Wednesday 25 June 2014

ENRICH MILES BUKAN UNTUK MALAYSIA AIRLINES SAHAJA


Bagi yang telah membaca post saya sebelum ini tentang cara mengumpul Enrich Miles dengan pantas tanpa perlu naik kapal terbang, anda juga perlu diberitahu bahawa Enrich Miles juga boleh digunakan untuk menaiki kapal terbang dari syarikat lain selain MAS. Ini adalah kerana MAS adalah ahli Oneworld. Sebagai ahli Oneworld, frequent flyer miles nya juga boleh digunakan untuk menaiki kapal terbang lain yang menjadi ahli Oneworld.

Syarikat penerbangan yang menjadi ahli oneworld ada disenaraikan di sini : http://www.oneworld.com/flights/timetable-search

Bila Enrich Miles dah banyak nanti.. dan kita nak gunakannya untuk terbang ke destinasi yang tidak diserve oleh MAS, kita boleh ke sini untuk melihat kapal terbang mana yang serve route tersebut :
http://onw.innosked.com/?show=MAP - gunakan map ini untuk melihat jaringan penerbangan yang disediakan oleh syarikat2 penerbangan yang menjadi ahli Oneworld.

Bagi yang teringin nak pergi on RTW trip (Round The World), korang boleh gunakan interative map ini untuk melihat jarak setiap penerbangan. Bila dah tahu berapa miles, baru senang nak wat miles redemption nanti :
http://www.gcmap.com/ - map kan kita punya flying routes di sini. Kita akan nampak berapa jumlah distance perjalanan kita itu dalam 'miles'.

Semoga bermanfaat.

Wednesday 18 June 2014

PENGALAMAN TERBANG DENGAN MALINDO AIR

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menaiki Malindo Air bagi penerbangan Kuala Lumpur - Kuching. Sebenarnya saya perlu ke Bintulu atas urusan kerja, namun disebabkan semua penerbangan terus sudah penuh, saya terpaksa ambil penerbangan transit melalui Kuching. Walaupun sedikit menyusahkan dek masa transit yang agak lama di Kuching, namun saya puas hati sebab dapat juga pengalaman menaiki Malindo Air.
Untuk pengetahuan, Malindo Air ke Kuching berlepas dari Terminal KLIA2. Saya hampir-hampir pergi ke terminal yang salah. Jalan menuju ke KLIA2 juga tidak dilengkapi dengan penunjuk jalan yang cukup, terutamanya jika bergerak dari arah Nilai. Tiada signboard di roundabout ke terminal tu. Signboard hanya kelihatan apabila sudah betul2 dekat dengan terminal. Navigation seperti Waze dan Google Map pula tidak updated sebab KLIA2 amatlah baru.
Malindo Air mencanangkan pelbagai kemudahan yang best di website mereke http://www.malindoair.com/. Nak tau betul ke tak, kena naik dulu baru tahu...
Malindo Air mahu memberitahu pelanggannya bahawa walaupun mereka penerbangan tambang murah, tapi kemudahan mereka ada kelass!
OK, untuk memudahkan korang. Meh saya kasi sedikit review untuk penerbangan Malindo Air yang saya naiki. Pemerhatian saya sepanjang 1 jam lebih penerbangan adalah seperti berikut :
1. Kapal terbangnya nampak baru, bersih dan kemas. So, memula masuk je dah rasa best.. aura positif sudah mari!

2. Peramugari Malindo Air cantik-cantik belaka (same quality as MAS). Mereka pakai kebaya putih (yang pada hemat saya agak seksi, ehem..ehem..)

Seksi ek..
3. Setiap seat (masa tu saya duk ekonomi sahaja) mempunyai ruangan yang selesa. Ruang kaki juga agak besar, jadi tidaklah rasa cramp.

Ruangan tempat duduk (pic from Google)
4. Setiap seat ada TV inflight entertainment. So leh tengok movie atau main games disepanjang penerbangan. Juga ada USB point untuk kita charge henfon/alat elektronik dan ada Wifi untuk kegunaan di atas kapal terbang.
5. Harga tiket mereka dah termasuk 15kg check-in luggage. Dah la tiket murah, takyah bayar tambahan untuk luggage (tak seperti kapal terbang tambang murah yang lagi satu tuu.. heheh..)
6. Makan/minum dalam flight juga disediakan percuma. Tapi... adeh.. dia bagi biskut kering dan air mineral dlm cup plastik je. Tak selera den nak makan. Mungkin itu hidangan untuk penerbangan pendek.. kalau jauh mungkin makan sedap lagi kot. Hahaha..

Begitulah sedikit perkongsian daripada saya, sebagai kenangan/rujukan saya sendiri dan panduan anda yang tertanya-tanya pasal Malindo Air.

Owh ya...

Bagi yang tak tahu, meh saya bagitahu. Bukan Airasia saja suka bagi free flight tickets tau. Malindo Air juga ada bagi free flight tickets from time to time. Korang kena follow dorang by sign-up for newsletters, like kat fb dan sebagainya.

Sekarang ni mereka berikan tiket percuma untuk penerbangan ke Batam, Indonesia untuk penerbangan sebelum 20 Julai 2014. Masa ni la korang leh bawa anak2 yang dah tergedik-gedik nak naik kapal terbang tu gi Batam secara percuma, atau anto bibik balik tanpa kuarkan duit. All-in fare tau! Muahahaa...

Promo di webpage Malindo Air


****************************************************************

SPONSOR:
Rahsia Emas


KUMPUL ENRICH MILES DENGAN PANTAS TANPA NAIK KAPAL TERBANG

Saya pernah menaiki kapal terbang MAS kelas bisnes secara percuma dengan hanya menggunakan Enrich Miles. Saya ada sentuh tentang pengalaman naik kelas bisnes tu dalam entry tentang Frankfurt. Sejak itu, saya jadi pengumpul Enrich Miles tegar. Tapi saya bukannya terbang selalu, jadi saya tidak dapat nak mengumpul Enrich Miles melalui pembelian tiket kapal terbang sahaja. So cemana tuu?
Sebenarnya ada cara lain untuk mengumpulkan Enrich Miles tanpa perlu beli tiket kapal terbang. Saya nak share lima cara paling mudah itu kepada anda.

1. SIGN-UP JADI ENRICH MEMBER

Cara paling mudah nak dapat Enrich Miles secara percuma ialah melalui sign-up promo. Walaupun anda tak pernah naik MAS, anda tetap boleh mendaftar. Untuk yang belum menjadi ahli Enrich, anda boleh dapat 1,000 free Enrich Miles sebaik sahaja memohon menjadi ahli Enrich. Tapi, jika anda mendaftar untuk menjadi ahli Enrich melalui MHMobile, anda akan mendapat 2,000 Enrich Miles percuma! Belum apa-apa dah dapat 2,000 Enrich Miles, best kan..?

Enrich Miles percuma untuk yang hendak mendaftar

Kalau anak anda sudah berumur lebih daripada 2 tahun, anda boleh mendaftarkan mereka juga. Dapat 2,000 Enrich miles  kalau mendaftar di MH Mobile tau!


2. SIGN-UP KAD KREDIT

Selain daripada itu, kad kredit biasanya memberikan Enrich Miles percuma sebagai goodies untuk kita yang memohon kad kredit mereka. Suatu ketika dahulu Citibank memberikan 60,000 Enrich Miles percuma! Giler aah banyak!! Ini leh dapat naik bisnes kelas ke Europe tau! Sekarang ni kad kredit Mach Signature by Hong Leong memberikan 10,000 Enrich Miles percuma kepada 1,000 pelanggan pertama yang berjaya diterima. Selain daripada itu, setiap approved card leh dapat 2x Priority Pass untuk masuk airport lounges! Tak nak pakai kad tu pon takpe, just sign-up untuk dapatkan goodies hebat ni. Esok lusa boleh gi kensel.

Citibank amat pemurah pada suatu ketika dahulu dalam memberikan 60,000 Enrich Miles percuma

Mach Signature card memberikan 10,000 Enrich percuma kepada 1,000 pelanggan awal yang memohon


3. PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kad kredit adalah penyumbang utama dalam usaha saya mengumpul Enrich Miles. Kita mesti bijak memilih kad kredit yang boleh memberikan coversion terbaik ke Enrich. Kad kredit kegemaran saya ialah Amex Reserve sebab ia beri saya 5x treatpoints untuk setiap RM1, yang bersamaan dengan RM0.90 untuk setiap Enrich Miles. Kad kedua ialah Maybank Petronas yang memberikan 5x treatpoints setiapkali isi minyak di Petronas dan 8x treatpoints jika isi minyak di Petronas pada hujung minggu dan untuk perbelanjaan barang dapur.

Saya gunakan kad kredit selagi boleh, hatta untuk membayar secawan kopi sekalipon! Asal mereka terima kad kredit, saya akan gunakan. Nak collect points punya pasal!

American Express Reserve adalah kad terbaik dalam mengumpul Enrich Miles


4. SOCIAL MEDIA PROMO

Banyak kompeni yang gunakan facebook, twitter dan sebagainya untuk promote kompeni/barangan dorang. Dorang akan suruh kita Like page atau share post dan berikan kita Enrich Miles percuma. Jangan lupa untuk follow page Malaysia Airlines untuk menjadi yang pertama mengetahui promo mereka. Sekarang sedang berjalan promo dari Marriott Rewards untuk ahlinya Like and Share their content. Mereka bagi free points, dimana points itu boleh ditukar kepada Enrich Miles. Amat mudah, kan..? Tak perlu bayar apa2 untuk mendapatkan Enrich Miles percuma.
Jadi ahli Marriott Rewards, then like/share di laman sosial untuk mendapatkan points percuma. Kemudian boleh convert points ini ke Enrich Miles up to 1,200!


Bagi peminat online game, apa kata korang main Enrich Voyager game kat facebook? Download apps tu dan daftar sebelum 7 July 2014 untuk mendapatkan 500 Enrich Miles percuma. Haa.. lom main dah dapat free Enrich tau! Bila dah main dan menang leh dapat lagi kalau ada rezeki. Malaysiaairlines offer 7 juta Enrich Miles untuk kaki gamers yang sungguh2 nak naik kapal terbang secara percuma. Info lanjut boleh baca di sini : http://www.malaysiaairlines.com/my/en/corporate-info/press-room/latest/introducing-the-enrich-voyager-facebook-strategy-game-from-enrich.html?&refid=aff-326119-EnrichVoyager.

5. DOUBLE DIPS

Double dips boleh dilakukan untuk perbelanjaan di Enrich Partners. Double dips bermaksud kita leh kumpul Enrich Miles dari 2 sumber tapi bayar sekali je. Contohnya kita bercuti dan duk di hotel Crowne Plaza. Kita bayar penginapan menggunakan kad kredit kegemaran kita. So, kita akan dapat points dari kad kredit, dan pada masa yang sama leh dapat tambahan Enrich Miles sebanyak 600 dari Enrich. Crowne Plaza adalah antara Enrich's partner hotel. Ada lebih daripada 10 hotel groups yang menjadi Enrich partners, so kita takkan ada masalah untuk buat double dips ni.

Semasa post ini ditulis, promosi dari Shangrila ini sedang berlangsung. Kalau dah alang2 nak ke KL dan kena menginap di sana, bolehlah ambil peluang ini.

Selain daripada hotel, Enrich partners juga termasuklah kereta sewa (e.g. Avis, Hertz), kapal terbang under Oneworld, kedai kasut seperti Lewre dan beberapa shopping places lain seperti Chic Outlet dan Colours & Fragrances.

Senarai partners ada di sini : http://www.malaysiaairlines.com/my/en/enrich/earn-enrich-miles/hotels.html.


6. OUTSTATION? BAYAR HOTEL SENDIRI DAN CLAIM KEMUDIAN

Kepada yang selalu gi outstation atas urusan kerja, apa kata korang bayar sendiri kos hotel dengan menggunakan kad kredit 'terbaik' korang? Bukannya susah. Bila masuk ofis nanti korang cepat2lah claim semula. Kebanyakan kad kredit memberikan 20 hari 'interest free' period untuk setiap transaksi, so gunakan kemudahan ini! Korang akan dapat points kad kredit yang boleh ditukarkan kepada Enrich Miles tanpa keluarkan duit sendiri. Sebab kos penginapan hotel tu nanti kompeni yang akan bayar.

Sekarang ni saya punya faveret booking engine ialah Rocketmiles sebab ia memberikan saya Enrich Miles yang lebih banyak dari booking cara lain. Jadi, saya boleh double dips;- iaitu sambil dapat kumpul Enrich dari kad kredit, saya juga leh dapat Enrich dari rocketmiles. First time saya booking dengan Rocketmiles saya dapat 6,000 Enrich miles. Memang terbaek! Kalau korang berminat nak book dengan Rocketmiles, sila berdaftar dulu jadi ahli. Dah ada akaun, masukkan nama Enrich dalam akaun tu. Lepas tu baru la layan...! OK, leh daftar di SINI.


CUKUPLAH EK 6 CARA NI... ESOK LUSA SAYA UP LAGI PELBAGAI CARA..
kalau berminat nak tahu lebih lanjut tips, tricks dan short cut untuk bercuti tanpa kos yang tinggi, jangan lupa untuk follow saya ye...

until next time...! see ya!

Monday 9 June 2014

TIKET KAPAL TERBANG BUSINESS CLASS PERCUMA

Melihat kepada tajuk diatas, sapa tak nak benda free dalam dunia ni kan. Semua orang nak. Cakap ye saja. Lebih-lebih lagi benda mewah! Kali ni, saya nak berkongsi bagaimana kami dapat tiket "free" tu. Hakikatnya, tiket tu tak free atau percuma. Ia hanya tiket pada harga yang amat rendah. Tiket berharga RM0 dan cukai/ surcaj kira-kira RM1800/pax untuk pergi-balik. Oleh sebab nak tiket kelas bisnes punya pasal, bayar je la. 





Kalau nak diikutkan tiket Malaysia Airlines kelas bisnes ke Frankfurt/ Paris sekitar RM11,000.00/pax (berubah ikut masa) untuk pergi-balik tapi alhamdulillah saya berjaya kosongkan ia. Caranya pun mudah dan tak perlu ada banyak kerja tambahan. Cara ni dah popular satu dunia termasuk di Malaysia. Jika diikutkan, ada golongan yang digelar travel hacker yang kerjanya mendapat tiket free utk ke mana-mana destinasi seluruh dunia. Ada yang dapat tiket kelas satu/ suite secara percuma!




BAGAIMANA SAYA DAN SUAMI DAPAT TIKET KAPAL TERBANG PERCUMA KE JERMAN?

Saya dan Suami pergi bercuti di Jerman/Paris pada bulan Mei 2014 lalu. Kami ke sana menaiki kapal terbang MAS dan duduk di kabin Business Class untuk pergi (KUL-FRA) dan balik (CDG-KUL). Kami tak perlu keluarkan duit untuk tiket, cuma bayar tax/surcaj sahaja. Nak tahu cemana kitorang buat? Mari saya share.
Saya ada share pengalaman kami bercuti melancong di Jerman di SINI.

1) KAD KREDIT..

Adakan anda ada kad kredit? Kaedah yang saya gunakan amat berkait rapat dengan kad kredit (KK). Jika anda tidak ada kad kredit atau jenis manusia yang takut hutang/ kad kredit, mungkin agak susah bagi anda. Walau bagaimanapun, tidak perlu takut untuk memiliki dan menggunakan kad kredit. Guna secara berdisiplin dan bayar habis bila sampai masanya, maka tak perlu bayar segala denda dan faedah yang berlipat ganda tu.

2) ENRICH MILES..
Dengan kad kredit, saya kumpulkan "points" atau mata ganjaran yang boleh ditukar kepada Enrich miles. Ada juga KK yang dapat ditukar ke KrisFlyer (Singapore Airlines), BIGpoints (AirAsia) dan yang seangkatan dengannya. Apabila cukup Enrich Miles, kami tebus tiket penerbangan melalui Enrich website. Sungguh mudah. Tidak perlu berbelanja lebih. (Note : perlu ada nombor ahli Enrich untuk tukarkan points kepada Enrich Miles).

MACAMANA KITORANG BUAT?
KK yang kami gunakan ialah CIMB Enrich dan Maybankard. Pada pendapat kami, KK lain yang sesuai ialah Citibank PremierMiles dan StanChart WorldMiles. Mari kita lihat contoh bagaimana mendapat mata ini seperti dibawah. Contoh ini menggunakan CIMB Platinum dan Maybank Infinite/ Amex Reserve. Setiap kad ini mempunyai kelebihan lain masing-masing, tapi, kami amat berminat untuk mata Enrich.


2x mata
5x mata
1x mata
Guna
RM
Visa Infinite
Amex Reserve
CIMB Enrich
1000
2000
5000
1000
Faktor penukaran
4500
4500
4000
Enrich
444.4
1111.1
250.0
RM/ Enrich
RM2.25
RM0.90
RM4.00

Jadi, kesimpulannya, dengan menggunakan KK diatas, kami mendapat mata Enrich secara "percuma". Gunakan RM1,000.00, kita boleh dapat Enrich seperti jumlah tertera. Sudah tentu kad terbaik ialah Amex Reserve (juga terpakai untuk Amex lain seperti Maybank 2 Cards Gold/ Platinum). RM/ Enrich menunjukkan berapa ringgit diperlukan untuk mendapat mata Enrich dan KK Amex terbukti juara!



Kami hanya perlu bayar perbelanjaan seharian menggunakan KK sahaja. Maka, setiap masa kami akan gunakan KK. Pilihan pertama tentulah Amex, kemudian Infinite dan kemudian baru kad-kad lain. Setiap aktiviti dari membeli-belah, petrol, makan, bercuti, tiket, hotel, bil-bil, cukai taksiran, deposit kereta dan lain-lain lagi kami gunakan KK. Tunai hanya digunakan jika terpaksa. Tidak dapat tidak, kita mesti perlu bayar setiap benda diatas bukan. Jadi, daripada pembayaran itu hanya menjadi satu bayaran semata-mata, lebih baik manfaatkannya untuk mendapat tiket FREE!



Kemudian, tiba masanya kami membeli tiket! Pada masa tiket ini dibeli (Dec 2013), MAS memberi diskaun 50% Enrich Miles untuk redeem tiket kapal terbang. Hanya 27,500/pax sehala Enrich Miles diperlukan untuk tiket kelas bisnes sehala ke Frankfurt (jumlah biasa dalam 47,000), maka hanya 110,000 Enrich Miles diperlukan utk kami berdua untuk penerbangan pergi dan balik. Kami balik melalui Paris kerana ia untuk sektor yang sama.


Ticket redemption for Paris-Kuala Lumpur on MAS Business Class


Saya mempunyai 27,500 mata dan suami menyumbang baki 82,500 mata. Impian kini menjadi kenyataan! Kabin D ini ada pada ranking yang rendah tapi apa nak dikisahkan, layanannya sama sahaja. Kita boleh minta apa saja kepada pramugari/ pramugara, semua boleh dapat. Bezanya, kami tidak dapat memilih makan sebelum penerbangan. Itu sahaja yang kami rasakan.





Jadi berdasarkan 110,000 mata diatas, berapakah jumlah penggunaan yang diperlukan? Berdasarkan jadual tadi (RM/ Enrich), secara kasar pengunaan adalah seperti berikut:


Enrich Miles
Visa Infinite
Amex Reserve
CIMB Enrich
    27,500
RM61,875.00
RM24,750.00
RM110,000.00
   110,000
RM247,500.00
RM99,000.00
RM440,000.00


Jadual menunjukkan jumlah maksimum yang perlu dibelanjakan untuk mendapatkan 2 tiket pergi-balik ke Eropah. Saya ulang 'jumlah maksimum', sebab ada banyak cara untuk mendapatkan extra KK points atau Enrich Miles tanpa banyak berbelanja. Pertama, watch-out for promotions. Enrich selalu buat promosi 'double/triple enrich points', 'convert KK points now to get extra 10-20% Enrich Miles', etc. KK pon selalu buat promosi juga. Pastikan kita follow mereka di facebook dan register untuk dapat notifikasi email promosi mereka dari semasa ke semasa.

Kami ada sedikit baki asal mata Enrich lebihan tahun2 sebelumnya, jadi jumlah penggunaan kami tidaklah seperti didalam jadual. Tetapi jumlah ini adalah tidak mustahil jika kita menggunakan KK selagi boleh! Lebih baik dapat mata daripada tiada apa-apa. Kami juga menukar ke Enrich Miles ketika Maybank membuat tawaran 15% bonus jika penukaran memberi 20,000 Enrich, 10% jika tidak. Kami hanya dapat 10% bonud bagaimanapun! Bayangkan jika dapat 20,000 Enrich Miles tambah 3000 bonus Enrich miles percuma!

Jom kita buat gambaran perbandingan dengan "cashback" KK, setiap kad memberi "cashback" seperti berikut:


Kami juga menukar mata ke Enrich ketika Maybank membuat tawaran - 15% bonus Enrich jika penukaran memberi 20,000 Enrich, 10% jika tidak.Kami hanya dapat 10% bonus bagaimanapun! Bayangkan jika dapat 20,000 Enrich tambah 3000 bonus Enrich!





Untuk memberi gambaran perbandingan dengan "cashback" KK, setiap kad memberi "cashback" seperti berikut:
 




Infinite

Amex

CIMB

Cashback tambang tinggi

17.78%

44.44%

10.00%

Cashback tambang rendah

11.96%

29.90%

6.73%



Kad Amex terus menjadi juara dengan 44.4% cashback. Bermakna kita berbelanja RM24,750 dan Maybank pulangkan RM11,000 kepada kita. Penggunaan kami adalah bercampur, maka "cashback" tidaklah setinggi ini.
 

Jika nak jadi konservatif, pada masa biasa, anggaran 47,000 Enrich untuk sehala, "cashback" agak rendah tetapi masih berbaloi.
 




Infinite

Amex

CIMB

Cashback tambang tinggi

10.40%

26.00%

5.85%

Cashback tambang rendah

7.00%

17.49%

3.94%


Kalau anda nak tau lebih lagi, kenalah bayar dulu…haha!
 

Satu lagi yang ingin saya tekankan ialah bergabung tenagalah dengan suami/isteri untuk menggunakan kad kredit yang sama untuk mencapai jumlah penggunaan yang diingini. Untuk pengetahuan, suami adalah pemegang kad utama (principal) manakala saya adalah pemegang kad supplementary.

TIPS PENGGUNAAN KAD KREDIT

Jadi, saya berikan sedikit tips penggunaan kad kredit:

Pilih kad yang "membayar"  kita jika kita menggunakannya. Ia boleh dalam bentuk "cashback", mata atau apa saja yang bernilai bagi kita.
  1. Sebaik mungkin, elakkan yuran tahunan. Jika tidak, pastikan, ia boleh dikecualikan seperti syarat penggunaan minimum. Jika tidak boleh juga, biasanya, kita boleh merayu untuk mengecualikannya.
  2. Bayar jumlah penyata sebelum "due date". Elakkan bayaran minimum jika tidak mahu bayar faedah. Saya selalu setkan bayaran automatik sebelum 2 atau 3 hari sebelum "due date".
  3. Dapatkan kad tambahan (supplementary) utk beberapa orang jika perlu untuk memaksimumkan jumlah mata dan memastikan penggunaan minimum dicapai. Cuma, pastikan had kredit bagi setiap kad dan setkan supaya pemilik kad bayar sendiri. Tanggungjawab akhir tetap pada pemegang utama, jadi, pandai-pandailah memilih pemilik kad tambahan.
  4. Berdisiplin.

ANTARA KAD KREDIT YANG KAMI BIASA :
Kad Petronas/ Ikhwan Petronas 
  • 5x untuk minyak dan barangan kedai Mesra Petronas pada hari biasa dan 8x untuk hari minggu
  • 5x utk barang runcit (groceries) pada hari biasa dan 8x utk hari minggu
  • 7000 mata ke 1000 Enrich
  • Free For life/ percuma sepanjang hayat

Amex Reserve
  • 5x utk semua barang/ pembelian kecuali bayaran kerajaan dan insuran.
  • 5x untuk penggunaan di luar negara
  • RM800 setahun

Visa Infinite
  • 2x utk semua barang/ pembelian
  • 5x untuk penggunaan di luar negara
  • RM800 setahun
  • Boleh memohon priority pass untuk 5x kemasukan percuma ke Lounge kepada pemegang kad utama sahaja.

CIMB Enrich:
  • Mata terus ke Enrich
  • Pembelian tiket online di laman web MAS memberikan 100% mata Enrich. E.g. Jika beli tiket pada harga RM10,000, maka, kita dapat 10,000 mata Enrich disamping mata Enrich daripada miles.
  • Beli 1 percuma 1 untuk Kelas Bisnes dan Satu, atas promosi.

Faedah-faedah lain penggunaan kad kredit seperti hotel, golf, dining juga ada pada kad diatas.



Nak tahu bagaimana saya mengumpul Enrich Miles dengan pantas tanpa perlu terbang dan beli tiket kapal terbang? Jom baca di sini.

PORT DICKSON - KELUARGA WAGHIH SALEH BERKUMPUL LAGI

Tahun 2014 ini, Keluarga Waghih Saleh memilih Port Dickson sebagai port untuk berkumpul. Walaupun dokek bona dongan ghumah den, tapi den suko. Biarlah orang kata air laut kat Port Dickson ni kotor ko, apo ko.. haku tak kesah. Yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama. Macam selalu, kami berkumpul untuk 3 hari 2 malam sahaja. Kitorang gi 30 May, balik 1 June 2014.

 Apo yang hepi bona tu, waghih?

Separuh je ada.. separuh lagi gi mana ntah..
Kitorang dah book rumah homestay (2 biji rumah teres 3 bilik bersebelahan) tapi last minute booking kami telah di kansel oleh tuan rumah. Jadi, terpaksalah kami terima seadanya apa sahaja penginapan yang ada di Port Dickson. Ajen berjaya mendapatkan 2 unit apartment yang bersebelahan di Marina World PD. Harganya RM200/night untuk apartment 2 bilik dan RM250/night untuk apartment 3 bilik. Okey..okey.. tak kesah la korang nak kata apartment ni berhantu ke, macam umah tinggal ke, banyak kemudahan yang rosak ke, ape ke.. den tak kesah. Sebab selama 2 malam kitorang kat situ alhamdulillah takda apa2 kes misteri berlaku. Semuanya baik-baik belaka.

 Posing kat tempat parking kereta di apartment

Cuma, part yang banyak kemudahan rosak tu memang sangat benar. Kitorang punya unit (kedua-duanya) mempunyai banyak kecacatan. Yang paling ketara ialah sinki dapur yang tersumbat, air keluar melimpah dari lubang air, dan TV kotak yang langsung tak kuar gambar (hado lagi TV cenggini rupanya di zaman moden ni.. huhu). Ohya, tiada peralatan memasak disediakan. So kitorang bawa segala tools memasak dari rumah.
Hari pertama sampai, kitorang lepak2 di apartment sahaja. Goreng keropok, bakar stik kambing, goreng sotong salut tepung dan wat air kopi O pokat untuk jamuan makan malam. Kemudian majlis makan-makan dan sembang-sembang semakin disemarakkan oleh keluarga Along yang tiba dengan hidangan tambahan seperti nasi dan sambal ayam. Yummy! Yang kanak-kanak2 pergi splashing kat swimming pool ditemani Ateh, Achik dan Busu sebagai lifeguards.

 Tak mainlah kiddies pool, dorang serang pool orang dewasa

Hari kedua, pagi-pagi lagi Uda dah sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Nasi lomak versi instant. Walaupon instant, sodap jugak rasanya. Lepas sarapan, kitorang pon bersiap ke pantai. Ajen yang ditugaskan mencari port berpiknik telah memilih Pantai Tanjung Biru. Masa sampai kat pantai baru kul 9 pagi, tapi pantai dah agak padat dengan pengunjung dan campers. Tapi alhamdulillah kitorang dapat port yang agak baik sebab port kitorang sentiasa teduh daripada pagi hingga ke petang. Port orang lain pagi je teduh, tapi petang panas.

 Konon-kononnya pepagi nak wat telematch. Tapi tak kesampaian sebab waghih yang junior dah tak sabar2 nak masuk dalam air. Boring main air, main pasair plak. So, layan....

Say 'peace'...

Amani wat istana apa tu?

Lompatan free-style siapakah yang paling unggul untuk tahun 2014 ni, Waghih?

Bunga Dahlia dan Lily sudah kepenatan...
Tidak sah Waghih Saleh berkumpul jika tidak wat BBQ. Chef tetap dan handalan tidak lain tidak bukan ialah Achik, Ateh dan Ajen, manakala Busu sebagai pembantu. Berpaket-paket sosej, berekor-ekor ikan dan berkilo-kilo ayam serta kambing telah berjaya dibakar. Sedap makan masa panas-panas begitu sambil sembang-sembang. Masa tu air laut dah surut, jauh dari pantai. So semua orang macam takde mood nak mandi lagi.. dah digantikan dengan mood makan plak.

 Chef2 sedang kusyuk dan fokus menyediakan BBQ

 Peace juga ke time makan, Kak Ija?

Nasib baik kak Ija tengah pegang henfon.. kalu tak, sure peace lagi.

eh... peace lagi, Kak Ija..
Dalam pukul 4.00pm barulah telematch dapat dijalankan. 5 games dipertandingkan. Peserta-peserta semuanya bersemangat sepanjang telematch berlangsung. Takde yang cuba menipu untuk menang. Tidak dinafikan keluarga Mak Long hebat-hebat sebab dorang dah besar2 belaka. Lain kali kena masuk group Alang plak, ok.. huhu..
 
 Hek eleh Busu... main ngan bebudak memang la bole menang...

Cari gula dalam tepung yang mencabar, namun peserta amat bersemangat. Tahniah Hafiz atas kemenangan. Tak sia-sia muka jadi chomel gitu..


Bukan kanak-kanak sahaja kena  bertele-match, yang dewasa juga tidak ketinggalan.Gigih nak transfer getah guna straw.

Selepas telematch, air laut kembali mendekati pantai. Semua orang kembali teruja nak mandi laut. Ada yang naik kayak 2-3 round. Yang kecik-kecik macam Ammar, Haziq dan Ery pon layan kayak juga, padahal tak cukup tinggi.


 Inilah wajah2 waghih junior yang berkayak di bawah panas matahari petang di pantai Port Dickson (Haziq tengah cari apa tu?)

 Apahal Ammar tu panjat ateh dari tadi?
Sehabis aktiviti di pantai, kitorang balik ke apartment. Yang bebudak sempat gak la pekena se-round dua kat playground. Tak sah kalu tak main kalau dah nampak playground.

Sebelum balik, pow aiskrim dulu ngan bapak2 sedara dulu.. huhu.. bijak korang!

Malam tu semua orang dah kepenatan dan tidur je. Takde apa2. Esoknya pepagi Maklong dah bangun masak nasi goreng, Uda beli kuih-muih dan Atok Saleh pula beli roti canai. Hmm...banyaknya juadah!

 Sambil bersarapan tu kita wat penyampaian hadiah telematch
Selesai sarapan, kitorang pon packing semula untuk balik ke rumah masing2. Sehingga berjumpa lagi di gathering tahun hadapan. Kat mana pula agaknya ye...?

P.S. : Keluarga Angah tak dapat join tahun ni sebab ada aral. Terasa gak kekurangan sebab Waghih Saleh tak lengkap. Seb baik sempat gak jumpa masa dah balik tu... terimalah saguhati sebagai tanda ingatan. Tahun dopan jangan ponteng laie yo..