Thursday, 17 July 2014

MH17 DITEMBAK JATUH - APAKAH IMPAK KEPADA ENRICH MILES?

Pic from google..

Saya adalah pengumpul setia Enrich miles dari Malaysia Airlines sebab saya memang suka naik MAS bila berkesempatan untuk terbang. Tapi bila saya dikejutkan (ye, suami saya beria-ia kejutkan saya kul 1am pagi tadi) dengan berita kapal terbang MAS MH17 terhempas di Ukraine, saya jadi tak keruan.

Adeh... kenapa jadi kat MAS lagi?
Aritu MH370 hilang dan masih lom dijumpai hingga sekarang.
Now MH17 pula terhempas, dipercayai ditembak jatuh.
Lepas ni, apa pula agaknya....?

Macam-macam soalan berselirat dalam kepala saya.. Saya punya keyakinan terhadap MAS sedikit pudar dek berita terkejut tu. So pagi tadi saya bersahur dengan memikirkan perbagai kemungkinan, antaranya :
1. Adakah MAS menjadi target untuk dijatuhkan? Iyelah kan.. berita2 sebegini memang boleh mengurangkan keyakinan pengguna kepada MAS. Kalu pengguna dah kurang, boleh bankrupt kompeni ni.
2. Adakah keyakinan Oneworld dengan MAS juga akan pudar? Manalah tahu kot2 Oneworld rasa MAS ni memalukan kumpulan depa..
3. Kalau MAS tutup kedai, tak laku lagilah Enrich Miles yang beria2 saya kumpul selama ni
4. Alamak, kalau Enrich dah takleh digunakan, terpaksalah saya start over dengan airlines lain pulak nampaknya!

Semasa di ofis, kawan-kawan sekerja pon bertanyakan benda yang lebih kurang sama. Mereka berguru dengan saya pasal Enrich Miles, so sememangnya mereka mencari saya bila mendengar berita hangat begini. Mereka macam dah tawar hati dengan MAS. Tak selamat, kata mereka.

Kemudian saya teringat bicara seorang ustaz yang diinterview di radio Sinar pagi tadi. Katanya, kita boleh bersedih di atas apa yang berlaku, namun jangan berlebihan memikirkannya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Kalau kita cuba menidakkan apa yang berlaku, macam menidakkan Allah punya kerja. Betul juga katanya tu. Kalau dah ditakdirkan mati, di mana-mana pon boleh mati. Drive kereta pon leh eksiden, jalan kaki pon boleh kena langgar, makan pon boleh tercekik.. so, kita takleh fikirkan sangat tentang cara nak mati tu. Kita kena lebih memikirkan apa persediaan kita jika dimatikan pada bila2 masa... Tapi dalam masa yang sama, kita kena berhati2 juga, kan... kena usaha untuk elak eksiden, dilanggar atau tercekik tu.

So, tak perlu takut naik MAS.. naik Singapore Airlines pon leh mati juga kalu dah ditakdirkan begitu!
Ok, berbalik pada kes Enrich tadi...

Saya dah check baki Enrich miles saya cukup untuk perjalanan pergi-balik kelas ekonomi dalam Asia Tenggara for 1 pax. Suami punya cukup untuk 2 pax rasanya. Masih tidak mencukupi untuk saya ke Korea bersama keluarga. Kalau nak diikutkan kepanikan saya (yang MAS leh bankrupt), saya sepatutnya redeem Enrich miles tu segera. Tak dapat gi Korea, dapat gi Medan pon jadilah!

Tapi saya cuba rasionalkan pemikiran saya semula.

Kalau MAS nak bankrupt. ia tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat ini. Sebab MAS adalah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. Gomen akan cuba sedaya-upaya untuk support MAS financially untuk membolehkannya beroperasi seperti biasa. Kalau sales mereka merundum dek ketidakyakinan pengguna terhadap MAS, saya pasti mereka akan buat promosi yang best2 untuk menggalakkan pengguna naik MAS semula. Contohnya buat sale murah2 untuk destinasi terpilih, bagi extra Enrich Miles atau diskaun Enrich Redemption. Kan ke berita baik tuu!
Lagipun, dah menjadi tradisi yang Enrich membuat 50% discount on Enrich redemption pada hujung tahun, seperti tahu-tahun lepas. Sekarang dah bulan Julai.. lagi 4-5bulan lagi je. Takkan bankrupt MAS dalam masa sesingkat ini. InshaAllah. Masa promo tu harapnya akan tercapailah hasrat saya nak gi Korea dengan keluarga secara percuma!

Dan jangan ingat semua orang dah tak mau naik MAS lagi. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang setia dengan MAS, walaupun selepas dilanda pelbagai dugaan. Saya sendiri akan terus bersama MAS (bila mampu). Kalau tak mampu, naik Airasia pon ok.. huhu.. 
Apa pula pendapat korang?


P.S: Ini adalah pendapat peribadi saya dan ia bukanlah nasihat professional. Saya tidak bertanggungjawab jika pendapat saya ini tidak tepat dan merugikan mana2 pihak. Harap maklum ye...

Wednesday, 9 July 2014

MERANCANG PERCUTIAN KE KOREA SELATAN

Saya dah lama teringin nak pergi ke Korea Selatan. Majoriti kekawan saya dah ke sana. Seronok tengok gambar dorang posing kat lokasi-lokasi filem dan main salji. Walaupun saya bukanlah peminat drama2 Korea, namun saya terpanggil untuk ke sana. En. Suami langsung takde hati nak ke Korea. Tak minat K-Pop katanya... (eleh.. tak semestinya kena minat K-Pop baru leh ke Korea!)

pic from google

Saya memulakan kajian tentang percutian di Korea Selatan bermula awal minggu ini. Sambil kaji, saya akan tulis di sini sebagai panduan kita bersama (harapnya bila En. Suami baca post ini nanti, akan terbukalah hatinya untuk ke sana..)


KAJIAN BERMULA...

Perkara pertama kena ambil tahu sebelum merancang percutian ialah anggaran kos untuk percutian itu. Bila kita dah tau berapa nak kena bajet, barulah kita leh plan percutian tu. Iyelah, kan... kena amik masa juga nak simpan duit tu kan (kecuali jika anda cop duit sendiri.. huhu..).

Sebagai basis, saya anggarkan berada di sana selama 5hari/4malam. Kos adalah berdasarkan kepada 2 dewasa dan 3 kanak2. Saya memulakan kajian dengan melihat pakej2 yang disediakan oleh kebanyakan syarikat pelancongan di Malaysia. Di bawah ini adalah kesimpulan daripada kajian tersebut.

Pilihan pertama : Tour Group :

Adult = RM4,500/pax, Kanak-kanak = RM4,000/pax.
Pros : Dah tak perlu risau apa2 sebab semuanya dah 'All-In' iaitu dah termasuk tiket kapal terbang, penginapan, makan-minum di sana, tiket masuk tempat2 lawatan dan segala pengangkutan. Korang bawa badan je pergi.
Cons : Jadual aktiviti yang ketat dan kena naik bas/van ramai-ramai dengan kumpulan rombongan.

Jika saya dan keluarga pergi dengan tour group seperti ini, kos kami adalah
RM4,500/pax x 2pax + RM4,000/pax x 3 pax = RM17,000.
Adoi!!


Pilihan kedua : Beli tiket kapal terbang sendiri dan ambil ground package sahaja

Kos Pakej :
Adult = RM2,900/pax, kanak-kanak = RM2,500/pax.
Pros : Yang ini tiket kapal terbang kita kena beli asing, so kita leh cari tiket kapal terbang yang ada promosi.. so leh jimat. Lagi satu, takde strangers dalam kumpulan ni.. hanya kita jer.
Cons : Jadual aktiviti yang tetap.

Untuk keluarga saya;
RM2,900/pax x 2 pax + RM2,500/pax x 3pax = 10,800.00

Tiket kapal terbang :
Kena ada strategi jika nak beli tiket murah, kalu tidak kita kenalah redha dengan harga tiket kelas ekonomi dalam RM400-RM800/pax/trip. Pergi balik dalam RM800-RM1,600/pax. Apakah strategi saya? Huhu... ada beberapa, iaitu :
1. tunggu Air Asia buat promo RM0.. biasanya setahun paling kurang sekali dorang akan buat
2. kumpul Enrich Miles sampai cukup
3. beli tiket awal-awal, seawal 6bulan sebelum terbang untuk harga yang murah (50%)

Katakan saya dapat beli awal, kos tiket untuk keluarga saya;
RM400/pax x 5 pax = RM2,000.00

Jadi total untuk pilihan kedua ialah RM10,800 + RM2,000 = RM12,800.00
Wah, murah RM5,000 daripada pilihan pertama!


Pilihan ketiga : Tiket kapal terbang dan penginapan sendiri, tapi ambil tour guide sahaja
Pros : jadual aktiviti kita yang tentukan.
Cons : setakat ni tak nampak lagi cons nye..

Tiket kapal terbang = RM2,000.00 untuk kami berlima

Kos penginapan di apartment 2 bilik atau hotel 3 bintang = RM300/night x 4 nights = RM1,200.00
Cincai kira RM1,500.00 untuk kami semua. Saya dapatkan kos anggaran ini dari airbnb.com, wimdu.com dan home2stay.com.

Anggaran kos apartment dari Wimdu.com = USD72/night (lebih kurang RM230/night)

Kos tour guide termasuk pengangkutan dan entrance fees untuk sekeluarga = RM1,000/day x 5days = RM5,000.00

Kos makan-minum = RM300/day x 5 days = RM1,500.00

Total = RM2,000 + RM1,500 + RM5,000 + RM1,500 = RM10,000.
Wow-wee!! RM2,800 lebih murah daripada pilihan kedua!


Pilihan keempat : DIY - Semuanya sendiri2...
Pros : Jadual bebas ikut suka-hati kita.
Cons : Mungkin akan banyak sesat-barat dan kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan yang boleh membuatkan kita tensen dan penat. Bawa anak2 kalu sesat memang kalut weyy!

Tiket kapal terbang = RM2,000.00 untuk kami berlima

Kos penginapan di apartment 2 bilik / hotel 3 bintang = RM300/night x 4 nights = RM1,200.00
Cincai kira RM1,500.00 untuk kami semua.

Kos pengangkutan sepanjang berada di sana (katakan RM100/day/pax) = RM500/day x 5 days = RM2,500.00

Kos makan-minum = RM300/day x 5 days = RM1,500.00

Entrance fees = RM2,000

Jumlah = RM2,000 + RM1,500 + RM2,500 + RM2,000 = RM9,000
Hmm.. cuma RM1,000 lebih murah daripada pilihan ketiga.


SO, YANG MANA YANG SESUAI? HMMM... SAYA PERLU MEMBUAT KAJIAN LEBIH DETAIL. KALAU BOLEH NAK TARGET RM5,000 JE TOTAL UNTUK 1 FAMILI. LOGIK TAK AGAKNYA?