport begini orang jadikan tempat bermalam untuk transit atau penerbangan awal je. Orang tak duk lebih daripada itu, jadi almari memang tak perlu. Owh ye, sarapan tidak disediakan di sini, juga tiada room service. Kalau rasa lapar, boleh ke KLIA2 untuk makan, tidakpun boleh dapatkan pelbagai snek di 7eleven di ground floor Tune Hotel ini.
Bilik hotel
Malam itu kami tidur nyenyak di Tune Hotel. Katilnya memang selesa. Selepas mandi warm shower, kitorang terus check-out sebaik selepas subuh. Check-out process juga amat mudah; cuma pulangkan semula keycard dan off we go! No question asked... sebab bayaran semua dah langsai, dan takde mini bar untuk dicaj.
Sebenarnya, kalau Tune Hotel melampaui bajet, bolehlah mencuba Capsule by Container Hotel yang terletak di tingkat P2 bangunan KLIA2. Capsule ni berkonsepkan hostel dormitory. Mereka caj ikut jam, iaitu RM45 untuk 3jam, RM70 untuk 6jam dan RM90 untuk 12jam. Satu cabin hanya untuk seorang; takleh kongsi2. Konsep dorm bermaksud, toilet on sharing basis ye. Lelaki dan perempuan berasingan dorm. Jika berminat, leh buat reservation di sini: http://www.capsulecontainer.com/index.html. Kalau terus walk-in, caj mahal RM5 daripada online rate.
Entry ke Capsule
Beginilah keadaan dalaman Capsule.. (gambar dari website Capsule)
KLIA2 amat luas. Untuk penerbangan domestik, kita kena berjalan dari security check ke boarding gate dalam 15min! Fuh!! Bayangkan kalau terlewat sampai, memang naya nak kena berlari jauh-jauh macam tu. Saya tak pasti berapa jauh kedudukan boarding gate penerbangan antarabangsa, tapi dari pemerhatian saya rasa agak jauh juga. So, saya nasihatkan jika korang menggunakan airport ini, silalah datang awal.
Sudah ramai yang menunggu gate dibuka.. patutlah Malindo Air sanggup menyediakan penerbangan lebih 8kali sehari ke Penang, laku rupa2nya!
So, itulah sahaja serba-sedikit tentang KLIA2 dan Tune Hotel KLIA2 untuk pedoman bersama. Arini saya nak pekena cendol di Kulim yang best tu! Yummy!!
Memang jenuh nak berjalan ke boarding gate...saya sampai siap stop jap jalan
ReplyDeletekan...kan...
DeleteSalam..... 1st time nk gi KLIA2 nk tanya kat sana ada service utk penyimpanan barang x ???
ReplyDeleteemail: ikhrizal@yahoo.com
TOLONG BALAS TUAN PUNYA BLOG,TQ
ReplyDeleteemail: ikhrizal@yahoo.com
Salam. Sori lambat.. huhu..
DeleteYe ada, berdekatan dengan pintu keluar Domestic Gates di Arrival Hall. Dan satu lagi di lot kedai kat Level 2-136A di Gateway@KLIA2.
Promo Parking KLIA Syawal 2016 ( Travel Pack ) - Parking RM10.00 sahaja sehari di KLIA.
ReplyDeleteKeterangan Lanjut sila layari www.gelenggang.com atau facebook kami
https://www.facebook.com/gelenggangtransit