Thursday 19 February 2015

KAD KREDIT : BEZA PENGGUNA BIASA DAN PENGGUNA BERADA

Baru-baru ini saya dan En. Suami kerap bersembang tentang kad kredit; kebaikan dan keburukan menggunakan kad plastik itu. Secara kesimpulannya, kami sama-sama setuju yang penggunaan kad kredit banyak membawa kebaikan jika kita pandai menggunakannya secara berhemat. Bila kita banyak berhutang, jangan salahkan kad kredit, tapi salahkan diri sendiri kerana tak boleh menahan nafsu daripada menggunakannya. Kami memperolehi banyak kelebihan daripada menggunakan kad kredit, seperti points yang ditukar kepada Enrich (a.k.a. free flight tickets), masuk airport lounge percuma, dapat diskaun di restoran-restoran terpilihn sehingga 50%, tengok wayang beli 1 percuma 1, dapat elite status hotel (last year kitorang dapat jadi Hilton HHonors Gold club members yang membolehkan dapat upgraded ke executive floor dan late check-out sehingga 3pm), dan sebagainya. Senarainya panjang. 

Tahukah anda yang bank banyak mendapat keuntungan dari pengguna kad kredit yang dari kalangan orang biasa-biasa macam saya dan anda. Sebab orang macam kita suka berhutang, bayar minimum dan bayar lewat. Bank susah nak dapat untung daripada orang berada sebab dorang bayar before due date, jadi mereka tak kena apa-apa caj, walaupun penggunaan mereka lebih tinggi daripada kita. So, sekali lagi kami menyimpulan bahawa kita kena ambil ikhtibar dari cara penggunaan berhemat orang berada.

Sebagai panduan kita bersama, En. Suami ada menulis perbezaan di antara penguna biasa dan pengguna berada.  



"Apakah bezanya di antara pengguna biasa dan berada? Saya telah membaca berdasarkan kajian seorang penulis, Tom Corley, yang telah mengakaji tabiat pengunaan kad kredit orang biasa dan berada. Berikut merupkan antara hasil kajiannya.

  1. Mereka guna sedikit kredit kad (biasanya 1 sahaja). Setiap kad yang digunakan mempunyai kelebihan. Walaubagaimanapun, jika kita menggunakan banyak kad, kelebihannya akan berkurangan. Ini kerana, kelebihan setiap kad biasanya bergantung kepada jumlah penggunaan. Maka, penggunaan pelbagai kad mengurangkan pengunaan setiap kad dan seterusnya kelebihannya.
  2. Mereka bayar baki penuh setiap bulan. Sebanyak mana baki yang perlu dibayar wajib dibayar. Jika tidak, faedah akan naik secara melampau. Perlu diingat, faedah biasanya 18% setahun berdasarkan rekod bayaran kita! Rekod bayaran yang baik mengurangkan faedah yang dikenakan kepada kita (biasanya 18% -> 17% -> 15%).
  3. Mereka bayar tepat pada masanya. Ini juga berkaitan dengan faedah 18% kerana bayaran lewat akan dikenakan faedah dan penalti yang pelbagai. Jika hutang telah tinggi, bayangkan jumlah faedah dan penalti yang bakal dikenakan. Bank sudah tentu menyayangi anda jika anda sentiasa memberi untung sebegini .
  4. Mereka menggunakan kelebihan kad sebaiknya. Jika kad anda memberi 5% "cashback" pada hujung minggu, maka manfaatkannya dengan membeli-belah pada hujung minggu. Jika kad stesen minyak, Petronas contohnya, maka gunakan untuk membeli minyak Petronas dan barang runcit pada hujung minggu. Jika kad anda kad "travel", maka manfaatkannya untuk dapat mata ganjaran percutian. Kesimpulannya, seperti juga hidup kita, manfaatkan kelebihan atau kekuatan kad kita untuk kebaikan kita. Cuma, pastikan kita berbelanja secara berhemah. Jangan terlebih belanja semata-mata untuk mata ganjaran.

Golongan berada sememangnya banyak duit. Bank juga biasanya akan memberi kad premium kepada mereka yang mempunya ganjaran lumayan seperti 5x mata ganjaran, airport lounge, golf, diskaun, penukaran mata ganjaran yang rendah dan lain-lain lagi. Mereka juga bijak berbelanja untuk kepentingan mereka. Maka, mereka boleh dikatakan sentiasa mendapat kelebihan berbanding orang kebanyakan. Jadi, kita jangan cemburu tetapi berusaha untuk menjadi seperti mereka kerana  Tom Corley juga mengatakan jika kita mahu berjaya dan gembira, amalkan tabiat orang kaya (seperti di atas, bukan tabiat berbelanja mewah!)"

Semoga membantu kita menjadi pengguna kredit kad yang hebat!


1 comment:


  1. Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar tagihan, mengembangkan bisnis skala kecil atau menengah Anda? Ibu Elizabeth Louis Pinjaman Perusahaan memberikan kesempatan untuk membuat impian Anda menjadi kenyataan dengan memberikan pinjaman kepada individu swasta atau pemerintah dan Perusahaan dengan tingkat bunga 2% untuk awal untuk setiap jumlah yang dibutuhkan dan dengan jadwal pembayaran yang fleksibel. Hubungi Ibu Elizabeth Louis untuk LOAN Anda hari ini melalui email: elizabethlouisloancompany@gmail.com

    ReplyDelete