Thursday 8 November 2012

Promosi Hebat Sunway Lagoon di Cuti Sekolah ini


Taman tema air adalah salah satu daripada feveret anak-anak (termasuklah kita yang dah besor nih). Jadi apa kata kita ambil peluang baik ini, sempena sambutan ke 20tahun Sunway Lagoon. Taman tema air yang paling popular di Malaysia ini menawarkan harga yang amat istimewa pada hujung tahun ini iaitu dengan hanya RM20 boleh masuk semua yang ada dalam Sunway Lagoon tu (RM20 for All Parks entry).
 Sunway Lagoon (pic from http://www.sunwaylagoon.com)

Tapi ada syarat.... (mana ada mende bagus tanpa syarat, kan...), tapi syaratnya tak susah pon :
1. Harga istimewa ini hanya boleh didapati pada setiap 20 haribulan, dari bulan Oktober 2012 ke bulan Mac 2013.
2. Hanya 1000 pelanggan pertama pada hari tersebut saja layak
3. Hanya rakyat Malaysia yang layak, jadi jangan lupa bawa MyKad dan MyKid
4. Seorang boleh dapat satu tiket saja
5. Tiket ini hanya boleh dibeli di pintu utama Sunway Lagoon
6. Tiket tidak boleh ditukar milik

Harga biasa untuk All Parks tiket ialah RM90 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak. Promosi ini memberikan lebih kurang 350% diskaun. Hebat, kan?

Signed off!


3 comments:

  1. betul ke 1000 ptame pade hari tuh?atau 1000 ptame start promosi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000 terawal pergi,, baru dapt harga tuuu

      Delete
    2. 1000 terawal pada setiap 20haribulan...(1000 orang pada 20jan, 1000 orang pada 20hb feb & 1000 orang pada 20hb mac)

      Delete