Thursday, 17 July 2014

MH17 DITEMBAK JATUH - APAKAH IMPAK KEPADA ENRICH MILES?

Pic from google..

Saya adalah pengumpul setia Enrich miles dari Malaysia Airlines sebab saya memang suka naik MAS bila berkesempatan untuk terbang. Tapi bila saya dikejutkan (ye, suami saya beria-ia kejutkan saya kul 1am pagi tadi) dengan berita kapal terbang MAS MH17 terhempas di Ukraine, saya jadi tak keruan.

Adeh... kenapa jadi kat MAS lagi?
Aritu MH370 hilang dan masih lom dijumpai hingga sekarang.
Now MH17 pula terhempas, dipercayai ditembak jatuh.
Lepas ni, apa pula agaknya....?

Macam-macam soalan berselirat dalam kepala saya.. Saya punya keyakinan terhadap MAS sedikit pudar dek berita terkejut tu. So pagi tadi saya bersahur dengan memikirkan perbagai kemungkinan, antaranya :
1. Adakah MAS menjadi target untuk dijatuhkan? Iyelah kan.. berita2 sebegini memang boleh mengurangkan keyakinan pengguna kepada MAS. Kalu pengguna dah kurang, boleh bankrupt kompeni ni.
2. Adakah keyakinan Oneworld dengan MAS juga akan pudar? Manalah tahu kot2 Oneworld rasa MAS ni memalukan kumpulan depa..
3. Kalau MAS tutup kedai, tak laku lagilah Enrich Miles yang beria2 saya kumpul selama ni
4. Alamak, kalau Enrich dah takleh digunakan, terpaksalah saya start over dengan airlines lain pulak nampaknya!

Semasa di ofis, kawan-kawan sekerja pon bertanyakan benda yang lebih kurang sama. Mereka berguru dengan saya pasal Enrich Miles, so sememangnya mereka mencari saya bila mendengar berita hangat begini. Mereka macam dah tawar hati dengan MAS. Tak selamat, kata mereka.

Kemudian saya teringat bicara seorang ustaz yang diinterview di radio Sinar pagi tadi. Katanya, kita boleh bersedih di atas apa yang berlaku, namun jangan berlebihan memikirkannya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Kalau kita cuba menidakkan apa yang berlaku, macam menidakkan Allah punya kerja. Betul juga katanya tu. Kalau dah ditakdirkan mati, di mana-mana pon boleh mati. Drive kereta pon leh eksiden, jalan kaki pon boleh kena langgar, makan pon boleh tercekik.. so, kita takleh fikirkan sangat tentang cara nak mati tu. Kita kena lebih memikirkan apa persediaan kita jika dimatikan pada bila2 masa... Tapi dalam masa yang sama, kita kena berhati2 juga, kan... kena usaha untuk elak eksiden, dilanggar atau tercekik tu.

So, tak perlu takut naik MAS.. naik Singapore Airlines pon leh mati juga kalu dah ditakdirkan begitu!
Ok, berbalik pada kes Enrich tadi...

Saya dah check baki Enrich miles saya cukup untuk perjalanan pergi-balik kelas ekonomi dalam Asia Tenggara for 1 pax. Suami punya cukup untuk 2 pax rasanya. Masih tidak mencukupi untuk saya ke Korea bersama keluarga. Kalau nak diikutkan kepanikan saya (yang MAS leh bankrupt), saya sepatutnya redeem Enrich miles tu segera. Tak dapat gi Korea, dapat gi Medan pon jadilah!

Tapi saya cuba rasionalkan pemikiran saya semula.

Kalau MAS nak bankrupt. ia tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini. Sebab MAS adalah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. Gomen akan cuba sedaya-upaya untuk support MAS financially untuk membolehkannya beroperasi seperti biasa. Kalau sales mereka merundum dek ketidakyakinan pengguna terhadap MAS, saya pasti mereka akan buat promosi yang best2 untuk menggalakkan pengguna naik MAS semula. Contohnya buat sale murah2 untuk destinasi terpilih, bagi extra Enrich Miles atau diskaun Enrich Redemption. Kan ke berita baik tuu!
Lagipun, dah menjadi tradisi yang Enrich membuat 50% discount on Enrich redemption pada hujung tahun, seperti tahu-tahun lepas. Sekarang dah bulan Julai.. lagi 4-5bulan lagi je. Takkan bankrupt MAS dalam masa sesingkat ini. InshaAllah. Masa promo tu harapnya akan tercapailah hasrat saya nak gi Korea dengan keluarga secara percuma!

Dan jangan ingat semua orang dah tak mau naik MAS lagi. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang setia dengan MAS, walaupun selepas dilanda pelbagai dugaan. Saya sendiri akan terus bersama MAS (bila mampu). Kalau tak mampu, naik Airasia pon ok.. huhu.. 
Apa pula pendapat korang?


P.S: Ini adalah pendapat peribadi saya dan ia bukanlah nasihat professional. Saya tidak bertanggungjawab jika pendapat saya ini tidak tepat dan merugikan mana2 pihak. Harap maklum ye...

3 comments:

  1. MMG MENYEDIHKAN DGN APA YG BERLAKU
    SBG STAF, KAMI TURUT TERASA BAHANGNYA
    BTW, TQ TERUS TERBANG BERSAMA MAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan terus menyokong MAS. Selama ni MAS belum pernah kecewakan saya.. jadi tidak sepatutnya kita berpaling tika ia bermasalah macam skrg. Kalau bukan rakyat Msia sendiri yg support, siapa lagi..

      Delete