Monday 1 December 2014

PERCUTIAN PERCUMA DI MELAKA BERSEJARAH

TAKDE IDEA NAK PERGI MANA CUTI SEKOLAH INI?
ATAU TAKDE MODAL NAK BAWA ANAK-ANAK BERJALAN?

Takde masalah.... JOM KE MELAKA... !!

Melaka adalah antara negeri yang paling kerap dikunjungi pelancong, tak kiralah rakyat Malaysia sendiri atau dari luar negara. Sebab yang amat ketara ialah kerana Melaka amat kaya dengan sejarahnya yang unik. Selain daripada itu, Melaka juga mempunyai taraf hidup yang sederhana, dan ini membolehkan ramai orang berkemampuan untuk ke sini.

Sebenarnya Melaka mempunyai banyak tarikan PERCUMA untuk semua. Jadi, kalau korang kekurangan bajet untuk bercuti bersama keluarga atau kekawan, datanglah ke Melaka. Sekurang-kurangnya terdapat sepuluh (10) tempat/tarikan yang korang musti pergi tanpa memerlukan sebarang kos :

1. A Famosa - pintu kota pertahanan yang dibina oleh orang Belanda ini adalah satu tempat yang wajib dilawati kalau ke Melaka. Senang cakap, tak sah ke sana kalau tak tengok A Famosa.
 Depa mai dari Penang untuk posing depan A Famosa nih..

2. Panjat Bukit St. Paul - dah alang-alang kat A Famosa, pastikan panjat bukit itu. Atas bukit tu ada perkuburan saja, tapi pemandangan dari atas bukit itu terlalu menarik untuk dilepaskan. 
 Kat Bukit St Paul

3. Stadhyus - bangunan merah binaan Belanda sememangnya berwarna merah. Jangan lupa try cendol mamak yang kat depan Stadhyus ni tau. Memang terbaik!
Pemandangan di Red Square

4. Beca - ini saya punye faveret. Beca di Melaka amatlah cantik dihias pelbagai dekorasi dan meriah dengan lagu-laguan. Kat tempat lain memang takde cenggini. Hanya di Melaka! Kalau setakat tengok saja, memang PERCUMA. Kalu nak naik, harga RM40 untuk pergi balik 1 round. .
 Meriah tul beca depa.. (pic from richardtulloch.wordpress.com)

5. Sungai Melaka - terdapat kawasan pejalan kaki di sepanjang sungai Melaka. Kalau korang nak tau, sungai Melaka amat cantik dan airnya bersih, antara sungai terbersih di Malaysia. Pemandangan amat indah dan romantik. Ada yang kata, pemandangan diwaktu malamnya ada mirip2 Venice gitu...
 River by night (pic from tripadvisor)

6. Masjid Tengkera, Masjid Tanjung Kling dan beberapa masjid yang lain - sekali pandang mungkin ada yang menyangka bangunan masjid itu adalah bangunan tokong sebab siap ada pagoda. Pengaruh Cina meresap ke dalam binaan bangunan di Melaka sebagaimana budaya Melayu meresap kepada kaum Cina hingga terhasilnya Baba & Nyonya. Apa kata buat solat sunat Masjid di salah satu masjid ini?
 Pandangan Masjid Tengkera dari luar

7. Jonker Walk - di sini korang boleh menjamu mata melihat binaan bangunan lama dengan rekabentuk Cina. Di sini ada banyak kedai menjual barangan antik mampu milik, kedai-kedai makan kopitiam dan hotel bajet. 
 Chinatown Melaka - Jonker Walk

8. Pantai Klebang, Pantai Puteri dan beberapa pantai yang lain - sesuai untuk lepak2 dan piknik bersama keluarga. Petang2 pasti ada yang main layang2 di sini. Dataran 1 Malaysia terletak di Pantai Klebang. Ambillah peluang untuk melihat bas-bas lama dijadikan kedai makan dan kedai di Dataran 1 Malaysia ini. Kalau nak bermalam dalam bas pon boleh, cubalah BUSTEL.

9. Dataran Pahlawan  - tahukah korang yang Melaka adalah tempat di mana Perdana Menteri yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan negera? Haa... sinilah tempatnye!
 Gambo arkib nih..

10. Last sekali, Mahkota Parade. Mahkota Parade dah sinonim dengan Melaka.. sebab ia adalah antara shopping complex yang tertua di Melaka.. dan bertahan sampai sekarang.

Dengan adanya 10 tempat menarik di atas, saya rasa kita tak perlu takut lagi bila anak-anak ajak bercuti ketika kita pokai. Jom ke Melaka!



3 comments:

  1. wah.. nice info...
    baru tau juga pasal Dataran Pahlawan tu.. sebelum ni ingat Dataran Merdeka tempat ishtihar kemerdekaan tu...hihi.. byk kena revise balik Sejarah Malaysia ni...hihi

    ReplyDelete
  2. Jika ke Melaka, blh lah menginap dan bermalam di Anugerah Homestay Melaka ini..
    sgt berdekatan dgn kawasan pelancungan sekitarnya..

    www.AnugerahHomestay.com

    ReplyDelete