Monday 24 November 2014

SIEM REAP PART 2 : ANGKOR WAT DI ANGKOR TEMPLE COMPLEX

Ini adalah rentetan catatan kembara 4hari 3malam saya dan suami di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini. Boleh baca Part 1 DI SINI ye.

Day 2 - Melawat Angkor Temple Complex

Selepas sarapan, kitorang ke Angkor Complex dengan menaiki Tuk-Tuk. Kitorang gunakan khidmat Thavy Ibrahim, seorang Khmer Buddha yang sudah memeluk Islam semasa di bekerja di Malaysia 4tahun lepas. Masa makan di Muslim Family Restaurant semalam kitorang tanya ngan pekerja tu kalau-kalau dorang leh rekemen driver tuk-tuk muslim, so dia rekemenkan suaminya sendiri si Ibrahim tu. Ibrahim boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Cakap loghat kelate pon boleh.. sebab dia penah belajar pondok di Kelantan selama 6bulan sebaik masuk Islam.

Tuk-tuk beliau bersih dan dalam keadaan baik. Dia juga menyediakan beberapa botol air mineral sejuk (percuma) untuk kami bagi menyejukkan tekak ketika meronda di kawasan Angkor Complex. Owh ye, Ibrahim caj USD15/day (lebih murah daripada ambil tuk-tuk melalui hotel sebab hotel kitorang caj USD20/day!). Kalau korang berminat nak gunakan khidmat Ibrahim semasa di Siem Reap, bolehlah hubungi Ibrahim di facebook atau whatsapp/telefon (+855) 1765 8262 / (+855) 9357 0348. Dari pemerhatian, dia memang suka bergayut di telefon sambil main facebook/wasap. So kalau korang mesej pasti dia akan jawab segera!

Hensem tak pemandu tuk-tuk kitorang? Tapi maaf, dah kahwin ye..! Baru je 3 bulan berkawin.

Untuk masuk ke Angkor Complex, kena beli tiket dulu ye. Ada tiket untuk 1 hari, 3 hari dan seminggu. Memula tu saya heran gak.. takkan sampai 1 minggu kot? Ada ke yang nak beli? Tapi bila dah masuk baru saya tahu yang kompleks ni memang sangat kompleks dan besor! Sepanjang 1 hari kitorang kat situ, tak sempat nak tengok semua tempat. Kitorang pilih-pilih mana yang rasa macam best untuk ditengok je. Yang lain-lain kitorang skipped. Tiket berharga USD20/pax. Cool, sebab setiap tiket akan tercetak gambo kita sendiri. Ini untuk memastikan yang tiket tidak dipinjam2kan kepada orang. Saya simpan tiket ni dalam album sebab first time dapat tiket masuk yang ada gambar sendiri. Rasa macam ID kerja plak. Huhu..

Beginilah rupa sebenar tiket masuk. Tercetak muka pemegang tiket dan tarikh. Simpan baik-baik, sebab dorang selalu check tiket.

Angkor Temple Complex ni diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak sejarah dunia. So, kalau ke Siem Reap memang wajib ke sini tengok bukti kehebatan teknologi pembuatan bangunan di zaman pemerintahan raja-raja Khmer yang susah nak disebut nama (yang saya ingat ada Raja Jayavarman, Suryavarman..hm apa lagi ye?). Sejarah hebat mereka bermula sejak tahun 900-an lagi, masa tu dorang beragama Hindu.. namun kemudian dorang bertukar ke agama Buddha pula (saya tak ingat tahun bila.. korang leh google kalu nak tahu ye). So, boleh dilihat dari senibina dan seni hiasan yang berasaskan agama Hindu dan kemudian diolah dan ditolak-tambah untuk adaptasi ke agama Buddha pula. Paling ketara dari temple-temple di Angkor Complex ini ialah sistem perairan mereka yang amat baik dan teratur. Setiap temple dikelilingi dengan sungai buatan. Bangunan temple pula kelihatan betingkat-tingkat dan runcing di tingkat paling atas macam piramid. Anak-anak tangga amat kecil dan dari satu tingkat ke tingkat yang lain kena panjat tangga yang amat tinggi.

Nasihat saya; nak melawat Angkor Complex ni sebaiknya kita ada stamina yang baik. Sebelum datang sini, exercise la sket2. Dan pakailah kasut yang selesa dan yang sesuai untuk aktiviti panjat-memanjat. Sebab kena banyak berjalan dan panjat tangga. Kalau tak panjat tangga, melepas pula dari tengok apa yang ada kat atas puncak binaan tu nanti. 

Kesimpulannya, memang kagum dengan sejarah ketamadunan bangsa Khmer ini suatu ketika dahulu. Bukan bangsa Eropah sahaja yang hebat boleh bina bangunan sebegini, orang Asia Tenggara ni pon boleh! Namun, sama seperti sejarah peradaban bangsa-bangsa gah lain di dunia, ketamadunan hebat raja Khmer ini jatuh selepas dikalahkan oleh penceroboh Thai.

Ops..!! Tapi bukankah 'Siem Reap' itu bermaksud 'Siam Defeated', a.k.a 'Siam dikalahkan'?

Yup, juga untuk pengetahuan, nama Siem Reap ini bersempena dengan kemenangan orang Khmer menghalau orang Siam. Yang tu nanti saya stori selepas ni ye. Saya tunjukkan sedikit gambar di Angkor Kompleks sebagai panduan kita bersama..

Memula kami singgah di Angkor Wat. Ia bukanlah temple yang paling besar.. tetapi ia adalah temple yang paling famous. So, wajib singgah! Sampai je kat depan pintu masuk, saya rasa kagum. Subhanallah, memang terasa kehebatannya. Sebagaimana saya terpegun tengok Neuschwastein di Jerman, begitulah saya kagum dengan kehebatan kejuruteraan bangsa Khmer ini.

Angkor Wat ini telah menjadi salah satu daripada lokasi penggambaran Lara Croft - Tomb Raider.

Angkor Wat dikelilingi sungai buatan (moat) yang besar, dan untuk memasukinya kena melalui causeway yang panjang.

Sebelum masuk ke dalam, terdapat ramai tourist guides bertanya jika kami mahu menggunakan khidmat mereka. Masa tu saya dan En. Suami rasa macam tak perlu. Tapi bila dah masuk dalam tu, barulah kami terkial-kial nak dapatkan maklumat. Kitorang ni memang cepat curious.. suka nak ambil tahu bila nampak something yang menarik. Tapi disebabkan dah masuk jauh ke dalam, dah tak kuasa nak keluar semula untuk mendapatkan khidmat tourist guide. So, nasihat saya, kalau nak masuk Angkor Complex ni, silalah ambil khidmat tourist guide mereka. Tourist guide di Siem Reap ini mempunyai lesen dan boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik. Owh, bukan setakat English.. macam-macam bahasa lain pon ada. Kitorang ada dengar tourist guide yang bercakap French, German, Spanish, Jepun, Korea, China dan pelbagai bahasa yang kitorang tak dapat teka apa. Kesimpulannya, kerajaan Cambodia memang melatih tourist guide dalam pelbagai bahasa memandangkan pengunjung Angkor Complex ini adalah dari seantero dunia. Bahasa Melayu ada ke tak agaknya? Huhu.. saya tak pasti!

Memandangkan saya frust sebab tak dapat ambil tourist guide, jadi saya pon beli buku 'Ancient Angkor' yang dijual dalam Angkor Wat tu dengan harga USD12 (harga tercatat di kulit buku ialah USD27.95). Saya juga ada beli keychain dari budak yang macam nak nangis ni pada harga USD8 dapat 8pcs keychain. Budak ni pandai cakap omputih. Saya tanya, nape berniaga, tak sekolah ke? Dia kata "Today is Sunday. School holiday. I sell only on weekends for food,". Dia tunjuk muka kesian dengan mata berkaca-kaca.... I ni cepat kesian... huhu...

Sila tengok betapa curamnya tangga-tanga di sini..

Kitorang panjat sehingga Pagoda yang paling tinggi (walaupun haku ni gayat di tempat tinggi, kugagahkan juga untuk naik). Kaki memang kena kuat nak naik atas tu sebab tangga amat tinggi. Saya tengok ramai nenek-nenek dan datuk-datuk yang naik, takkan saya yang baru berpangkat makcik ni takleh naik kot? Tercabar, hokey! Kat atas tu ada apa? Macam biasa.. terdapat bangunan batu yang roboh sana-sini, hiasan dinding bermotifkan agama dan.. erm.. pemandangan yang cantik!

Ni antara pemandangan dari atas puncak Angkor Wat.

Selepas Angkor Wat, kitorang pergi lunch. Ibrahim bawa kami ke Muslim Family Restaurant. Di restoran ini disediakan surau yang selesa, jadi kami solat di situ sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Angkor Thom.

Angkor Thom ialah kuil yang paling besar, jadi wajiblah juga singgah. Dalam Angkor Thom ni ada Bayon - bangunan temple yang 'bermuka-muka', Elephant terrance, temple anak perempuan raja 12 beradik, istana diraja, dan macam-macam lagi. dari pemerhatian saya yang buta seni ini, architecture Angkor Thom nampak sama saja dengan Angkor Wat iaitu setiap temple dalam Angkor Thom ini juga dikelilingi oleh sungai buatan (cuma sekarang sungai tu dah kering) dan sistem perparitan yang baik. Yang nampak amat berbeza ialah Bayon.

Masuk je dalam kawasan Angkor Thom, terus sampai ke Bayon. Bayon berbeza sebab semua menara di sini berbentuk muka tuhan2 mereka di setiap sisi menara tu.

Bayon dari pandangan hadapan

Muka-muka batu di Bayon dari pandangan lebih dekat

Selepas melihat kehebatan teknologi pembinaan bangsa Khmer zaman silam ini, Ibrahim bawa kami ke Elephant Terrance.Ia adalah tembok kepada Phimeanakas, satu lagi bangunan kuil yang perlu kita tengok. Binaan yang cantik.

Inilah tembok panjang yang dihiasi dengan ukiran dan patung gajah


 Jangan lupa masuk dalam lorong ni, yang terdapat di Elephant Terrace. Lorong dalam tu amat panjang. Kitorang rasa macam masuk dalam Maze Runner.. memang panjang dan berbelit-belit! Suspen pon ada. Takut tak jumpa jalan keluar!!

Banyak bahan-bahan artifak dari runtuhan bangunan di kawasan Phimeanakas ini di longgokan di sana-sini. Ia adalah pemandangan biasa di sekitar Angkor Complex ini. Proses pemuliharaan temple berjalan setiap hari di sini.

Di hadapan Elephant Terrace kami tertarik dengan 12 buah menara kecil yang di susun lurus . Menara-menara tu dikenali dengan Prasat Suor Prat. Drebar Tuk-Tuk kami, si Ibrahim kata menara tu dibina oleh raja setiap kali dia dilahirkan seorang puteri. So, bila ada 12 orang anak gadis, ada 12 lah menaranya. Kitorang memang percayakan dia bulat2. Balik Malaysia sayapon buka buku yang dibeli kat Angkor Wat sebab saya memang curious. Rupa-rupanya Prasat Suor Prat bermaksud 'Towers of Dancing Ropes'. Kononnya dulu dorang ikat tali kat menara2 tu untuk pertunjukan tarian diraja. Langsung takde kaitan dengan mana-mana puteri raja. Hahaha...

Sebahagian menara '12 puteri raja' Prasat Suor Prat. Bayangkan cemana dorang ikat tali dan bergantungan sambil menari di atara menara2 tu...

Sehabis bergambar di kawasan Elephant Terrace, kitorang terus ke Ta Phrom. Ta Phrom adalah tempat wajib lawat ye tuan-puan. Kat sinilah Anjelina Jolie berlakon untuk citer Tomb Raider, tapi jangan terpedaya dengan citer tu sangat. Sebab setakat saya di sana, saya tak nampak plak jalan untuk ke bawah tanah di mana sebahagian daripada segitiga yang dicari oleh Illuminati berada. Hm.. kalu tak paham apa yang saya bebelkan, kena tengok Lara Croft - Tomb Raider semula ye.

Citer Transformer yang kuar tahun ni pon dilakonkan di sini. Magatron punya robot2 jahat berlakon kat Ta Phrom ni. Senang citer, akar-aka pokok kat Ta Phrom ni memang femes mengalahkan artis!

Inilah pokok yang glamer tu.. tengok akarnya yang besar melingkar di atas bumbung bangunan kuil Ta Phrom

Menurut kajian archeologists, burung-burung yang bertanggungjawab menabur benih pokok di atas bumbung kuil. Pokok itu tidak bersalah. Dia hanya meneruskan kehidupannya selagi terdaya. Ia menjadi sokongan kepada binaan kuil Ta Phrom ini. Tapi lama-kelamaan, pokok ni leh jadi pemusnah bangunan historical ini sebab dia leh jadi terlalu berat atau rebah menimpa bangunan.

Lagi gambar akar pokok..

Sebenarnya kebanyakan binaan di sini sudah runtuh, tapi mereka sedaya-upaya memulihara untuk tatapan kita. Tengoklah gambar sebelum & selepas ni..


Satu lagi pokok yang cantik.

Kelihatan 3orang kanak-kanak mengutip kulat di runtuhan bangunan kuil Ta Phrom.

Selesai meronda dalam Ta Phrom, kitorang terus keluar melalui laluan belakang. Selepas Ta Phrom, Ibrahim bawa ke satu lagi kuil iaitu Banteay Kdei. Ambil gambar ala kadar, kamipon keluar semula. Sebab sama je lebih kurang dengan kuil2 yang lain. Depan Banteay Kdei tu ada satu tasik yang cantik, mungkin kebetulan sebab masa tu dah senja.

Romantik je suasananya... huhu...

Tamatlah penjelajahan kami sepanjang hari di Angkor Temple Complex. Dari kul 10am kat sini sampailah kul 5 lebih petang barulah habis penjelajahan. Sakit kaki den berjalan. En. Suami kata kitorang dah berjalan lebih dari 10,000 langkah (mengikut pengiraan apps di henfonnya). Terubat hati dengar banyak bakar kalori walaupun badan penat. Malam ni atau esok wajib pekena massage orang Kemboja!

Untuk hari ketiga, kitorang ke Khmer Rouge Killing Field monument dan Tasik Tonle Sap. Saya akan stori di entry seterusnya ye. BACA DI SINI.






10 comments:

  1. Replies
    1. ye menarik juga.. walaupun kebanyakan tempat rasa macam kat kawasan2 kampung kat Malaysia jer... huhu..

      Delete
  2. cantiknyer pemandangan dr puncak angkor wat. ari tuh kitorang tak p sampai ke bangunan ankor wat sbb kebetulan depa ader program agama di situ....

    ReplyDelete
  3. cantiknyer pemandangan dr puncak angkor wat. ari tuh kitorang tak p sampai ke bangunan ankor wat sbb kebetulan depa ader program agama di situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.... saya kagum dengan kehebatan teknologi bangsa Khmer membina bangunan berskala besar yang berseni begitu.

      Delete
  4. what happen to part 3.??

    ReplyDelete
  5. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )


    LAKE TOBA TOUR 05 DAYS – 04 NIGHT
    02 SAMOSIR ISLAND, 01 NIGHT BERASTAGI, 01 NIGHT MEDAN

    MARKET : MALAYSIA
    ITINERARY : PRIVATE TOUR

    DAY 1 : MEDAN – PARAPAT – SAMOSIR ISLAND
    Arrival at Kualanamu International Airport will be welcomed by Tour Guide/Driver. After meeting services drive to Parapat via Pematang Siantar. Enroute you will enjoy a nice view with palm and cocoa estates. Stop over at Paten Shop for relax and shopping local snacks. Lunch will served in restaurant . Arrive in Parapat by ferry /boat transfer to Samosir Island. Check in at botel and dinner will be servet at resturant or hotel.

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND TOUR
    Breakfast in hotel. In the morning by boat charter cruise to Samosir Isalnd to visit Tomok village to see the ancient tomb of King Sidabutar and Ambarita traditional village. Shopping Tours. Lunch will be served in restaurant. Afternoon free program and enjoy the Lake Toba. Dinner at restaurant.

    DAY 3 : SAMOSIR – PARAPAT - BERASTAGI
    Breakfast at hotel. By boat /ferry transfer to Parapat. Leave Parapat for Berastagi through marjarunjung valley. Enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso waterfall to see this magnificent 110 metres tall waterfall drops from Karo highland with back ground the view of Lake Toba. Proceed to Berastagi and arrival in Berastagi visit the central fruit market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check in at hotel. Dinner at restaurant

    DAY 4 : BERASTAGI – MEDAN
    Breakfast at hotel. Drive to Medan via Sembahe the windy road and enjoy a nice view from Puncak Sibolangit. Arrive in Medan to visit Maimun Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was established on 1888 and Grand mosque at Jalan Mesjid Raya. Lunch in restaurant. Shopping Tour. Check an hotel and Dinner at restaurant. Free program

    DAY 5 : HOTEL – AIRPORT
    Breakfast at hotel. Free program until time transfer to Kualanamu International Airport for return flight. Tour End.




    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
    • DRIVER
    • PATROL
    • EKSIDENT INSURANCE
    • GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete
  6. salam, tq atas perkongsian. saya ada soalan
    1. sempatke kalau kita beli tiket dan masuk pada hari yang sama.
    2. utk tiket sehari, boleh keluar makan di restoran dulu dan masuk balik ye?

    ReplyDelete