Wednesday 18 June 2014

KUMPUL ENRICH MILES DENGAN PANTAS TANPA NAIK KAPAL TERBANG

Saya pernah menaiki kapal terbang MAS kelas bisnes secara percuma dengan hanya menggunakan Enrich Miles. Saya ada sentuh tentang pengalaman naik kelas bisnes tu dalam entry tentang Frankfurt. Sejak itu, saya jadi pengumpul Enrich Miles tegar. Tapi saya bukannya terbang selalu, jadi saya tidak dapat nak mengumpul Enrich Miles melalui pembelian tiket kapal terbang sahaja. So cemana tuu?
Sebenarnya ada cara lain untuk mengumpulkan Enrich Miles tanpa perlu beli tiket kapal terbang. Saya nak share lima cara paling mudah itu kepada anda.

1. SIGN-UP JADI ENRICH MEMBER

Cara paling mudah nak dapat Enrich Miles secara percuma ialah melalui sign-up promo. Walaupun anda tak pernah naik MAS, anda tetap boleh mendaftar. Untuk yang belum menjadi ahli Enrich, anda boleh dapat 1,000 free Enrich Miles sebaik sahaja memohon menjadi ahli Enrich. Tapi, jika anda mendaftar untuk menjadi ahli Enrich melalui MHMobile, anda akan mendapat 2,000 Enrich Miles percuma! Belum apa-apa dah dapat 2,000 Enrich Miles, best kan..?

Enrich Miles percuma untuk yang hendak mendaftar

Kalau anak anda sudah berumur lebih daripada 2 tahun, anda boleh mendaftarkan mereka juga. Dapat 2,000 Enrich miles  kalau mendaftar di MH Mobile tau!


2. SIGN-UP KAD KREDIT

Selain daripada itu, kad kredit biasanya memberikan Enrich Miles percuma sebagai goodies untuk kita yang memohon kad kredit mereka. Suatu ketika dahulu Citibank memberikan 60,000 Enrich Miles percuma! Giler aah banyak!! Ini leh dapat naik bisnes kelas ke Europe tau! Sekarang ni kad kredit Mach Signature by Hong Leong memberikan 10,000 Enrich Miles percuma kepada 1,000 pelanggan pertama yang berjaya diterima. Selain daripada itu, setiap approved card leh dapat 2x Priority Pass untuk masuk airport lounges! Tak nak pakai kad tu pon takpe, just sign-up untuk dapatkan goodies hebat ni. Esok lusa boleh gi kensel.

Citibank amat pemurah pada suatu ketika dahulu dalam memberikan 60,000 Enrich Miles percuma

Mach Signature card memberikan 10,000 Enrich percuma kepada 1,000 pelanggan awal yang memohon


3. PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kad kredit adalah penyumbang utama dalam usaha saya mengumpul Enrich Miles. Kita mesti bijak memilih kad kredit yang boleh memberikan coversion terbaik ke Enrich. Kad kredit kegemaran saya ialah Amex Reserve sebab ia beri saya 5x treatpoints untuk setiap RM1, yang bersamaan dengan RM0.90 untuk setiap Enrich Miles. Kad kedua ialah Maybank Petronas yang memberikan 5x treatpoints setiapkali isi minyak di Petronas dan 8x treatpoints jika isi minyak di Petronas pada hujung minggu dan untuk perbelanjaan barang dapur.

Saya gunakan kad kredit selagi boleh, hatta untuk membayar secawan kopi sekalipon! Asal mereka terima kad kredit, saya akan gunakan. Nak collect points punya pasal!

American Express Reserve adalah kad terbaik dalam mengumpul Enrich Miles


4. SOCIAL MEDIA PROMO

Banyak kompeni yang gunakan facebook, twitter dan sebagainya untuk promote kompeni/barangan dorang. Dorang akan suruh kita Like page atau share post dan berikan kita Enrich Miles percuma. Jangan lupa untuk follow page Malaysia Airlines untuk menjadi yang pertama mengetahui promo mereka. Sekarang sedang berjalan promo dari Marriott Rewards untuk ahlinya Like and Share their content. Mereka bagi free points, dimana points itu boleh ditukar kepada Enrich Miles. Amat mudah, kan..? Tak perlu bayar apa2 untuk mendapatkan Enrich Miles percuma.
Jadi ahli Marriott Rewards, then like/share di laman sosial untuk mendapatkan points percuma. Kemudian boleh convert points ini ke Enrich Miles up to 1,200!


Bagi peminat online game, apa kata korang main Enrich Voyager game kat facebook? Download apps tu dan daftar sebelum 7 July 2014 untuk mendapatkan 500 Enrich Miles percuma. Haa.. lom main dah dapat free Enrich tau! Bila dah main dan menang leh dapat lagi kalau ada rezeki. Malaysiaairlines offer 7 juta Enrich Miles untuk kaki gamers yang sungguh2 nak naik kapal terbang secara percuma. Info lanjut boleh baca di sini : http://www.malaysiaairlines.com/my/en/corporate-info/press-room/latest/introducing-the-enrich-voyager-facebook-strategy-game-from-enrich.html?&refid=aff-326119-EnrichVoyager.

5. DOUBLE DIPS

Double dips boleh dilakukan untuk perbelanjaan di Enrich Partners. Double dips bermaksud kita leh kumpul Enrich Miles dari 2 sumber tapi bayar sekali je. Contohnya kita bercuti dan duk di hotel Crowne Plaza. Kita bayar penginapan menggunakan kad kredit kegemaran kita. So, kita akan dapat points dari kad kredit, dan pada masa yang sama leh dapat tambahan Enrich Miles sebanyak 600 dari Enrich. Crowne Plaza adalah antara Enrich's partner hotel. Ada lebih daripada 10 hotel groups yang menjadi Enrich partners, so kita takkan ada masalah untuk buat double dips ni.

Semasa post ini ditulis, promosi dari Shangrila ini sedang berlangsung. Kalau dah alang2 nak ke KL dan kena menginap di sana, bolehlah ambil peluang ini.

Selain daripada hotel, Enrich partners juga termasuklah kereta sewa (e.g. Avis, Hertz), kapal terbang under Oneworld, kedai kasut seperti Lewre dan beberapa shopping places lain seperti Chic Outlet dan Colours & Fragrances.

Senarai partners ada di sini : http://www.malaysiaairlines.com/my/en/enrich/earn-enrich-miles/hotels.html.


6. OUTSTATION? BAYAR HOTEL SENDIRI DAN CLAIM KEMUDIAN

Kepada yang selalu gi outstation atas urusan kerja, apa kata korang bayar sendiri kos hotel dengan menggunakan kad kredit 'terbaik' korang? Bukannya susah. Bila masuk ofis nanti korang cepat2lah claim semula. Kebanyakan kad kredit memberikan 20 hari 'interest free' period untuk setiap transaksi, so gunakan kemudahan ini! Korang akan dapat points kad kredit yang boleh ditukarkan kepada Enrich Miles tanpa keluarkan duit sendiri. Sebab kos penginapan hotel tu nanti kompeni yang akan bayar.

Sekarang ni saya punya faveret booking engine ialah Rocketmiles sebab ia memberikan saya Enrich Miles yang lebih banyak dari booking cara lain. Jadi, saya boleh double dips;- iaitu sambil dapat kumpul Enrich dari kad kredit, saya juga leh dapat Enrich dari rocketmiles. First time saya booking dengan Rocketmiles saya dapat 6,000 Enrich miles. Memang terbaek! Kalau korang berminat nak book dengan Rocketmiles, sila berdaftar dulu jadi ahli. Dah ada akaun, masukkan nama Enrich dalam akaun tu. Lepas tu baru la layan...! OK, leh daftar di SINI.


CUKUPLAH EK 6 CARA NI... ESOK LUSA SAYA UP LAGI PELBAGAI CARA..
kalau berminat nak tahu lebih lanjut tips, tricks dan short cut untuk bercuti tanpa kos yang tinggi, jangan lupa untuk follow saya ye...

until next time...! see ya!

19 comments:

  1. ingt br nk apply cc ni..tp tgk requirement mmg xmampu la..

    ReplyDelete
  2. Takpe.. banyak lagi kad kredit lain yang boleh kasi conversion yang menarik. Contohnya Maybank Petronas Visa card juga boleh memberikan points yang agak bagus, iaitu RM1=5x treatpoints at petronas station on weekdays dan RM1=8x at petronas station on weekends. Beli barang2 dapur pada weekends pon leh dapat RM1=8x treatpoints. Kad ni free for life. Entry requirement yg berpatutan iaitu gaji RM30k/year dah leh memohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg guna uob cc..dpt cash rebate je..pas bc blog akak br rasa nk tukar..panggil akak katenya..xpe kot panggil akak kan?

      Delete
    2. Hahaha... dont worry.. mmg akak pon..

      Delete
  3. kalau web check in atau kiosk mcm mna nk masukan no enrich?sebelum ni pernah gak cek in guna kiosk tp nak masukan no enrich tu xtau.

    ReplyDelete
  4. kalau web check-in mmg ada tempat untuk masukkan nombor enrich. tapi kat kiosk saya tak pernah try lagi...

    ReplyDelete
  5. salam, kalau kita nak claim missing miles tu.. bahagian class sit tu nak letak apa yerkk macamana kita nk tahu.. sebab try masuk economy tak jadik pulak...

    pastu kita leh ker claim flight yang kita beli dulu.....contohnya dah naik flight tu baru buat kad enrich huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Kat boarding pass ada tulis class sit. Class sit tu adalah single alphabet sahaja seperti A, C, D, Y, K dan lain-lain. Jumlah enrich miles akan bergantung kepada class sit kita tu.

      yang fly dolu2 masa belum daftar Enrich memang xleh dapat enrich miles.. mana aci kan..huhu...

      Delete
  6. Assalam, saya dah sign up MHmobile... tp kat mana nak tgk yg dpt 2k point enrich tu ye

    ReplyDelete
  7. Assalam, saya dah sign up MHmobile... tp kat mana nak tgk yg dpt 2k point enrich tu ye..atau nk tgk kat mana kita nya point.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Log-in ke website enrich (https://www.enrich.malaysiaairlines.com/EnrichWebsite/) untuk tengok enrich account kita.

      Delete
  8. Salam..sy dah daftar enrich ni..tp x keje lg..so enrich miles dpt kalau book flight je la kan? Kene tggu keje utk sign up kad kredit..kalau gune debit x bole? Sy x fhm sgt benda ni..bru belaja benda2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba check ngan bank awak... points yang awk dapat tu leh convert ke Enrich atau tak.. takpe, dah keje nanti leh jalan puas2.. :-)

      Delete
  9. Ya Allah, terima kasih sgt3 share. Sebelum ni saya ingatkan kena fly baru boleh kumpul points.

    Thanks so much!!!!
    Jimat byk kat duit Flight :)

    ReplyDelete
  10. assalamualikum kak... nak tanya.. sy dah daftar untuk wife n anak di MH mobile.. maknanya masing dapt 2000 miles... boleh ke points mereka di pindahkan ke akaun saya? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Saiful. Boleh dipindahkan dari mana-mana akaun ke mana-mana akaun yang lain, cuma akan dikenakan sedikit caj untuk setiap miles yang dipindahkan. Kiralah betul-betul sebelum membuat pemindahan, takut tak berbaloi.

      Saya biasa memindahkan Enrich Miles ke akaun suami, untuk mencukupkan miles bagi menukar ke tiket kelas bisnes. Jadi ia agak berbaloi. Saya tak pernah pindahkan miles untuk tiket ekonomi, jadi saya sarankan kira betul-betul ye.

      Delete
    2. terima kasih kak.. info berguna...

      Delete
  11. Assalamualaikum Sis,

    Saya nak tau macam mana nak link kan points dari Kad Kredit sedia ada ke Enrich Miles. Baru sahaja mendaftar Enrich sebab baca posting Sis.

    Jazakillahukhairon

    ReplyDelete
  12. Salam kakak saya nak tnya kalu guna card kredit yang ada enrich..bayar tahunan mahal? Nak mohon kena ada LHDN kan..taksiran tahunan..

    ReplyDelete