Sunday 2 June 2013

DIY : ISTANBUL AKU DATANG... Part 1 : Persediaan ke Istanbul

Cuti kali ni saya dan Encik suami sempat ke Istanbul. Ni semua gara-gara Lisa Surihani lah! Kitorang memang ade plan nak spend masa berdua ala-ala honeymoon sepena ulangtahun perkahwinan ke-6 pertengahan tahun ni. Bila tengok movie si Lisa tu macam best dan romantik je... kitorang pon terus jatuh chenta pada Istanbul. Saya dan Encik suami je pergi. Anak-anak yang bertiga tu kena tinggal ngan Mak Long depa...( seronok nk gi makan angin, tapi sedey pon ade gak nak tinggalkan anak-anak 7hari camtu). Kami bertolak jumat malam, sampai sana sabtu pagi. Balik semula ke Malaysia Sabtu petang kemudiannya.

Ni percutian DIY. Maksudnye sumer wat sendri takde pakai agen/tour package. Mungkin cara kami ni tak berapa efisyen (mahal sket, buang masa sket, etc).. tapi saya harap sedikit sebanyak dapat jadi guidance untuk yang nak wat percutian DIY di Istanbul..

Jangan salah orang ye... Nih bukan saya.. ni Lisa Surihani dalam movie Istanbul Aku Datang...

 

KAPAL TERBANG
Planning bermula awal tahun dengan beli tiket kapal terbang hasil simpanan duit setahun lalu. Beli 5-6bulan sebelum berlepas boleh dapat tiket murah daripada biasa. Sebenarnye kitorang monitor harga tiket ini agak lama sebelum beli..tengok harga dia makin lama makin naik..masa beli tu masih murah, tapi kalau beli lebih awal lagi boleh saved RM1-2k tau. Takper aar... tu rezeki MAS la kiranya. MAS menjadi pilihan sebab takde transit (direct flight 9.5jam), makan sodap dan leh kumpul Enrich Miles (kami adalah pengumpul Enrich Miles tegar.. sumer points kad kredit pon kami tukar ke Enrich Miles.. nak jalan free punya agenda).

PENGINAPAN/HOTEL
2 bulan sebelum bertolak kami secure hotel booking dengan Booking.Com.  Booking awal-awal ni pon sebab nak haga diskon jugak.. huhu... Kami pilih Faros Hotel di Sultanahmet area disebabkan review yang agak baik di Tripadvisor.Com. Alhamdulillah, lokasi ni memang amat strategik. Terletak antara 2 stesen Tram iaitu Sultanahmet Station dan Cemberlitas Station. Jalan 2-3min dah leh naik tram. Nak ke Masjid Biru (Sultanahmet Mosque) atau Haghia Sofia pon dalam 5min je kaki. Grand Bazaar dalam 10-15min jalan kaki.

Oh ya, tram memang lalu-lalang depan pintu hotel. Kat sini tram memang share jalan dengan kereta. Memang cool lah.
 Inilah Faros Hotel. Comel je hotelnya... ade la 5 tingkat je. Betul2 depan pintu tu jalan raya untuk kereta yang juga rel untuk tram.
Tu tram dah lalu.. xde pagar atau pengadang. So kalu bawa anak kecil sila pantau ye. Kat Istanbul ni majoriti tram lalu kat jalan raya je.. share ngan kereta (sama cam kat negara2 Eropah lain juga)

Faros Hotel ni bagi free airport transfer bagi pelanggan yang book direct dengan depa. So kalu korang berminat nak duk hotel ni, jangan book ngan website atau agen. Kos airport transfer sehala ialah Euro25-35 bergantung masa/hari. Book direct ngan hotel dengan menulis emel kat dorang. Dorang ni efisyen. Saya beremel-emel ngan dorang sebelum bertolak nak confirmkan airport transfer tu macam chatting kat facebook tau. Laju je... (Anyway, saya tak dapat free airport transfer sebab dah terbooking kat Booking.Com. Rugi tul!)

DUIT
Bila nak ke Istanbul, sila bawa duit secukupnya sebab nanti sure rambang mata shopping. Huhu.. tu yang Encik Suami kata pergi Grand Bazaar atau bazaar2 lain yang sekufu dengannya pada 1-2 hari sebelum balik. Heheh... bijak dia! Pasal duit ni, kat Malaysia banyak tempat takleh nak tukar ke Turkish Lira. Kalau adepon kadar tukarannya amatlah rendah, jadi amat rugi. Kami tukar 20Lira je masa kat Malaysia, sekadar untuk waktu2 kecemasan sebaik saje sampai di Istanbul. Selebihnya kami bawa Euro dan USD. Kat Istanbul bersepah tempat tukaran wang asing. Jadi toksah kalut ye. Tapi jangan tukar kat airport Istanbul sebab mcm bese rate nye tak menarik langsung. Masa kitorang pergi ni, kadar tukaran lebih kurang 1Lira=RM1.80. Nak senang kira masa shopping, anggap je rate dorang double. Contoh, masa nak beli kebab ayam berharga 4Lira, secara otomatik kepala saya anggap ianye berharga RM8. Mahal ke murah tu tuan/puan?

Nih duit depa. Shiling ade dari 5kurus (5sen la gituu) hinggalah 1Lira. Duit kertas start dari 5Lira, 10Lira, 20Lira, 50Lira dan 100Lira.

TEKNIK KURUS DIET ATKINS - Membakar Lemak Pantas


LAIN-LAIN KEPERLUAN
Pakaian : Masa kitorang gi cuaca amat baik (akhir bulan May - awal bulan Jun), sebab baru je abis musim bunga nak masuk musim panas. Tapi bunga-bunga masih berkembang cantik tau, terutamanya bunga ros. Matahari menyinar dan udara cool je macam dalam aircond. Angin sepoi2 bahasa (sebab lokasi dekat ngan laut). So baju sejuk tak diperlukan. Kebanyakan pelancong lain pakai ala-kadar je.. beselah dorang mana jaga aurat,kan.. Orang Turki sendri pon banyak yang pakai skirt dan baju tak berlengan. Summer la katakan.. Korang sila check keadaan cuaca sebelum pergi untuk bawa baju yang sesuai ye.
Nih nak tunjuk betapa santainya pakaian pelancong masa tu. (Yang tu haghia sofia... cantik, kan?)

Basuh baju (dobi) : Kitorang tak bawa banyak baju, jadi memang wajib untuk membasuh baju sebab nanti nak ulang pakai semula. Dobi kat hotel mahal (dalam 7Lira utk sehelai tshirt, 12Lira sepasang seluar, etc) dan basuh sendri xde masa sebab bizi kuar sightseeing (a.k.a malas..heheh). So kami cari dobi berdekatan dengan hotel. Dan jumpalah satu kat ngan stesen tram Sultanahmet. Dorang pow kitorang 9Lira untuk 1kg. Basuh dan keringkan saje, tapi tak lipat ye. Suami saya kata oklah tu daripada anto dobi kat hotel lagi mahal. Dia kesian kat wifey..kan tengah honeymoon..takkan nak basuh baju plak.. heheh...
Kedai Laundry ni kat bawah Hotel Arsenal (Hotel Arsenal ni rate 1 malam dalam Euro40)

Ubat-ubatan : Memandangkan saya pergi tanpa bawa anak2, rindu yang teramat2 menyebabkan saya sedikit demam masa kat sana. Nasib baik Encik Suami dah ready bawa panadol, ubat batuk, ubat selesema dan inhaler asthma saya. Tapi dia lupa nak bawa krim untuk rashes dia sendiri. Udara kat sini kering sket, so kulit orang Asia macam kita ni mudah kering dan kuar ruam (untuk kes Encik suami sebab kulit dia memang sensitif sket). So kitorang pon ke farmasi (korang cari je kedai tulis 'Ezane'..itu la farmasi. Bersepah2 di sekitar Istanbul). Masalah bahasa menyebabkan kitorang kena explain apa yg kitorang ndak dengan pelbagai gaya dan cara. Kebanyakan orang Turki tak boleh berbahasa Inggeris. Jadi cakap macam itik dengan lembu... akhirnya kitorang sendri yg geledah kaunter ubat dorang dan akhirnya Alhamdulillah jumpa apa yang dicari.

Peta dan guidebook : Sila dapatkan peta semasa di sana. Orang sana banyak yg tak boleh cakap omputeh, so susah nak tanya direction. Kalau korang rajin, boleh pergi ke Turkish Embassy di Bukit Bintang. Dorang akan bagi peta yang lengkap menunjukan tempat2 pelancongan dan pengangkutan awam. Guidebook yang dorang bagi tu la yang kitorang guna semasa kat sana.


Makanan : Bagi yang sukakan makanan pedas, sila bawa sos cili, cili kering atau apa2 yang boleh pedaskan makanan ye. Sebab orang Turki memang tak makan pedas. Dorangnye makanan memang berempah, tapi tak pedas langsung. Dorangnye Chicken Curry pon tak pedas. Masa ni la Maggi Kari kelihatan lebih lazat dari biasa semasa di sana. Bercakap pasal mi segera, kat Istanbul susah nak cari mi segera. Kitorang ade jumpa pon kat shopping mall 'Forum Istanbul' yang amat jauh dari Sultanahmat area tu. Jadi bawalah dari Mesia... huhu.. Bagi yang suka makan kambing (lamb)... inilah tempatnya! Pada saya harganya murah berbanding di Malaysia dan rasanye boleh tahan sodap. Makanlah sebanyak yang mampu ye.. heheh..

Telefon : Bagi yang bercadang nak call Mesia selalu (kami buat video call ngan anak-anak 1-2 kali sehari), jangan susah hati sebab ade alternatif yang murah. Gunakan fungsi henfon android atau iphone korang sepenuhnya. Download lah free call/videocall apps macam 'Tango'. Bila nak kol famili, cari je tempat ade internet/wifi, dan buatlah panggilan. Pastikan yang kat Malaysia pon ade installed 'Tango' ni dan ade internet connection. Kalu nak pakai data package pon boleh. Masa kat Istanbul kitorang beli simcard Turkcell pada harga 40Lira dapat 1GB data dan valid 1 minggu. Jadi boleh online setiap masa (yang ni Encik hubby perlukan atas sebab kerja). Kalau korang berminat, leh tanye je ngan mana2 kedai selular macam Turkcell, Vodafone, Avea dan lain2 lagi.

Keperluan2 lain insha Allah mudah nak dapat kat sana. 

OK lepas ni jangan lupa baca dan enjoy pics kami di Istanbul ye. Saya akan kasi tips dan trick cemana nak survive di kota Istanbul.. inshaAllah... :-)


Seni Adwords - Panduan Pengiklanan Google Adwords

31 comments:

  1. salam kak..

    sy ada merancang nak ke istanbul..cepat cepat la ye update blog..nak tau jugak tips2 nak g istanbul..hehe ;)

    terima kasih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pergi ke istanbulakudatang.blogspot.com

      Delete
    2. oops typo error correct address istanbulakudatanghomestay.blogspot.com

      Delete
  2. iye kak..sy pon plan nak g istanbul ni
    P bajet ciput..malas nak beragen2 bagai
    mmg kena stadi betul2 ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Saya mmg tengah mencari info tuk ke Istanbul ni ... plan nak g Apr next year. Tgh survey tiket gak ni ... mintak tolong bagi info bayak bayak. Tadi gugel Faros Hotel .... uwaaa.. X mampu den ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ce la try google neskop travel .. dia pon ada blog.. jom la g travel ngn mereka. ni link dia neskoptravel.blogspot.com

      Delete
  4. Ok akan update segera stori seterusnye. Kalu Faros Hotel diluar kemampuan, boleh amik je hotel2 yg bersebelahan/berhadapan dgnnya.ade hostel dpn faros hotel..ade org malaysia yg duk situ kata ok. Boleh tgk kat map booking.com atau agoda.com

    ReplyDelete
  5. tumpang tanya.. total cost ke sana brapa? dan akak brapa hari di istambul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan suami ke sana 7 hari 6 mlm.. habis beribu-riban juga..

      Kos tinggi untuk tiket kapal terbang. Yg ni kena rajin cari tiket yg murah.
      Kedua tinggi ialah kos hotel. Yg ni pon kena rajin cari hotel yg sesuai dgn cite rasa dan budget.
      Ketiga ialah kos untuk masuk tempat2 menarik.. mmg agak mahal. So digalakkan beli Kad Museum kalu plan nak masuk semua muzium. Kalu tak, tak payah pon xpe..

      Delete
  6. Salam.very informative. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, semoga bermanfaat. Sharing is caring, betul tak..

      Delete
  7. wahhh..best lah sharing akak ni. Saya plan nak ke istanbul taun depan. So tengah survey2. Mana sambungan nye kak?

    Jemput ke blog saya kak

    http://souqvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan ke-2 dah ada dah... leh click next ye.

      OK, saya akan ke blog awak right away! :-)

      Delete
    2. TQ kak. Got it! :-)

      http://souqvitamin.blogspot.com/2014/09/pecah-rahsia-hobi-maksu-dan-keluarga.html

      Delete
  8. bestttt... kami pun nak gi istanbul next year.. thanks for the tips! :)

    ReplyDelete
  9. kalau kat istanbul ni selalu bahasa pertuturan english ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. most of them bole bertutur dalam English.
      Jangan terkejut, sebab ada juga yang boleh cakap Melayu tau!!
      Dorang memang kenal sangat dengan rupa paras orang Malaysia.

      Delete
  10. Salam Kak. Nice info. xde update lg ke cerita kt Istanbul? akak naik bosphorus cruise x? cterla sket sbb sy nk dpt info sket psl cruise tu. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishh.. masih dalam draft mode rupa2nya. OK nanti saya publish stori pasal naik bosphorus cruise tu. Kitorang naik pengangkutan awam jer.. much cheaper tapi sama je laluannya dengan laluan cruiser swasta yang lain.

      Delete
  11. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 240 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete
  12. Restoran Malaysia di Turki. Nur Muhammad Lokantasi,Edirnekapi Fatih, Istanbul. Tel: +90 212 531 28 52 Mr Yahya. Latitude:41.03009 Longtitude:936604

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke destinasi dalam dan luar negara SERENDAH RM299, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

    ReplyDelete
  14. Terima kasih untuk artikel yang sangat berguna. Periksalah yang ini juga, ini memberikan informasi hari per hari yang sangat rinci tentang bagaimana melihat Istanbul dalam 5 hari.
    https://tripblan.com/trip/the-ultimate-one-week-istanbul-itinerary-and-guide

    ReplyDelete
  15. Therefore, you are interested in this hotel, do not book it with your website or agent, but do it yourself.

    ReplyDelete
  16. In fact, monitoring ticket prices is quite long before you buy it because you can try to find the option that interests you much cheaper.

    ReplyDelete
  17. There are so many people who can't talk about it, so it's hard to ask the direction that you need to get a result.

    ReplyDelete
  18. Total sis spent untuk trip ni berapa ya?

    ReplyDelete
  19. Jom ke Turki !!!! ✈✈✈ *TRIP TURKI 10D7N 2020* hanya RM4299/pax termasuk flight. Untuk full itinerary boleh contact no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com ✈

    ReplyDelete
  20. ASSALLAMU ALLAIKUM ……… WR WB ………….
    MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
    JOM KE INDONESIA
    HORAS … !!! WELCOME TO INDONESIA

     JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
     JOM JAKARTA , JOMBANDUNG, JOM YOKYAKARTA
     JOM BALI , JOM LOMBOK, JOM MAKASAR
     JOM SULAWESI /CILEBES

    KAMI DARI SYARIKAT PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA, SYARIKAT PELANCONGAN BERLECENSED & PROFESIONAL. PAKEJ TEMPAHAN KE MEDAN, LAKE TOBA, BERASTAGI , HIKING & TRACKING , PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS, SEMUA KAMI DESIGN DENGAN HARGA MERANARIK DAN SANGAT MURAH DAN MAKAN HALAL 100 %

    HARGA PROMO SEWA KERETA : PASSWORD “ RAJA OMBAK “
    AVANZA , XENIA, ERTIGA (ALL 05 SEAT ) KAMI BAGI HARGA PROMO MYR 580 UNTUK 04 HARI ( MEDAN DAN LAKE TOBA TOUR ) DAN MYR 450 UNTUK 03 HARI (MEDAN AND LAKE TOBA TOUR ) HARGA TERMASUK PATROL DAN DRIVER PROFESIONAL. SEMUA SEWA KERETA ALL IN INCLUDED INSURANCE RISK

    SILA CONTACT ( 24 HOURS ON LINE )
    TIARA TOURS INDONESIA & CAR RENTAL SERVICE
    AREA : MEDAN DAN DANAU TOBA
    BANDAR : MEDAN
    ADDRESS : JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    PROVICE : NORTH SUMATERA , INDONESIA
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    CELL / WA +6281383535091
    CELL / WA +6285358982828
    CELL / WA +6285762820068

    Blog Spot : http://traveltiara.blogspot.com
    Facebook : TIARA RAJA OMBAK
    Facebook : TIARATOURSINDOMESIA

    ReplyDelete