Saya suka nak share 'perks' dan kelebihan menggunakan kad kredit yang tepat dengan rakan-rakan bloggers. Salah satu daripada kelebihan yang diberikan oleh sesetengah bank ialah memberikan perks dan promosi-promosi tertentu kepada pemegang kad mereka. Salah satu yang menarik ialah kelebihan/promosi untuk menonton wayang.
Sekarang pemegang kad kredit Visa Siganture boleh merasai pengalaman menonton wayang yang mewah di Golden Screen Cinema (GSC) Siganture. Mereka menawarkan beli 1 percuma 1 tiket di Golden Class dan Premier Class auditorium rangkaian GSC Signature. Sesekali, bila terasa nak belanja yang tersayang, nak meraikan seseorang, atau saja-saja nak merasai apa yang orang2 berada selalu rasa, bolehlah menggukan peluang ini.
Harga tiket
Premier Class : RM18/person
Golden Class : RM70/person
Saya dan suami memang suka nak experience benda yang kita tak dapat (a.k.a. tak sanggup) nak buat selalu.. especially kalau takde promosi macam ni memang jangan haraplah. So, bila dapat tahu Visa ada buat promosi ni, kitorang pon gediklah nak try. So, En. Suami pon beli tiket online.. untuk pengetahuan beli online ada service charge. Kitorang amik Golden Class. Total untuk 2 orang ialah RM150. Haha.. amik ko! Tapi lepas En. Suami masukkan nombor kad kredit Visa Signature, automatically diskaun 50% ditunjukkan, so hanya RM75 je yang dikenakan.
Sememangnya mahal! Tapi disebabkan nak merasai pengalaman tu, apa salahnya. Bukan selalu.
Pengalaman
1. Masuk-masuk je kat check-in area, dah rasa macam orang hebat-hebat jer. Kat situ ada banyak sofa untuk pelanggan yang sedang menunggu waktu tayangan (so tak perlu terpacak menunggu di luar ramai2 macam tengok wayang biasa)
2. Setiap penonton Golden Class diberikan minuman percuma. Boleh pilih antara air mineral, air bersoda (Sprite, Coke, etc) atau minuman panas (kopi atau teh). Tak perlu susah2 angkat sendiri minuman tu.. dorang yang akan hantar.
3. Dalam auditorium tu ada 20 kerusi sahaja. Memang exclusive!
4. Setiap penonton mendapat kerusi sofa kulit mewah yang lembut jenis recliner, so leh adjust sofa ikut keselesaan. Nak adjust untuk tidur baring pon boleh. Siap dapat 1 biji bantal kecik dan sehelai selimut. Memang selesa sangat-sangat.
5. Kerusi disusun berpasangan. Antara kerusi tu ada meja untuk letak makanan/minuman dan juga disediakan service button. Kalau kita perlukan apa-apa semasa menonton tu, tekan je butang tu, nanti berlarilah pekerja mereka datang membantu kita. Kalau nak order apa2 makanan, suh dorang belikan dan bawakan untuk kita.
Kesimpulan
Tiket amat mahal! Tapi kami berpuas hati sebab servis yang diberikan bersesuaian dengan harga yang dikenakan. Walaupun berpatutan, saya dan En. Suami tidak bercadang untuk repeat lagi. Cukuplah sekadar merasa. Sayang duit nak bazir cenggitu.
Bagi pemegang kad kredit Visa Signature, jangan lepaskan peluang ini. Promosi ni masih berlangsung dari sekarang sehingga 31 Januari 2015.