Monday 29 September 2014

TARIAN SUFI DAN BELLY DANCING DI ISTANBUL

Semasa di Istanbul, saya dan En. Suami berkesempatan  melihat tarian sufi dan belly dancing secara live. Sebenarnya kitorang teringin nak tengok tarian sufi jer.. yang belly dancing tu dah di pakej kan sekali dengan  tarian sufi tu. So ape lah salahnya tengok je la sekali..

TAK SAH PERGI TURKI KALAU TAK MENONTON TARIAN SUFI!

Sebab tarian ni hanya ada di Turki sahaja. Tarian Sufi, atau juga dikenali sebagai Sufi Whirling, atau nama tradisinya Mevlevi Sema Ceremony. Menurut Wikipedia, UNESCO proclaimed the "The Mevlevi Sema Ceremony" of Turkey as one of the Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity. Tarian ni di kontrol oleh pihak berkuasa Turki sebab tak mahu ada ajaran sesat yang ikut plak nanti.

Pada yang tak pernah dengar pasal tarian ni, bolehlah tanya Encik Google. Huhu.... saya malas nak explain, so saya copy+paste dari Wikipedia.


Tempat kitorang pergi tu namanya ANTEP RESTAURANT. Tempat ni menyediakan makan malam sambil menonton persembahan tarian tu. Lokasi restoran ni tak jauh dari Hotel Faros kitoran tu. Jalan kaki 5-10min dah sampai. Maaf takde plak gambar depan restaurant tu...

Kat Antep Restaurant tu, meja makan di susun mengelilingi ruang tarian. So semua orang leh nampak persembahan tu. Kiranya semua orang leh dapat lokasi strategik. Meja tak banyak. Dorang memang hadkan so that pelanggan puas hati. 

Persembahan ini berlatar-belakangkan muzik yang dimainkan oleh pemuzik tradisional. Tak ramai, 3 orang je. Tapi memang syahdu jer dengar. Dorang berpakaian tradisional dengan tarbus tinggi.




Tarian ni xde gerakan lain, selain daripada berpusing-pusing tanpa henti untuk jangkamasa yang amat lama. Tapi penari-penari tu takde plak menunjukkan kepenatan atau kepeningan. Sebabnya, mereka sebenarnye menghayati setiap gerakan dan semasa berpusing-pusing tu mereka semacam bermeditasi.

mereka berpusing...

Empat orang penari ni memakai baju tradisional Sufi serba putih berkain kembang. Teringat kecik-kecik dulu saya pon suka gak pakai kain kembang-kembang gini, sambil berangan jadi princess. Masa tu, saya pon akan pusing-pusing perasan macam cinderella sebab syok tengok kain kembang tu mengembang. Huhu.. itu kesah lama! Tapi yg tarian sufi tu pon sama cam saya kecik-kecik dulu gak la, cuma bezanya dorang berpusing-pusing lama dari saya. 

 mereka terus berpusing-pusing...

Selepas persembahan tarian sufi, tibalah giliran tarian perut pulak. Yang ni agak sensored sket....


Selepas belly dancing, kami dihiburkan dengan pemuzik moden biasa. Masa ni ramai yang blah, masa tu kitorang tak tahu nape. Rupa-rupanya dorang tadah topi minta tips. Huhu.. apa lagi, semua pon blah keluar. Tak kuasa nak bagi tips. Masuk dah kena bayar, takkan nak kasi tips lagi kot? Hahaha... saya rakyat Malaysia, biasalah kedekut sket part kasi tips nih.

Masa kitorang balik tu dah pukul 10 lebih malam. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak menonton tarian sufi di bumi Turki ni. Korang kalau berkesempatan ke sana, pergilah menontonnya. Takkan menyesal, inshaAllah!

2 comments:

  1. Wah baru tau psl Sufi Whirling ni. Cantik baju drg pakai haha psl tips tu mmg betul la. Masuk dah bayar xkan nak bg lg tips hehehe

    btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    blog kami www.thetravelling3o.com

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks for stopping by. OK, saya akan menjenguk blog korang... tungguu!!

      Delete