Monday, 27 October 2014

CARA-CARA NAK MASUK KE AIRPORT LOUNGE SECARA PERCUMA

Perkara yang paling tak best pasal travelling naik kapal terbang ialah menunggu di airport. Lepas check-in tu kita kena tunggu macam orang bodo sehingga gate dibuka. Kalau international flight kena check-in 2jam sebelum kapal terbang berlepas... so hampir 2jam jugalah kita akan stuck di airport.
 
Penumpang kelas bisnes dan kelas pertama takpelah.. dorang leh masuk airport lounge untuk berehat, main internet dan makan-makan secara percuma. Tapi yang naik kelas ekonomi macam kita ni biasanya terpaksalah mengisi masa lapang dengan makan kat kedai makan yang ada, lepak-lepak dan kadang-kadang sampai tertidur-tidur di kerusi-kerusi yang disediakan kat airport tu.
 
Sebenarnya, pemegang tiket kelas ekonomi pon boleh masuk airport lounge jika sanggup bayar lebih kurang USD35/pax/entry. Saya memang tak sanggup nak bazirkan duit sebanyak itu semata-mata nak selesa untuk 1-2jam.
 
Tapi, mengapa perlu bayar bila ada cara untuk masuk airport lounge secara PERCUMA, betul tak?
 
Caranya, cuma perlu memilih dan memiliki kad kredit yang betul. Terdapat beberapa kad kredit yang free entry to airport lounge, dan ada juga kad kredit yang habuk pon takde. Sebagai traveller bijak, kita kena bijak pilih kad kredit. Sebab kad kredit terbaik boleh bagi kita macam-macam kelebihan, seperti conversion ke Enrich Miles, FREE airport lounge, FREE travel insurance,, FREE car valet service, Visa airport speed pass, FREE airport limousine transfer dan sebagainya. Senang cerita, kita leh enjoy semua yang biasanya orang berada je leh rasa dengan PERCUMA!
 
OK, berbalik kepada kad kredit yang boleh bagi free access ke airport lounge.. (lenkali saya stori pasal mende-mende FREE yang lain plak ye). Antara kad kredit yang memberikan free access ke airport lounge adalah seperti berikut, tapi sebenarnya banyak lagi kad kredit lain di Malaysia ni yang berikan free access ni.
 
Antara contoh kad yang kasi unlimited free access :
  1. Maybank Visa Signature - UNLIMITED FREE access to all Plaza Premium Lounge di Malaysia
  2. Maybank Visa Infinite - UNLIMITED FREE access to all Plaza Premium Lounge di Malaysia
  3. Maybank American Express Platinum - UNLIMITED FREE access to the Plaza Premium Lounge at KLIA, KLIA2, Senai Johor Airport, Langkawi International Airport, Penang International Airport, Kuching International Airport and Kota Kinabalu International Airport
  4. Citi Premiermiles American Express - UNLIMITED FREE access to all Plza Premium Lounge di Malaysia dan beberapa lokasi di Asia Tenggara (Singapore, Beijing, Shanghai & Hong Kong)
  5. Citibank Platinum Mastercard - UNLIMITED complimentary access to the Plaza Premium Lounge in KLIA, Langkawi International Airport and Sultan Ismail International Airport (Johor).
  6. HSBC Visa Signature - UNLIMITED access to the Plaza Premium Lounge of Kuala Lumpur International Airport only
Ada juga kad kredit yang bagi limited no. of access, seperti kad kredit AEON Gold yang bagi 6x free entry, RHB yang bagi 4x entry/year dan sebagainya.
 
Satu peringatan; kita kena pandai untuk mengkaji kad mana yang paling terbaek untuk traveller, iaitu yang boleh bagi segalanya FREE, best credit card points converison to Enrich, dan tak banyak karenah (annual fees, etc).
 
 So, pilihan di tangan kita. Kalu rasa nak lepak selesa tanpa bayar sesen pon, pilihkan kad kredit yang memberikan kita kelebihan itu. Dah alang-alang pakai kad kredit, biarlah kad kredit tu boleh berbakti kepada kita... betul tak? Kita cuma perlu rajin google, contoh taip.. 'credit card with unlimited free airport lounge' dan akan keluarlah pelbagai pilihan kad..
 
 
 

11 comments:

  1. as salams,

    singgah sini baca tips:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah gi your blog. sharing yg bagus untuk kaum ibu. suka kosmetik buat sendiri!

      Delete
  2. bagus betul tip-tip yg puan kongsikan ni. sekali lagi terima kasih ya

    ReplyDelete
  3. Nak tanya ni....satu kad benarkan berapa orang masuk? Pemegang kad saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye pemegang kad sahaja. Principal dan supplementary boleh masuk, asalkan bawa kad bersama. Tunjukkan kad untuk verification.

      Delete
  4. Kad kredit tu hutang...so benda2 yang kata free tu sebenarnya ada kos tersembunyi yang perlu dibayar tanpa disedari...so berhati hati dengan kad kredit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk infro i kerja dgn aeon credit utk access ke plaza premium lounge adalah percuma selama utk 6kali setahun ,takde hidden cost langsung itu adalah privilege.....PAHAM ?

      Delete
    2. AEON dah downgrade daripada 6x kepada 3x jer.. melainkan ada kad platinum.. selain dri kad platinum... 3 kali jer free .. mulai 18 April 2018

      Delete
  5. Kad premium boleh masuk tak?

    ReplyDelete
  6. byk yg list kad tu konvensional..
    jaga2 nanti tertravel ke muraka..Allah marah riba.

    btw ade jer kat platinum yg islamik, pilihan ada je.

    ReplyDelete