Sunday 15 December 2013

MELAWAT PLANETARIUM MELAKA; TRIP 1 JAM JER

Sejak berbulan-bulan dulu Ammar dah bising ajak pergi Planetarium di MITC. Dia dah pernah ke sana mengikut rombongan sekolah tadika, dan semenjak itulah dia beria-ia mahu mengajak ahli keluarga yang lain merasa keseronokan menonton wayang dari skrin bulat sambil tidur. Haha.. saya dengar pon rasa teruja. Betul ke ada skrin bulat besar dan boleh baring2 semasa menontonnya?

"Nanti banyak stars jatuh2 atas kita, tapi tak jatuh pon", haa.. begitulah Ammar explain tentang tayangan tu. Kan ke best tu... huhu..

Arini bila Ammar sebut lagi pasal Planetarium, saya pon terus kata 'OK'. Lagipun hari ini takde aktiviti khusus memandangkan En. Hubby takde di rumah. Lepas Zohor, kamipon bertolak ke sana.

 

Planetarium ni terletak di tengah-tengah roundabout besar di MITC Ayer Keroh. Kalau dah sampai kat MITC tu, takkan terlepas punyelah..

Entrance ke bangunan Planetarium.. wow!

Amir wat cat-walk pulok.. huhu..
Anyway, tu tengok tangga dah ngeri beb. Selamat mendaki.

Bayaran masuk hanya dikenakan untuk yang berumur 7 tahun dan ke atas. So anak-anak saya semua free belaka.

 Kiri : Jadual bayaran masuk
Kanan : Jadual tayangan 3D

Masuk-masuk sahaja kami terus tengok2 pameran dan baca apa2 yang patut. Memang sesuai untuk kanak-kanak sebab kebanyakan info agak basic. Tapi orang dewasa macam saya pon seronok juga tengok sebab dah lupa dah pasal semua ni.. dulu kat sekolah menengah memang ada belajar. Tapi sekarang dah lupa. Dalam setengah jam baca-baca apa yang patut dan layan anak-anak berlari-lari dalam bilik pameran yang suram2 cahayanya tu, kitorang pon naik ke atas untuk 'tayangan dari skrin besar sambil tidur'.

Ammar kata dia nak jadi Astronaut.. tapi dia wat gaya Ultraman... hmm..

 Anak-anak sedang memandu spacec shuttle.. huhu..

"Mama.. tu bumi.. tu bumi!"

Tayangan dari skrin besar sambil tidur yang Ammar katakan itu adalah tayangan 3D di skrin cembung. Skrin tu yang membentuk bumbung kubah bangunan Planetarium ni. Tayangan di tingkat 2, boleh naik tangga atau naik lift. Takde pantang-larang untuk naik.. dari baby sampailah orang tua, semua boleh masuk belaka. Kerusinya pula agak horizontal sket, so kita akan memandang skrin yang berada di atas.

Keadaan dalam dewan tayangan (sebenarnya di sini zon larangan mengambil gambar.. huhu..)

Mereka menayangkan dokumentari pasal planet2 dan galaksi2.. dari mula terjadinya planet bumi hinggalah ke kejadian galaksi2 di dunia ini. Masha Allah, maha besar Allah.. bila tengok tayangan ni, saya rasa amat insaf. Kita ni umpama debu halus yang tak nampak dek pandangan bila dibandingkan dengan besarnya alam semesta ini.



Tayangan tu dalam 30min. Lepas selesai menonton, kitorang pon keluar. Tepat 1 jam kami berada di sini. Iyelah, Planetarium ni kecil je.. bukan macam yang kat KL tu.

Secara keseluruhannya, saya rekemen tempat ini pada ibu-bapa untuk bawa anak-anak ke sini sebagai pendedahan tentang keajaiban dunia yang kita huni secara sementara ini. Secara rohaniah nye boleh memberikan pengajaran agar kita sentiasa sedar yang kita ni kerdil sahaja, jadi janganlah kita berasa besar diri dan merasa kita bagus sangat..

Signed off!

2 comments:

  1. Wahh bestnye..tak sabar rasanya nak melawat Melaka, boleh sis rekomen hotel yang best di Melaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya duduk Melaka, jadi tak biasa duk hotel di sekitar Melaka ni. Tapi kekawan ada cakap yg Ramada Hotel dan Holiday Inn boleh tahan bagus. Kalau nak suasana yg menarik leh try Majestic Hotel (yg ni boutique hotel ala-ala traditional), atau Hard Rock Hotel yang betul2 mengadap sungai Melaka yang dah cantik alaVenice tu...

      Delete