Sunday 28 September 2014

DAPATKAN PENGINAPAN 2 MALAM PERCUMA DI HOTEL 5 BINTANG

Pernah dengar pasal kumpulan hotel IHG?

IHG adalah satu kumpulan hotel-hotel antarabangsa yang perlu kita ambil tahu jika kita adalah kaki travel. Dalam IHG ni ada hotel-hotel 3 bintang hingga 5 bintang seperti Holiday Inn, Crowne Plaza, Intercontinental dan banyak lagi.


Saya jarang menginap di hotel dari kumpulan IHG. Sebenarnya sebahagian daripada hotel dalam kumpulan IHG ini adalah affiliate kepada Enrich, namun selama ini saya tak jumpa promosi yang kaw-kaw untuk menarik perhatian saya kepada mereka. Namun, sejak akhir-akhir ni IHG menarik minat saya dengan promosi 'Into The Night' mereka. Tapi AWAS! Nak bagitahu siang-siang yang promosi ini tidak membolehkan kita collect Enrich Miles ye. Kena collect points dengan IHG sahaja.

Apa yang best tentang promo Into The Night ni?
1. Leh dapat sehingga 50,000 IHG points
atau
2. Leh dapat penginapan 2 malam percuma di mana-mana rangkaian hotel IHG di seluruh dunia

Kita boleh pilih, sama ada nak amik 50,000 points atau penginapan 2 malam percuma tu. Nih nak bagitahu yang kita leh dapat 1 malam penginapan dengan serendah 10,000 IHG points. Tapi bilik dan lokasi biasa-biasa sajalah untuk 10,000 points tu. Bagi saya, saya mahukan penginapan 2 malam percuma tu. Sebab, saya berangan nak merasa duduk di hotel mewah seperti Paris Le Grand yang berlatar-belakangkan Eifel Tower dengan suami tersayang. Untuk pengetahuan, harga sebuah bilik paling murah di Paris Le Grand adalah melebihi RM1,000/night.

cantik, kan?

Saya suka nak kongsi berita gembira begini dengan rakan-rakan kaki travel yang lain. Kalau saya teruja, saya pasti korang pon akan teruja juga. So bagi yang belum menjadi ahli, meh saya tunjukkan cara nak dapat 50,000 IHG points atau 2 malam penginapan hotel percuma ini. Begini caranya :

1. Mendaftar di IHG sebagai ahli di sini.
2. Selepas mendaftar jadi ahli IHG, nombor ahli akan diberikan melalui email.
3. Register untuk promosi Into the Night di sini.
4. Registration akan selesai bila mereka hantar confirmation melalui email. Check emel anda untuk melihat offer yang mereka berikan.


Perlu saya beritahu yang offer ini tidak sama untuk semua orang. IHG memberikan offer secara random. Apa yang saya perlu buat untuk mendapatkan 50,000 points (atau 2 malam), dan yang orang lain perlu buat mungkin berbeza. Saya punya offer adalah seperti di bawah. Saya perlu stay 4 kali di mana2 hotel IHG untuk mendapatkan bilik hotel idaman saya.


Offer Into the Night ini valid selama 90hari selepas pendaftaran. So, kita ada 3 bulan untuk merancang penginapan hotel. Kalau kena pergi outstation atau ada merancang percutian dengan keluarga, pilihlah hotel-hotel dari group IHG ini dan sila book melalui Into the Night promotion page. Jangan book dari tempat lain. Sebab kalau book dari tempat lain, tak di kira! Kan rugi kalau begitu!!

Itu je tips buat kali ni. Happy travelling :-)

4 comments:

  1. wah.. bagus..bagus..!! Tak pernah pula dengar tentang IHG. Bagus ni. Daftar je la.. mana tahu nanti dapat gi outstation boleh book di holiday inn ke..

    ReplyDelete
  2. mampu ddk hostel mixed dorm je setakat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu bujang memang sesuai duk hostel.. best aper, leh jumpa ramai orang. betul tak?

      Delete