Friday 4 April 2014

JOM BAWA ANAK-ANAK KE KLCC SKY BRIDGE - APA ADA DI SINI?

Rata-rata orang KL yang saya kenal, bila ditanya dah pernah naik jambatan yang menghubungkan kedua-dua KLCC tower tu mengatakan 'tidak pernah'. Ada juga yang kata 'pernah' atas urusan kerja (sebab dia kerja di KLCC), namun tak pernah bawa anak-anak ke sini. Saya tak salahkan mereka. Saya juga seperti mereka yang sudah berkali-kali melalui jejambat itu namun tak pernah terfikir nak bawa ahli keluarga merasai pengalaman yang sama.


Tapi, atas kesedaran yang pendidikan juga boleh diberikan melalui pengalaman (bukan dari buku dan pembelajaran dari dalam kelas sahaja), En. Suami telah membawa kami anak-beranak dan adik-beradiknya naik ke jejambat yang glamer ni. 

Tahukah anda bahawa KLCC masih lagi mengungguli barisan bangunan berkembar tertinggi di dunia? Bangunan berkembar yang ditaja oleh Petronas ini adalah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. (Ada orang gosip2 yang bangunan ini adalah lambang chenta Tun M kepada isterinya Tun Hasmah sebab bentuknya yang seakan-akan huruf 'H'. Huhu.. romantik tak sedara/sedari? I like!!)

En. Suami sudah booking tiket untuk naik ke KLCC Bridge melalui online. Pada hemat saya, harganya mahal yang amat ye tuan/puan. Kami naik pada waktu tengahari. Masa nak masuk tu dorang akan bagi pass masuk sorang satu. Yang dewasa dapat tag, kanak-kanak diberikan sticker bulat tampal di dada. Ada colour coding ikut time kita masuk tu. Kitorangnye group kaler hijau.

Sedikit fakta yang anda perlu tahu agar anda boleh plan percutian anda dengan baik dan bagi mengelakkan sebarang kekecewaan :

  • Masa operasi : 9.00am - 8.15pm
  • Harga tiket : RM80/adult, RM30 kanak-kanak bawah 11tahun
  • Tiket adalah limited. Setiap jam hanya 80 orang boleh masuk, jadi dalam 1 hari mereka keluarkan tiket sebanyak 880 tiket sahaja (80orang x 11jam).
  • Masa masuk sudah tercatit di tiket. Sila pilih dengan betul. Jadi kalau anda termissed, mungkin tak dapat masuk. Rugi tuu... dah bayar mahal-mahal takleh masuk plak kan... Cubalah nasib untuk merayu kepada pegawai bertugas. Kekadang tu dorang bagi je join group lain.. kekadang takleh.
  • Tidak boleh lepak lama-lama di jambatan tu nanti.. lepas 20minit di situ, mereka akang panggil anda untuk keluar, contohnya.." Green Tag, your time is over. Please proceed to the exit lift".  Ini disebabkan dalam satu masa hanya 40 orang dibenarkan berada di situ. Mungkin ini adalah kapasiti yang boleh ditampung oleh jambatan dalam satu-satu masa (ini tekaan saya sahaja, anda boleh google

Masa nak masuk tu kita kena lalu pemeriksaan sekuriti sebijik macam masa nak naik flight. Amat ketat, iyelah kan.. nak masuk bangunan berprofil tinggi camgini tentulah perlu di check. Mana tau kot2 ada pengebom berani mati ke ape ke...
 
 Bag and body checking (mengapa ada cameraman di situ, saya sendiri tidak pasti...)

Melalui digital door - perggh, rasa macam masuk ke alam digital digimon plak.. haha..

Memula kita akan dibawa ke tingkat 41 di mana jambatan yang menghubungkan kedua-dua tower KLCC ini berada. Dari sini boleh lihat pemandangan indah taman KLCC dari atas sebagaimana burung-burung yang berterbangan nampak.
 Posing adalah suatu kewajipan semasa melancong... ngeee.... senyum maklong, makcik..klik!

Insulated pipe yang menjalar di ceiling jambatan ini menarik perhatian dua orang 'mat saleh' untuk berbincang 2-3 minit mengenainya. Hmm.. kita melancong sekadar melihat dan mengagumi kecantikan, tapi depa melihat dan memikirkannya dari segi teknikal...

Beginilah agaknya pemandangan indah yang burung-burung nikmati semasa terbang tinggi. Tapi yang pembinaan kat sebelah kiri tu memang spoil the picture betul lah!

Selepas 20min di sini, kami dibawa ke tingkat 86 pula. Wah, tak sangka dapat naik ke aras puncak ini. Di sini boleh melihat Kuala Lumpur dari aerial view. Dari sini juga boleh nampak puncak tower 1.. so wajib bergambar di situ ye.

 Pemandangan kota batu Kuala Lumpur dari atas.. sayup mata memandang.

Ammar macam biasa akan mencuba segala benda yang ada. Katanya nak teropong Melaka dari sini.. erk, nampak ke?

Puncak Tower 1 KLCC

Tiket masuk korang jangan dibuang ye. Di sini boleh gunakan tiket masuk tu untuk mendapatkan maklumat dan gambaran 3D di TV ni haa.... pusing-pusingkan tiket tu dan TV tu akan terus tunjukkan. Memang menakjubkan! Kanak-kanak (dan ibu-bapa kanak2) paling seronok.

Semua hulur tiket untuk berinteraksi dengan diri sendiri kat dalam TV tu sambil tengok penerangan tentang KLCC secara 3D. Best..best...!!

Anak-anak saya seronok di sini. Mereka dapat pengalaman menaiki bangunan tinggi dan merasai sendiri berada di ketinggian begini. Ianya kedengaran leceh, namun sebenarnya pengalaman melaluinya akan memberikan mereka lebih kretiviti dan pemikiran akan lebih berkembang. Sekarang mereka dah boleh gambarkan apa yang burung boleh nampak bila terbang, dan bagaimana telinga tiba-tiba rasa sebu semasa naik lift ke puncak. Sebaik turun semula ke bawah, mereka berulang-ulang kali berkata 'Saya dah naik kat atas sana!,' sambil tunding jari ke arah puncak KLCC dengan nada gembira.




10 comments:

  1. Rasanya RM80 and RM30 tu harga if takdak mykad. If ada mykad, harga RM25 and RM12 for child :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.. harga terbaru utk warga Malaysia sememangnya RM30 dewasa dan RM12 kanak2. Maklumat terkini boleh didapati di sini : http://www.petronastwintowers.com.my/

      Delete
  2. Wau...blh naik sampai pncak klcc ke

    ReplyDelete
  3. Kenapa skrg x blh beli tiket secara online ye? :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Website dorang under maintenance. So kena beli kat kaunter la nampaknya untuk masa ini.

      Delete
  4. sempat bw anak2 naik...ingat lagi..pepagi lg kami dah sampai utk beratur disini....punya la ramai..kebanyakkan pelancong mat saleh la...

    ReplyDelete
  5. Jauh Perjalanan Luas Pemandangan...Secantik-Cantik Negara Orang Cantik Lagi Negara Malaysia...Aku Bangga Jadi Anak Malaysia...Oh MALAYSIA Tanahairku Tercinta.

    ReplyDelete
  6. Mahal sgt tu harga tiket tu....tak berbaloi..nak kenalkan tempat sambil make up tinggi per entri...em salah guna tu namanye..

    ReplyDelete