Saturday, 22 November 2014

SIEM REAP PART 1 - MERANCANG PERCUTIAN DI SIEM REAP, CAMBODIA

Bulan lepas Malaysia Airlines ada buat promosi tiket murah ke beberapa destinasi terpilih. Saya yang dah kemaruk nak terbang selepas berbulan-bulan tak bercuti ni apa lagi, terus ambil peluang. En. Suami ajak pergi Phuket semula sebab terkenang-kenang pengalaman menonton FantaSea pada 2007 yang lalu, tapi saya berjaya meyakinkan dia untuk pergi tempat yang kita lom pergi. Nak wat ape ulang-ulang pergi tempat sama.. kan? Dan alhamdulillah dia setuju. Kami memilih Siem Reap, Kemboja sebab harga tiket promosi yang murah.

Apa yang menarik di Siem Reap?

Siem Reap amat sinonim dengan Angkor Wat sehingga bendera negara Cambodia pon dihiasi dengan gambar Angkor Wat. Tapi saya lebih mengenali Siem Reap sebagai lokasi penggambaran citer Tomb Raider yang dilakonkan oleh Angelina Jolie sebagai Lara Croft. So, first thing saya terfikir nak pergi ialah kat pokok kayu yang akarnya melingkar di atas salah satu runtuhan bangunan temple di sana. 

Akar pokok ini manjadi glamer seiring dengan ke-glamouran Lara Croft!

So, dari Malaysia lagi saya dah google pasal tempat ni. Akhirnya saya pon dapat tahu nama temple ni ialah Ta Phrom, salah sebuah temple besar di Angkor Complex. Hm, apa pula Angkor Complex? Saya google lagi... dan akhirnya bertemu dengan jawapan. Korang boleh google, tapi untuk memudahkan pemahaman, meh saya tolong explain. Angkor Complex ialah satu kawasan yang besar di Siem Reap yang menempatkan berpuluh-puluh buah temple tinggalan raja-raja Khmer. Yang paling popular di Angkor Complex ini ialah Angkor Wat, Angkor Thom (termasuk Bayon dan Terrace of Elephant di dalam Angkor Thom itu) dan Ta Phrom.

Bayon adalah menara batu bermuka-muka yang popular di Siem Reap


MERANCANG PERCUTIAN


En. Suami menetapkan bajet percutian kami kali ini ialah RM3k sahaja untuk 4hari 3malam.

1. Kapal terbang
Harga ticket pergi balik = RM944.00 untuk 2 orang. Insurance RM92 untuk 2 orang. So total RM1,036.00. Bukan senang nak dapat tiket MAS semurah itu. Untuk tarikh yang sama, saya dapati Airasia menawarkan harga tiket yang hampir sama, tapi tanpa check-in luggage, meals dan insurance.



2. Hotel
Selepas beli tiket, saya hanya ada 2 minggu untuk mencari hotel. Saya mulakan research di websites yang saya ada kepentingan seperti Rocketmiles (sebab leh dapat banyak Enrich Miles), IHG (sebab sekarang ada promo Into The Night yang membolehkan dapat bilik percuma) dan Hilton (sebab saya sekarang dah diupgrade sebagai Gold Member dengan hanya memiliki kad kredit Visa Infinite). Tapi malangnya kat Rocketmiles semua mahal2 belaka dan rangkaian Hilton & IHG hotels takde kat Siem Reap.

So, last choice, saya gi Agoda.com untuk meneruskan research. Saya tengok harga dan reviews di Agoda, dan bandingkan reviews di Tripadvisor.com. Saya pon berkenan dengan Royal Angkor Resort & Spa yang menepati bajet dan citarasa kami. Harga untuk 4hari 3malam di Agoda ialah RM1,443.00. Saya boleh ubah atau kensel room reservation ni 3 hari sebelum check-in date. Saya confirmed booking immediately. Masa tu saya ada seminggu lagi sebelum berlepas.

Tapi kemudiannya, saya terfikir untuk tengok sendiri harga yang ditawarkan di website hotel itu sendiri. Saya terkejut! Rupa-rupanya saya boleh mendapatkan bilik yang sama dan beberapa 'freebies' lain tetapi RM300 lebih murah daripada yang saya bayar di Agoda. Pakej book direct di website hotel membolehkan kitorang dapat:
- free return airport transfer dengan Mercedes van
- free 1 hour massage untuk 2 orang
- free 1 time lunch untuk 2 orang
- free 1 time dinner untuk 2 orang
Terbaek, kan?!!

Saya kensel booking di Agoda dan terpaksa membayar penalti USD15 (lebih kurang RM51). Saya book direct kat hotel pada harga RM1042. Tapi masih berbaloi-baloi.  


3. Tukar duit
Last step sebelum bertolak ialah tukar RM kepada matawang yang boleh diniagakan di sana. Dari pelbagai blog dan info yang saya dapat di internet, kita hanya perlu bawa USD sebab orang sana berurusniaga dengan orang luar dalam USD sahaja. So, dalam RM1,000 ditukarkan kepada RM.. dapatlah USD300 lebih.

Bila tiket kapal terbang, hotel dan duit dah ada, barulah hati senang nak pergi bercuti.

Angkor Wat

Pre-Departure

Flight kami kul 10pagi, jadi kami bertolak dari Melaka sebaik selepas Subuh. Kami park kereta di TBS (sebab parking murah RM3/day) dan ambil ERL Transit ke KLIA. Setibanya di KLIA terus check-in di Kiosk MAS (sekarang dah takleh check-in di kaunter untuk penumbang Ekonomi), dan kemudiannya drop luggage di kaunter baggage drop in. Tak bawa banyak beg, tapi malas nak heret ke sana-sini, so check-in ajelah.

Selepas selesai check-in, kitorang yang kelaparan sebab tak sarapan lagi terus mencari Plaza Premium Lounge. Naik ekonomi takleh masuk MAS Golden Lounge, so kitorang pon gunakan kelebihan yang diberikan oleh kad kredit Maybank Visa Infinite untuk masuk Plaza Premium Lounge di mana-mana airport di Malaysia secara PERCUMA. Kat KLIA ada di terminal perlepasan antarabangsa sahaja, so kitorang kena naik Aerotrain untuk ke sana. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal unlimited access to airport lounge bolehlah baca post saya bertajuk CARA-CARA NAK MASUK AIRPORT LOUNGE SECARA PERCUMA. Alhamdulillah, sebagai pemegang kad supplementary pon saya boleh masuk lounge ni. Dorang hanya minta kad kredit sebagai bukti dan boarding pass. Tak kena caj... FREE, kan..! Huhu..

Plaza Premium Lounge ni tidak sehebat MAS Golden Lounge, tapi pada hemat saya ianya amat selesa. Interior designnya moden, dilengkapi kemudahan-kemudahan asas untuk travellers dan yang penting ada makanan yang sodap yang PERCUMA. Ye, yang percuma tu yang paling best sebenarnya. 

Interior Plaza Premium Lounge KLIA

Free all day buffet di Plaza Premium KLIA

Ketibaan di Siem Reap / Day 1

Penerbangan dari KLIA ke Siem Reap mengambil masa 2jam sahaja. Untuk pengetahuan, masa di Siem Reap lewat sejam dari di Malaysia. Sebagai contoh, kalau di Malaysia pukul 12tengahari, kat Siem Reap baru pukul 11pagi. Setibanya di Siem Reap Airport, kitorang gi beli Sim Card dulu. Ada banyak jual dalam airport tu. Sebaik sahaja melepasi kastam dan imigresen, terdapat deretan penjual sim card ni di sebelah kiri. Kitorang pilih dari syarikat 'Smart' yang menawarkan USD5 untuk penggunaan sebulan. Dapat 2jam panggilan antarabangsa dan 1.5GB data. Terlajak cukup untuk kitorang yang akan berada di sini selama 4hari 3malam sahaja. Sangat2 mencukupi untuk call anak-anak di Malaysia setiap hari.

Beli..beli...murah..murah....

Ketibaan kitorang di airport disambut oleh pihak hotel sebab airport transfer dah termasuk dalam pakej penginapan. Dorang display nama bapa saya (last name, kan... huhu..). Transfer naik van Mercedes (cost about USD20/way). Tapi kalau korang takde airport transfer, leh amik tuk-tuk yang banyak kat airport tu. Kos dalam USD2-3/way dengan tuk-tuk.

Selepas check-in bilik hotel, kitorang solat jamak zuhor/asar dulu sebelum ke bandar. Waktu solat di Siem Reap lebih cepat dari di Malaysia.. Subuh kul 4 lebih, zuhur kul 11 lebih, asar kul 3 lebih, manghrib kul 5 lebih dan magrib kul 7 lebih. Hotel ada menyediakan free shuttle ke bandar setiap 2jam bermula pukul 8.00am sehingga 8.00pm, so kitorang naik free shuttle ni je. Shuttle tu drop kitorang di Old Siem Reap area, yang juga tak jauh dari Night Market Area. Kitorang pergi dengan shuttle kul 4pm, so masa tu dah petang sangat. Perut dah lapar sebab belum lunch (tadi dalam flight MAS kasi sandwich je.. huhu).

Saya dah google siap-siap nama tempat makan muslim di Siem Reap so kitorang nak berjalan je ke sana. Tapi, driver shuttle sangat baik, dia tolong carikan dan hantarkan ke Muslim Family Restaurant yang tidak jauh dari drop-off point tadi. Kitorang tip dia USD1 sebagai tanda terima kasih. So tengahari tu kitorang lunch ikan sweet sour, beef sour curry dan sayur campur bersama nasi putih dan air buah. Kos makan berdua lebih kurang USD16. Huhu.. murah ke mahal tu sedara-sedari?

 Bismillah... makan dulu ye...

Sebaik habis makan, masuk waktu maghrib. So kitorang join jemaah kawasan tu solat Maghrib di Masjid An Naek Mah yang berada 10 langkah dari restoran tadi. Di sini memang kejiranan muslim. Ramai juga yang datang berjemaah. Kedai makanan halal juga ada banyak di kawasan ini. Masa kitorang solat, bebudak kampung tu main kasut kitorang wat baling-baling. Hahaha... stress je En. Suami gi mencari kasut selepas solat tu.

 Masjid yang kelihatan dari pintu masuk Muslim Family Restaurant

Suasana dalam masjid yang tenang

Sehabis solat, haripun gelap. Kitorang menapak ke Night Market dari masjid. Dekat je.. dalam 10min je ikut jalan short cut yang ditunjukkan oleh pekerja restoran tadi. Jalan tu macam lorong tikus jer.. tapi selamat. Bebudak 3-4 tahun pon ada berkeliaran malam-malam buta tu kat lorong tu. Menurut kata pekerja restoran tu tadi, Siem Reap ni bandar yang selamat. Saya rasa dia tak menipu.. Saya memang rasa selamat di Siem Reap selama 4 hari di sana.

Inilah kawasan kejiranan di mana Muslim Family Restaurant berada. Pemandangan begini dan lebih 'mundur' daripada ini adalah pemandangan biasa di Siem Reap.

Night Market ni memang happening. Kalau nak beli souvenir bolehlah beli di sini. Kalau nak manja-manjakan badan pon boleh urut kat sini. Murah-murah, beb! USD1 dah dapat 10min massage. Makanan halal pon ada.. nama restoran tu 'Ababa', ownernya boleh cakap Melayu. Mungkin orang Malaysia.. tapi saya tak tanya. Saya singgah untuk minum air dan makan roti canai je, kos berdua USD9. Hmm.. memang hebatlah orang Siem Reap berniaga. Memang USD belaka!

 Beginilah suasana Night Market di Siem Reap. Nampak tak papan iklan 1$ yang kat sebelah kanan tu? Haa... itulah papan tanda untuk tempat massage.

Beli souvenir untuk anak-anak..


Memandangkan entri ni agak menjela-jela, saya pecahkan entri ini kepada beberapa posts. Jom baca seterusnya di sini:

SIEM REAP PART 2 :  ANGKOR WAT DI ANGKOR TEMPLE COMPLEX
SIEM REAP PART 3 :  ANTARA TASIK TONLE SAP, KHMER KILLING FIELD DAN LEPAK

See ya!

11 comments:

  1. salam, boleh tahu tak hotel apa yg awak duduk kt siem reap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Royal Angkor Resort & Spa... ada saya nyatakan dalam catatan saya di atas beserta review tentang hotel tu.

      Delete
  2. Thank YOUUU ! It's help me a lot

    ReplyDelete
  3. Mana part threeeeeeee

    ReplyDelete
  4. bestnye.. sy akan ke sana insyAllah hujung bulan depan... membantu sgt nihh..!! Btw, nk ty, mmg tak perlu tukar duit dlm mata wang cambodia ke?

    ReplyDelete
  5. Kena tukar duit dlm usd ke duit cambodia??

    ReplyDelete
  6. Saya sdg bercuti di Siem Reap ketika ini. Lokasi yang amat menarik dikunjungi. Saya ingin recommend seorang Driver tuk tuk beragama islam. Nama beliau adalah Muslim. Beliau blh bertutur bahasa melayu dgn fasih. Abang beliau ada restoran halal disini dgn harga makanan yg berpatutan. Seorang yg amat jujur. Beliau telah lindungi saya drpd scam di tasik tonle sap. Beliau caj 30usd shj utk service 2 hari dan bawa saya ke semua lokasi menarik di sini (pagi smpi ke malam) . Beliau juga kenal ramai peniaga2 disini dan bantu saya untuk menawar harga. Tuan2 blh hubungi dia ditalian +85599302210.

    ReplyDelete
  7. En Ravi...kalau kami perempuan je pergi..selamat x...seram pulak ada scam2 ni

    ReplyDelete
  8. Salam pelancongan semua,kami Company NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Siem Reap.Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dihidangkan juga enak.
    Sekiranya berminat, mahu ke Siem Reap. Hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.Terima kasih kepada tuan blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi  

    ReplyDelete