Sunday 16 December 2012

10 Sebab untuk ke KLCC pada Cuti Sekolah ini

Ada yang bertanya, sesuai ke bawa anak-anak ke KLCC pada musim cuti sekolah? Hm, jawapannya ialah 'amat sesuai'!!

Kenapa sesuai? OK, meh saya bagitau;
1. KLCC adalah bangunan berkembar paling tinggi di dunia dari mula ia dibina sampailah sekarang. Ramai pelancong dari segala pelosok dunia datang ke sini untuk melihat KLCC dengan mata kepala sendiri. Jadi, mengapa tidak kita rakyat Malaysia sendiri ke sini, betul tak? Saya pasti anak-anak pasti teruja untuk melihat satu daripada bukti kecanggihan dan kemakmuran Malaysia.

 2. Di belakang KLCC ada kolam pancuran air yang besar. Pada malam minggu biasanya ada pertunjukan pancuran air bercahaya (light & sound) yang amat menarik. Dari pukul 8-10pm. Free jer.
pic from ms.wikipedia.org

3. Di Taman KLCC ada taman permainan kanak-kanak. Anak-anak kita pasti seronok bermain kerana taman permainan ini amatlah besar. Besar sesangat k... Free jer..
4. Tambahan pula ada beberapa buah kolam mandi yang bersambung-sambung berdekatan dengan taman permainan ini. Bukan anak-anak sahaja teruja, kita yang dah dewasa ni pon rasa nak berendam sama. Yang nih pon free gaks.

5. Di antara kedua-dua bangunan berkembar ini ada Suria KLCC, sebuah komplek beli-belah yang amat besar. Kalau tak salah 5 tingkat semuanya. Macam-macam ada di sini dan amat menyeronokkan untuk shopping (kalu ada duit, kalu tak kita leh window shopping je.. best gaks). Takkan anak-anak je nak seronok, kan.. ibu-ibu pon kena dapatkan terapi gak.

6. Di Tingkat 4 bangunan itu ada Petrosains. Kat sini kita boleh dedahkan anak-anak dengan keajaiban sains. Macam-macam pameran dan permainan yang interaktif untuk menarik minat mereka dan membuatkan mereka leka di sana. Harga tiket dewasa RM15, remaja (13-17tahun) RM10 manakala kanak-kanak hanya RM5. Yang bawah 2tahun boleh masuk percuma je. Pakej keluarga berharga RM30 (2 dewasa + 2 kanak-kanak). Jangan lupa tunjukkan MyKad dan My Kid untuk dapat harga istimewa ini.

7. Jangan lupa naik ke jambatan yang menyambungkan bangunan berkembar ini. Harga tiket dewasa RM25 manakala kanak-kanak hanya RM12. Lagi sekali, jangan lupa tunjukkan MyKad dan My Kid. Dibuka dari pukul 8.30am hingga 7.00pm.
8. KLCC juga terkenal dengan Aquaria KLCC. Kat sini, kita boleh tengok bermacam jenis hidupan air secara live. Paling menarik ialah terowong bawah air yang kita boleh lalui sambil melihat ikan pelbagai spesis berenang di atas kepala kita. Harga tiket ialah RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Sekali lagi, harga istimewa ini adalah untuk warga Malaysia je.
 Sempena Hari Natal ni, Aquaria KLCC ada buat promosi. So jangan lepaskan peluang!

9. Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di tingkat 4 dan tingkat 5 bangunan Suria KLCC. Kedai buku dua tingkat ini adalah syurga buku untuk pelajar dan mereka yang suka membaca sebab macam-macam ada. Kalau penat mencari buku, boleh rehat untuk minum seketika di kafe yang berada di tingkat dua kedai buku ini.

10. Akhir sekali, KLCC adalah tempat untuk melihat pelbagai ragam manusia kerana ia adalah pusat ekonomi dan pelancongan, jadi orang asing sentiasa ada. Di sini anak-anak boleh tengok macam-macam bangsa manusia, warna kulit, bahasa pertuturan dan ragam. Sekurang-kurangnya mereka terdedah dari dunia biasa kita seharian. Pengalaman ini dalah percuma, tetapi kaya dengan kebaikannya.

Saya seronok ke KLCC, walaupun sudah banyak kali ke sana (atas sebab no. 5 & no. 9). Anak-anak saya pula sukakan taman permainan dan kolam mandi. Suami pula suka kerana kebanyakan aktiviti di sini adalah PERCUMA (jimat duit dia..)

Kalau belum kemana-mana tu, apa kata ke KLCC pada cuti sekolah yang masih berbaki ni...

Signed off!

No comments:

Post a Comment