Sunday 14 December 2014

10 WEBSITE HOTEL BOOKING YANG TRAVELLERS MESTI TAHU

Sebagai seorang traveller, adalah amat penting untuk kita tahu di mana untuk mencari penginapan dengan mudah dan pantas. Dengan adanya internet, kebanyakan website hotel booking yang saya listkan di bawah boleh dicapai dengan mudah. 

Siapa tak tahu Agoda.com, jangan gelar dirinya traveller. Haha..! Agoda membolehkan kita buat booking sambil mengumpul points. Bila points dah banyak, boleh ditukar kepada penginapan percuma. Sekarang, lebih menarik kerana pemegang kad kredit Maybank boleh mendapat Enrich Miles percuma dengan membuat booking di agoda.

Booking.com juga sehebat dan seglamer Agoda. Boleh cari hotel, B&B dan hostels di sini.

Syarikat ini menawarkan lebih daripada penginapan. Ada pakej pelancongan, kereta sewa dan tiket penerbangan. One-stop centre untuk traveller yang malas nak tengok kat banyak tempat. 

Yang ini popular kerana menawarkan airmiles yang banyak kepada sesiapa yang book hotel melalui websitenya. Paling koman leh dapat 1,000 airmiles tau. Macam saya, Rocketmiles adalah lubuk saya mengumpul Enrich Miles. Sesapa takde account Rocketmiles, wajiblah register. Amat berbaloi. Cuma, harga bilik di sini agak mahal daripada tempat-tempat lain, tapi ia adalah disebabkan oleh imbuhan airmiles yang ditawarkan. 

Backpackers sewajibnya tahu kewujudan hostels.com ni. Kat sini tersenarai hostel yang terdapat di seluruh dunia. 

Jika anda mencari apartment sewa harian atau homestays di seluruh dunia, carilah di airbnb.com. Serius! Banyak apartment/rumah tersenarai dari harga mampu-sewa sehinggalah harga tak mampu sewa. Hahaha..

Takde bajet untuk penginapan tapi nak travel seluruh dunia? Takde hal.. korang leh ke couchsurfing.com untuk mencari penginapan percuma. Tapi hati-hati ye.. menginaplah di rumah orang yang mempunyai ratings yang baik. Manalah tahu, takut ada yang membenarkan orang menginapa atas tujuan tidak baik.. Wanita tidak dinasihatkan couchsurf tanpa kawan-kawan atau lelaki.. bahaya!

Website ini agak baru.. tapi sudah top di Malaysia dan Asia. Jika mencari penginapan di kawasan Asia ini, boleh cuba di sini.

Wego mengangkat dirinya sebagai Malaysia's leading travel site for cheap flights and hotels. Nak tahu murah ke tidak, wajiblah compare harga di sini dengan harga di website yang lain sebelum kita book hotel.

Ini adalah website popular di Malaysia. Bukan setakat untuk jual-beli barang, di sini kita boleh membuat carian tentang homestays dan apartment sewa harian yang ditawarkan di Malaysia. Saya pernah jumpa rumah sewa 3bilik di area PD yang disewakan pada harga RM100/day. Amat berbaloi2!!

Selain daripada senarai di atas, sebenarnya banyak lagi website lain yang ada memberikan servis yang sama. Sebagai traveller yg bijak, kita boleh buat perbandingan harga dari satu website ke website yang lain untuk mengoptimumkan savings.

Wednesday 3 December 2014

KINI BOLEH DAPAT ENRICH MILES DI AGODA

Berita baik untuk pengumpul Enrich yang setia. Kini kita boleh mengumpul Enrich Miles apabila membuat booking hotel di Agoda.com. Untuk setiap USD1 = dapat 2 enrich miles.



Wow! Ini adalah langkah Enrich yang paling bijak selepas partner dengan Rocketmiles, iaitu berpartner dengan Agoda pula. Agoda adalah leader in hotel booking engine in the world. Sape tak tahu pasal Agoda tak boleh panggil dirinya sebagai seorang traveller. Betul tak?

Sempena persepakatan baru mereka ni, Agoda & Enrich menawarkan 4 enrich miles untuk setiap USD1! Maksudnya kalau kita book hotel berharga RM350 (~USD100), kita dapat 400 enrich miles! Tambah pula dengan enrich miles yang kita dapat daripada kad kredit semasa membuat bayaran hotel tu.. hmm.. kan ke more than double tu? Memang terbaik!!








Tadi saya try buat carian (kebetulan saya akan ada outstation next week), dan beginilah hasil carian tu. Ada lambang Enrich di sebelah atas kanan, dan terdapat remark 'Promotion Eligible' di gambar hotel. Wah.. memang terbaik!



Jika berminat, bolehlah KLIK di sini : http://www.agoda.com/malaysiaairlines

Monday 1 December 2014

PERCUTIAN PERCUMA DI MELAKA BERSEJARAH

TAKDE IDEA NAK PERGI MANA CUTI SEKOLAH INI?
ATAU TAKDE MODAL NAK BAWA ANAK-ANAK BERJALAN?

Takde masalah.... JOM KE MELAKA... !!

Melaka adalah antara negeri yang paling kerap dikunjungi pelancong, tak kiralah rakyat Malaysia sendiri atau dari luar negara. Sebab yang amat ketara ialah kerana Melaka amat kaya dengan sejarahnya yang unik. Selain daripada itu, Melaka juga mempunyai taraf hidup yang sederhana, dan ini membolehkan ramai orang berkemampuan untuk ke sini.

Sebenarnya Melaka mempunyai banyak tarikan PERCUMA untuk semua. Jadi, kalau korang kekurangan bajet untuk bercuti bersama keluarga atau kekawan, datanglah ke Melaka. Sekurang-kurangnya terdapat sepuluh (10) tempat/tarikan yang korang musti pergi tanpa memerlukan sebarang kos :

1. A Famosa - pintu kota pertahanan yang dibina oleh orang Belanda ini adalah satu tempat yang wajib dilawati kalau ke Melaka. Senang cakap, tak sah ke sana kalau tak tengok A Famosa.
 Depa mai dari Penang untuk posing depan A Famosa nih..

2. Panjat Bukit St. Paul - dah alang-alang kat A Famosa, pastikan panjat bukit itu. Atas bukit tu ada perkuburan saja, tapi pemandangan dari atas bukit itu terlalu menarik untuk dilepaskan. 
 Kat Bukit St Paul

3. Stadhyus - bangunan merah binaan Belanda sememangnya berwarna merah. Jangan lupa try cendol mamak yang kat depan Stadhyus ni tau. Memang terbaik!
Pemandangan di Red Square

4. Beca - ini saya punye faveret. Beca di Melaka amatlah cantik dihias pelbagai dekorasi dan meriah dengan lagu-laguan. Kat tempat lain memang takde cenggini. Hanya di Melaka! Kalau setakat tengok saja, memang PERCUMA. Kalu nak naik, harga RM40 untuk pergi balik 1 round. .
 Meriah tul beca depa.. (pic from richardtulloch.wordpress.com)

5. Sungai Melaka - terdapat kawasan pejalan kaki di sepanjang sungai Melaka. Kalau korang nak tau, sungai Melaka amat cantik dan airnya bersih, antara sungai terbersih di Malaysia. Pemandangan amat indah dan romantik. Ada yang kata, pemandangan diwaktu malamnya ada mirip2 Venice gitu...
 River by night (pic from tripadvisor)

6. Masjid Tengkera, Masjid Tanjung Kling dan beberapa masjid yang lain - sekali pandang mungkin ada yang menyangka bangunan masjid itu adalah bangunan tokong sebab siap ada pagoda. Pengaruh Cina meresap ke dalam binaan bangunan di Melaka sebagaimana budaya Melayu meresap kepada kaum Cina hingga terhasilnya Baba & Nyonya. Apa kata buat solat sunat Masjid di salah satu masjid ini?
 Pandangan Masjid Tengkera dari luar

7. Jonker Walk - di sini korang boleh menjamu mata melihat binaan bangunan lama dengan rekabentuk Cina. Di sini ada banyak kedai menjual barangan antik mampu milik, kedai-kedai makan kopitiam dan hotel bajet. 
 Chinatown Melaka - Jonker Walk

8. Pantai Klebang, Pantai Puteri dan beberapa pantai yang lain - sesuai untuk lepak2 dan piknik bersama keluarga. Petang2 pasti ada yang main layang2 di sini. Dataran 1 Malaysia terletak di Pantai Klebang. Ambillah peluang untuk melihat bas-bas lama dijadikan kedai makan dan kedai di Dataran 1 Malaysia ini. Kalau nak bermalam dalam bas pon boleh, cubalah BUSTEL.

9. Dataran Pahlawan  - tahukah korang yang Melaka adalah tempat di mana Perdana Menteri yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan negera? Haa... sinilah tempatnye!
 Gambo arkib nih..

10. Last sekali, Mahkota Parade. Mahkota Parade dah sinonim dengan Melaka.. sebab ia adalah antara shopping complex yang tertua di Melaka.. dan bertahan sampai sekarang.

Dengan adanya 10 tempat menarik di atas, saya rasa kita tak perlu takut lagi bila anak-anak ajak bercuti ketika kita pokai. Jom ke Melaka!