Saturday 28 February 2015

ISTANBUL - 5 TEMPAT WAJIB LAWATI DAN APA YANG KITA MESTI MAKAN KETIKA DI SANA

Nabi SAW bersabda bahawa satu masa nanti umat Islam akan berjaya menawan Kota Konstantinople. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera! Begitulah hebatnya kota ini sehingga disebut Nabi SAW ketika Perang Khandak. Umat Islam sentiasa mengidamkannya, bukan saja kota ini tetapi disebabkan sifat yang disebutkan Nabi SAW akan raja dan tentera itu.

Sejarahnya, Konstantinople ialah sebuah kota dan Ibu Negeri Kerajaan Bizantin  untuk sekian lama, Konstantinople ialah kota yang amat kuat pertahanannya. Terdapat beberapa lapisan temboknya (yang luar bernama Tembok Theodosian yang amat besar, kuat dan teguh) disamping tentera terlatih dan bantuan sekutunya. Sepanjang sejarahnya, kalau tak silap saya, Konstantinople hanya 2 kali berjaya ditawan.

Pertama kali oleh tentera salib (Perang Salib ke-4) yang diketuai oleh Doge dari Venice bernama Enrico Dandolo pada tahun 1204. Sepatutnya tentera ini ke Baitulmaqdis tetapi telah dilencongkan oleh Doge itu kerana konflik agama dan politik. Enrico telah membawa balik antaranya patung 4 ekor kuda (Horses of St Mark) yang bersaiz sebenar - tunggu kisah Venice kami selepas ini insya Allah. Kuda in asalnya berada di Hippodrome berhampiran Hagia Sophia. Doge ini disemadikan di Hagia Sophia. Makamnya telah musnah dan kini hanya ada replika.     

Keduanya, oleh tentera Uthmaniyyah yang diketuai Sultan Muhammad II pada tahun 1453. Ini menandakan berakhirnya empayar Bizantin dan bukti kekuatan empayar Uthmaniyah yang terus berkembang menjadi kuasa hebat pada ketika itu dan beberapa abad seterusnya. 

Rasanya sudah cukup sejarah Istanbul kan. Pelbagai budaya dan latar belakang yang mempengaruhi Istanbul telah meninggalkan kesan sejarah yang bukan sedikit untuk kita lawati. Walaubagaimanapun, jika kita mempunya masa yang terhad, terdapat beberapa tempat yang bagi saya patut dilawati. Tempat-tempat adalah berdasarkan pengalaman kami sahaja dan hotel kami yang berdekatan dengan Sultanahmet. Kawasan ini mempunya beberapa tempat wajib jika kita melawat Istanbul. Kedudukan setiap tempat juga adalah berdekatan dan berada di Bukit Pertama Istanbul (diantara Laut Marmara dan Golden Horn).

Hagia Sophia

  1. Hagia Sophia: Tidak perlu diperkenalkan lagi, rasanya semua kita sudah tahu apakah bangunan ini. Berasal daripada Gereja Agung Bizantin dan seterusnya ditukar kepada Masjid besar Istanbul, Hagia Sophia ialah bangunan yang sangat indah sehingga kini (mungkin kurang sedikit ketika kami lawati kerana usaha pemeliharaan dan pemeliharaan (preservation and restoration) sedang dijalankan. Jadi, ada tempat yang tidak dapat dilawati.

Terdapat tanda-tanda Islam dan Kristian didalamnya. Maharaja Bizantin amat banggakan Konstantinople dan Hagia Sophia dan digambarkan pada gambar yang dapat dilihat ketika mula masuk ke dalamnya. Gambar ini menunjukkan 2 maharaja mempersembahkan kedua-duanya kepada Virgin Mary. Bagi pencinta seni dan sejarah, Hagia Sophia adalah bangunan yang mempunyai ciri-ciri agung. Jika pertama kali masuk sekarang, kita akan berasa betapa gahnya binaan ini. Biasanya, barisan tiket untuk Hagia Sophia adalah paaaaaaaaanjang. Maka, datanglah awal atau mungkin boleh beli Kad Muzium (Istanbul Museum Pass) yang membolehkan lawatan kepada beberapa muzium Istanbul secara percuma atau dengan diskaun. Ia untuk 72 jam atau lebih bermula muzium pertama.

 Maharaja Bizantin mempersembahkan Konstantinople dan Hagia Sophia kepada Virgin Mary

 Barisan masuk ke Hagia Sophia. Barisan beli tiket, barisan masuk, barisan tour group…. Letihhh…


  1. Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru): Terletak bersebelahan Hagia Sophia, Masjid biru lebih besar daripada Hagia Sophia. Ia menggantikan Hagia Sophia selepas ia siap dibina sebagai MasjidBesar Istanbul dan empayar. Diinspirasikan daripada Hagia Sophia, Masjid Biru mempunyai rekabentuk Islamik dengan menara dan kubah besar. Ia dibina diatas tapak bekas istana Bizantin dan Hippodrome.    Seperti juga Hagia Sophia, nikmatilah keindahan senibina masjid ini jika kesana (dikhabarkan, masjid asal lebih indah kerana banyak benda baru yang digantikan tidak atau kurang artistik seperti tingkap kubah).

 Masjid Biru

Dalaman Masjid Biru

  1. Hippodrome: Asalnya sebuah litar lumba kuda dan tempat aktiviti sosial bersebelahan Istana Bizantin, tidak banyak yang dapat dilihat pada masa ini kecuali Tiang berbentul Ular dan 2 Obelisk. Ularnya telah hilang kepala (mungkin akibat rusuhan) dan kini sebahagian daripadanya disimpan di Muzium Arkeologi Istanbul. Dahulunya terdapat 4 pasukan bertanding di sini. Kemudian kurang ke 2 kerana yang lain tak mampu bertahan. Perlawanan ini biasanya boleh menyebabkan masalah rusuhan sehingga pernah Hagia Sophia dibakar dan musnah terus! Obelisk pula adalah obelisk sebenar yang dibawa daripada Mesir. Kita dapat lihat tulisan Mesir kuno iaitu Hiroglif padanya. Kini ia dipanggil Dataran Sultanahmet - ketika lawatan kami, terdapat pihak yang berdemo di sini di depan Hagia Sophia kerana masalah politik atas nama pemeliharaan taman berdekatan Dataran Taksim.  

  1. Istana Topkapi: Sejurus menawan Konstantinople, Sultan Muhammad II memerintahkan supaya dibina sebuah istana untuk kediaman diraja. Maka, istana Topkapi dibina tidak jauh daripada Hagia Sophia di bukit pertama (first hill - Istanbul mempunya 7 bukit). Ia merupakan sepuah kompleks istana yang besar dan mempunyai beberapa bahagian. Jika mahu melihat keseluruhan kompleks ini, rasanya perlukan sehari apatah lagi jika kita mahu baca atau mengetahui mengenai setiap aspek cerita, sejarah, seni dan lain-lain lagi. Istana ini umpama sebuah bandar pada zaman kegemilangan Uthmaniyah kerana mempunya ramai penghuni. Audioguide ada disedikan pada kos TL5 rasanya. 

Ada kawasan Istana dan Harem. Kos berbeza tapi boleh guna Museum Pass untuk kedua-duanya. Harem ialah tempat kelamin Sultan dan keluargannya. Harem sebab haram untuk semua orang lain kecuai Sultan dan pengawalnya yang telah dikasi. Banyak kawasan berasingan dalam istana seperti Pavilion Baghdad ( selepas berjaya menawan Baghdad, dapur yang corongnya macam Titanic, bilik mesyuarat negara dan lain. Ada juga tempat tertentu yang ada tempoh masa rasanya. Di pinggir istana ada pemandangan ke laut (Marmara dan Golden Horn) yang Indah.


  1. Basilica Cistern (Yerebatan Sarayi - Sunken Palace) - : Jika dilihat didalam gambar diatas, nampak agak menyeramkan bukan? Cistern ini adalah salah satu tempat menyimpan air bagi Istanbul yang terbesar. Air yang dibawa melalui aqueduct (Valens) akan disimpan untuk kegunaan kawasan bukit pertama ini. Pintu masuknya adalah berdekatan dengan Hagia Sophia (seberang jalan sahaja). Ia dinamakan Basilica kerana berdekatan Basilica iaitu Hagia Sophia. Ia berada di bawah tanah. Ia digunakan seketika selepas penawanan Istanbul dan kemudian ditinggalkan kerana Uthmaniyyah lebih sukakan air yg mengalir berbanding kolah statik ini. 

 Keadaan di dalam Cistern

Ketika ini terdapat beberapa kumpulan yang berpakaian tradisional Uthmaniyah untuk kita ambil gambar. Terdapat juga kafe dihujung laluan. Air juga adalah sedikit sahaja. Terdapat laluan kayu untuk pejalan kaki. Kita boleh memjumpai tiang yang dikhabarkan tidak pernah kering sehingga kini. Anda boleh letakkan ibu jari pada tiangnya dan berniat jika mahu. Ramai mat saleh buat. Pada hujung laluan terdapat tiang yang tapaknya berbentuk kepala Medusa terbalik. Dikhabarkan ini penanda mengalahkan kuasa medusa. Diluar topik sikit, bagi sesiapa yang pernah membaca buku Dan Brown, Inferno, di tiang inilah terdapatnya bukti kemuncak yang menjadi tanda tanya sepanjang membaca buku itu. Buku itu menceritakan beberapa tempat menarik di Florence, Venice dan Istanbul. Kami telah ke Istanbul, kami harap hasrat ke Florence dan Venice akan tercapai, insya Allah.

 Pintu masuk Cistern di Yerebatan Cadessi. Bertentangan Ayasofia dan Alemdar Cadessi. Nampak dia tulis "Museum Pass Invalid" kat sebelah kiri tu.

Kelima-lima tempat ini boleh dilawati dalam sehari jika mahu asalkan kita menghadkan masa untuk setiap tempat. Walaubagaimanapun, mungkin tidak berbaloi kerana tiket agak mahal bagi Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Masjid Biru dan Hippodrome adalah percuma. Kos Cistern adalah agak kecil.

 Panduan kedudukan tempat lawatan

Panduan umum kos dan masa bagi kelima-lima tempat lawatan ini. AWAS: Ini kos pada tahun 2013. Pastikan anda rujuk senarai terbaru. Harem dan Topkapi berbeza kos.

Tempat
Hagia Sophia
Masjid Biru
Topkapi
Hippodrome
Cistern
Unit
Kos
25
percuma
25
percuma
10
TL
Tempoh
30 - 120
30 - 60
120 - 300
15 - 30
30 - 60
minit
Museum pass
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Tidak


 Museum pass: Kos, tempat dan tempoh lawatan. Boleh beli di Ayasofia.

Kawasan ini juga kurang kenderaan awam. Terdapat tram yang hanya perlu sekali bayar untuk sepanjang perjalanan. Kosnya dalam TL1.50. Beli Istanbulkart dan dapatkan semula baki dan deposit jika anda pulangkan kad ini. Satu kad boleh dikongsi banyak orang asalkan duit cukup. Tram mengikut Alemdar Cadessi iaitu jalan utama di sini.

Kini, terdapat banyak hotel, kafe, gerai dan travel agent di kawasan sini untuk pelancong. Kawasan ini amat popular bagi pelancong. Setiap hari, mungkin ratusan atau ribuan bas pelancong yang boleh dilihat di kawasan in. Cubalah membeli baklava/turkish delight, jus delima, jus oren, roti simit, ais krim Turki, jagung rebus/ bakar dan buah berangan. Sedap-sedap belaka. Jusnya benar-benar jus. Tiada campuran gula dan air! Ais krim pula agak pekat dan melekat. Penjualnya biasa suka buat "trick" macam cerita "Istanbul Aku Datang". Amat lucu dan menghiburkan! Makanan Turki memang sedap. Cuma, bagi orang yang suka pedas, sukar mencari makanan pedas di sini. Mi segera Indome saja yang pedas di sini. Itupun kami terpaksa ke Forum Istanbul di Bayrampasa untuk membelinya. Kedai India macam tak yakin je halalnya.

 Simit: Liat dan agak tawar.

 Baklava. Sedap tapi mahal jika dibeli di Sultanahmet. Ada jual ikut berat.

Seterusnya kami akan ceritakan tempat-tempat lain yang boleh dilawati di Istanbul. Tunggu!

Thursday 19 February 2015

KAD KREDIT : BEZA PENGGUNA BIASA DAN PENGGUNA BERADA

Baru-baru ini saya dan En. Suami kerap bersembang tentang kad kredit; kebaikan dan keburukan menggunakan kad plastik itu. Secara kesimpulannya, kami sama-sama setuju yang penggunaan kad kredit banyak membawa kebaikan jika kita pandai menggunakannya secara berhemat. Bila kita banyak berhutang, jangan salahkan kad kredit, tapi salahkan diri sendiri kerana tak boleh menahan nafsu daripada menggunakannya. Kami memperolehi banyak kelebihan daripada menggunakan kad kredit, seperti points yang ditukar kepada Enrich (a.k.a. free flight tickets), masuk airport lounge percuma, dapat diskaun di restoran-restoran terpilihn sehingga 50%, tengok wayang beli 1 percuma 1, dapat elite status hotel (last year kitorang dapat jadi Hilton HHonors Gold club members yang membolehkan dapat upgraded ke executive floor dan late check-out sehingga 3pm), dan sebagainya. Senarainya panjang. 

Tahukah anda yang bank banyak mendapat keuntungan dari pengguna kad kredit yang dari kalangan orang biasa-biasa macam saya dan anda. Sebab orang macam kita suka berhutang, bayar minimum dan bayar lewat. Bank susah nak dapat untung daripada orang berada sebab dorang bayar before due date, jadi mereka tak kena apa-apa caj, walaupun penggunaan mereka lebih tinggi daripada kita. So, sekali lagi kami menyimpulan bahawa kita kena ambil ikhtibar dari cara penggunaan berhemat orang berada.

Sebagai panduan kita bersama, En. Suami ada menulis perbezaan di antara penguna biasa dan pengguna berada.  



"Apakah bezanya di antara pengguna biasa dan berada? Saya telah membaca berdasarkan kajian seorang penulis, Tom Corley, yang telah mengakaji tabiat pengunaan kad kredit orang biasa dan berada. Berikut merupkan antara hasil kajiannya.

  1. Mereka guna sedikit kredit kad (biasanya 1 sahaja). Setiap kad yang digunakan mempunyai kelebihan. Walaubagaimanapun, jika kita menggunakan banyak kad, kelebihannya akan berkurangan. Ini kerana, kelebihan setiap kad biasanya bergantung kepada jumlah penggunaan. Maka, penggunaan pelbagai kad mengurangkan pengunaan setiap kad dan seterusnya kelebihannya.
  2. Mereka bayar baki penuh setiap bulan. Sebanyak mana baki yang perlu dibayar wajib dibayar. Jika tidak, faedah akan naik secara melampau. Perlu diingat, faedah biasanya 18% setahun berdasarkan rekod bayaran kita! Rekod bayaran yang baik mengurangkan faedah yang dikenakan kepada kita (biasanya 18% -> 17% -> 15%).
  3. Mereka bayar tepat pada masanya. Ini juga berkaitan dengan faedah 18% kerana bayaran lewat akan dikenakan faedah dan penalti yang pelbagai. Jika hutang telah tinggi, bayangkan jumlah faedah dan penalti yang bakal dikenakan. Bank sudah tentu menyayangi anda jika anda sentiasa memberi untung sebegini .
  4. Mereka menggunakan kelebihan kad sebaiknya. Jika kad anda memberi 5% "cashback" pada hujung minggu, maka manfaatkannya dengan membeli-belah pada hujung minggu. Jika kad stesen minyak, Petronas contohnya, maka gunakan untuk membeli minyak Petronas dan barang runcit pada hujung minggu. Jika kad anda kad "travel", maka manfaatkannya untuk dapat mata ganjaran percutian. Kesimpulannya, seperti juga hidup kita, manfaatkan kelebihan atau kekuatan kad kita untuk kebaikan kita. Cuma, pastikan kita berbelanja secara berhemah. Jangan terlebih belanja semata-mata untuk mata ganjaran.

Golongan berada sememangnya banyak duit. Bank juga biasanya akan memberi kad premium kepada mereka yang mempunya ganjaran lumayan seperti 5x mata ganjaran, airport lounge, golf, diskaun, penukaran mata ganjaran yang rendah dan lain-lain lagi. Mereka juga bijak berbelanja untuk kepentingan mereka. Maka, mereka boleh dikatakan sentiasa mendapat kelebihan berbanding orang kebanyakan. Jadi, kita jangan cemburu tetapi berusaha untuk menjadi seperti mereka kerana  Tom Corley juga mengatakan jika kita mahu berjaya dan gembira, amalkan tabiat orang kaya (seperti di atas, bukan tabiat berbelanja mewah!)"

Semoga membantu kita menjadi pengguna kredit kad yang hebat!


TERBANG PERCUMA DENGAN AIR ASIA BIG

Saya selalu menulis tentang Enrich Miles, tapi bila Enrich menaikkan jumlah Enrich untuk ticket redemption bermula 16 Feb 2015 yang lalu, saya terpaksa cari alternatif lain. Saya suka nak sokong syarikat penerbangan tempatan, jadi saya menjenguk website Air Asia yang juga satu syarikat gergasi sebagaimana MAS. Seperti MAS, Air Asia adalah syarikat tambang murah juga ada airmiles yang dipanggil BIG Points. Air Asia sudah established; dah terbang ke kebanyakan negara. So, there I was researching the world wide web for more info on Air Asia Big points.
 

Di website Air Asia, saya dapat tahu yang kita hanya memerlukan sekurang-kurangnya 2,500 points untuk terbang. Wow! Ini tidak pernah berlaku di MAS.

Jumlah points maksimum yang diperlukan untuk terbang bersama mereka secara percuma ialah 37,000. Hanya Tokyo Haneda dan Tokyo Narita je memerlukan 37,000 ni, destinasi Air Asia yang lain memerlukan kurang daripada itu. Saya perasan yang Jeddah tiada dalam senarai walaupon Air Asia ada penerbangan ke sana. Mungkin sebab Jeddah adalah destinasi feveret dan amat laku. Tak buat promo apa-apa pon, sentiasa sold-out.. huhu..

OK, bila dah tahu berapa points yang diperlukan, kenalah tahu macamana cara nak kumpulkan points tu, betul tak? Sayapon tanye ngan Prof. Serba Tahu, tak lain tak bukan tentulah Prof. Google. Macam bese, Prof Google tak pernah mengecewakan sesapa yang bertanya. Sentiasa memberikan jawapan yang kita ndak. Terdapat lebih daripada 50 cara untuk mengumpul Big points (hebat, kan?), tapi di sini saya highlight 5 cara yang saya boleh buat dengan mudah untuk kumpul Big points.

1. Dapat 1 Big point untuk setiap RM2 bila beli tiket Air Asia, atau apa-apa barangan Air Asia. Kalau beli tiket Premium Flex atau Business Class leh dapat 1 Big point untuk setiap RM1.

2. Rupa-rupanye leh convert Petronas Mesra points ke Big points. WOWOW! Sebagai pengguna setia minyak Petronas, ini adalah berita yang amat baik. Untuk setiap 5 Mesra Points leh dapat 3 Big points. Tapi untuk tukar ke Big points, kena ada minimum 500 Mesra points ye.

3. Boleh convert Maybank points ke Big points. Walaupun conversion rate ni langsung tak semenarik conversion rate ke Enrich (saya leh dapat convert 4,500 treatpoints ke 1,000 enrich miles), tapi not bad at all.

4. Book hotel di Agoda pon boleh dapat  Big points juga. Ini sudah bagus!

5. Cara yang saya paling suka ialah kad kredit promotion yang memberikan Big points percuma bila sign-up untuk kad-kad tersebut. Contohnya seperti Standard Chartered Worldmiles yang memberikan 25,000 Big points kepada yang sudi memiliki kad mereka untuk kali pertama. Tak perlu belanja apa-apa. Depa bagi free of charge. Hebat, kan? 25,000 tu leh dapat tiket pergi-balik ke Bandung atau Siem Reap atau Bali, tau.

So, next step is to continue googling untuk tengok kot-kot ade kad kredit lain yang boleh beri offer yang lebih menarik. Lepas tu, amik cuti sehari untuk apply kad-kad kredit yang hebat ni. Kalau leh dapat tiket kapal terbang yang beratus-ratus RM tu percuma, why not cuti kerja sehari, tul tak?

Wednesday 18 February 2015

SAYA MEMERLUKAN ENRICH MILES.. ADA SESAPA NAK JUAL KAT SAYA TAK?




Saya sedang berangan-angan untuk ke satu destinasi idaman, tapi sekarang ni kekurangan 10,000 enrich miles untuk mendapatkan tiket MAS ke sana. So, sekiranya uolls yang membaca post ini mempunyai lebihan enrich miles yang tidak digunakan/hampir nak expired, apa kata jualkan kepada saya. 

DARIPADA ENRICH MILES UOLLS EXPIRED BEGITU SAHAJA, LEBIH BAIK JUAL KEPADA SAYA...

Macamana nak jual?
OK, senang je. Menurut Enrich Online, kita boleh pindahkan setiap enrich miles yang kita ada kepada sesapa yang kita mahu pada kos 4sen/enrich + RM40 kos administration. Saya akan bayar segala kos transfer yang dikenakan oleh Enrich ini.

 
Berapa harga saya sanggup beli? 
Saya akan tanggung kos 4sen/enrich dan adminstration fee RM40. Selain itu saya akan bayar uolls RM50 untuk setiap 5,000 enrich miles. 

Not bad, kan? Daripada enrich miles uolls expired cenggitu jer.. kan membazir. So, it's a win-win situation. Uolls dapat duit, saya dapat gi travelling ke tempat idaman saya.

So, sekiranya berminat untuk jual kepada saya, leh email saya di cutifamili@gmail.com.

Disclaimer:
Mahu saya tegaskan di sini bahawa saya mencari anda yang sukarela mahu melepaskan Enrich Miles anda kerana tidak tahu bila nak menggunakannya, atau tak sempat nak menggunakannya atau memang takde hajat nak menggunakannya. Saya bukannya mahu berurusniaga enrich miles, dan bukan mahu mendapatkan keuntungan. Saya hanya mahu mencukupkan jumlah enrich miles saya. Harap maaf jika ada yang berkecil hati atau tidak puas hati. Harap maklum.



Sunday 15 February 2015

DAPATKAN 3X ENRICH MILES DI HOTEL HILTON


Uolls.. inilah masanya untuk dapatkan enrich miles berganda-ganda-ganda. 3X hokey, not normal stuff. Selain daripada dapat Enrich Miles, dalam masa yang sama leh continue collect HHonors points. So, apa lagi.. kalau memang bercadang nak ke mana-mana tu, jangan lupa untuk consider hotel Hilton.


Biasanya, setiap kali bermalam di Hilton, kita hanya boleh memilih antara Enrich miles atau Hhnonors points. Menurut Enrich Online, kita boleh mendapat 600 enrich miles/stay (bukan per night ye) jika kita memilih untuk mendapatkan enrich. So, dengan promo 3X ni, bermakna kita leh dapat 1,800 enrich miles setiap kali kita menghuni hotel mereka. Wowow!
En. Suami yang memangnya kerjanya outstation tu amat excited dengan promo terbaru dari Hilton ni. Hujung tahun lepas dia dapat FREE Upgrade ke Gold Member semata-mata kerana memiliki kad kredit Visa Infinite, tahun ni boleh pula kumpul HHonors dan Enrich serentak. Memang double dip terbaik!
Opss.. ni bukan double dips, ni.. ni dah dikira triple dips. Sebab :
1. Dapat HHonors points
2. Dapat 3X Enrich Miles
3. Dapat Enrich Miles dengan membayar guna kad kredit
So, uolls.. percayalah. This is an offer not to be missed!
Inilah ayat dari website Hilton yang saya copy+paste untuk maklumat bersama :

THE WEEKEND IS CALLING, MAKE YOURS A REWARDING ONE
EARN 3X ENRICH MILES WITH HILTON HHONORS

Take a relaxing weekend break with your loved ones and let Hilton HHonors™ reward you.
From 1 February to 30 April 2015, earn triple Enrich Miles with a weekend stay at any participating hotels and resorts within the Hilton Portfolio in South East Asia and India. So whether you’re planning to add vacation time to a business trip or simply craving an indulgent staycation, you can make the most of your experience with us.

To earn triple Enrich Miles, you must: (1) be a Hilton HHonors member; (2) be a member of Enrich; (3) register for this promotion on this page; (4) select Malaysia Airlines as your preferred Double Dip™ partner*.

*HOW TO SELECT YOUR DOUBLE DIP PARTNER
Start earning both Enrich Miles and Hilton HHonors points with every stay by following these simple steps:
    1.   Login to your HHonors account.
    2.   Click “Edit Profile”.
    3.  Click “Edit Preferences”.
    4.  Choose “MyWay Earning Style”, and select “Points & Miles Earning Style”.
    5.  Click “Preferred Travel Partner”.
    6.  Select Malaysia Airlines as your preferred travel partner, and enter your Enrich account number.
    7.  Save your changes.


Offer valid dari 1 Feb - 30 Apr 2015.
Jika berminat, bolehlah register di SINI.

PENGANGKUTAN MURAH DI LONDON : BERBASIKAL HANYA GBP2/DAY




Pernah dengar tentang London Cycle Hire Scheme?

Saya tertarik dengan inisiatif ini yang menggalakkan pelancong berbasikal di bandaraya Metropolitan London. 'Share a Bike' ni membolehkan kita meronda sekitar London dengan hanya GBP2 untuk 24jam. Sewa secara self-service dari mana-mana docking station, kemudian pulangkan sahaja di mana-mana station yang lain.Lepas tu boleh ambil semula basikal daripada mana-mana docking station yang ada.  First 30min is free! 

Bagi yang nak meronda di London secara DIY tapi mempunyai budget yang ciput, ini adalah alternatif terbaek. I'll give it a try when we are there in May, inshaAllah.

OK, meh nengok video ni tentang bagaimana nak sewa basikal ni.


Wednesday 11 February 2015

JIMAT LEBIH RM20 RIBU UNTUK KELAS BISNES MALAYSIA AIRLINES KE EROPAH

Entry ini saya buat khas untuk menunjukkan kira-kira bagaimana saya dan suami terbang ke Eropah secara PERCUMA. Erm.. OK.. bukanlah percuma sepenuhnya sebab kami tetap kena bayar taxes dan surcharges. Tapi kos tambahan ini tidak banyak dan masih menguntungkan. Saya akan tunjukkan bagaimana kami jimat lebih daripada RM20 ribu untuk trip ke Itali nanti.

Antara perks naik bisnes class ialah makanan yang sedap tak putus-putus served in real plates

KOS SEBENAR PENERBANGAN KE EROPAH

Saya buat carian di website MAS untuk perjalanan ulang-alik dari Kuala Lumpur (KUL) ke Paris (CDG), tapi sebenarnya lebih kurang je harga tiket untuk mana2 destinasi MAS di Eropah. Ini adalah sebagai contoh sahaja. Hasil carian saya untuk penerbangan 2 orang dewasa pergi-balik adalah seperti berikut :

  • Tiket ekonomi = RM 5,768.00
  • Tiket bisnes = RM 29,246.00

 
Tiket kelas ekonomi untuk 2 orang

 
Tiket kelas bisnes untuk 2 orang


BERAPA ENRICH MILES YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN TIKET PERCUMA?

Di website Enrich ada dinyatakan jumlah Enrich Miles yang diperlukan untuk setiap zone. Untuk mendapatkan tiket pergi-balik ke Eropah, zone yang betul ialah Zone 5. Hanya Paris, London, Istanbul dan Frankfurt yang disenaraikan sebab itu je destinasi Eropah yang MAS pergi. Yang lain tu depa fly through Oneworld dan affiliate flights yang lain (pengiraan enrich miles untuk Oneworld dan affiliate flights berlainan dengan MAS).

Jadi untuk kami berdua, tiket penerbangan pergi balik memerlukan:

  • Tiket kelas ekonomi =  60,000 x 2orang + taxes & surcharges = 120,000 enrich miles + (RM715/pax/trip  x 4) = 120,000 enrich + RM 2,860
  • Tiket kelas bisnes = 110,000 x 2 + taxes and surcharges = 220,000 enrich miles + (RM715/pax/trip x 4) = 220,000 enrich + 2,860.00

Jadual penebusan Enrich Miles untuk Zone 5


BERAPAKAH PENJIMATAN UNTUK PENERBANGAN KE EROPAH INI?

Untuk kelas ekonomi = kos tiket sebenar [tolak] kos tiket penebusan enrich = RM 5,768 - RM 2,860 = jimat RM 2,908 ataupun 50%  dari harga tiket sebenar.

Untuk kelas bisnes = RM 29,246 - RM 2,860 = jimat RM 26,386 atau 90% daripada harga tiket sebenar!


KESIMPULAN

Berbaloi kami mengumpul Enrich selama ini. Jimat lebih daripada RM 20,000 untuk menikmati kelas bisnes MAS yang terkenal dengan keselesaan dan layanan istimewa.

Nak tahu bagaimana saya dan suami mengumpul Enrich miles bgitu banyak? Salah satu cara yang ohsem ialah daripada ROCKETMILES di mana saya boleh dapat 1,000 enrich untuk setiap malam penginapan.

Selain daripada itu, kitorang collect enrich miles dengan beberapa cara lain yg saya ada stori di entri saya sebelum ini:

1. Kumpul 2x Enrich semasa booking hotel di Agoda
2. Kumpul Enrich di hotel-hotel affiliate ini
3. Cara kumpul Enrich tanpa naik kapal terbang



Tahun lepas kami ke Jerman pon guna teknik yang sama. Masa tu dapat naik kapal terbang MAS yang baru A380 kelas bisnes. Memang best! Jom baca kat sini sebagai panduan.